Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

24 January, 2013

alien: the last stand

Hui,
Lama tak buat review filem kan.
Last aku review filem melayu, S.A.M. (click sini)

Kala org sibuk menonton "The Impossible", aku pula memilih filem aksi.

Kali ni filem arahan mamat Korea, Jee-woon Kim yang bertajuk "The Last Stand"
Star dia Arnold Schwarzenegger, Forest Whitaker dengan Johnny Knoxville.
Kalau si Arnold dengan si Forest ni familiar-lah.
Si Johnny ni xpasti aku pernah tengok dia berlakon ke tidak.

Kisah dia simple, tak berbelit. Mudah sangat difahami.
1. Penjenayah terlepas dari FBI
2. Angkara org dalam.
3. Tokan masuk ke Sommerton Junction untuk lari ke Mexico, di mana Arnie Sheriff di sana.
4. FBI dan SWAT tak boleh diharap.
5. Aksi bermula.
6. Penjahat tewas, hero menang.
7. Tamat.

Walaupun cerita dia simple.
Aksi tembak menembak dan selingan adegan komedi tu yang buat seronok ditonton. Haha.

Keseluruhan aku kasi 3 bintang untuk filem ini.






















Rating untuk filem ini,
Tonton sekali; mengujakan.
Tonton dua kali; terserah anda .. kalau aku tengok lagi. Syok kot tengok Arnie ni berlakon. Haha




26 August, 2012

alien: S.A.M

Seronok tengok keletah kanak-kanak waktu cuti raya ni.

Bermain.
Melompat.
Berlari.
Menjerit.
Ketawa.
Tersenyum.

Aku tertawan. 

Em ha,
Sempat aku tengok S.A.M
Rabu baru ini.

"It's nice movie"
Lakonan mantap dari Shaheizy Sam dan Lisa Surihani.
Kudos untuk Syafiq Yusof.


Sebuah naskah yg perlu ditonton pada mereka yang mencari kelainan dalam industri filem kita. Filem yang melarikan diri dari konsep tahyul yang sedang berleluasa menjajah minda masyarakat kita. Ia sebuah filem psiko yang mungkin ada kaitan dengan kita, kawan kita, jiran kita atau sanak saudara kita. Satu genre bawaan anak tempatan yang jarang-jarang muncul di layar perak negara kita.

Em.
Jalan cerita yang mudah dan tidak terlalu berat untuk masyarakat kita yang jarang nak berfikir apabila berada di kerusi empuk bersama bertih jagung dan segelas coke. Heh..
Mungkin atas sebab itulah, jarang sekali pengarah - pengarah di sini mahu membawakan kisah yang mengajak masyarakat berfikir sama; jarang nak berfikir. Dan, aku masih menunggu sesiapa yang boleh membawa filem seperti "Alangkah Lucunya Negeri Ini" di sini.

Di sebalik perjalanan cerita yang mudah, ada bahagian yang tidak berapa strong yang pada aku boleh mengganggu mutu filem ini. Seperti kemunculan Zura yang pada aku tidak digarap dengan baik atau langsung tiada kepentingan kewujudannya. Juga bahagian ayah yang ditikam dan emak yang sakit jantung kedengaran agak klise.. sedangkan pada permulaan cerita, si pengarah seperti cuba melarikan ceritanya dari hal itu. Dan bahagian penamat yang selalu sangat kita lihat di mana-mana. Selalu sangat.

Dan di akhir cerita, aku terasa  lompong itu, tidak seperti perasaan aku menonton Songlap.
Ibarat apa yang kita rasa saat kembali dari bercuti. Perasaan gembira perlahan-lahan bertukar menjadi rasa normal. Itu apa yang aku rasa ketika tirai layar perak diturunkan.


 
Walau bagaimanapun, ia masih naskah yang enak untuk dijamah.
Dua point lima untuk pengarah muda kita dan filem nya: SAM

Saya.
Amat.
Mencintaimu.



15 April, 2012

alien: battleships

Ini pula kisah Khamis yang lepas.
"Battleships"

Ia adalah kisah di mana manusia telah menemui satu planet di galaksi lain yang menyerupai keadaan bumi dan telah menghantar isyarat untuk berkomunikasi dengan hidupan di planet tersebut yang dipanggil planet G.  Hidupan planet tersebut atau alien yang dikenali sebagai 'The Regents' telah menghantar sepasukan wakil ke bumi dan telah bertembung dengan tentera laut yang sedang melakukan latihan perang. Walaubagaimanapun, rupa alien itu bukan seperti maskot komik 3G tau.

Em,
Apa yang alien tersebut mahukan?
Mungkinkah ayam KFC atau burger McD?
Jawapan itu ada pada alien tersebut.. kih3

Jika yang telah menonton filem ini, anda pasti perasan Submarine atau Kapal Selam tiada di dalam filem ini.
Where is the submarine!! 
Oleh kerana filem ini berdasarkan permainan battleship keluaran Hasbro, submarine memang tiada dalam permainan battleship tersebut. Jadi, logiknya submarine tiada dalam filem ini.

