28 September, 2012

alien: rakus

Entah apa alasan kau ini
bulan itu langsung rakus kau mamahi
sikit pun tidak terbit rasa kesal di wajahmu itu

Malam ini
sunyi sudah tinggal sepi
hilang bintang malap sendiri
kematian temannya tadi ditangisi

Terbang pungguk terbanglah tinggi
mambawa bersama gurisan dalam hati.

Kasihan pungguk sekarang ini
runsing,
pada siapa rajuk hendak diberi.

Entah,
apalah alasan kau ini
menyeksanya hingga ke hujungnya.


: 28 Sept 2012, Jumaat. 12:28pm





27 September, 2012

alien: joy to watch



Capital One Cup a.k.a League Cup.
Arsenal 6 - 1 Coventry

0.40
Great technique!!

0.52
It's beautiful !!

1.33
Nice one!!



24 September, 2012

alien: lelaki Espanyol itu

Sebelum perlawanan menentang Manchester City.


















Sila lihat lelaki pendek bernombor 19 itu.
Dia adalah Santiago Cazorla González.
1.68m, itulah ketinggiannya.
Ialah seorang lelaki Sepanyol.

Jika lelaki Sepanyol ini mampu bersaing dengan mereka yang lebih tinggi darinya,
tidak mustahil lelaki negara kita juga mampu mencapai apa yang dikecapinya.
Sais fizikal bukan alasan, keazaman itu yang diperlukan.
Ayuh! 

Oh, perlawanan berkesudahan dengan seri.
Manchester City 1 - 1 Arsenal.




21 September, 2012

alien: satay padang

Satu petang yang indah.
Dinikmati bersama kopi tarik yang mild.
Ditemani masakan enak datang dari Padang.
Itulah indah ..

Pertama kali aku makan satay ini adalah di Bukit Tinggi, Indonesia, lama dahulu.
Dan persepsi aku pada masa itu,
"Satay di Malaysia lagi sedap..!"

Baru-baru ini,
pernah kawan aku cakapkan bahawa satay padang di Malaysia lain dari segi rasanya.
Oleh sebab faktor itu, aku cuba berikan satay ini peluang kedua.
Dan dia betul, tekak aku dapat menerima.

Kedai yang aku pergi ini nama dia "Salero Minang".
Ia terletak di Jalan Sungai Keramat 11.
Senang je nak cari sebab dia terletak di tepi jalan besar.

Dah tahu tempat tu..
Apalagi, jom lah singgah pekena Kopi!
Hehehe



20 September, 2012

alien: masalah harian orang biasa

Hari-hari biasa orang biasa macam aku lalu jalan itu, dia ada di situ.
Dari pagi semalam membawa ke pagi esoknya dan keesokannya masih ada di situ.
Setia di situ. Menjadi penunggu di situ.
Ramai yang merungut, tapi apa dia kisah.

Bila tiba hari tak biasa dan orang yang bukan biasa macam aku lalu di situ.
Secara tiba-tiba dia dah tiada.
Ganjil.
Mana dia pergi kan..

Tapi, entah bila hari tak biasa dan orang yang bukan biasa macam aku nak lalu ikut laluan aku hari-hari akan tiba ye.

"Wahai lubang, bosan jugak hari-hari nak mengelak dari kau.."



18 September, 2012

alien: bicara dalam riuh

Dalam keriuhan manusia itu,
kelihatan kau yang mendamaikan.

: 6 Jun 2012, 11.23pm




14 September, 2012

alien: ada caranya menegur tu

Walaupun marah dengan pekerja baru yang membuat kesilapan.
Caranya yang mencebik muka agak jelek dilihat manakala sikapnya yang meninggikan suara juga mengganggu pelanggan yang ada di dalam kedai.

Perkara sebegitu sepatutnya cuba dielakkan oleh pekerja yang bekerja di sektor pekhidmatan lebih-lebih lagi yang berurusan secara terus dgn pelanggan. Mereka hendaklah menjaga diri mereka kerana mereka adalah cerminan kepada organisasi tempat mereka kerja.

Professionalism. Ya!

Elakkan dari menunjuk rasa marah dihadapan pelanggan, walau masalah itu dari pelanggan itu sendiri. Mereka juga perlu belajar bermuka-muka. Andai pun marah dengan rakan sekerja atau orang bawahan, jangan tunjukan dihadapan pelanggan.

Come on!

