Showing posts with label rest. Show all posts
Showing posts with label rest. Show all posts

25 July, 2013

alien : senyum lebar

Sehari ini, aku tiada semangat. Berbuka pun sekadar yang ada, itulah yang aku hadap. Mungkin penat menghadap masalah yang kerap mengetuk pintu aku.

Namun, macam orang selalu cakap. Selepas mendung pasti akan cerah. Yelah, kalau pun cerahnya sekejap, aku tetap gembira.

Gembira yang sedikit itu seperti dadah yang merangsang semangat yang sedikit luntur.

Ya,
Terima kasih kepada penyebab gembira kecil itu. Sesungguhnya ia memberi makna besar buat aku.



03 February, 2013

alien: kedai hitam putih

Kembara ke Kota Bharu ditamatkan pada hari terakhir dengan melawat ke kedai Hitam Putih.
Kedai ni menjual buku-buku alternatif dari Malaysia dan Indonesia.
Nak tahu lanjut boleh la like fb dia: Kedai Hitam Putih
Atau lawat blog diorang: thekedaihitamputih.blogspot.com 

The Papan Tanda Kedai


Rudeen dan Amal la jadi kepala membawa aku ke kedai ini.
Memang dan jadi tujuan mereka bila turun ke KB ini agaknya; beli buku di situ.
Ada la dalam sejam setengah kitorang melepak borak dengan brader Zaidi ni.
Sebelum balik brader Zaidi bagi kitorang pilih buku dari koleksi lamanya sebagai hadiah, tanpa membuang masa aku pun sambar buku "Kisah Pembuat Lilin Melawan Matahari dan Lain-Lain Jenaka Ekonomi Politik". Sebuah kisah satira politik.

Thank you-lah brader.

Sesi berborak dengan tuan kedai, Brader Zaidi

















Tapi, sesi melepak borak tidak tamat di dalam kedai je.
Sesi telah meleret ke kedai minum air kosong, ABC, limau ais... sampai adik si Rudeen sempat tertidur di meja. Kesian. Penat berjalan hari-hari sebelumnya lah tu.




31 January, 2013

alien: bunohan versi bukan filem

Ya, itu dia.
Penangan filem 'Bunohan'
Akhirnya sampai juga aku ke Kg. Bunohan pada hari Isnin lepas, 29 Jan 2013.
Tercapai juga hajat nak singgah bergambar di sign board tu.
Orang sini panggil "Bunohe" , sebutan tu ikut loghat tempatan; Kelantan.
Kampung ini terletak di Daerah Tumpat, bersebelahan Jong Bakar atau Jubakar.
Tak jauh pun dari Kota Bharu.

Tak cari apa pun kat sini, memang saja cari sign board ni je.
Haha.

Siapa nak kena dulu? Ilham? Adi? Daeng? Bakar? 

























18 November, 2012

alien: Roda Besi dan Jalan Besi 2

Alhamdulillah,
selamat semuanya, pergi dan balik.




















Empat hari melihat-lihat ke tempat orang.
Melihat suasana dan kehidupan di bandar, pekan dan kampung.
: Kuala Lumpur, Padang Besar, Johor Bharu, Gemas dan Kota Bharu.




09 November, 2012

alien: Roda besi dan Jalan besi 1

Jaga diri kamu semua baik - baik !!

























Selamat berhujung minggu.

Selamat menyambut Awal Muharram dan
Selamat menyambut Deepavali.



16 April, 2012

alien: Masjid Jamek Ar-Rahimiah

Ini pula kisah pagi semalam; Ahad.
Di waktu khalayak sedang berbicara dan berbahas tentang PTPTN yang entah bila akan bertemu dengan penyelesaian dan perdamaian. Aku memilih untuk bercakap dan bersatu dengan alam; berjoging dan trekking di Taman Rakyat, Klang.

"Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi,opresi,obsesi diri
Polusi,depressi,di bumi,kini
"
: Zainal Abidin (Hijau)

Klang yang berkabus ke berjerubu?
















Masih lagi soalan yang sama; berkabus ke berjerubu?
















Masjid Jamek Ar-Rahimiah dari balik pohon di atas bukit.
















