30 June, 2011

alien: aku nak cerita sikit, jom baca.. jom.. jom..

Mari bayangkan ini,

Satu petang yang indah dan tenang. Ketika orang ramai bepusu-pusu beredar dari pejabat. Ada yang mengejar bas, ada yang bertemu janji, ada yang kejar drama di TV misalnya. Kau pula sedang berada dalam kereta. Mendengar celoteh DJ radio dan melayan lagu sentimental yang diputarkan sinonim dengan petang yang tenang, atau paling tidak pun kau sedang mendengar bebelan kekasih kau yang duduk di sebelah. Kau anggap saja bebelan itu seperti paduan orkestra yang indah dah jarang sekali dimainkan. Anggap saja begitu, pasti jiwa kau yang sedang kacau akan terasa sungguh tenang.


Okeh. Bukan hal bebelan kekasih kau yang ingin aku kisahkan. Lupakan sebentar kekasih kau yang berada di sebelah. Biarkan lagu sentimental atau alunan orkestra tadi menerawang di udara. Menghibur jiwamu pada petang itu.

Keadaan kau tenang. Kau memandu dengan penuh hemah dan fokus sambil penglihatanmu menerawang ke arah kiri dan kanan jalan. Keadaan jalan yang agak sesak dan pergerakan kenderaan yang perlahan membolehkan kau membuat memerhati keliling. Hatta kau juga punya waktu untuk mengorek telinga, mengorek hidung atau boleh saja melihat wajahmu di cermin. Bimbang adanya jerawat membuat onar di muka. Err, cek sekali gigi mu itu. Mungkin ada cili terselit, buat malu saja apabila kamu bercakap dengan gadis di tol yang biasanya menawan. Kekasih kau? kan aku cakap lupakan sebentar kewujudannya.


Matamu ketika itu melihat seseorang di tepi jalan. Orang itu sedang bercakap di telefon bimbit. Dia memakai baju biru dan berseluar hitam. Dia betul-betul berdiri di tepi lalu lintas sambil bercakap dengan riang di telefon bimbitnya tanpa peduli atau kisahkan hal yang berlaku di depannya. Misalnya, ada sekeluarga 3 orang yang melintas yang berpakaian merah kusam. Ada seorang pakcik yang berambut putih tak jauh dari dia. Jika kau perhatikan orang itu, memang dia tidak perasan semua itu. Tak ambil kisah.


Lagu sentimental atau alunan orkestra tadi masih lagi menjadi halwa telinga kau. 


Ada sesuatu yang menarik pada lelaki yang sedang bercakap di telefon bimbit yang memakai baju biru dan berseluar hitam itu yang membuat kamu memerhatikannya. Ye, orang itu lelaki. Apa yang kau fikir?

Sesuatu telah membuat kau memerhati saja lelaki itu. Seperti kau dapat membaca sesuatu tapi kau sendiri tidak tahu. Bukan kerana paras lelaki itu yang mirip pelakon terkenal, Salman Khan, Amitha Bachan atau Rajnikan. Bukan. Sesuatu yang kau sendiri sukar ungkaikan. Sukar sekali.


Dalam pada kau sedang meneka-neka. Dan alunan lagu sentimental atau alunan orkestra tadi menghiasi deria pendengaran kau, kau terkejut. Memang ada satu kejadian yang tidak terjangka berlaku pada lelaki itu, yang berada dihadapan kau selang sebuah kereta jaraknya dari tempat kau berada. Kau tergamam. Tersentak.

Sebuah motosikal yang dinaiki dua orang lelaki menghampiri lelaki itu dan cuba merampas telefon bimbit lelaki itu. Sia-sia. Lelaki itu tersedar dari dunia gembiranya. Dia memegang kemas telefon bimbitnya dan mematahkan serangan peragut tersebut.

Pakcik yang berambut putih tergamam.
Sekeluarga 3 orang yang berbaju merah kusam juga tergamam.
Kau pun tergamam serentak itu kau tersedar kekasih kau disebelah telah menarik muka, muncung sedepa. Kini kau pula ditimpa masalah yang berat setelah lelaki itu selamat dari cubaan ragut yang tidak berjaya. Sungguh bertuah lelaki itu. Tapi kau, kau kurang bertuah petang itu. Kekasihmu yang sensitif terasa jauh hati. Tiada siapa nak membantu kau, kau selesaikan masalah kau sendiri. Bukan salah aku.



