31 December, 2011

alien: tamat !!

Ia adalah 31 Disember 2011.
Ia adalah hari akhir pada tahun 2011.
Ia juga adalah penamat bagi 2011.
Ia juga penutup untuk 365 hari.

Jadi, ini adalah entri terakhir...
akhir bagi tahun ini.

Sekian.

Bye bye!!
Jumpe tahun depan.


29 December, 2011

alien: terima kasih kepada Bujal X dan Daddy Ziyyad

Menjadi orang yang ke 47 juga bertuah.
Itu yang berlaku di "matcham-matcham".
Terima kasih ye encik Bujal X,
dengan baik hatinya telah menghadiahkan rantai kunci dan fridge magnet dari Penang itu.
Sebenarnya dua barang tersebut telah lama sampai, dan hari ini baru naik kisah tentangnya.
Keh keh keh.

















Dan yang di bawah ini pula,
Aku telah menjawab soalan di "Macam Macam Ada" dengan betul.
Handal lah kiranya aku ni kan.
Dan hadiahnya adalah fridge magnet boomerang dari Australia dan gitar dari Bali.
Terima kasih ye encik Daddy Ziyyad, dengan hadiah tersebut. 
















Walau nama blog meraka seakan - akan sama;
Bujal X ialah matcham-matcham dan Daddy Ziyyad ialah Macam Macam Ada.
Tapi, mereka bukanlah adik - beradik atau sepupu mahupun saudara.
 
Sila-silalah lawat blog mereka.
Mana tahu anda mungkin dapat fridge magnet juga.
Ahha~







alien: tibanya masa memancing

Fuuu
Fuuuu
Cool bro... chill ~
Bertenang

Deal secara lisan memang camni.
Pada awalnya dia yg bagi cadangan begitu.
Setelah berbincang dan dengan budi bicara aku ikut cadangan itu.
Tapi, apabila hampir ke penghujung dia mahu ubah.
Mana boleh begitu.

Keputusan adalah muktamad.
Masa untuk berbincang telah tamat.


Sudah tiba masanya aku turun dari kapal.
Dan memancing di tempat lain.
Maaf..



27 December, 2011

alien: berbisik pada angin

Kakinya yang telanjang dipukul manja ombak kecil.
Rambutnya ikal beralun diselak angin.

Lelaki itu berbisik pada angin,
"Ya, kita tak selalu bertemu"
"Kita juga tak selalu berbicara"
"Tapi, satu kau perlu tahu .."

Lelaki itu menggenggam tangan kanannya lalu diletaknya di dada kiri.

"Kau selalu ada di sini .."
"Di sini .."

Lelaki itu membiarkan seketika tangannya di dadanya.



: pergh, jiwang siot aku.. macam awie dalam sembilu.
Ahha~

22 December, 2011

alien: songlap

Kata aku:
Ia filem yang jujur. 
Antara filem berdasarkan realiti kehidupan masyarakat marhaen. 
Tiada dato datin. Peh!
Tiada plastik.
Tiada rumah besar, kereta besar.
Takde..
Yang ada Proton Saga lama. Peh! 
Baru dekat dengan jiwa.

Di bawah ini adalah poster: Songlap
 

Anda patut tonton filem ini.
Terbaik dari ladang~

Menonton filem ini mungkin akan membuat anda sedar masalah serius
yang berlaku di kalangan masyarakat kita. Isu yang hari-hari diperkatakan
orang: pelacuran, perjudian, sindiket penjualan bayi dan pemerdagangan 
orang.

Kadang terdetik di fikiran kenapa tidak kawasan pelacuran itu dirobohkan 
dahulu bukan penjara pudu itu. Hehehe.

Untuk feedback, ada yang tak puas hati dengan penamat filem ini. 
Bagi aku cantik dah penamat tu tergantung. Membuatkan penonton berfikir.
Mungkin boleh jadi topik perbualan sembang. Mana tahu.  

Untuk review dan sinopsis penuh, sila google sendiri. 

Moral cerita ini:
Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada.
Ingatilah orang tersayang. Erk.

Dan..
Aku kasi filem ni 3.5 bintang.

Pandangan aku untuk filem ini,
Tonton sekali; serius, ditambah gelak2 kecil
Tonton dua kali; serius jugak, nak buat camne.. dah ni filem serius




21 December, 2011

alien: media sekalian silalah lebih beretika

Tahniahlah Utusan Malaysia.
Tahniah!!