Masjid Ar-Rahimiah: pandangan dari atas bukit
















Yang ada kamera canggih macam DSLR, anda digalakkan ke sini.
Sambil eksesais jari menekan punat kamera, anda juga boleh membina stamina dengan memanjat tangga-tangga dan permukaan bumi yang mendaki dan mendatar. Memanjat dan menangkap gambar. Secara tidak langsung anda boleh menggilap skill dan menambah kecergasan badan. Yeh!!

Oh, tak lupa.
Dapat merehatkan mata dengan melihat kehijauan dan dapat oksigen segar dari alam.
Heh!
Sangat beruntung.


28 March, 2012

alien: hari yang indah

Petang yang redup.
Duduk di tepi tingkap.
Sambil menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi, dingin.
Berehat berlatarkan lagu 'Terukir Di Bintang'.

Pergh,
terasa seperti terbang menuju ke bintang feeling dia.


15 May, 2011

alien: tiada jiwa

Akhir - akhir ni, bila klik New Post kat blogspot ni aku jadi buntu.
Tiada idea untuk berinteraksi dengan audience dan pelawat yang datang. Semuanya jadi kosong. Bila dah kosong tu, aku pandang skrin.. skrin pandang aku balik. Tiada komunikasi dua hala. Papan kekunci pun tidak berusik.

Pandang What's on your mind? pun serupa.
Bila memberi komen laju pula.
Aish.
Titik noktah dari alam maya dululah.

Ah, sebelum tu.
Selamat Hari Guru !!





16 April, 2011

alien: jauh perginya

Aha..
Hari sabtu pun tiba.

Dalam ramai - ramai orang
Ramai - ramai orang, macamana aku boleh jumpa dia. Dia memakai jaket kulit hitam dan kawan lelakinya yang juga memakai jaket kulit hitam. Mereka sedang minum-minum dan aku sedang menunggu orang.

Tapikan, macamana aku boleh berada di RnR Tapah waktu malam-malam macam ni. Bertambah aku musykil.  

"Eh, tu kan Juliana Evans.." kawan aku menunjuk ke satu arah. Aku hanya mengangguk tanpa memandang. Sebab dia itulah yang aku nampak sejak dari tadi. Aku yakin memang itulah orangnya. Kawan aku asyik memerhati.



SubhanAllah..

6.03 am. Waktu ketika itu. Aku terjaga.
Minda separa sedar membawa aku terbang ke Tapah. Jauh jugak ye.
Aish.

Cuaca di luar mendung.
Pagi sabtu yang sejuk.



16 March, 2011

alien: escape to nature III

Berikut adalah antara
ahli jemaah rombongan mendaki yang hadir pada Sabtu lepas.


I`m the "Man in Red"

3 malay guys and a france guy
"bonjour !!"






08 March, 2011

alien: bahana berlarian pada waktu pagi yang tak terlalu pagi

Pagi - pagi bersenam bagus.
Kena pulak hari minggu, dari melangut je pagi-pagi tu baik pergi bersenam.
Joging ke, main bola ke, badminton ke.. berfaedah sikit.
Keluar peluh.
Terasa ringan sikit badan.

Udara pagi ni..
Pergh~
Segar dan nikmat. Bagus untuk paru - paru.
Disamping badan cergas boleh jadi sihat jugak.

Tapi,
Kalau bersukan pada pagi yang tak terlalu pagi sangat, kadang kala boleh mendatangkan mudarat juga.
Bukan mudarat untuk kesihatan. Tapi .. tapi ..

Kalau dah nampak perut membulat terdedah tu.
Jatuh dalam kelas 'tidak sihat' kan.

Itulah yang terjadi bilamana berjoging pada waktu pagi yang tak terlalu pagi ni, dan suasana taman menjadi sedikit sunyi. Harapannya, minggu akan datang tiada lagi kaum ibu mengandung berfoto shoot dengan perut terdedah di taman tersebut. Ngeri ah !!






23 February, 2011

alien: mari berPit Stop


Saya sedang mengalami sindrom pyrexia atau hiperthermia terkawal.
Itu yang Wikipedia beritahu.
Tak tipu.

Jadi,
Saya bercadang untuk berPit Stop sebentar.


