29 November, 2011

alien: mentol cahaya kuning pun muncul !!

Ting!!
Mentol bercahaya kuning pun muncul secara tiba-tiba di atas kepala ketika bangun dari tidur pagi tadi. Apakah maknanya?

Ilham. Itulah dia.


Sementara mentol itu bercahaya.
Kerja mengterjemahkan ilham perlu dilakukan segera.
Kalau cahaya jadi kelam, perlu meraba-raba; payah.



26 November, 2011

alien: the twilight saga breaking dawn part 1


Kali ini adalah cerita fantasi juga.
Tentang vampire, warewolf.
The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1

Review dari kawan aku di facebook.
Nama dan gambar terpaksa di cat merahkan untuk privasi.
Tu bukan cat along ye.











Bagi aku pula yang tidak menonton series yang sebelum ini, tidak banyak yang boleh diperkatakan. Jalan cerita dia agak perlahan, mungkin kerana latar cerita itu sendiri berkisar tentang perkahwinan Edward dan Bella. Tidak banyak yang boleh dikupas dan dikembangkan. Ahha. Cam power je aku kritik.

Pada pandangan aku, Part 1 ni ibarat permulaan. Permulaan untuk apa?
Haa. Kena la tonton sendiri.
Dan aku dapat rasa, Part 2 akan lebih menarik.
Tunggu dan lihat saja.

Aku kasi filem ni 3 bintang.

Pandangan aku untuk filem ini,
Tonton sekali; senyum.
Tonton dua kali; "tak teruja sangat.." menurut peminat cerita twilight. Bukan aku.





25 November, 2011

alien: shinjuku incident

Negatif moment:
Client tak puas hati dengan quotation yang diberi.
Perlu buat adjustment.

Positif moment:
Balik dari meeting dan site visit.
Dengan pantas mengejar waktu untuk sembahyang Jumaat,
alhamdulillah keadaan jalan tidak terlalu sibuk.
Sempat sampai on time.
Akan tetapi masjid penuh,
walaubagaimanapun terima kasih kepada brader tadi kerana berkongsi sejadah.

Bad act:
Setelah menghantar Supervisor di Shah Alam, aku cabut!!

Precious moment:
On the way singgah sekejap menikmati kelapa muda segar di gerai tepi jalan di hari yang panas, dibelai angin sepoi-sepoi bahasa.
Priceless. Tak sia-sia aku cabut awal.


: berkenaan tajuk, ia adalah filem lakonan Jacky Chan. Ahha~



24 November, 2011

alien: misteri jalan lama

Ahoi !!
Ini adalah filem fantasi.

Bukan kisah makhluk halus yang menyesatkan yang hanya muncul bila tirai senja dilabuhkan. Bukan juga kisah makhluk yang dahagakan darah atau bersekongkol dengan manusia untuk buat kerja jahat. Ia adalah kisah konflik di alam bunian. Afdlin cakap filem ni ala Lord of The Rings.



Kisah berkisarkan tentang dua beradik, Indra dan Ilya yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar. Manakala Ilya pula adalah anak angkat. Berlaku konflik dan Indra menjauhkan diri dari bapanya dan Ilya.

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra pulang dan ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya.

Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah sebenarnya yang terdapat di jalan lama tersebut. Itulah dia misteri yang disajikan kepada penonton yang akan dikupas sedikit demi sedikit sehingga penamat.

Em, entah kenapa tiap kali ketua penjahat bercakap suaranya tidak jelas.
Walaubagaimanapun jalan ceritanya menghiburkan walau bermula dengan agak perlahan.
Ah ya, filem ini ada adunan CGI.
Dan lakonan Hans Isaac memang cun!!
Dan aku terfikir apa akan jadi andai Afdlin dapat peruntukan yang besar untuk filem-filemnya. Pasti  'Woooow!!' akan lebih terserlah.
Oh, aku senyum sinis melihat Que pakai baju perisai tu.

Aku kasi filem ni 3 bintang.
Just nice.