Mahasiswa turunkan bendera dikatakan 'koyak' bendera.
Bagus~
 













Di mana "budi bahasa budaya kita"..
Err, di sebelah kiri artikel lah...

:diprint screen dari utusan 19dec (sini)



15 December, 2011

alien: punk's not dead

Polis Indonesia di Aceh dah buat,
bila lagi polis di Malaysia nak buat?


Kepala remaja Punk Aceh dibotakkan polis














Harapnya lepas mereka botak,
mereka tak join geng skin head pulak.
Huhuhu.

berita lanjut: metro (klik sini)


13 December, 2011

alien: menanti saat itu

Seisi ruang bumi telah diterokai,
sedalam laut telah pun direnangi,
namun belum jua berjumpa,
indah helaian bulu menawan,
yang dahulu pernah singgah,
di hujung jari jemari.

Cenderawasih,
mungkin belum masanya,
untuk kita berjodoh semula.

Akan aku nanti saat itu tiba.

:13dec11















11 December, 2011

alien: senyum dalam tiada daya

Yes !!
Yes !!

Fan Chants:  
He score when he wants
he score when he wants 
Robin Van Persie, he score when he WANT !!!!!!!!!!!!!!

Arsenal 1 - 0 Everton

Dari banyak peluang yang dicipta,
satu je yang masuk.
Masuk dengan penuh gaya pada ulang tahun ke-125
Nice~



 
 
 
 

Brrrrr~

Malam gerhana bulan, kena hujan
Akibatnya, terasa macam nak demam
Eh, aku tak berdaya nak tengok gerhana tu
Haa chium!!

07 December, 2011

alien: misi mustahil (spider si labah-labah)

Suatu petang yang agak redup tetapi berbahang.
Angin bertiup laju, awan sedikit gelap tanda hujan mahu turun.

Seekor labah-labah secara diam-diam tanpa suara.
Eh, labah-labah ada suara ke?
Labah-labah itu melakukan satu aksi lagak ngeri.
Membuat abseiling dari atas bumbung menjunam terus ke bawah.
Tanpa sebarang bunyi.
Walau ketika itu hujan maha lebat telah turun.
Disertai guruh dah kilat.
Labah-labah itu dengan beraninya tanpa diganggu emosi atau faktor sekitar melakukan apa yang dilakukan. Penuh pengalaman dan skill yang tinggi.
Menuju tepat ke bibir, bibir cawan yang berisi air limau ais.

"Perh, labah-labah nak curik air aku woooo..."
sambil menjauhkan cawan itu dari jangkauan labah-labah itu.

Misi gagal.
Labah-labah itu tidak berjaya mendarat.
Perbuatannya telah disedari oleh tuan punya air; aku.
Dengan pantas labah-labah itu menggulung semula talinya dan naik ke atas.


Ahahai~
Labah-labah pun tahu enaknya air limau di waktu hujan.




04 December, 2011

alien: apabila wang berbicara

Duit Syiling RM1 yang telah dilupakan. Hehe
Duit RM1 bertemu dengan RM50 dan bertanya:

" Oit,lama tak nampak, mana kau pergi?" RM50 menjawab, "Aku pergi merata tempat. Sibuk sangat. Pergi stadium tenguk bola, pergi karaoke, tenguk wayang, lepak kat mall, konsert K-Pop, shopping....,tempat tempat cam tuh lah. Eh, kau camner lak?

" RM1 menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau, masji...d... ".
Kan..
:Credit kpd Pyanhabib
 

02 December, 2011

alien: friday thought IX

Untuk renungan bersama:

Ketika aku memohon kekuatan,
Allah memberiku kesulitan hingga aku kuat.

Ketika aku memohon kebijaksanaan,
Allah memberiku masalah untuk dipecahkan.

Ketika aku memohon kesejahteraan,
Allah memberiku akal untuk berfikir.

Ketika aku memohon keberanian,
Allah memberiku ujian untuk diatasi.

Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta,
Tapi aku menerima apa yang aku perlukan.
Allah mengetahui tiap sesuatu.


: dipetik dari papan kenyataan surau di Kelana Jaya.


01 December, 2011

alien: Disember sudah menjengah

Dalam program motivasi yang aku pergi suatu masa dulu,
penceramah itu pernah berkata: 
Tepuk bahu sendiri dan katakan, "Semuanya akan ok.."
Ulanginya sebanyak tiga kali dan kamu akan rasa lega.

Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk semua hamba.
Salam Disember untuk rakan-rakan semua.