Em,
Sementara itu, singgahlah di Soltura ye.
Ada Sinetron "Rebelusi Kampung Tekuyung".
Heh




08 January, 2011

alien: ratah - meratah, baham - membaham

Alhamdulillah ..


Pantai Kelanang, Banting
"Alkisahnya berBBQ bersama-sama rakan"
Siri II
8 Januari 2011




Selesai dengan jayanya
Terima kasih kepada rakan - rakan kerana meluangkan masa anda
Jumpa lagi di Siri III

 - Sekian -




15 December, 2010

alien: misteri terjalin setelah menonton hantu kak limah balik rumah

Dush ..
Dush ..
Dush ..

Kata - kata yang meluncur keluar dari mulutnya

Kami berpandangan
Aku dah nak tergelak, tapi masih dapat control lagi
Aku tengok muka kawan aku, masing - masing muka konpius
Muka pelik, muka inginkan penjelasan

Kemisterian masih melanda diri masing - masing sehingga kini

*Ini bukan kisah gaduh ala - ala filem tamil/hindustan yang ada bunyi "Dusyum-dusyum tu"

---------------------------------------

Semuanya bermula pada petang itu,
Aku tiba awal. Kawan aku yang berdua tiba lewat. Yang sorang lagi keluar opis awal.
Ini semua gara - gara Mamat Khalid punya filem, Hantu Kak Limah Balik Rumah
Masing - masing menggagahkan diri menerjah wayang di shopping kompleks di Subang, walau luka di kaki masing terasa sakit. Sengal badan masih melanda, tetap gagah !!. Semangat hantu dah meresap dalam jiwa la ni

Macam biasa lah,
Kalau dah gelak - gelak mesti haus
Sedikit sebanyak terasa la pedih perut, lapar ..
Jadi, masing - masing pun setuju untuk makan malam di sebuah kedai Thailand ni
Sekali - sekala layan masakan Thailand-lah pulak

Jeng, jeng, jeng (muzik latar)

Order, makan, minum masih macam biasa
Kenyang pun macam biasa, belum tahap tergolek macam ular sawa


Mana misterinya? (mesti korang tanya camnikan)
Ni part yang misterinya (aku jawab balik)


Brader thai tu datang ke meja
Dia berdiri tegak jugaklah macam budak sekolah berdiri di perhimpunan sekolah
Dia berdiri kat sebelah kanan aku, pegang buku nota kecik ada terselit pen
Warna pen tu aku tak check lah pulak

Dia berdiri lalu menggerakkan tangannya
Dengan wajah yang selamba
Dia menggerakkan tangan dengan perlahan sambil membuat gaya seperti menangkap sesuatu di udara dengan tangan kanannya dan kemudian menggenggamnya
Tiap pergerakannya di tuju ke atas pinggan yang kosong

"Dush .." 

Sambil menggenggam tangan dia menyebut perkataan itu
Oleh kerana ada empat pinggan
Maka, ritual pergerakan itu pun berlaku empat kali diselang seli dengan perkataan

"Dush .."
"Dush .."

Kemudian dia cakap, "Dua puluh enam ringgit .."



Aku tengok kawan aku bertiga dah ternganga

Aku pulak menahan gelak
Lawak Hantu Kak Limah tak habis hadam lagi dah muncul satu lagi lawak versi Thailand depan mata aku pulak

Hadei ~


*Jangan tanya aku kenapa brader Thailand tu cakap "Dush..."


14 December, 2010

alien: escape to nature II

Brader Bot tu cakap, ini Batu Paus
Ada iras-iras paus kan. Tapi ekornya takde lah
Aku syak mungkin pada zaman dahulu kala ada keluarga paus yang selalu datang
ke Pangkor untuk bersiar - siar.
Tapi, nasib salah seekor agak malang kerana telah di sumpah Sang Kelembai.
Atau mungkin di sumpah emak si Tanggang kerana engkar dengan arahannya untuk mencari Tanggang.


Ini ikan yang dapat ditemui ketika snorkeling
Gambar ni aku googlekan aje, sbbnya kitorang takde kamera kalis air
Ikan ini penggemar roti tegar selain lumut-lumut di dasar
Best tengok ikan ni berebut-rebut makan cebisan roti yang dihulurkan

Sebelum menuju ke tempat snorkeling selipar ditinggalkan di pantai Teluk Nipah
atas arahan brader bot
Akibatnya, abis calar balar kaki terkena terumbu karang dan batu yang tajam masa snorkeling
Masing - masing berpandangan: "Apekejadah !!!"