Moral of the story:
Sentiasa berhati-hati walau di mana anda berada
Bahaya itu selalu mengintai untuk menyerang
Pastikan pertahananmu kental menangkis

Ahha~

*satu kejadian ragut yang gagal yang benar berlaku dan telah diceritakan dengan cantik untuk hiburan dan pengajaran pembaca sekalian





alien: Yang selalu mudah kasihan kat orang, tapi jarang orang kasihan kat dirinya

Hari ini pejabat tempat aku bekerja menerima seorang pekerja baru
Junior !!
Taklah, dia bukan bekerja bawah aku
Bidang tugasan pun berlainan
Em, dia bekerja di bawah bos yang memiliki rekod memberhentikan 9 orang pekerja yang digaji di bawahnya selama aku berada di sini menghampiri tahun ke 2.

Fuhh~
Mungkin aku tergolong dalam 9 orang itu sekiranya aku bekerja dengan bos itu. Ini fakta, kenyataan yang memang tak boleh disangkal lagi.
Realitinya, aku berkerja dengan 2 orang engineer lain.
Fuhhh~

Aku harap pekerja baru ini dapat bertahan lama selagi aku masih ada di sini. Em. Harap mental pekerja baru itu kental dan padu menghadapi kerenah bos yang telah memberhentikan 9 orang pekerja yang digaji di bawahnya selama aku berada di sini menghampiri tahun ke 2.

Atau mungkin aku akan menyaksikan korban ke 10?
Apakah... mungkin dia korban bos itu yang ke 10..
Biar masa menentukan..
Err, kelihatan jahat aku berfikiran negatif untuk bos itu
Tapi, sebenarnya aku kesian 9 orang pekerja itu..
mengalami tekanan mental
Dan aku kesian pekerja baru itu ..
yang akan menjadi orang yang ke 10 mengalami tekanan mental

Harapnya tidaklah,
Harapnya...



Yang selalu mudah kasihan kat orang, tapi jarang orang kasihan kat dirinya:

29 June, 2011

alien: jangan pernah sakiti masa

Masa itu selalunya pantas
Pantas menjerut leher kita
Pantas mencantas dan memenggal tanpa belas
Pantas sampai tidak kenal penat
Pantas dan pantas dan pantas
Sampai kita terasa lelah sendiri
Tiada daya bersaing dan mengejar waktu itu

Iya kah?

Atau kita sendiri yang biar masa itu berlalu
Berjalan sendiri tanpa kita peduli
Tidak sedar tika ia berada dengan kita

Bukan kah begitu?
Selalunya
Selalunya
Itulah yang berlaku

Yang kemudiannya kita kata masa itu kejam
Masa itu cemburu dengan kita
Masa itu tiada perasaan belas
Masa itu
Masa itu
Macam - macam kita tuduh masa
Sedangkan masa itu bersih
Ianya suci
Tiada pernah kelihatan ada cacat celanya
Kita yang alpa dan lupa
Tidak menghargainya waktu keberadaannya bersama kita

Sudahlah !!
Hentikan menyalahkan masa
Hentikan tuduhan liar padanya
Biarkan masa itu melaksanakan tugasnya

Biarkan
Biarkan






28 June, 2011

alien: orang yang biasa-biasa saja

Seperti kebiasaan, sebelum berehat dan tidur aku berpeleseran di FaceBook yang telah jatuh ke ranking kedua selepas Google. Aku tak heran pun tentang itu. Mark Zuckerberg pun tak heran. Orang kita pulak yang ambil peduli pasal ranking-ranking ni. Em, ntahlah.. aku pun tak tahu.

Tika itu aku terjebak berbicara dengan seorang kawan aku ni, tentang novel Padang Bulan & Cinta di Dalam Gelas yang aku sendiri pun belum habis baca. Katanya dia memang meminati dan mengagumi gaya penulisan Andrea Hirata. Aku? mulai tertarik setelah menonton filem Laskar Pelangi di Astro beberapa hari lalu. Agak lambat bukan. Kalau orang sudah sampai ke bulan, agaknya aku baru nak kenal apa itu bulan. Lebih kurang begitulah.
 
