05 April, 2011

alien: mari mengenali mesin teller automatik

Papan tanda di mesin pengeluaran Maybank menunjukkan "ATM Fast Lane".
Ada dua orang lelaki berumur lingkungan 40an berada di mesin tersebut. Keduanya berbaju kemeja putih dan berseluar khakis.
"This must be old machine.. menu dia ada sikit saje.."
Lelaki di belakang merungut kepada lelaki di depan yang mungkin adalah kenalannya.
Pada ketika itu aku sedang berdiri di kanannya, menunggu mesin memproses kad yang aku masukkan. Papan tanda di tempat aku bertulis "ATM Machine". Mungkin menu yang mereka cari tiada di skrin tersebut.

"This must be old machine.."
Lelaki di depan mengeluarkan kad setelah lelaki di belakang mengatakan mesin yang sedang dia guna adalah mesin lama.
"There.. look like new.."
Lelaki di belakang berkata kepada lelaki yg di depannya sambil menunjukkan ke arah mesin yg sedang aku guna dan menarik lelaki di depan tadi ketika lelaki di depan melangkah ke Cash Deposit Machine.

Mereka beratur di belakang aku.

Urusan aku telah selesai. Aku melangkah pergi.
Sambil melangkah, sempat juga aku melirik membaca perkhidmatan yang disediakan tiap mesin melalui papan tanda berlatarkan kuning dan bertulisan hitam yang tergantung di atas setiap mesin.


"Haa.. kan menu dia banyak, tak macam mesin tadi cuma ada 3 je.." lelaki di belakang berkata agak kuat kepada lelaki di depannya.

Aku syak orang yang di belakang lelaki di depan tu mecari mesin atm dengan melihat bentuk fizikalnya saje sebab tu dia merungut berkenaan old machine dan new machine.


*Gambar copy paste google

Tapikan,
Dulu kan ada kes mesin deposit cek di rompak.
Aku rasa mesti perompak tu sama kes macam lelaki di belakang tu kot. Sebab tu mereka salah target kan ... buta machine.


14 comments:

gadisBunga™ said...

kisah benar ke ni?



apeke@#%&$sangat????



heheheh~

alien said...

a`ah
baru jadi
tgk gaya penampilan cam gaya org kebanyakan.. maksudnye bukan la org yg duduk ceruk kg
tapi tu la..
iskh2

Mimie.Candy Cane said...

Dah terlalu lama tak pakai atm machine kot..heheh

cikceriacorner said...

emmm..macam2 skrg ni..xtau nak kata ape..

Jamal said...

buta huruf kot?

makwe joni said...

ke bang bang boom?

mirachantek said...

"buta machine"

mirachantek likes this.

Shukri Mohd Ali said...

bila nak merompak ni?

farwalis said...

this must be......errrr... old people

bujal X said...

saya kluarkan duit pakai buku akaun.baru la olskool!

uncle gedek said...

pakcik tak suka pakai mesen....

(sebenarnya sebab takde duit pon dalam tu...)

Siti Noor Aminah said...

baru nak blajaq guna atm kad kot, sblm ni pakai buku

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
teringgat duit yang makin sikit dalam bank

Anak Wak Mail said...

baru semalam pergi bank in duit kat maybank..kelam kabut..siap duit yg di bank in terkeluar balik..sampai abg belakang tu cakap..jangan kelam kabut dik..wakaka...