30 April, 2012

alien: unknown

Entah mengapa.
Bulan sabit hari itu sangat indah pada pandangan mata aku.
Padanya seperti ada daya yang memukau lantas menggoda jiwa.
Memandangnya membuat aku terpikat padanya yang menghampiri sempurna.

Bulan sabit itu seperti ada kuasa mistik yang terpancar dan terus menerus menarik aku padanya. Bila melihatnya, aku seperti terdengar satu suara halus membisik perlahan terus ke dalam jiwa untuk menumpukan sepenuh perhatian padanya.

Entahlah. Aku sangat rindu pada bulan sabit malam hari Jumaat itu.



29 April, 2012

alien: pusaka untuk kamu

Aku menyaksi semalam itu,
umat manusia bersatu,
berbicara dengan satu nada.

Aku menyaksi semalam juga,
ada pihak yang bergembira,
juga ada pihak berjuang sengsara,

Walau dicerca dihina,
ia tetap dengan pengorbanan itu,
setia dengan perjuangan itu,
berbicara dengan nada itu.

Semuanya untuk kita,
demi khalayak di tanah ini,
bagi  menegak dan mewariskan,
pusaka yang amat berharga,
untuk generasi kini dan juga mendatang.

Itulah ia dipanggil,
keadilan ...


:29 April 2012, 1:27am


alien: lorong

Dan aku tiba di situ,
sebuah lorong yang gelap,
juga amat menyesakkan,
perlu aku laluinya sendiri; kini.


: 29 April 2012, 12.52am


28 April, 2012

alien: bukan sekadar perhentian

Perhentian bas.
Apa yang terzahir adalah lokasi di mana bermacam umat manusia berkumpul sebelum tibanya bas yang akan membawa mereka ke destinasi yang dituju yang mungkin sama atau berbeza.

Perhentian bas juga menjadi  saksi bermacam drama manusia.
Ada yang mempamer aksi gembira, tak kurang juga yang bermuram durja.
Mungkin ada yang rungsing, sedang tenang dan ada juga yang tidak beremosi.
Juga menjadi lokasi mereka yang meminta belas dari masyarakat kita yang sememangnya terkenal dengan sikap yang suka menghulur pada yang memerlukan. Satu per satu watak dan kisah manusia terlihat juga dipersembah. Variasi cerita individu dapat dikumpul dari hujung ke hujung. 

Di celah kesibukan umat manusia yang berjalan ke sana-sini membawa beg pakaian, ada yang digalas dan ada yang menarik beg beroda melintas di depan aku yang sedang melepas lelah di sebuah bangku. Muncul seorang lelaki berbaju kemeja putih, berkopiah putih, berseluar slack kelabu dan berselipar kulit bersama anak perempuannya yang berbaju pink dan menggalas beg kecil tidak seperti kebiasaan mereka yang lain yang membawa beg besar berisi pakaian dan juga kelengkapan lain.

Lelaki itu pada pengamatan aku dalam lingkungan 50an. Berwajah tenang. Dia tersenyum dan bertanya sekiranya bangku di sebelah aku kosong. Aku mempersilakannya duduk.

Bermulalah perbualan antara aku dan pakcik itu untuk mengisi masa terluang sementara menunggu ketibaan bas yang akan membawa pakcik itu dan anaknya ke Besut.

Yusof, itulah nama pakcik itu dan anaknya itu di dalam tingkatan 3.
Sudah menjadi rutin dia turun ke Kuala Lumpur pada setiap bulan sejak 3 tahun yang lalu. Seperti kebiasaan mereka yang ke Kuala Lumpur untuk berjalan melawat saudara-kawan-tempat atau mencari pekerjaan, tapi tidak pada pakcik itu. Dia ke Kuala Lumpur demi merawat anaknya. Menemani anaknya menjalani rawatan kolesterol dialisis di Puchong atau di PJ Old Town.

