Showing posts with label makanan tradisi. Show all posts
Showing posts with label makanan tradisi. Show all posts

21 September, 2012

alien: satay padang

Satu petang yang indah.
Dinikmati bersama kopi tarik yang mild.
Ditemani masakan enak datang dari Padang.
Itulah indah ..

Pertama kali aku makan satay ini adalah di Bukit Tinggi, Indonesia, lama dahulu.
Dan persepsi aku pada masa itu,
"Satay di Malaysia lagi sedap..!"

Baru-baru ini,
pernah kawan aku cakapkan bahawa satay padang di Malaysia lain dari segi rasanya.
Oleh sebab faktor itu, aku cuba berikan satay ini peluang kedua.
Dan dia betul, tekak aku dapat menerima.

Kedai yang aku pergi ini nama dia "Salero Minang".
Ia terletak di Jalan Sungai Keramat 11.
Senang je nak cari sebab dia terletak di tepi jalan besar.

Dah tahu tempat tu..
Apalagi, jom lah singgah pekena Kopi!
Hehehe



10 September, 2012

alien: menyendol


Sabtu lepas kami sempat singgah ke kedai cendol yg besar setelah pulang dari kenduri kahwin. Ya, besar. Jarang sekali kedai cendol mempunyai saiz yang besar.

Berhampiran Stesen Komuter Sungai Gadut, Negeri Sembilan.

Kedai Cendol Leman Dawi. Kedai cendol yang besar dan pernah masuk ke dalam rancangan Majalah 3. Top satu Malaysia tu.

Seperti yang dirakamkan di television, pemilik seorang yang ramah melayan pelanggan. Cendol tambah percuma, aka makan sampai muntah. Ada juga disediakan air percuma, minum sampai kembung.

Ketibaan kami bertiga disambut dengan hujan yang lebat. Menyendol di waktu hujan adalah heaven, percayalah.

Pilihan cendol yg ada adalah cendol jagung, pulut dan kacang. Dan di atas meja ada disediakan cendol kosong, gula merah dan ais utk sesiapa yg ingin menambah.

Secara asasnya cendol di situ adalah santan, cendol, gula merah dan jagung/kacang/pulut. Tiada tambahan bahan lain seperti sagu biji atau cincau seperti di tempat-tempat lain. Mungkin bagi sesetengah orang tiada bahan tersebut hilang sedikit feel ketika menyendol.

Di kedainya, En Leman juga tidak menggunakan ais kisar utk cendolnya. Bagi penggemar cendol ais kisar, terutama ais kisar secara tradisional. Kenikmatan menyendol akan sedikit terganggu.

Pada aku, cendol di situ tidak cukup 'kaw'dari segi rasa atau mungkin overrated seperti makanan Itali. Heh. Dua orang rakan aku juga sependapat dengan aku.

Walaubagaimanapun, layanan dan sikap pemurah pemilik kedai telah mengimbangi faktor itu dan menjadikannya satu tarikan kepada para pengunjung di situ.

Apa-apa pun terima kasih lah Encik Leman kerana berjaya memenuhkan perut kami dengan cendol petang itu.
Haha.


P/S:
Terkini,
Cendol Bakar di daerah Kuala Selangor pula menjadi tarikan. Entah bila nak singgah sana pula.




21 August, 2011

alien: satu hari di bulan Ramadhan

Cuaca hari ini panas.
Untuk menyejukkan badan, marilah kita petik kelapa tepi rumah.
Oh, hantar tebu yang dah siap dipotong untuk dimesin pun ok.
Korang nak ke?
Marilah datang ke rumah.
Kita minum - minum sampai kembung.



26 July, 2011

alien: signature dish dari MR. Junior

Not bad ..
Sedap oh.
Burger dari Mr.Junior, Pizza Burger.
Memang terangkat lah.
Customer's favourite katanya, sebab tu aku cuba.
Ternyata memang layak menjadi kegemaran pelanggan.