Pandangan aku untuk filem ini,
Tonton sekali; senyum.
Tonton dua kali; masih senyum.



alien: simfoni si perindu

Masih ku di sini,
menyaksikan purnama indah,
bersama rangkai alunan puisi,
syair untukmu.

Masih ku di sini,
bersama simfoni rindu,
dingin malam sepi menggigit jiwa,
di getar penantian.


23.11.11, 2.01am



23 November, 2011

alien: bulatan Rothmans

Aku baru perasan hari ini.
Tiada lagi bulatan Rothmans yang gah itu.
Bulatan Rothmans itu hanya tinggal kenangan.
Ia telah digantikan dengan simpang empat berlampu isyarat.
















Diharap dengan simpang empat berlampu isyarat itu dapat mengurangkan kesesakan di jalan tersebut.



alien: the hungry rabbit jumps

Seeking Justice
Ada Nicolas Cage.
Sebab utama aku tengok filem tersebut.




















: Will Gerard yang secara tidak sengaja bersetuju dengan satu organisasi rahsia bagi membalas dendam atas serangan oleh seorang perogol kepada isterinya. Dengan syarat dia perlu membantu organisasi itu melaksanakan tugasan yang akan diberi pada masa depan.

The hungry rabbit jumps....
Ayat yang perlu diucap setelah tugasan selesai melalui telefon kepada organisasi rahsia tersebut. Apakah Will akan patuh dengan arahan organisasi itu?
Ahha. Sila google review lain untuk mengetahui lebih lanjut ye.

Walaupun tiada aksi tinju - tinju dengan tangan kosong yang mampu membangkitkan adrenalin. Jalan ceritanya menghiburkan.
Aku kasi filem ni 3.5 bintang.
Just nice.

Pandangan aku untuk filem ini,
Tonton sekali; senyum.
Tonton dua kali; masih senyum.




Khamis 24 Nov, Misteri Jalan Lama la pulak weh!!




20 November, 2011

alien: hari yang lain dari yang lain

Alhamdulillah..

Matang selaras dengan pertambahan usia.
Dipermudahkan segala urusan. 
Insya`Allah.

Amin~

18 Nov, a great day to be remembered.


15 November, 2011

alien: kisah benar tentang senior aku

Ini kisah adalah kisah benar.
Kisah yang berlaku suatu ketika aku belajar di Melaka.
Aku panggil dia Boek je. Dia room mate aku.
Dari aku part 1 hingga part 4 kami sebilik.
Oleh kerana dia senior aku, maka ketika aku part 5 dia dah tamat belajar.

Tapi itu cerita dululah, tak lama dulu
Sekarang ni, dia tengah excited untuk menimang cahaya mata pertamanya.
Mari baca kisah dia selanjutnya di sini. (Klik sini)

Dan yang ada pengalaman nak dikongsi tu boleh la kongsi dengan dia.
Dia memerlukannya.
Jadi, sila - sila lawat ke blog dia.


alien: suatu epidemik bukannya akademik

Television.
Panggung wayang.
Mulut orang pun turut sama terlibat.
Menceritakan tentang kisah seram. 
Juga boleh dipanggil cerita tahyul, atau karut.
Cerita itu ada dalam genre komedi dan juga serius.
Cerita itu juga sudah merebak macam epidemik.
Menjangkiti segenap lapis masyarakat di negara kita.

Sampaikan menerobos masuk ke dalam mimpi aku.
Haish.
Ini kes serius ..


13 November, 2011

alien: cerita hari jumaat

Sebilah parang, hulunya hitam.
Seperti hulu parang yang lain, kebiasaanya disalut bahan plastik getah.
Kemas tersisip parang itu dalam sarungnya, juga hitam.

Parang dihunus.
Kelihatan mata parang yang tajam yang tersembunyi di dalam sarung sebelum ini.

Zassss!!
Wachaaaa!!

Sekali parang dihayun, terbelah dua sasaran di mata parang itu. Terkuak di sebelah kanan dan kiri bilah parang itu. Rakus. Cecair membasahi lantai bumi serta bilah parang itu.

Di sampingnya kelihatan beberapa kerakusan yang disebabkan olehnya.
Dia senyum dan mengelap peluh yang terbit di dahinya.