Dia sendiri tidak percaya yang anaknya yang bertubuh kurus itu mempunyai kolesterol yang berlebihan di dalam darahnya. "Ujian datang dalam pelbagai cara" aku katakan pada pakcik itu juga untuk mengingatkan diri sendiri. Pakcik itu tersenyum dan mengangguk. Alhamdulillah, dengan adanya bantuan dari yayasan dia tabah menghadapi ujian yang tidak di duga itu.

Moga anak pakcik Yusof sembuh. Amin.

Perbualan kemudian berkisarkan hal-hal umum.
Dia meluahkan rasa kecewa mengenai imej dan pengaruh pelancong luar yang kini menjadi ikutan pelancong tempatan ketika melancong di pulau sekitar Besut. Yang mana telah memberi ketidakselesaan kepada penduduk setempat juga. Kami juga berbicara perihal ikan, sedikit kisah nelayan dan beberapa isu semasa. Sekali sekala terselit jenaka dalam perbualan itu.

Seketika kemudian bas mereka tiba.
Kami menamatkan perbualan.
Pakcik Yusof dan anaknya meneruskan perjalanan ke destinasi mereka; Besut, pada malam itu. Maka, dengan itu hilanglah peranan watak pakcik itu dan anaknya dalam episod kehidupan aku pada hari itu. Insya`Allah ada rezeki bertemu lagi. Bertemu dan berpisah itu salah satu lumrah kehidupan manusia, begitu kan?

Destinasi aku pada malam itu?
Pulang ke rumah setelah menghantar dan menemani dua orang kawan di perhentian bas itu dengan membawa 2 buah buku yang sempat aku beli ketika singgah di Pesta Buku di PWTC petang itu. Tak lupa secebis pengalaman dari bermacam kisah di perhentian bas itu.

Kebetulan destinasi dua orang kawan aku itu serupa dengan destinasi pakcik itu dan anaknya; Besut. Cuma yang membezakan adalah tujuan dan bas yang mereka naiki..





 

27 April, 2012

alien: cuti dah habis bro

Beberapa hari lagi,aku akan menjejakkan kaki di kota yang baru dan meninggalkan kota yang lama. Menimba pelajaran, pengalaman dan ilmu yang berguna di kota yang baru itu.

Em.. senang cerita,
"Cuti dah habis bro.."
Err, cuma nak cakap tu je. Ahha.

Ucap selamat kat aku!!




 

25 April, 2012

alien: ada apa 3.0

Aku menggelarkannya
"Mesra Kasih Ber-Saudara"

Haha. Nama tak menahan.
Ini lah dia hasil karya seorang yang tangannya dah keras langsung untuk melukis.
Dia hanya mampu mengketik butang kamera pinjam dgn jarinya saje.
Siapa dia itu? Erk.

Krapppp!!!  (Bunyi kamera Nikon)

Mesra Kasih Ber-Saudara I

















Mesra Kasih Ber-Saudara II


















Sumber: Kamera pinjam
Lokasi: Kelanang, Banting
Masa: Remang-remang senja


23 April, 2012

alien: ulang-ulang-ulang

I break in two over you, oh
I break in two
And each piece of me dies
And only you can give the breath of life
But you don't see me, you don't 

: From Autumn to Ashes (Autumn Monologue) 

Em,

Kita tidak akan selalu ketawa kepada lawak yang sama andai lawak itu disembahkan berulang-ulang kali bahkan kita akan menyampah dengan lawak tersebut. Akan tetapi mengapa kita selalu menangisi kesedihan yang sama berulang-ulang tanpa pernah rasa jemu.

Mengapa?


21 April, 2012

alien: ada apa 2.0

Sekadar ingin berkongsi gambar di bawah yang aku beri nama:
"Pohon senja di pinggir bukit"


















Sumber: Kamera pinjam
Lokasi: Bukit Jugra, Banting
Masa: Em, petang-lah


:Em, aku bersimpati dengan Bob Kuman. Moga dia tabah.

alien: ada apa 1.0

"Di setiap gambar ada lagunya.." Yuna.
Rasa-rasanya lagu untuk gambar kat bawah ni apa yer?