Antara menu lain yang ada di Mr. Junior:
1. Roller Coaster
2. Pizza Burger
3. Original Burger
4. Merry-Go-Round
5. Splash Burger
6. Egg Burger
7. Cheesy Bolognese (Spaghetti)

Aku pilih ala-carte je.
Kalau set dia akan hidangkan bersama Hash Brown dan Teh berperisa.

Harga untuk ala-carte secara puratanya dalam RM5 dan harga untuk set dalam RM7. Masih murah berbanding dengan McD, KFC, Burger King, Carl's Junior.. dan lain-lain. Oraitlah kan. Kalau ikutkan maklumat kat Facebook Mr. Junior, cawangan ada di Bangi, Shah Alam dan Kelana Jaya.

Untuk maklumat lanjut, sila ke facebook Mr.Junior lah!
Klik sini : Mr. Junior



Burger dalam gambar atas ni lah yang aku makan semalam.. peh!!
Rasa macam makan burger dan pizza dalam satu masa.. Heh!!
Rugi oooo tak cube ...



07 July, 2011

alien: signature dish

Peh lapar.
Lapar.
Sang perut merintih meminta sedikit makanan.
Tapi bagaimana? aku masih di atas jalan.
Aku memujuk perut dan aku katakan padanya "hampir tiba di rumah.. sabar.."

Semakin hampir aku dengan rumah semakin rancak dia merintih. Kalau sebelum ini dia bermula dengan irama perlahan, sekarang iramanya sudah seperti penyanyi rap. Gundah sekejap jantung, hati dan rakan organ yang lain melayankan si perut yang menyanyi sumbang.

Tiba di rumah,
Aku capai pisau.
Eh, bukan untuk mencucuk perut yang nakal.
Cedera la aku nanti.

Aku ambil 2 ulas bawang, 4 biji kentang. Operate.
Rancak pisau menari di tangan. Hasilnya, kentang berjaya dipotong dadu dengan kemas.
Bawang pula selamat disebatikan secara paksa dengan ikan bilis dengan bantuan lesung batu. Tumbuk-tumbuk. Kelentang, kelentung bunyi dia.

Tanpa membuang masa, bahan-bahan tadi aku satukan di dalam bekas.

Tepung cap sauh dituang ke dalam bekas tadi. Sebiji telur ayam dipecahkan dan digaul sebati sebelum air dimasukkan sedikit demi sedikit dan dikacau mesra. Tidak lupa sedikit garam untuk memberi rasa masin. Kacau hingga sebati. Pastikan sebatian tidak terlalu cair atau terlalu likat. Sedang-sedang saja.

"Panaskan minyak uiii~"
aku menyuruh adik aku yang memerhati dari tadi untuk memanaskan minyak di kuali.

"Ko masak sekali tau.."
aku menambah sambil menyerahkan bekas tadi.

Kemudian, aku duduk di meja lagak seorang chef menunggu hidangan disiapkan oleh pembantu dapur sambil tersenyum dengan seni masakan yang aku terap dalam hidangan itu. Penuh dengan rasa kasih sayang dan ciri-ciri aesthetic tersembunyi di dalamnya. Peh. Marvellous.

Manakala sang perut menyanyi girang, terbayang keenakan cucur bilis(bahasa melayunya) atau jemput-jemput panas yang dicicah dengan sos cili.
Err, takde perkara lain agaknya nak difikirkan si perut ni kan.






30 December, 2010

alien: cakap - cakap Bola Malaysia II

"Mau minum apa bos .."
"Makan?"


Di sebalik wajah - wajah girang dan senyuman yang terukir di muka para pemain malaysia dan juga para penduduk Malaysia berikutan kemenangan ke atas Indonesia pada kejohanan Piala AFF, ia masih belum mampu menandingi senyum lebar pemilik restoran mamak di serata Malaysia. Serius !!