Sana da ader habiburrahman, andrea... tuh x kire zaman dolu2... malaysia makin ketandusan novelis la. novelis remaja bykle..
Dia meluahkan pendapat, mirip kepada satu rasa bimbang

Malaysia ada.. A Samad Said.. ape~
Aku membalas dengan tidak serius

Generasi pelapisnye kaula kann..
Begitu galak dia berseloroh ..

Sebelum itu, komen aku padanya, aku katakan..
Sekiranya dia ada nukilan Shahnon Ahmad, Abdullah Hussain, A samad Said, Usman Awang, Andre Hirata atau Taufiqurrahman Al-Azizy dalam simpanannya ingin sekali aku pinjam.

Em.
Terlalu hebat penulisan mereka kalau mahu dibanding dengan apa yang aku ada. Aku pun baru bergaul dengan karya-karya mereka, masih mengenali.
Belum pun sebati.
Yang pasti mereka semua sudah menjejakkan kaki di bulan, aku pula baru nak kenal apa itu bulan.

Aku kan orang biasa -  biasa saje




16 June, 2011

alien: wahai kamu yang sungguh menarik di sana..

Kamu selalu bermain di ruang mata aku
Kamu selalu hadir di kala waktu lapangku
Kamu juga kerap memanggilku apabila aku terpandangmu
Tiap kali memandangmu, aku senyum
Kadang kala aku buat selamba, buat tak tahu
Nampak semulajadi lah

Tapi,
Belum masanya kita bertemu sekarang
Belum lagi
Belum

Lama lagi baru aku akan bertemu kamu
Entah bila
Aku pasti akan memilikimu juga
Aku janji !!


15 June, 2011

alien: cuti-cuti lepak kitchen la baru ngam kan...

Sarimah Adzrina.
Tahu ke? 

Jamsari Sabian.
Tahu ke?

Saja je tanya.
Haha.

Yang tahu memang up to date lah.
Yang tak tahu google ye. Jangan putus asa. Boleh cuba lagi.

Oh, aku jumpa mereka Isnin lalu ketika aku melepak dengan Nizam di tempat kerjanya. Datin Sarimah tu bos dia, Jamsari Sabian tu bekas rakan sekerja dia. Eh, camne aku boleh melepak kat tempat kerja dia pulak time office hour? Sebab aku cuti dan dia kerja; di Sarimah Adzrina Kitchen's. Jadi, dia boleh la melepak ketika tiada pelanggan. Heh.

Yang nak cuba melepak sana, pegi ke Seksyen 13 Jalan Snuker, Shah Alam. Cari signboard kaler hitam. Baru beroperasi lebih kurang setahun. Waktu operasi 8.00am hingga 11.00pm. Yang terasa lapar tu, jangan buang masa. Terjah je. Cari Nizam, sebut nama aku .. pasti dapat diskaun. Heh.

Yang terasa nak tempah baju pun boleh. Datin tu pun ada butik.
Yang perempuan tu, apa lagi tunggu. Sila-sila la.
Tapi yang ini, jangan sebut nama aku. Sebab Datin tu tak kenal aku la...


Em.
Ucapan Tahniah untuk Zaim dan Shahma dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka pada Isnin, 13 June 2011 yang diberi nama Muhammad Ziyad. Syukur. Aku sempat melawat mereka di HB, Klang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah pada hari itu.




11 June, 2011

alien: autobots.. transform !!!

Eh, si pulan tu sekarang free hair ye? dulu rasanya bertudungkan?
Dah tiba-tiba si Azrul bertanya sedang-sedang dia browse FB sambil nak invite wedding dia.

Malik pun kata, Biase la tu..

Em. Aku angguk.
Dulu masa belajar pun aku pernah jumpa dia free hair kat luar.
Aku menyokong jawapan Malik.

Pelik la diorang ni, mcm konfius pulak
Azrul menyuarakan pendapat.

Ntah la Rul ..
Sahut Malik sambil menyudut teh o aisnya.

Aku hanya geleng kepala.

