30 April, 2011

alien: sendiri

Sendiri

Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku, berbicara menyalakan api
Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak ku endahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali, mengubah yang terjadi
Pasti takkan ku ulangi, walau hanya sekali
Namun hanya do'a yang bisa, ku kirimkan

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerana kita kan, kerna kita kan akhirnya sendiri.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Boleh recall tak
Terasa tak boleh  recall tu klik sini. 
Hehehe


Jom. Ramai-ramai !!!




29 April, 2011

alien: ziuuuunnngg.. menjunam, jerit dan lari

Ziinng !!
Zoooop !!
Ziiiuuunnggg !!

Jatuh menjunam ke bawah.
Satu jatuh. Dua jatuh. Tiga jatuh.
Di sana, serentak dua jatuh.

AaaaAaaa !!
EeeeeEEEEee !!










Elak ke kanan. Elak ke kiri.
Berundur ke belakang. Lari sambil jerit.

Aku pandang dan senyum saje.

Ziinng !!
Zoooop !!
Ziiiuuunnggg !!

Jatuh menjunam ke bawah.
Satu jatuh. Dua jatuh. Tiga jatuh.
Satu jatuh betul-betul di sebelah kaki kanan.

AaaaAaaa !!
EeeeeEEEEee !!
Jerit lagi. Sambil melompat dan lari.

Aku senyum dan gelak.
Layan kelakar malam - malam camni.

Eh, aku bukan gelak sebab adegan filem perang - perang lah.
Ni ha, black carpenter ant menyerang rumah aku malam tadi.
Nama lain dia semut hitam. Acceptable, sebab dia hitam. Ada juga yang panggil semut bulu. Em, tang mana tah bulu dia.

Letih aku gelak tengok gelagat adik aku berdua tu geli dengan semut hitam tukang kayu tu.
Padahal masing - masing dah besar gajah.




Alahai.




28 April, 2011

alien: sumpah ... janji ... sumpah

Untung orang - orang Britain hari Jumaat ni.
Mereka bakal menyaksikan perkahwinan antara Putera William dan Kate Middleton.
Menyaksikan janji sumpah setia sehidup semati.
Tahniah untuk Putera William dan Kate Middleton.
Juga tahniah untuk orang Britain.

Dengarnya perkahwinan diorang akan disiarkan secara langsung.
Di Malaysia ready lah depan television pada jam 3 petang.
Channel yang mana aku tak pastilah, sebab Sinar.FM cakap pukul 3 petang saje.

*gambar bukan dari Reuters tapi dari Google, aku tak kenal siapa-siapa di Reuters. Err, orang Google pun aku tak kenal.

Di Malaysia lebih istimewa.
Bakal ada acara sumpah juga. Selepas solat Jumaat.
Eksklusif hanya di Malaysia. Orang di Britain tak dapat tengok.
Kesian.
Siapa yang bersumpah?
Agak - agak siapa ye ...



27 April, 2011

24 April, 2011

alien: cerita lalu kini menjadi realiti .. terima kasih kawan

Akhirnya
Sekian lama mendapat juga
Kali terakhir aku melihat dan menatapnya pada tahun 1996
Curi - curi memandangnya ketika menunggu ustazah dan ustaz masuk ke kelas
Juga sewaktu rehat
Waktu itu, telinga menjadi awas
Sensitip terhadap segala bunyi - bunyian
Kantoi dengan ustaz atau ustazah .. nayee ooo
Tapi biasanya ada yang jaga line .. jadi risiko kekantoian masih dalam kawalan

Itu kisah 15 tahun dahulu
15 tahun yang lalu
Kali terakhir aku menatapnya
Kali terakhir aku melihatnya
Juga kali terakhir aku menghayati keindahannya

Sekarang
Baru sebentar tadi aku melihat dan menatapnya tanpa ragu, tanpa risau akan kelibat ustaz atau ustazah, tanpa mencuri - curi pandang
Aku puas
Rasa gembira
Nostalgia dan kisah lama kembali berputar semula
Kini ia sudah disamping aku, berada dekat dengan aku
Penantian sekian lama kini berbalas

Terima kasih kepada kawan aku kerana berjaya membawanya kepada aku
Heh


Eh, bukan ni.
Ni Juliana Evans yang muncul dalam mimpi aku hari tu.


Ni haaa~
Koleksi ABE




















Lama cari oooo ....