"Layan bola kat mana malam ni?"
"Mamak la bro, baru havoc .."

Kan. Kan.
Biasa dengar dialog tu kan.






Fakta:
Sukan bola sepak secara tidak langsung meningkatkan rating restoran mamak berhampiran.


13 August, 2010

alien: murtabak untuk semua

Salam Ramadhan kawan - kawan
Semalam kenduri murtabak Sijangkang + Kelana Jaya
Ada Lapan murtabak semuanya untuk ditelan keluarga
Lapan murtabak untuk semua ~
Lime orang je semalam, kakak aku berbuka kat luar katanye

Tiada kuih lain murtabak semata
Hidangan lain; ikan cencaru masak sambal, sayur kubis, kurma
Masa buka jarang telan nasi
Jadi telan murtabak aje

Nasib airnya berbeza
Lai Chee Kang
Laici
Teh bunga
Sirap Limau
Teh Woo
Air kosong
Pergh~ Nam jenis air
Pening jugak nak tengguk mana dulu

Camne bulih kenduri murtabak?

Semalam aku ngn si kurus pergi bazar Kelana Jaya
Aku kalau pergi bazar mmg takde idea nak beli apa selain popia basah je kot.. tapi aku tak beli popia pun
Mengikut lazimnye, ktrg akan jalan hingga hujung pasar sebelum membeli apa yang terdetik di hati
Si kurus memang nak membeli murtabak katanya
Aku yg dah takde idea pun tak pikir banyak pun follow la beli sama, popia je kang busan pulak.. tukar selera la kan
Pastu beli la dua jenis air, semalam kan panas sgt

Sampai rumah mak tanye.

"Ko beli kuih ape?"

"Jangan beli murtabak sudah.."balas adik aku.

Aku yang pelik membalas "Murtabak la.." sambil dalam hati aku musykil dan ter tanya-tanya.

Mak aku gelak.

"Sama la, org pun beli murtabak.." kata adik aku.

Aku pun mengangkat tudung saji. Ternyata ada 4 keping murtabak yang dah dipotong di atas pinggan yang dibeli adik aku di bazar Sijangkang.

Aku gelak sama.

"Kenduri murtabak la hari ni.." aku cakap kepada adik aku.

Dan semalam aku kenyang nam jenis air dan juga murtabak.
Alhamdulillah
Burpp~

08 August, 2010

alien: rumah satay

Kalau di Kajang ada Satay Haji Sahmuri.. eh betul ke aku eja ni atau satay Kajang la mudah untuk sebutnya. Di Tanjong Karang pulak ada Satay Hut. Satay dia besau - besau. Di Sijangkang pulak ada Satay Barakah.

Dan di bawah ini di perkenalkan pesaing terbaru untuk pasaran satay di kawasan Sijangkang. "Rumah Satay" nama diberi. Baru memulakan operasi pada hari Jumaat bersamaan 6 Ogos 2010. Lokasi dia terletak di Jalan Sempadan Batu 7 Sijangkang. Kedai tersebut berada di antara Anjung Santai dan Ladies Fingers dan berdekatan jalan besar. Ia beroperasi pada jam 6.00 ptg hingga 12 malam kot. Hehehe. Waktu operasi dan menu aku tidak pasti sebab aku belum berkesempatan mengunjungi kedai tersebut. Gambar bawah ni pun dicuri dari Intan. Kredit kepada beliau Muahahaha~

Review atas tu ada ala - ala JJCM tu tak?
Jalan - jalan cari makan tu, host dia anak Chef Wan tu..
Hohoho

Semoga Satay Barakah dan Rumah Satay dapat bersaing dengan sihat dalam pasaran satay di kawasan Sijangkang dan kawasan yang berhampiran dengannya.