Itulah antara kelebihan FB.
Boleh digunakan utk detect keberubahan kawan-kawan kita walau dah lama tak berjumpa.
Heh.
Yang berubah kepada kebaikan. Syukur.
Yang tidak berubah kepada kebaikan. Rentikanlah.
Yang masih tak berubah. Fikirlah dulu sebelum anda berubah.






08 June, 2011

alien: YB itu Yang Berkerja atau Yang Bersara.. Yang Bercakap pun boleh.. Yang Berkhidmat ok juga kan.. Yang Berbudi, Yang Berbakti.. Banyak YB-YB kat Malaysia ni, korang pun YB. Yang Baca. Heh

Bulan lepas aku ada jawab satu panggilan ni..
Bukanlah panggilan hangit..
Salah panggilan pun bukan
Ini cerita betul, orang putih cakap 'based on true story..' gitulah

Panggilan itu untuk bos aku
Pemanggil tu menjual ruang iklan dalam majalah dia yang bakal diterbitkan.. Majalah Tenaga Hijau katanya..
Tapi bos aku ni jenis malas nak cakap dia tak nak, jadinya dia suruh la aku jawab.. kasi je alasan apa-apa..
Em

Jadi bila pemanggil tu telefon, aku lah yang menangkis atau nama lain dia beri alasan kepadanya secara halus tanpa pemanggil tu tahu bos aku tak nak beli ruang iklan tu

Ada sekali tu dia telefon, dia cakap due date dah dekat
Dia tanya kat aku samada bos aku berminat tak
Sedang aku mempraktikan ilmu tangkis menangkis
Tiba-tiba terpacul dari mulut dia patah perkataan yang membuat aku gelak besar
Dah dia cakap, gaya aku bercakap macam wakil rakyat..
Mana taknya aku gelak besar, aku tau dia berseloroh saje.. atau nak ambik hati..
Heh

Bila aku fikir balik
Aku sendiri pun tak tahu part mana yang aku cakap dengan dia dalam telefon gaya-gaya wakil rakyat..
Mana lah datang idea merapu dia tu
Handal !!




03 June, 2011

alien: dia gugur lagi

Kalau dulu sehelai yang gugur.
Tapi, semalam empat helai terus gugur.
Ehehe..
Siapa yang teringatkan aku lagi ni ..
Baik ngaku cepat sebelum haiwan peliharaan aku baham ... !!!
Agagagaga ..

Oh, aku cuti hari ni.
Nak jalan jauh. Dari hujung ke hujung ke hujung.
Pergh !!





Roaarrrr ~!!!


02 June, 2011

alien: June dalam hidup Zulfekar ...

June telah tiba.
Zulfekar jadi tak senang duduk. Duduk mengadap kanan serba salah, mengadap kiri pun serba salah. Duduk mengadap depan tu dia selalu buat. Duduk mengadap atas nnti orang cakap sawan Kak Limah. Kalau duduk tunduk ke bawah orang cakap pak turut, padahal dia suka membangkang idea bernas orang. Kalau duduk mengadap belakang nnti orang kata dia tak siuman.
Payah ni
Dia bermonolog.

Dia lantas berbaring di pangkin di depan rumahnya di bawah pokok rambutan yang sudah 2 tahun tidak berbuah. Entah apa merajuknya pokok rambutan itu, fikirnya.

Amin yang memakai t-shirt putih berlatar gambarkan Prof. Xavier berlari-lari anak mendapatkan ayahnya yang sedang kusut fikirannya di pangkin. Tapi, anaknya itu tidak tahu ayah dia sedang kusut walau dia memakai baju bergambarkan Prof. Xavier.

Ayah! Ayah!
Amin meluru ke dada ayahnya.

Zulfekar bangkit dan membelai kepala anaknya itu. Dia melihat Zaiton berdiri di muka pintu sambil memeluk patung T-Rex hadiah pemberiannya kerana berjaya mendapat nombor 1 di kelas 2 Merah pada ujian bulan lepas.

Ayah, ibu panggil ..
Ucap anak kecil itu ketika dia meribanya.
Ibu cakap apa..
Ntah
Amin mengangkat bahu tanda tidak tahu

Mari..
Zulfekar memimpin Amin masuk ke rumah. Baru dua langkah mereka berjalan, tiba-tiba Amin meluru laju berlari ke dalam mengejar adiknya, Zaiton. Mereka berlari bermain kejar-kejar di halaman rumah.

