30 August, 2012

alien: raya-lah

























































Eh, hari raya kan sebulan.
Keh3

: abang, kak ipar serta anaknya tiada dalam gambar, beraya di perantauan.


29 August, 2012

alien: sudah lime puluh lime tahun saudara saudari

Salam Syawal buat kalian.
Mohon maaf atas salah bahasa andai ada isi di dalam sini yang kalian rasakan kasar.
Maaf banyak-banyak ya.
Aku insan yang lemah.. hanya mampu berserah ~

Hari kemerdekaan kita yang ke-55 hampir tiba.
Bendera Malaysia belum dibasuh, manakalan bendera selangor masih kemas terlipat dalam almari.

Aku tak mahu gantung bendera macam ini. Seperti yang dikatakan Daddy Ziyyad. Memang secara zahirnya gantung macam itu nampak semangat patriotik yang tinggi tetapi perbuatan itu agak berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Telah disarankan untuk kita mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan. Bagi menyemarakkan semangat jati diri sayang kepada tanah air.

Ya aku akui, mengibarkan bendera memang menunjukkan semangat patriotik. Akan tetapi, apa gunanya menunjuk semangat itu hanya pada bulan itu saja. Sedang bulan-bulan lain kosong. Mereka dijajah dan terjajah dalam mereka tidak sedar.

Sedarlah segera.
Lekaslah menuju ke daratan sebelum hanyut lemas dibawa ombak dunia.


Aku selalu kibarkan bendera semangatmu di dalam jiwaku,
Oh, Negaraku!



26 August, 2012

alien: S.A.M

Seronok tengok keletah kanak-kanak waktu cuti raya ni.

Bermain.
Melompat.
Berlari.
Menjerit.
Ketawa.
Tersenyum.

Aku tertawan. 

Em ha,
Sempat aku tengok S.A.M
Rabu baru ini.

"It's nice movie"
Lakonan mantap dari Shaheizy Sam dan Lisa Surihani.
Kudos untuk Syafiq Yusof.


Sebuah naskah yg perlu ditonton pada mereka yang mencari kelainan dalam industri filem kita. Filem yang melarikan diri dari konsep tahyul yang sedang berleluasa menjajah minda masyarakat kita. Ia sebuah filem psiko yang mungkin ada kaitan dengan kita, kawan kita, jiran kita atau sanak saudara kita. Satu genre bawaan anak tempatan yang jarang-jarang muncul di layar perak negara kita.

Em.
Jalan cerita yang mudah dan tidak terlalu berat untuk masyarakat kita yang jarang nak berfikir apabila berada di kerusi empuk bersama bertih jagung dan segelas coke. Heh..
Mungkin atas sebab itulah, jarang sekali pengarah - pengarah di sini mahu membawakan kisah yang mengajak masyarakat berfikir sama; jarang nak berfikir. Dan, aku masih menunggu sesiapa yang boleh membawa filem seperti "Alangkah Lucunya Negeri Ini" di sini.

Di sebalik perjalanan cerita yang mudah, ada bahagian yang tidak berapa strong yang pada aku boleh mengganggu mutu filem ini. Seperti kemunculan Zura yang pada aku tidak digarap dengan baik atau langsung tiada kepentingan kewujudannya. Juga bahagian ayah yang ditikam dan emak yang sakit jantung kedengaran agak klise.. sedangkan pada permulaan cerita, si pengarah seperti cuba melarikan ceritanya dari hal itu. Dan bahagian penamat yang selalu sangat kita lihat di mana-mana. Selalu sangat.

Dan di akhir cerita, aku terasa  lompong itu, tidak seperti perasaan aku menonton Songlap.
Ibarat apa yang kita rasa saat kembali dari bercuti. Perasaan gembira perlahan-lahan bertukar menjadi rasa normal. Itu apa yang aku rasa ketika tirai layar perak diturunkan.


 
Walau bagaimanapun, ia masih naskah yang enak untuk dijamah.
Dua point lima untuk pengarah muda kita dan filem nya: SAM

Saya.
Amat.
Mencintaimu.



17 August, 2012

alien: olahan dari dalam

Ini adalah kesinambungan dari entri yang ini:
Kata Shukri

Di saat kamu meminta dia pergi, dia akan pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta. Dia akan menghilangkan diri dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh jiwanya.

Dia juga tidak akan pernah memaksa kamu memberi sebab dan serta alasan, walaupun hatinya meronta ingin tahu.

Demikian itu, cintailah mereka yang mencintaimu.
Ahha~


Salam Ramadhan untuk semua.

p/s: Cintailah Tuhanmu, dirimu dan kedua ibu bapa mu dahulu.. hehehe

16 August, 2012

alien: si kaki kaca


Selamat lah wahai kaki kaca yer..
Moga kaca di kaki mu kali ini tebal sedikit dari biasa.