23 October, 2008

Lemang Warisan a.k.a Traditional Food

"Lemang is a traditional food, originating with the Minangkabau people of Indonesia and Malaysia, which is cooked in a hollowed bamboo stick lined with banana leaf to prevent the rice from sticking to the bamboo. Usually prepared for festivities such as Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji, lemang is made of glutinous rice and coconut milk, with salt added for taste. Some lemang recipes add corn. Lemang is usually eaten with rendang. Lemang is also popularly eaten with durian; unsurprisingly the demand for lemang increases dramatically in West Sumatra after durian are harvested. Lemang has been the official food identity of the state of Negeri Sembilan". Taken from wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Lemang).
Gua memang x menafikan lemang nie memang popular kat Negeri Sembilan. Walaupun begitu, kehadiran lemang ni pada masa sekarang dapat kita perhatikan di kebanyakan tempat di luar dari negeri sembilan. Pengaruh lemang ni semakin menular dan kesedapan rasanya berjaya menambat cita rasa rakyat malaysia ni. Kalau macam tempat gua ni, kawasan biasa org jual lemang kat area Telok Panglima Garang, Jenjarom dan Olak Lempit. Kawasan lain tue gua x berapa nak igt ade ke tidak. Kalau dah makan lemang kene la pulak dengan rendang die. Pergh ~!! Giler layan la org cakap. Tapi lemang ni x elok makan byk. Sebab die di buat dgn beras pulut serta santan. Tak berapa elok untuk kesihatan. Member gua ade cakap, sapa ade kencing manis xelok makan lemang. Gua x tau r pulak.
Tapi banyak-banyak lemang yg gua jumpe atau korang jumper kemungkinan ade yg x asli. Maksud asli kat sini bukan la tukang bakar tu atau lemang tu asli dari Negeri Sembilan. Tapi x asli sebab ada antara penjual lemang tu yg merebus lemang tu dulu kat umah kemudian buat-buat bakar lemang tu kat kedai drg. Heh. Macam-macam teknik yg drg gunakan untuk Yela, drg cakap bakar lemang lama. Nak jimat masa drg pun rebus. Walau zahir die nampak lemang, tapi rasa dia lain dari lemang yg dibakar. Kalau nak tahu rasa dia ape yg lain, korg try la beli lemang yg betul-betul dibakar ngn yg direbus. Atau pun korang tye la penggemar lemang.
Kita boleh agak lemang rebus tu segi luaran buluh tu. Kalo buluh tu lawa je x berapa rentung, rebus la tue. Hehe. Tapi, peniaga nie pandai memacam trick drg buat nak bagi kita x tau. Gua lemang x brape nak layan, gua layan ketupat daun palas jer.
Tapi kalau korang nak gak try lemang asli. Gua ade sorang kawan nie, bapak die boleh dikatakan pembakar lemang yg handal. Gua kata handal sebab die bakar lemang 2 jam jer. Gile cepat seh. Gua sempat interbiu sket la kan, menurut bapak die ni. Dia bakar lemang sebagai hobi di masa lapang. Then, die gemar bakar lemang guna api besar. Sebab tue cepat masak. Ramai org bakar lemang guna api kecil atau bara sebb drg takut rentung. Bapak member gua nie, pandai jaga lemang tu supaya x rentung. Pasal tu cepat jer lemang dia masak. Lemang die nie terkenal kat area Rawang. Tue member gua la cakap. Gua xtau la kan, sebb gua tinggal Banting jauh dari Rawang. Heh.
Rasa lemang die nie ade manis sikit ngn wangi sikit. Puas hati la org cakap. Ramai gak mengoder lemang dari bapak die nie. Gua makan lemang die nie, time gua g raya rumah dia hari tu. Berbaloi la jalan jauh dari Banting g Rawang. Heh!. Jadi kepada sesiapa kat kawasan Rawang atau sekitar die nak order lemang rasa asli, silalah contact member gua nie. Ni no die > Sars ; 013-3098766 (opis hour only).
p/s : sars, gua publish ko nyer nombor telepon. ko nak marah dah lambat sebab dah publish. adiosh !!