Zulfekar mendapatkan isterinya yang sedang menyiapkan sarapan di dapur.

Ehmm..
Dia berdehem.
Isterinya yang sedang mengupas timun tersentak dan menoleh. Zulfekar duduk di kerusi meja makan.

Isterinya meletakkan potongan timun di atas meja bersebelahan dengan ikan bilis goreng yang masih panas. Dia menuangkan secawan kopi untuk suaminya.
Kopinya bang ..
Dia meletakkan secawan kopi di depan suaminya. Kerusi bersebelahan suaminya ditarik dan dia duduk.

Bang, ingat lagi cakap abang pasal June?
isterinya memulakan perbualan.
June..
Ha`ah, kan bulan lepas abang ada cakap pada saya..
si isteri cuba mengingatkan
Ada, ingat lagi ..
Zulfekar menyuakan cawan kopi ke bibirnya, dia menghirup perlahan.
Tu yang abang sedang fikirkan ni ..
Dia meletakkan kembali cawan itu ke cepernya.
Fikirkan apa lagi? saya malas nak pujuk-pujuk ni..
Si isteri membetulkan duduk
Abang kan cuti lama.. boleh la bang, jadi ye.. mak kat kampung pun dah tanya-tanya
Dia menyambung
Em..
Zulfekar mengangguk setuju dan bangun seraya berkata, abang panggil budak-budak sarapan ye

June.. June..
Bergema perkataan itu diruang fikirannya membuatnya gelisah

Sampai di muka pintu dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya. Dia mencari nama Hamzah di dalam memori simpanan telefonnya dan mendail.

Em, Wa'alaikum Salam
Aku sihat jer
Tengah sarapan ni
Oh, takpe.. kawan punya pasal takdehallah
Apa hajat telefon aku pagi-pagi nie? cam urgent je
Ohh..
Emmmm..
Oh, ok
Kalau macam tu aku cover ko lah, apa-apahal aku roger ko balik
Emmm.. hahahaha
Yelah, aku pun cuti takde aktiviti sangat pun.. bujang kan
Em, ok
Haa.. kirim salam kat wife ko tu
Takpe, aku faham, hati-hati ye
Wa'alaikum Salam

Zulfekar senyum lebar
Amin ! Zaiton ! jom masuk.. sarapan

Dia pasti jawapan boleh darinya pasti akan menggembirakan seisi keluarganya.




01 June, 2011

alien: pagi yang terbejat

Pagi yang indah
Burung-burung pun terbang berkicauan mencari rezeki
Ada yang ke bendang, ada yang ke kebun
Ada juga yang masih belum bangun lagi
Heh

Oleh kerana pagi itu indah
Aku pun memandu dengan penuh hemah
Aku bergerak mengikut kelajuan tiupan angin sepoi-sepoi
Sambil mendengar celoteh Salih Yaacob di radio
Mana tahu dia akan beri tips kepada pendengar kan
Heh

Oh, sampai tol
Tak perlu baris panjang
Eh, bukan kerana kad Touch n Go
Juga bukan sebab lorong smart tag

Aku guna lorong tunai je

Hai gadis !!
Eh, Nor Azura nama dia

Ucap aku dalam hati sambil aku hulur duit paling kecik aku ada

Dia hulur baki dan ucap terima kasih

Belum pun sempat duit baki tu cecah dasar poket baju
Gedegang !!
Ah, apa sudah jadi
Bergoyang sekejap aku rasa

Come on la bro !!
Palang pun belum bukak
..
Marah aku sendiri sambil mata melihat cermin pandang belakang

Peh, brader tu muka dah cuak gabra
Haish, kemik bumper ke.. malasnya aku..
Getus aku sendiri

Aku drive melepasi tol dan berhenti di tepi jalan
Brader tu berhenti tak jauh dari aku
Lepas periksa sana sini
Alhamdulillah.. selamat

Brader tu mintak maaf, aku salam brader tu
Aku cakap 'takpe ..'
Lepas salam je, dia blah terburu-buru
Entah apa yang dikejarnya

Lain kali hati-hatilah brader..
Bisik aku sendiri sambil melihat dia meluncur pergi