*gambar adalah dari google

22 April, 2011

alien: aku, hujan, kopi, ubi rebus dan dot dot dot

Suasana sedikit suram.
Pandang luar.
Awan gelap berarak perlahan-lahan rapat-rapat.
Angin bertiup dingin.

Hujan lebat turun.

Di atas meja terhidang secawan kopi.
Asap yang tipis kelihatan berkepul-kepul naik ke atas.
  

[gambar secawan kopi yang tidak terlalu pekat]



Di tengah meja ada ubi rebus dan sambal belacan.


[gambar sepinggan ubi rebus, kalau tak kenal ubi.. Potato Wedges KFC tu pun boleh]



Sambil minum kopi.
Sambil makan ubi.
Sambil layan blues di waktu hujan.


Priceless.


Tapi, mana nak dapat semua tu kalau waktu hujan duduk dalam kereta di jalan raya yang sesak.
Seksa jiwa oi.

[gambar jalan raya yang sesak teruk]



alien: TQ brader Pakistan

Thank you brader Pakistan yang sanggup menolong pada hari Selasa lepas.
Walau brader Pakistan tu tak fasih berbahasa Melayu dan tak sempat berbual panjang.

Terima kasihlah.
Kalau tanpa bantuan brader Pakistan tu, jauh jugaklah aku nak kena menolak motosikal yang putus beltnya ke bengkel.

Untuk brader Pakistan yang membawa motosikal Kriss merah.
Jasamu tetap dikenang.
Yeh.




18 April, 2011

alien: terbunuh dalam senyap

Thinner yang meruap menyesakkan nafas.
Urgh..
Menusuk.

Batuk - batuk keras dari salah seorang pekerja di sini agak mengganggu.
Sudah hampir dua minggu dia terbatuk - batuk keras.
Batuk - batuk keras kedengaran lagi.
Tetapi batuk itu bukan disebabkan oleh thinner yang meruap.

Serius.
Zarah thinner yang bersatu dengan udara dan menerawang bebas di dalam pejabat telah membunuh aku.
Perlahan memasuki ruang pernafasan, menerobos ke paru - paru.
Urgh..
Perlahan - lahan membunuhku.



16 April, 2011

alien: jauh perginya

Aha..
Hari sabtu pun tiba.

Dalam ramai - ramai orang
Ramai - ramai orang, macamana aku boleh jumpa dia. Dia memakai jaket kulit hitam dan kawan lelakinya yang juga memakai jaket kulit hitam. Mereka sedang minum-minum dan aku sedang menunggu orang.

Tapikan, macamana aku boleh berada di RnR Tapah waktu malam-malam macam ni. Bertambah aku musykil.  

"Eh, tu kan Juliana Evans.." kawan aku menunjuk ke satu arah. Aku hanya mengangguk tanpa memandang. Sebab dia itulah yang aku nampak sejak dari tadi. Aku yakin memang itulah orangnya. Kawan aku asyik memerhati.



SubhanAllah..

6.03 am. Waktu ketika itu. Aku terjaga.
Minda separa sedar membawa aku terbang ke Tapah. Jauh jugak ye.
Aish.

Cuaca di luar mendung.
Pagi sabtu yang sejuk.



14 April, 2011

alien: dirasuk superman

Lampu isyarat bertukar merah. Sebagai penunggang yang berhemah aku pun perlahankan motosikal dan berhenti. Aku pandang ke kanan, pandang ke kiri. Sambil melegakan sendi di leher. Sedap.

hmm ...
hmmmm ...

Aku pandang depan kembali.
Entah macamana tiba-tiba aku dapat kuasa super mata dari Superman pagi ni. Makin jelas. Makin jelas. Aku nampak bayangan berbelang-belang di balik legging hitam. Wo wo wo!!. Terjejas kesucian mata aku pada pagi yang indah itu.

Apakah !!! Urghh... mangsa fesyen.

Kepada orang di luar sana, ini nasihat aku sebagai orang biasa yang kadang - kadang kuasa Superman hadir secara drastik dalam jiwa, "..silalah memakai pakaian yang tak see through di tempat awam..". Nasib baik aku bawa moto dengan gaya yang penuh santai, selamat jiwa raga aku selepas lampu isyarat tadi. Peh.

Pagi itu juga matahari hanya mengintai sedikit dari balik awan yang tebal. Malu. Mungkin itu yang dirasakan.



11 April, 2011

alien: check your fact

"Check your fact !!"

