04 April, 2011

alien: khabar dari sana III

"Kau serius?.."
Dia diam. Tidak menjawab. Pandangan matanya terus menurus memandang gelagat kanak-kanak yang riang bermain gelongsor di taman itu. Sekali-sekala dia memandang ke atas, ke langit yang membiru.

Kawannya yang sejak tadi berdiri berhampirannya, melabuhkan punggungnya di sebelahnya. Mereka duduk di sebuah kerusi batu di taman itu yang terletaknya di bawah sepohon kayu yang rendang.

"Cuba kau cerita kat aku.."
Dia masih diam. Dia membuka air tin di tangannya yang sejak tadi dipegangnya. Dia menyuakan air tin itu ke bibirnya. Dia minum perlahan - lahan. Pandangan matanya terus menurus memandang gelagat kanak-kanak yang riang bermain gelongsor di taman itu. Sekali-sekala dia memandang ke atas, ke langit yang membiru. Pertanyaan kawannya tidak diendahkan.


"Betul ke kau dah nekad?"
Masih tiada jawapan.

"Ok, fine. Aku gerak dulu.. anything, text me ok.."
Tiada reaksi. Kawannya bangkit dari duduknya dan mahu melangkah pergi.

"Kau rasa Zik.."
Zikri berhenti melangkah. Dia menoleh kawannya itu. Dia tidak segera membalas kata kawannya itu. Sebaliknya hanya merenung mukanya tanpa berkata apa-apa. Muka kawannya itu serabut tidak tenang seperti selalu. Tidak ceria seperti yang pernah dilihatnya.


"Aku rasa ini lah masanya Zik.." 
"Aku dah tak kisah apa nak terjadi.."

"Kau sanggup ke.. aku takut kau yang kecewa nanti.." riak kebimbangan sedikit kelihatan di muka Zikri. "Aku temankan.." dia memberi cadangan.


"Tak usah, biarkan aku sendirian.."
"Aku yang memulakannya.. biar aku selesaikannya.."

"Tapi,"
"Tidak Zik, ini perang aku.. biar aku tempuhinya.."
Dia masih seperti tadi. Pandangan matanya terus menurus memandang gelagat kanak-kanak yang riang bermain gelongsor di taman itu. Sekali-sekala dia memandang ke atas, ke langit yang membiru.

"Semakin lama semakin buntu, semakin lama semakin samar, semakin lama semakin tak tahu .." sekali-sekala dia meneguk air tin yang dipegang di tangan kanannya. "Apa pun jadi, aku pasrah.."

Waaaaarghhhh !!!

Tangisan seorang budak memecah suasana permai petang itu. Seorang remaja perempuan berlari menuju ke tempat budak itu. Budak itu menangis dan jari telunjuk tangan kanannya menunjuk ke satu arah. Remaja perempuan itu memandang ke arah di mana telunjuk tangan budak itu tuju.

Waaaaarghhhh !!!

Budak itu masih menangis. Tangan kirinya menggosok-gosok mata. Remaja perempuan itu masih berusaha memujuk dan memberhentikan budak itu dari tangisan.

Di atas rumput. Di depan budak itu. Aiskrim mencair. Aiskrim cair itu membasahi tanah seperti air mata yang membasahi pipinya.

Budak itu pasrah.



7 comments:

sharamli said...

beli eskrem baru

gadisBunga™ said...

aku tak paham.

lalala~

Dr K said...

cerpen mana ko cilok ni bai?

errr..atau ko karang sendiri????

Arpiiz said...

ni buat cerpen sendiri ye.. memang dah macam novel ni..^^

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua layan post ini sambil makan asikerim ada gambar mawi..apa barang mawi nak kena tesco ni

h4ni3 said...

moral of the story?

cikceriacorner said...

hehehhehe..saya pon xbrp faham..

maybe saya lembab sikit..hehehhe