07 December, 2011

alien: misi mustahil (spider si labah-labah)

Suatu petang yang agak redup tetapi berbahang.
Angin bertiup laju, awan sedikit gelap tanda hujan mahu turun.

Seekor labah-labah secara diam-diam tanpa suara.
Eh, labah-labah ada suara ke?
Labah-labah itu melakukan satu aksi lagak ngeri.
Membuat abseiling dari atas bumbung menjunam terus ke bawah.
Tanpa sebarang bunyi.
Walau ketika itu hujan maha lebat telah turun.
Disertai guruh dah kilat.
Labah-labah itu dengan beraninya tanpa diganggu emosi atau faktor sekitar melakukan apa yang dilakukan. Penuh pengalaman dan skill yang tinggi.
Menuju tepat ke bibir, bibir cawan yang berisi air limau ais.

"Perh, labah-labah nak curik air aku woooo..."
sambil menjauhkan cawan itu dari jangkauan labah-labah itu.

Misi gagal.
Labah-labah itu tidak berjaya mendarat.
Perbuatannya telah disedari oleh tuan punya air; aku.
Dengan pantas labah-labah itu menggulung semula talinya dan naik ke atas.


Ahahai~
Labah-labah pun tahu enaknya air limau di waktu hujan.




22 comments:

ZR said...

labah2 pun pandai memilih...

gadisBunga™ said...

labah-labah kacukan tu~

bujal X said...

labah2 kat rumah aku minum pepsi je~keh keh~

Anak Wak Mail said...

kesian kat labah2..tuan air tak nak kongsi minuman dengan dia..

mirachantek said...

aku taksuka airlimau. masam.

YouSOF said...

Aku tak pasti labah-labah di rumah aku minat air apa, air milo suam barangkali...


Tapi labah² adalah antara makhluk yang paling sukar berputus asa. Sarang dia, berapa banyak kali dalam sebulan, berapa banya kali jugak dia kena bikin sarang baharu.

Munn Jaafar said...

sadis labah2 tu..penat dia buat abseiling =P

Cikgu Ma said...

labah-labah si hero dalam sejarah =)

alien said...

Kazaztan Team:
dia pun ada taste..
haha

gadisBunga:
kacuk dengan apa?
huhu

bujal X:
labah2 ko asal dari eropah kot

Anak Wak Mail:
ye la, aku baya air tu
labah2 tu nak minum free
tak dapat kot

mirachantek:
limau best!!
ahha

YOUsof:
betul2
labah2 rule!!

Munnafendy:
keh2
eksesais..

alien said...

Cikgu Ma:
yess..
tepat sekali!!

Anak Wak Mail said...

apa salahnya berkongsi,,berkongsi kan amalan mulia..haha..;p

kueh bakar said...

aku try la nanti...bgi air limao kat spider...

spiderman 5 boleh tiru idea ni.kehkeh.

Selamber Rock said...

tak baik kedekut weh..haha

ahmad said...

aku sokong cakap koq
kedekut taik idung masin hahha

wahida said...

gelak dgn komen anak wak mail tu...hehe...

KizZ said...

Hihi...kalau spiderman yang betul-betul tu tak mustahil kot..

mimizuzuhaha said...

aku baru lepas mimpi labah2. tapi dia nak curi makanan aku

Unknown said...

apa salahnya berkongsi sikit..cian labah-labah tu

Daddylicious said...

labah2 jenis apa ni ...:)

alien said...

anak wak mail:
yelah, lain kali aku berkongsi dengn labah2 itu
huhuhu

kueh bakar:
ahha~
try bro try
labah2 ni jinak tau

KoQ:
erk
sekali sekala takpe
hihihi

nasyrun:
huish~
aku tak kedekut
cume tamak
ahaha

wahida:
anak wak mail mmg camtu
hahaha

KizZ:
spiderman tu kawan saya
betul tak tipu

mimizuzuhaha:
peh!
lagi power labah2 kau

abah khalisha:
baik, baik
semua org suruh kongsi dgn labah2 tu

Daddylicious:
ntah,
lupe nak tye jenis apa
dia dah naik atas laju2

Faarihin said...

labah-labah pun haus jugak...

hehehe..

alien said...

ce dia mintak baik2, sure aku bg
ehehehe