Kesilapan maklumat menggambarkan ketidak professionalnya si wartawan
Typo pada artikel yang berskala besar boleh merosakkan imej syarikat
Penting untuk double check apa yang tertulis


Tak perlu lah aku mention akhbar mana kerana akhbar tersebut memang
dah sedia calar imejnya dengan isu-isu panas.

Tapi, segmen sukan pun tak kan lah ~
Alahai ....

10 April, 2011

alien: Dan ALLAH yang menjadikan untuk kamu dari diri kamu pasangan-pasangan, dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan itu anak-anak dan cucu-cucu, dan Dia mengurniakan rezeki yang baik.

Musim mendirikan masjid telah tiba.

Alhamdulillah.
Murah rezeki masing-masing.
Khemah biru, merah, hijau di dirikan di halaman rumah.
Yang tiada ruang, biasanya menyewa dewan.
Niat mereka murni, menjamu para tetamu, kaum kerabat dan sahabat handai yang hadir memeriahkan suasana.

Yang hadir semua datang dengan ceria dan pulang dengan gembira. Si tuan rumah sedaya upaya menerbitkan senyuman seikhlasnya dari pagi hingga ke senja. Berkat. Alhamdulillah.

Yang pasti musim mendirikan masjid telah tiba dengan meriahnya walau di mana-mana.


08 April, 2011

alien: terima kasih pelawat Ho Chi Minh yang pemurah

Ini adalah apa?
Atau apakah bangunan ini?
Kepada aku yang belum pernah menjejak kaki di Ho Chi Minh,
aku tertanya-tanya, apakah jenis bangunan ini.
Macam temple, macam perpustakaan, macam muzium pun ada.
Tapi setelah aku mencari di sini.

Baru aku tahu apakah dia.
Hehe.


Ia adalah Saigon Opera House menurut Dr. h4ni3.
Gambar di atas di ambil dengan tanpa izin dari blog beliau.
Keh. Keh. Keh

Saigon Opera House yang diabadikan menjadi Fridge Magnet,
adalah sebagai penghargaan menjadi orang ke-9 komen terbanyak di blognya:
tHe SpOrAdiC ChRoNiCleS oF ReGuLaR fAmiLy

Terima kasih kepada Dr. h4ni3

Lain kali bagi lah lagi.
Hehehe




07 April, 2011

alien: ON LAWAK

RM0 
Kera ape yang pandai menulis?
Jwpn KERANI lah!
Dprkan lawak jenaka kelakar gile, htr ON LAWAK ke 37888.
RM0.50/sms. Htr OUT utk hentikan.

Sms percuma untuk aku langgan katanya..
Aku tak nak lah..
Korang nak ke? Ambiklah..
Mana tahu boleh buat model masuk Raja Lawak 6 ke..

Hehehe


06 April, 2011

alien: itulah ketentuannya

Terima kasih.
Memang itu ketentuanNya.

Sedap.
Nikmat.
Tidur seketika selepas solat Zohor. Sunat kan. Betulkan saya jika silap.

Hujan pada pukul 1.50 petang membantutkan perjalanan aku kembali ke office dan memberi peluang untuk aku mendapat pahala sunat.
Alhamdulillah.

Dan hujan itu berlarutan hingga 2.30 petang sebelum langit kembali reda.



 Siang yang cerah pada minggu yang lalu..





05 April, 2011

alien: mari mengenali mesin teller automatik

Papan tanda di mesin pengeluaran Maybank menunjukkan "ATM Fast Lane".
Ada dua orang lelaki berumur lingkungan 40an berada di mesin tersebut. Keduanya berbaju kemeja putih dan berseluar khakis.
"This must be old machine.. menu dia ada sikit saje.."
Lelaki di belakang merungut kepada lelaki di depan yang mungkin adalah kenalannya.
Pada ketika itu aku sedang berdiri di kanannya, menunggu mesin memproses kad yang aku masukkan. Papan tanda di tempat aku bertulis "ATM Machine". Mungkin menu yang mereka cari tiada di skrin tersebut.

"This must be old machine.."
Lelaki di depan mengeluarkan kad setelah lelaki di belakang mengatakan mesin yang sedang dia guna adalah mesin lama.
"There.. look like new.."
Lelaki di belakang berkata kepada lelaki yg di depannya sambil menunjukkan ke arah mesin yg sedang aku guna dan menarik lelaki di depan tadi ketika lelaki di depan melangkah ke Cash Deposit Machine.