Baca sini: Robin Van Persie - Si kaki kaca

Dah jadi trend Wenger jual si kapten.
Mula-mula Viera, pastu Henry, pastu Cesc dan yang terbaru ni Persie.
Polisi Arsenal yg renew setahun contract utk pemain yg capai 30 tahun juga jadi punca pemain berpengalaman pindah. 

Tak mengapa-lah.

Patah tumbuh hilang berganti kan..
Arsenal ada Podolski, Giroud, Cazorla, Gervinho..
Mantap dah!!



14 August, 2012

alien: Usain Bolt berkata

"Selepas saya mengajar Ronaldo pada 2009, dia berjaya meledak 40 gol pada musim ini dan saya berpendapat dia tidak akan menjaringkan gol-gol tersebut tanpa tunjuk ajar saya"

"United memiliki ramai pemain yang memiliki kepantasan dan jika mereka berjaya menguasai teknik larian dengan betul adalah menjadi perkara mustahil untuk menewaskan United,"

Berdasarkan komen-komen dia, pada pendapat aku, dia sesuai menjadi coach di United.
Coach bahagian serangan.
Harapnya Sir Alex baca atau terdengar komen-komen itu.
Moga impian dia untuk bersama pasukan United tercapai..


Sumber dari Kosmo!



alien: akta 114A

Akta 114A?
Apa kah akta 114A itu ?

Jom baca sini: Akta 114A dan kesan kepada anda.
Kredit kepada yang memberi penerangan itu.

Akta yang berat sebelah dan sedikit kejam.
Akta yang boleh menjatuhkan orang andai ia dimanipulasi.
Pergh.

Dengan reputasi aku yang memang sedia tidak ada.
Kalau jatuh bededuk! hancur berkecai.
Aku akan mengadjust ruangan komen demi keselamatan.
Hehehe..

Pada mereka yang suka ber FB, ber twitter, ber Blog, ber Word Press dan ber-ber-ber macam-macam lagi. Sedikit peringatan untuk anda, berhati-hatilah.




13 August, 2012

alien: kamu!

Hampir sebulan tirai itu dinaikkan,
dan pagi ini dengan tekad aku turunkannya
seiring dengan tamatnya acara olimpik pada pagi tadi.

Namun,
di sebaliknya aku kekal berdiri
menantikan saat ia untuk dinaik kembali
dalam ruangan yang gelap dan sunyi itu
untuk mengucapkan 'Hai' padamu untuk sekian kali.




: menantikan peluang berbicara dengan kamu lagi


10 August, 2012

alien: ragam orang rambut putih palsu

Hanya kerana dia atlet muda..
dan kerana dia ada masa depan yang cerah dalam bidangnya..
dia kini bebas.

Heh.
Bagaimana orang yang pakai rambut putih palsu itu buat keputusan yer?


Kisah lanjut silalah ke thesundaily.com
kisah seorang Noor Afizal Azizan pemain bowling terlampau.
Harapnya sempena bulan baik ini, dia mendapat pencerahan atas peluang yang dihadirkan oleh orang yang memakai rambut putih palsu itu.

Harapnya-lah..



08 August, 2012

alien: aku dah jatuh laaa

Hey, I'm falling

Jika kalian bertanya,
aku akan cakap..
"Hey, I'm falling.."
Jika kalian bertanya lagi kenapa,
aku akan tetap menjawab..
"Hey, I'm falling.."

Jawapan itu yang akan kedengaran berulang-ulang sampai kalian jemu untuk bertanya..

Hey, I'm falling

Harapnya apa juga yang menunggu di bawah sana dapat menyambut aku dengan mesra.
Harapnya.. biar aku tak rasa sakit.

*jantung berdegup kuat

I'm falling down !!!







04 August, 2012

alien: night train

I'm heading to nowhere, tonight
don't ask me where
I just can't think for now
there buzzing sound inside me

Night train,
just tag me along
where ever you go
let me sit inside quietly
alone..


: 04 August 2012, 8.45pm



02 August, 2012

alien: Il.lu.mi.na.ti.za.tion

Il.lu.mi.na.ti.za.tion
ertinya: Proses pengilluminatian ke dalam jiwa dan jasad manusia sejagat.



Jadi,
pastikan jiwa dan jasad bukan salah satu mangsa 'illuminatization' nih.
keh keh keh !!
Banyak-banyak amal ibadah.
Insya`Allah kita akan terpelihara dari mereka yang sesat.

ateeka amer tulis dalam blog dia:
Jangan percayakan illuminati. Baca buku banyak-banyak.