Apa salahnya tegur mereka ditempat lain.
Mereka pun ada harga diri. Mereka pun tahu malu. Mereka pun ada perasaan.
Mereka juga manusia sama seperti kita.

"Always put yourself in other people's shoes. If you feel it hurts you, it probably hurts the person too."

Aku yang melihat kejadian itu semalam hanya menggelengkan kepala.



13 September, 2012

alien: sekolahku hebat!

Jika benarlah apa yang ditulis dalam aktikel ini; Pelajar Tidak Dibenar Ambil UPSR

Makna wujudnya 'sekolah' perlulah dikaji semula...
Sama ada sekolah itu wujud atas kepentingan sekolah itu untuk menjadi sekolah yang terkenal. Atau sekolah itu sekadar satu tempat untuk mewujudkan warga yang dipanggil pelajar. Atau sekolah itu untuk membentuk generasi masa depan yang lebih berilmu. Atau .. (kalian tambah sendiri)

Kasihan mereka.
Kasihan.

Mereka masih mentah, masih ada ruang dan peluang untuk dilentur.
Apa salahnya beri mereka jalan dan tunjuk ajar ke jalan kebenaran.
Tak salah bukan?
Itu lah sebab orang tua mereka hantar ke sekolah kan?
Menjadi orang berguna kepada masyarakat sekeliling ..

Harap kejadian ini tidak berulang pada masa depan.



11 September, 2012

alien: hari konspirasi sedunia

Hari ulang tahun konspirasi terbesar umat manusia yang pernah berlaku di Amaaaareeekaaa~
yang berlaku pada 11 September 2001.

Sumber banyak di internet.

Ia telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah..
Rentetan dari peristiwa itu, umat islam telah dilabel sebagai pengganas.
Macam haram...

Setahu aku pengganas sebenar adalah Israel yang rakus mengambil hak orang
Palestin. Dalam pada masa sama, negara lain hanya mampu mengecam, bersidang
dan tiada tindakan tegas yang dikenakan pada mereka.

Kebal!



10 September, 2012

alien: menyendol


Sabtu lepas kami sempat singgah ke kedai cendol yg besar setelah pulang dari kenduri kahwin. Ya, besar. Jarang sekali kedai cendol mempunyai saiz yang besar.

Berhampiran Stesen Komuter Sungai Gadut, Negeri Sembilan.

Kedai Cendol Leman Dawi. Kedai cendol yang besar dan pernah masuk ke dalam rancangan Majalah 3. Top satu Malaysia tu.

Seperti yang dirakamkan di television, pemilik seorang yang ramah melayan pelanggan. Cendol tambah percuma, aka makan sampai muntah. Ada juga disediakan air percuma, minum sampai kembung.

Ketibaan kami bertiga disambut dengan hujan yang lebat. Menyendol di waktu hujan adalah heaven, percayalah.

Pilihan cendol yg ada adalah cendol jagung, pulut dan kacang. Dan di atas meja ada disediakan cendol kosong, gula merah dan ais utk sesiapa yg ingin menambah.

Secara asasnya cendol di situ adalah santan, cendol, gula merah dan jagung/kacang/pulut. Tiada tambahan bahan lain seperti sagu biji atau cincau seperti di tempat-tempat lain. Mungkin bagi sesetengah orang tiada bahan tersebut hilang sedikit feel ketika menyendol.

Di kedainya, En Leman juga tidak menggunakan ais kisar utk cendolnya. Bagi penggemar cendol ais kisar, terutama ais kisar secara tradisional. Kenikmatan menyendol akan sedikit terganggu.

Pada aku, cendol di situ tidak cukup 'kaw'dari segi rasa atau mungkin overrated seperti makanan Itali. Heh. Dua orang rakan aku juga sependapat dengan aku.

Walaubagaimanapun, layanan dan sikap pemurah pemilik kedai telah mengimbangi faktor itu dan menjadikannya satu tarikan kepada para pengunjung di situ.

Apa-apa pun terima kasih lah Encik Leman kerana berjaya memenuhkan perut kami dengan cendol petang itu.
Haha.


P/S:
Terkini,
Cendol Bakar di daerah Kuala Selangor pula menjadi tarikan. Entah bila nak singgah sana pula.




05 September, 2012

alien: lime september

Kejadian normal pada musim hujan/panas yang tidak menentu ini.
---> Hidung tersumbat.