Mereka beratur di belakang aku.

Urusan aku telah selesai. Aku melangkah pergi.
Sambil melangkah, sempat juga aku melirik membaca perkhidmatan yang disediakan tiap mesin melalui papan tanda berlatarkan kuning dan bertulisan hitam yang tergantung di atas setiap mesin.


"Haa.. kan menu dia banyak, tak macam mesin tadi cuma ada 3 je.." lelaki di belakang berkata agak kuat kepada lelaki di depannya.

Aku syak orang yang di belakang lelaki di depan tu mecari mesin atm dengan melihat bentuk fizikalnya saje sebab tu dia merungut berkenaan old machine dan new machine.


*Gambar copy paste google

Tapikan,
Dulu kan ada kes mesin deposit cek di rompak.
Aku rasa mesti perompak tu sama kes macam lelaki di belakang tu kot. Sebab tu mereka salah target kan ... buta machine.


04 April, 2011

alien: khabar dari sana III

"Kau serius?.."
Dia diam. Tidak menjawab. Pandangan matanya terus menurus memandang gelagat kanak-kanak yang riang bermain gelongsor di taman itu. Sekali-sekala dia memandang ke atas, ke langit yang membiru.

Kawannya yang sejak tadi berdiri berhampirannya, melabuhkan punggungnya di sebelahnya. Mereka duduk di sebuah kerusi batu di taman itu yang terletaknya di bawah sepohon kayu yang rendang.

"Cuba kau cerita kat aku.."
Dia masih diam. Dia membuka air tin di tangannya yang sejak tadi dipegangnya. Dia menyuakan air tin itu ke bibirnya. Dia minum perlahan - lahan. Pandangan matanya terus menurus memandang gelagat kanak-kanak yang riang bermain gelongsor di taman itu. Sekali-sekala dia memandang ke atas, ke langit yang membiru. Pertanyaan kawannya tidak diendahkan.


"Betul ke kau dah nekad?"
Masih tiada jawapan.

"Ok, fine. Aku gerak dulu.. anything, text me ok.."
Tiada reaksi. Kawannya bangkit dari duduknya dan mahu melangkah pergi.

"Kau rasa Zik.."
Zikri berhenti melangkah. Dia menoleh kawannya itu. Dia tidak segera membalas kata kawannya itu. Sebaliknya hanya merenung mukanya tanpa berkata apa-apa. Muka kawannya itu serabut tidak tenang seperti selalu. Tidak ceria seperti yang pernah dilihatnya.


"Aku rasa ini lah masanya Zik.." 
"Aku dah tak kisah apa nak terjadi.."

"Kau sanggup ke.. aku takut kau yang kecewa nanti.." riak kebimbangan sedikit kelihatan di muka Zikri. "Aku temankan.." dia memberi cadangan.


"Tak usah, biarkan aku sendirian.."
"Aku yang memulakannya.. biar aku selesaikannya.."

"Tapi,"
"Tidak Zik, ini perang aku.. biar aku tempuhinya.."
Dia masih seperti tadi. Pandangan matanya terus menurus memandang gelagat kanak-kanak yang riang bermain gelongsor di taman itu. Sekali-sekala dia memandang ke atas, ke langit yang membiru.

"Semakin lama semakin buntu, semakin lama semakin samar, semakin lama semakin tak tahu .." sekali-sekala dia meneguk air tin yang dipegang di tangan kanannya. "Apa pun jadi, aku pasrah.."

Waaaaarghhhh !!!

Tangisan seorang budak memecah suasana permai petang itu. Seorang remaja perempuan berlari menuju ke tempat budak itu. Budak itu menangis dan jari telunjuk tangan kanannya menunjuk ke satu arah. Remaja perempuan itu memandang ke arah di mana telunjuk tangan budak itu tuju.

Waaaaarghhhh !!!

Budak itu masih menangis. Tangan kirinya menggosok-gosok mata. Remaja perempuan itu masih berusaha memujuk dan memberhentikan budak itu dari tangisan.

Di atas rumput. Di depan budak itu. Aiskrim mencair. Aiskrim cair itu membasahi tanah seperti air mata yang membasahi pipinya.

Budak itu pasrah.



01 April, 2011

alien: ooosoom ~


High speed camera effect.
  cantik !!!

kental. 
kelopak tak terlerai.

menyalakan mancis lagi.
siut ah !!

Pinjam dari sini.
Santai petang - petang sempena cuti sabtu dan ahad.