"Cukuplah ni, untuk buat dadih kelapa.. dan untuk di minum.." dia bermonolog sendiri sambil memerhati adiknya mengorek isi kelapa muda itu.

Done.
Kelapa muda segar mengakhiri Jumaat yang redup.
Klasik !!


10 November, 2011

alien: Awek Chuck Taylor

Trust, understanding, tolerate ... tidak mementingkan diri,
adalah antara elemen asas dalam suatu perhubungan..

Tamat sudah 'Awek Chuck Taylor'
Laju tak laju la aku baca, mudah dihadam.
Sesuai untuk jiwa remaja dan mereka yang di dalam arena cinta.
Cewah~
Patutnya boleh tulis review novel itu di sini; Bukan Blog Awek Kedai Buku.
Tapi.. biarlah. Biar siapa-siapa kat blog tu yang buat review.
Heh.

Bukan aku malas.
Tapi biarlah..
Not in mood untuk merangka ringkasan cerita.

: Bila kita sedar yang Tuhan tahu apa yang terbaik untuk hambaNya, kita akan selalu redha dan bersyukur, serta berusaha menjadi yang terbaik. Insya`Allah.
 (Tiada kaitan dengan buku yang dibaca)

09 November, 2011

alien: bismillah


Alhamdulillah.
Terima kasih atas sokongan semua.
Baru sebentar tadi Dato' mencadangkan kepada aku untuk berjumpa dua agensi kerajaan, bagi mendapatkan khidmat nasihat mereka.

Jadi, apa yang terlihat sekarang adalah jalannya sudah ada di depan mata, apa yang perlu aku lakukan adalah memulakan langkah menyusuri jalan itu.
Dengan lafaz Bismillah..
Sediakan segala keperluan dan mulakan kembara.


05 November, 2011

alien: ask rupenye

ASK itu anugerah skrin 2011 rupenyeeee.
Aku ingatkan singkatan untuk apa.
Bertaburan kawan-kawan facebook update guna singkatan ASK tu.

Oleh kerana ramai sangat yg bercakap pasal ASK ni.
Aku pun tak nak cakap pasal itu.
Bukan apa,
Sebab aku tak tengok pun acara tu.

 Eheeeee..


02 November, 2011

alien: kosong

Ditakdirkan tiba-tiba korang ada kuasa membaca minda.
Apa yang korang akan nampak di dalam minda aku sekarang ini adalah seperti di bawah,






























Ye..
Kosong, tiada apa-apa.
Kecewa bukan.


01 November, 2011

alien: jangan sebut namaku

"Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu ..


Hari ini.
Entah berapa kali bait-bait lagu di atas bermain-main di ruang kepala aku.
Dah macam kotak musik gaya dia. Berulang-ulang. Tidak terkira.
Suara Jamal Abdillah berulang-ulang. Bergema menyanyi tidak henti.

Tiap kali berulang lagu itu, tiap kali itu ternampak kisah itu.

Mana butang stop.
Aku cari-cari tidak jumpa.
Come on la bro, aku dah malas nak cakap !!


cont.
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku ..."



alien: selamat datang November

Intro:
Vokal Axl Rose menggegar suasana lewat malam yang sunyi.
".... So never mind the darkness, We still can find a way
 Cause nothin' lasts forever, Even cold November rain ..."
 : Gun N Roses

Bumi setelah dibasahi hujan; segar dan sejuk serta mendamaikan.
Jiwa yang penat dan layu seharian terkulai dibuai enak suhu dingin.
Kepala semakin berat, mata mula mengantuk.

Mimpi indah datang, tidur semakin lena. 
Lupa sejenak hal dunia.
ZzzZZZzz~

Bermulanya bulan yang indah !!!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


November, bulan yang basah biasanya.
Hati-hati kepada pemandu dan penunggang. Jalan licin.
Bawalah kenderaan dengan berhemah.
Sedangkan Schumacher yang digelar Rain Master pun tak terkecuali tergelincir di hari hujan, ini pula anda.

Laju-laju mahu ke mana?
Jalan sesak di mana-mana ketika hujan.
Kan.