Ini gambar candid, jadi aku tak tahu siapa itu. :D
























Sumber: Kamera pinjam
Lokasi: Bukit Jugra, Banting
Masa: Satu petang yang indah


19 April, 2012

alien: starting fresh 1.0

Date: 16 April 2011 ...



deleting ..




Memory turning off..
...laptop off.
...system reformat.


Blip !!
*Gelap, hitam
Starting new, fresh. 


Heh.
Dah 3 hari guna laptop yang baru format ni.
Terasa macam laptop baru, feeling dia macam 1st time aku beli dan guna.

Masalah lalu seperti.
Notification virus-virus dan notification 'not enough space' sudah tiada.
Yang ada cuma kosong. Heh.
Data-data lain simpan dalam external hard disk 1 tera je. Heh.

Now, hanya tinggal install software yg diperlukan pula; AP & AI.




18 April, 2012

alien: biso bonar; Go Gerilla

'Biso Bonar' versi baru oleh Go Gerilla! bagi aku lagi mantap dari versi asal.
Bak kata Loque. Padu!

Tak dapat nak kongsi lagu dia.
Link YouTube dah kena block. Cet!
Pandai-pandai la korang cari sendiri yer.
Haha.




 

alien: Halaqah Sentuhan Kalbu

Aku ada tonton rancangan Halaqah Sentuhan Kalbu.
Tapi sayangnya ketika aku tune ke rancangan tersebut ianya hampir berakhir.
Maka tidak banyak yang aku dapat dari rancangan itu. 

Akan tetapi,
aku tertarik dengan lagu penamat rancangan itu.
Lagu dari Opick - Cahaya Hati.

Lagu yang menyentap rasa.
Lagu yang terus meresap ke dalam jiwa.
Terasa damai mendengar alunan muziknya.




Lirik:

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu


Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala


Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi


Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala


Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu


Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah



17 April, 2012

alien: menakluki Endau Rompin

Ekspedisi ke Endau Rompin!!!

Ianya adalah perkara yang sukar ditolak.
Tapi, kenapakah kau hadir pada saat ini.
Saat yang sangat tidak sesuai.
Adoyaiii.. spoil-lah.




 

alien: Al-Baqarah, 286

Ini cerita hari ini. 
Aku ingin berkongsi dengan kawan-kawan.
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".




 

alien: semalam (re-post)

Semalam itu indah,
mungkinkah akan berulang kembali.

Ingatan semalam itu,
mungkinkah akan bertandang kembali.

Hari semalam itu,
mungkinkah akan berjumpa lagi.

Semalam itu,
biarlah ia menjadi sejarah pada hari ini,
menjadikan diri jadi sebenar-sebenar diri,
memahat pada hati agar tidak lupa siapa diri.

Semalam itu selalu,
mengingatkan diri tujuan berada di sini.

Semalam itu,
biarkan ia berlalu pergi,
selalulah bersedia untuk terima esok,
katakan pada diri untuk selalu tenang hati.

:21 July 2011, 5.26pm



 

16 April, 2012

alien: Masjid Jamek Ar-Rahimiah

Ini pula kisah pagi semalam; Ahad.
Di waktu khalayak sedang berbicara dan berbahas tentang PTPTN yang entah bila akan bertemu dengan penyelesaian dan perdamaian. Aku memilih untuk bercakap dan bersatu dengan alam; berjoging dan trekking di Taman Rakyat, Klang.

"Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi,opresi,obsesi diri
Polusi,depressi,di bumi,kini
"
: Zainal Abidin (Hijau)

Klang yang berkabus ke berjerubu?
















Masih lagi soalan yang sama; berkabus ke berjerubu?
















Masjid Jamek Ar-Rahimiah dari balik pohon di atas bukit.
















