02 July, 2010

ALIEN say: Pemblok double trouble

Hari ini hari jumaat.
Hari jumaat hati kena baik.
Eh, hari lain-lain juga hati kena baik. Baru orang suka.

Kalau hati kita dah baik tapi hati org lain belum baik, err
Drg belum dapat petunjuk lagi la kot.

Kisah Jumaat yang lalu-lalu berlaku lagi.
Kali ini 2 biji kena blok. Hancus
Motor aku n motor sorang pak cik ni.
Tapi melibatkan pemblok yang lain la.. Kalau pemblok yg sama mmg na kena sita la moto dia.
Depan masjid ada perumahan kastam ngn perumahan polis.
Dah canteek.. bole mintak drg tolong sitakan. Keh2

Pemblok kali ni lagi haru.
Aku tunggu sambil berlakon seperti Jumaat yang lalu-lalu tak jauh dari tempat kejadian. Pemblok tak datang.
Jadi aku cuba bertukar watak menjadi pembeli cendol di bawah pokok.
Berlakon je, ramai kat cendol tu kira kalau tunggu pun aku orang last order
Canteek la, kene dengan taktik penyamaran aku

Tunggu lagi..
Iskh2 tak bole jadi ni..dekat sepoloh minit baru pemblok datang dengan gaya yg slow.
Serba slow.. slow..

Kalau Jumaat yang lalu-lalu hanya lima minit, yang kali ni dable..
Memula pemblok tu buka box moto die keluarkan helmet. Aku usya je tanpa dia perasan
Kemudian, elok je dia letak kat bakul moto. Aku ingat dia nak pakai trus. Takpe, perhatikan je..
Dan aku terperasan sorang pakcik pakai baju melayu kuning hisap rokok dengan cool.
Aku bajet misti die pemilik moto kale merah sebelah moto aku.

Pemblok pun amik baju sweeter dia kat bakul dan menyarung ke badannya. Masih perlahan tanpa melihat sekitar dia. Memegang helmet dan memakainya. Feel sendiri agaknya. Kendian dia pun menunggang motonya dan dengan lemah lembut menghidupkan motornya dan berlalu pergi dengan tak berapa laju. Ceh.. memang hebat dia menguji pemilik motor yang dibloknya..

Elok je pemblok belah.
Aku pun mula mengorak langkah. Serentak dengan itu, pakcik yg hisap rokok pun berjalan juga
Sahlah dia pemilik motor merah disebelah aku.
Betul tekaan aku, macam Kindaichi lah.

"Sabar ye pakcik.. hari jumaat memang banyak dugaan dia kan pakcik"
Aku cuba berbicara dengan pakcik tu menggunakan kuasa minda. Tak tahulah pakcik tu dapat terima isyarat yang minda aku hantar kan..

Aku menghidupkan moto dan berlalu pergi.
Kali ini tiada pembuang sampah jalanan yang aku nampak.
Tak tahulah dibahagian lain kan.

No comments: