Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

27 April, 2012

alien: cuti dah habis bro

Beberapa hari lagi,aku akan menjejakkan kaki di kota yang baru dan meninggalkan kota yang lama. Menimba pelajaran, pengalaman dan ilmu yang berguna di kota yang baru itu.

Em.. senang cerita,
"Cuti dah habis bro.."
Err, cuma nak cakap tu je. Ahha.

Ucap selamat kat aku!!




 

06 March, 2012

alien: kisah secawan kopi o

Malam ini terasa kopi O segera yang aku minum ini terasa kelainannya.
Adakah kerana ianya bungkusan kopi yang terakhir?
Atau kerana aroma yang dihasilkan oleh cawan yang lain dari kebiasaannya?
Atau mungkin deria rasa aku sedikit tidak berapa sensitif di kala lewat malam?

Aku menghirupnya sedikit demi sedikit sambil aku berfikir.













 
:Gambar ehsan Google

Sedang membelek isi data yang terkandung dalam cakera keras berjenama Buffola, aku terjumpa sesuatu yang menarik. Sesuatu yang telah tersimpan sejak 3 Oktober 2008. Sesuatu yang tertangguh sekian lamanya. Aku mesti sudahkannya.

Ya, aku mesti !!


06 May, 2011

alien: aku yang serba salah

Telefon berbunyi.

Klak!
Gagang di angkat.

Hello.. haa, ok..
Extension you ape?
Seorang rakan opis bertanya. Berbangsa India. Masih muda.
Usianya dalam lingkungan 20an. Seorang gadis dengan rambut yang sedikit panjang diikat kemas.

106.. 
Aku balas pendek.

Sivaji ! (Bukan nama sebenar)
Dia memberitahu.
Ah. Aku mengangguk perlahan.

Talian dipindahkan dan telefon di sebelah kiri aku berdering.
Aku mengangkat perlahan. Malas.

Hello..

Telefon balik .. telefon balik ..
Suaranya yang agak sedikit kuat memaksa aku menjauhkan gagang dari telinga.

Patah kata dan butir yang sama.
Tiap kali, apa yg ingin dikatanya sama.
Tiap kali aku menjawab panggilannya.
Tiap kali itulah patah dan butir yang sama aku dengari.
Menyuruh aku menelefonnya semula. Tiada lain.
Jadi, tiada salahnya kalau tidak fokus.
Patah kata yang sama.
Butir yang sama.
Demi tugas, aku akur.

Ok.. ok..

Klak.
Aku meletakkan gagang.

Aku mencapai telefon bimbit yang terletak di antara laptop dan rak besi yang berada di sebelah kanan. Mencari nombor di kalangan nombor-nombor yang ada. Lambat - lambat mendail nombor yang tertera di skrin telefon bimbit menggunakan telefon opis. Apalah punya kedekut. Cakap beberapa minit pakai telefon bimbit bukan mahal mana. Kurang - kurang hantar lah sms, acceptable kan.

Tuut.. tuuut.. tuutt.. 
Nada berbunyi. Menunggu talian untuk disambung.

Haaa.. Hello.. Hello..
Sekali lagi, aku menjauhkan sedikit gagang dari telinga.
Tapi kali ini aku fokus.
Ya.
Demi tugas.




05 April, 2011

alien: mari mengenali mesin teller automatik

Papan tanda di mesin pengeluaran Maybank menunjukkan "ATM Fast Lane".
Ada dua orang lelaki berumur lingkungan 40an berada di mesin tersebut. Keduanya berbaju kemeja putih dan berseluar khakis.
"This must be old machine.. menu dia ada sikit saje.."
Lelaki di belakang merungut kepada lelaki di depan yang mungkin adalah kenalannya.
Pada ketika itu aku sedang berdiri di kanannya, menunggu mesin memproses kad yang aku masukkan. Papan tanda di tempat aku bertulis "ATM Machine". Mungkin menu yang mereka cari tiada di skrin tersebut.

"This must be old machine.."
Lelaki di depan mengeluarkan kad setelah lelaki di belakang mengatakan mesin yang sedang dia guna adalah mesin lama.
"There.. look like new.."
Lelaki di belakang berkata kepada lelaki yg di depannya sambil menunjukkan ke arah mesin yg sedang aku guna dan menarik lelaki di depan tadi ketika lelaki di depan melangkah ke Cash Deposit Machine.

Mereka beratur di belakang aku.

Urusan aku telah selesai. Aku melangkah pergi.
Sambil melangkah, sempat juga aku melirik membaca perkhidmatan yang disediakan tiap mesin melalui papan tanda berlatarkan kuning dan bertulisan hitam yang tergantung di atas setiap mesin.


"Haa.. kan menu dia banyak, tak macam mesin tadi cuma ada 3 je.." lelaki di belakang berkata agak kuat kepada lelaki di depannya.

Aku syak orang yang di belakang lelaki di depan tu mecari mesin atm dengan melihat bentuk fizikalnya saje sebab tu dia merungut berkenaan old machine dan new machine.


*Gambar copy paste google

Tapikan,
Dulu kan ada kes mesin deposit cek di rompak.
Aku rasa mesti perompak tu sama kes macam lelaki di belakang tu kot. Sebab tu mereka salah target kan ... buta machine.


10 August, 2010

alien: pukul 3.30 pagi

Adoi adoi
Tak berbaloi dapat time off tadi
Masuk keje pukul 5.00 petang untuk memindahkan barang dari tempat lama ke tempat baru. Kol 1.30 pagi baru selesai kerja pemindahan. Tu pun ada satu sofa yg belum terletak di tempatnya dan satu meja meeting yang belum dipasang lagi.

Adoi adoi
Letih oooo

Bos besau nak sewa lori yang murah
Jadinya lori dan pemandu ialah pakej yang murah
Nak tambah pekerja kene tambah kos, bos besau tamau
Kat tempat lama pekerja sekuriti tolong la jugak
Sampai tempat baru, takde org tolong
Sudahnya aku ngn driver terpaksa angkat bebarang tu

Then, dia nak kerja cepat siap
Bayar murah plak, kalau aku ngn driver tak tolong
Mau pitam driver lori tu angkat barang tu oo

Aiyoo~ Amma~
Mengeluh la driver lori yang berbangsa India tu
Kerana mencari sesuap nasi sanggup terima tawaran yang tak seberapa tu, walau terpaksa balik ke rumah lewat malam dia tak merungut depan aku. Belakang tu, len crita la. Hanya mencari sesuap nasi.

Tak pernah aku angkut dan pindah barang memalam buta
Iskh2

Pukul 3.30 pagi dah
Mimpi dah panggil banyak kali
Harap mimpi indah la yang hadir
Siang tadi mimpi thrill yg hadir
Berdebar - debar macam tengok wayang
Bezanya aku jadi pelakon gak dalam tu
Hohoho
Tapi, ending dia tergantung
Haish

Pukul 3.30 pagi ~

25 January, 2010

ALIEN says: Fired !!!

"You are fired !!!"
Meminjam kata-kata Donald Trump di dalam rancangan realiti TV suatu tika dulu.
Ada lagi ke rancangan yg aku maksudkan ni?
Lama dah tak mengikuti rancangan di TV. Hanya mendengar Astro yg ditonton oleh Parents aku.
Mendengar.. Ya..
Lagi suka mencari hiburan di Internet untuk dinikmati.
Membaca artikel, surat kabar online, berblog, berFB, beremail...

Em,
About 5.30pm, after meeting with G8 group. Meeting about some international issues.
War, economic, politic, poverty...
Hohoho
Kidding..

Baru balik meeting bersama Bos n HR Manager di office client.
Baru lepas makan sepinggan karipap sardin. Ada seketul karipap sardin di dalam pinggan yg kecil, jadi patut dipanggil sepinggan kan.. hehehe
Baru meminum secawan teh o suam. Selesema la hari ni, rasa pelik.

22 March, 2009

Do I Care?

_________________________________________

22 March 2009
Happy Birthday to my buddy..
Redman b Safar

This year he is turn to another years old. Older than me.
Wish you had a happy life.
May god bless you.



_________________________________________

Today issues..
Political havoc.. bribery.. structural the so called union.. everyday reported in news. They says to make improvement.. but what I see.. sad.. do I care?

Manchester United crushed again.. this time with Fulham, two nils. Rooney and Scholes been sent off. Worse~.. but, do I care?
Selangor beat Kuala Muda Naza.. this could cheer up my mood. Their victory not deal with my life. Even make me feel ok.. but, do I care?

Earth Hour?
Cut off the power supply for an hour..
Show your pity to earth. For the sake of earth.
Do I care?
Hehehe..
Why not ask people around the world to plant each people a tree.
In Malaysia for example, we got more than 20 million people. If a whole world? How many..
Its a long term planning.. to reduce the heat at our lovely earth surface. Instead it would produce an oxygen and more fresh air.
Cut off power supply.. short term effect. Not too beneficial for earth.

Many people unemployed during economic crisis.. been sacked.. cut off salary..
Company downsizing..
Just like my pocket..
Just like my freedom..
Hard to get a job.. I`m feel bit down..


28 November, 2008

Hot + Rain + Air Cond

Rainy day~
For me, rainy day is a lazy day..
Windy, Stormy.. Wet wet..
How to do work ?


alien13 and his adik


Congrats for me !!! And all my friends !!
Finally I`m graduated.. Business School at UiTM Shah Alam. Degree in International Business.
Last Saturday (22hb November 2008).
But, that evening is bit rainy. So, the pathway is crowded with people that runaway from the rain.

Today I got flu..
Bit cough..
A little fever..
But I still can manage it.. just take Uphamol 650..

The cause is.. exhausted while working and the effect of car air cond.
The story begin.. When I`m on my way back home at night from Kuala Selangor..
Stop at Carefour to buy some item.. I called my sister, she said to fetch her at her house at Pantai. Come out from Carrefour. The rain start and I said "Adus, basah.."

Inside the car, cannot open the windows. Got to turn on the air cond. Drive from Kapar to Bangsar. Then, from Bangsar back to Sijangkang. It take about 2 and half hour.

At the morning, I got sore throat and feel bit unwell.
By I force myself to get ready and ride morotcycle back to Kuala Selangor and continue my work.

Oh, oh.. oh..
Actually,
I need a rest..
Hehehe..