Masjid Ar-Rahimiah: pandangan dari atas bukit
















Yang ada kamera canggih macam DSLR, anda digalakkan ke sini.
Sambil eksesais jari menekan punat kamera, anda juga boleh membina stamina dengan memanjat tangga-tangga dan permukaan bumi yang mendaki dan mendatar. Memanjat dan menangkap gambar. Secara tidak langsung anda boleh menggilap skill dan menambah kecergasan badan. Yeh!!

Oh, tak lupa.
Dapat merehatkan mata dengan melihat kehijauan dan dapat oksigen segar dari alam.
Heh!
Sangat beruntung.


15 April, 2012

alien: battleships

Ini pula kisah Khamis yang lepas.
"Battleships"

Ia adalah kisah di mana manusia telah menemui satu planet di galaksi lain yang menyerupai keadaan bumi dan telah menghantar isyarat untuk berkomunikasi dengan hidupan di planet tersebut yang dipanggil planet G.  Hidupan planet tersebut atau alien yang dikenali sebagai 'The Regents' telah menghantar sepasukan wakil ke bumi dan telah bertembung dengan tentera laut yang sedang melakukan latihan perang. Walaubagaimanapun, rupa alien itu bukan seperti maskot komik 3G tau.

Em,
Apa yang alien tersebut mahukan?
Mungkinkah ayam KFC atau burger McD?
Jawapan itu ada pada alien tersebut.. kih3

Jika yang telah menonton filem ini, anda pasti perasan Submarine atau Kapal Selam tiada di dalam filem ini.
Where is the submarine!! 
Oleh kerana filem ini berdasarkan permainan battleship keluaran Hasbro, submarine memang tiada dalam permainan battleship tersebut. Jadi, logiknya submarine tiada dalam filem ini.

Jadi, untuk filem ini adalah 3.5 bintang.
Oh, aku suka si Ordy yang sengal-sengal tu.
Aku juga suka part alien melepaskan peluru bertalu-talu menembusi kapal Destroyer. Peh! tidak berperike'alien'an babak itu.
Aku juga suka part alien tertipu oleh 'art of war', bak kata hero. Keh3





















Rating untuk filem ini,
Tonton sekali; mengujakan.
Tonton dua kali; terserah anda ..

: oh, untuk filem ini aku tak ajak Wadi Ar menonton sekali sbb dia tak cakap nak ikut. Hahaha!!!! 

 

14 April, 2012

alien: Wrath of the Titans

Ini kisah minggu lepas.
Aku berkesempatan menonton filem "Wrath of the Titans" yang hangat diperkatakan.
Jalan ceritanya tidak jauh beza seperti menonton "Clash of the Titans". Perkembangan ceritanya juga tidak jauh berbeza.

Masalah melanda - Mengembara bagi mencari cara menyelesaikan masalah - Raksasa besar muncul sekejap dan mati - Anak Tuhan menang. Tamat.
Cuma pada kali ini,
Tuhan mereka mati; Poseidon, Ares, Zeus.
hanya satu saja yang terselamat, Hades.

Boleh dikatakan cerita ini tidak dapat memenuhi meter kepuasan aku langsung.
Aku tak sarankan untuk menonton cerita ini, hehehe.
Jadi, 2 bintang saja untuk filem ini.




















Rating untuk filem ini,
Tonton sekali; serius.
Tonton dua kali; tak mungkin kot.

 

13 April, 2012

alien: se-patah

Dan esok,
matahari kan bersinar lagi.

Tiada jemu,
tetap bersinar,
setiap hari.

: Ah, dah hilang bicara. Sebenarnya banyak yang ingin dikata. Em, namun mereka kata sepatah dua perkataan itu lebih bermakna dan memberi kesan yang mendalam dari berpatah - patah perkataan yang terluah. Itu mereka kata, bukan aku. Haha.




01 April, 2012

alien: untitled 1.0


Ehem,
tak lama lagi dah boleh buat baju macam atas ni.
Tak lama lagi ...