Showing posts with label merdeka. Show all posts
Showing posts with label merdeka. Show all posts

31 August, 2013

alien: 56 itu angka

Aku tidak minat Sejarah.

Ya, walau tidak berminat. Aku masih mengambil tahu perihal Sejarah. Perkara yang aku tidak berminat tentang Sejarah ialah untuk mengingat tarikh dan nama tokoh/individu yang terlibat dengan peristiwa Sejarah itu. Jadi, kebiasaanya aku membaca dengan sambil lalu dan tidak membaca secara mendalam.

Mengingat tarikh dan nama-nama kebiasaanya mendatangkan kantuk pada aku. Andai adanya buku berkait sejarah pada aku, pasti mengambil masa yang lama untuk aku hadam dan masa yang singkat untuk aku lelap.

Orang putih pernah pesan yang sejarah itu ditulis oleh pihak yang menang.

Ini juga salah satu faktor kenapa kurangnya minat aku untuk membaca bahan sejarah. Sejarah ditulis oleh pihak yang menang. Sudah tentulah berlaku manipulasi faktar secara terang-terangan. Itu sebab juga Sejarah negara kita ini pernah dipersoalkan pada masa lepas. Sejarah yang kabur.

Pada pendapat aku itu juga sebab kenapa kisah Tuah samar-samar dan juga sebab Henry Gurney diagungkan.

Ada sesetengah fakta itu dimanipulasi untuk mendatangkan amarah dan kebencian pada khalayak. Sedangkan hal yang terjadi sebaliknya.

Banyak yang boleh dipersoalkan. Tapi..

Ah, siapalah aku untuk mempersoalkan. Sedangkan aku sendiri tidak menyaksikan. Boleh jadi ia betul, boleh jadi ia ditokok tambah, boleh jadi ia diseleweng.

Banyak yang aku tak tahu. Iyelah, aku membaca sambil lalu tidak secara mendalamkan. Heh.

Salam Merdeka ke 56!

Moga kes jenayah, kes menembak, Bom mengebom, Bunuh membunuh berkurang dan berkurang.

Amin.



29 August, 2012

alien: sudah lime puluh lime tahun saudara saudari

Salam Syawal buat kalian.
Mohon maaf atas salah bahasa andai ada isi di dalam sini yang kalian rasakan kasar.
Maaf banyak-banyak ya.
Aku insan yang lemah.. hanya mampu berserah ~

Hari kemerdekaan kita yang ke-55 hampir tiba.
Bendera Malaysia belum dibasuh, manakalan bendera selangor masih kemas terlipat dalam almari.

Aku tak mahu gantung bendera macam ini. Seperti yang dikatakan Daddy Ziyyad. Memang secara zahirnya gantung macam itu nampak semangat patriotik yang tinggi tetapi perbuatan itu agak berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Telah disarankan untuk kita mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan. Bagi menyemarakkan semangat jati diri sayang kepada tanah air.

Ya aku akui, mengibarkan bendera memang menunjukkan semangat patriotik. Akan tetapi, apa gunanya menunjuk semangat itu hanya pada bulan itu saja. Sedang bulan-bulan lain kosong. Mereka dijajah dan terjajah dalam mereka tidak sedar.

Sedarlah segera.
Lekaslah menuju ke daratan sebelum hanyut lemas dibawa ombak dunia.


Aku selalu kibarkan bendera semangatmu di dalam jiwaku,
Oh, Negaraku!