Calar - balar pun fun-lah




Next destination ...
Sabah?



13 December, 2010

alien: hantu kak limah balik rumah


Sebuah filem Mamat Khalid


"Enjit - enjit semut, siapa sakit naik atas ..."

Adanya unsur lawak yang membuat kita fikir
Bukan hanya lawak kosong
Best ler ..
Cepat pergi tengok !!





:Poster dari google



12 December, 2010

alien: escape to nature

Jejak kaki je aku cakap "Wow!!!"
Pemandangan cantik, ada kabus kat bukit-bukit
Gerimis sikit - sikit tak menghalang aktiviti snorkeling yang dirancang
Walau air keruh dan view dalamnya tak berapa nak cantik
Puas hati dapat tengok ikan berenang dekat depan mata
Yeah !!


Aku pusing - pusing sekitar pantai,
Jalan ke sebelah pantai yang bukan kawasan snorkeling
Aiseh .. sampah la brader,
Ada botol arak, botol plastik, plastik, kaca .. hanyut dan terdampar di situ
Tak ada kesedaran sivik langsung

Petang tu sempat turun memancing

Masalah sama juga, sampah hanyut dan tersangkut di tepi jeti
Kebanyakan materialnya dari plastik
Ada plastik cekedis, plastik roti burger ...

Kami beruntung kerana pada hari itu tiada ikan plastik
Heh !!






Apa salahnya kita bawa bersama sampah yang kita sendiri hasilkan
dan buang di tong sampah berdekatan
Tak la sesukar mana pun ..

Mudah je




09 December, 2010

alien: its holiday time !!!


(Sumber dari WikiBocor)

Memetik ucapan dari Mr. President dalam satu sesi soal jawabnya bersama wartawan ketika Persidangan Keamanan Bumi 2010. Menjawab pertanyaan dari seorang wartawan tentang rancangan kehadiran Alien ke bumi,
"Yes, he (Alien) would go on vacation for couple of days ...," menurutnya.

Ketika ditanya lokasi percutian Alien itu, ini jawapan beliau,  
"For safety reason, I cannot reveal this to public ..".

Dalam persidangan itu juga, Mr. President berkesempatan menyaksikan pelancaran keretapi Amfibia pertama dunia buatan Malaysia.

-Reuters

28 November, 2010

alien: Natrah Musim ke-2 lah

Hohoho
Tak payah banyak cerita-lah
Jom jamu mata dengan gambar panas kat bawah ni
Panas sebab baru di upload fresh dari kamera-lah

Oh, tak lupa
Malam itu (26 Nov 2010)  persembahan diserikan dengan kehadiran 
Raja Permaisuri Agong Sultanah Nur Zahirah


Natrah 2: Cinta, Perjuangan dan Air Mata

Tajuk teater pada malam itu
"Natrah"

 Pengarah teater Natrah 2
Erma Fatimah
Berikan beliau tepukan gemuruh !!

 Antara barisan pelakon, dapat dilihat disitu
Sofia Jane, Maya Karin, Aaron Aziz, Remy Ishak
Umie Aida dan Ziela Jalil

 Juga Fizz Fairuz, Sharifah Ariana, Liyana Jasmay
Dua orang laki tu pun antara watak penting
Pempuan baju putih tu Natrah umur 50an rasanya

Apa nak buat, pelakon sibuk meng'autograph' poster dan booklet
Ceh !!!


Pss: Klik je kat gambar kalau rasa-rasa nak tengok gambar tu besar-besar

Natrah ni cerita pasal apa?
Google je pun boleh


07 November, 2010

alien: rehat rehat

Berehat di hujung minggu layan dua menu di bawah ni
Feel dia memang tak terkata lah
Lagi - lagi kalau ianya home made
Memang syok habis tak terkata

Hohoho


Karipap berinti kentang campur sardin
Marvellous ~

Bubur lambuk isi ikut suka hati
Terangkat ~

Hohohoho
Terasa kenyang



"Gambar adalah dari google, kerana aku tak rajin nak snap-snap"