Jadi, untuk filem ini adalah 3.5 bintang.
Oh, aku suka si Ordy yang sengal-sengal tu.
Aku juga suka part alien melepaskan peluru bertalu-talu menembusi kapal Destroyer. Peh! tidak berperike'alien'an babak itu.
Aku juga suka part alien tertipu oleh 'art of war', bak kata hero. Keh3





















Rating untuk filem ini,
Tonton sekali; mengujakan.
Tonton dua kali; terserah anda ..

: oh, untuk filem ini aku tak ajak Wadi Ar menonton sekali sbb dia tak cakap nak ikut. Hahaha!!!! 

 

14 April, 2012

alien: Wrath of the Titans

Ini kisah minggu lepas.
Aku berkesempatan menonton filem "Wrath of the Titans" yang hangat diperkatakan.
Jalan ceritanya tidak jauh beza seperti menonton "Clash of the Titans". Perkembangan ceritanya juga tidak jauh berbeza.

Masalah melanda - Mengembara bagi mencari cara menyelesaikan masalah - Raksasa besar muncul sekejap dan mati - Anak Tuhan menang. Tamat.
Cuma pada kali ini,
Tuhan mereka mati; Poseidon, Ares, Zeus.
hanya satu saja yang terselamat, Hades.

Boleh dikatakan cerita ini tidak dapat memenuhi meter kepuasan aku langsung.
Aku tak sarankan untuk menonton cerita ini, hehehe.
Jadi, 2 bintang saja untuk filem ini.




















Rating untuk filem ini,
Tonton sekali; serius.
Tonton dua kali; tak mungkin kot.

 

27 March, 2012

alien: the film that never Lapok

Kudos!!
Seniman Bujang Lapok never fail to make me laugh until today.
Even after I'm watching it over and over again. 

















This is a great movie that you must include in your movie list.
This movie deserve 4.5 star rating.
Heeee..


 

04 January, 2012

alien: the darkest hour

Kita mulakan 2012 dengan review
"The Darkest Hour"




















Pada mulanya aku macam tak percaya.
Tapi setelah menontonnya aku pun berkata:
"Eh, betul cakap kawan aku..."

Sedutan filem itu lebih menarik dari filemnya.
Tak percaya?
Pergi lah tengok sendiri.


Aku kasi filem ni 2.5 bintang.
Ia tak berjaya membuat aku cakap "WOW"

Rating untuk filem ini,
Tonton sekali; serius.
Tonton dua kali; serius.. mata jadi makin kecik..


22 December, 2011

alien: songlap

Kata aku:
Ia filem yang jujur. 
Antara filem berdasarkan realiti kehidupan masyarakat marhaen. 
Tiada dato datin. Peh!
Tiada plastik.
Tiada rumah besar, kereta besar.
Takde..
Yang ada Proton Saga lama. Peh! 
Baru dekat dengan jiwa.

Di bawah ini adalah poster: Songlap
 

Anda patut tonton filem ini.
Terbaik dari ladang~

Menonton filem ini mungkin akan membuat anda sedar masalah serius
yang berlaku di kalangan masyarakat kita. Isu yang hari-hari diperkatakan
orang: pelacuran, perjudian, sindiket penjualan bayi dan pemerdagangan 
orang.

Kadang terdetik di fikiran kenapa tidak kawasan pelacuran itu dirobohkan 
dahulu bukan penjara pudu itu. Hehehe.

Untuk feedback, ada yang tak puas hati dengan penamat filem ini. 
Bagi aku cantik dah penamat tu tergantung. Membuatkan penonton berfikir.
Mungkin boleh jadi topik perbualan sembang. Mana tahu.  

Untuk review dan sinopsis penuh, sila google sendiri. 

Moral cerita ini:
Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada.
Ingatilah orang tersayang. Erk.

Dan..
Aku kasi filem ni 3.5 bintang.

Pandangan aku untuk filem ini,
Tonton sekali; serius, ditambah gelak2 kecil
Tonton dua kali; serius jugak, nak buat camne.. dah ni filem serius




26 November, 2011

alien: the twilight saga breaking dawn part 1


Kali ini adalah cerita fantasi juga.
Tentang vampire, warewolf.
The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1

Review dari kawan aku di facebook.
Nama dan gambar terpaksa di cat merahkan untuk privasi.
Tu bukan cat along ye.











Bagi aku pula yang tidak menonton series yang sebelum ini, tidak banyak yang boleh diperkatakan. Jalan cerita dia agak perlahan, mungkin kerana latar cerita itu sendiri berkisar tentang perkahwinan Edward dan Bella. Tidak banyak yang boleh dikupas dan dikembangkan. Ahha. Cam power je aku kritik.

Pada pandangan aku, Part 1 ni ibarat permulaan. Permulaan untuk apa?
Haa. Kena la tonton sendiri.
Dan aku dapat rasa, Part 2 akan lebih menarik.
Tunggu dan lihat saja.

Aku kasi filem ni 3 bintang.

Pandangan aku untuk filem ini,
Tonton sekali; senyum.
Tonton dua kali; "tak teruja sangat.." menurut peminat cerita twilight. Bukan aku.





24 November, 2011

alien: misteri jalan lama

Ahoi !!
Ini adalah filem fantasi.

Bukan kisah makhluk halus yang menyesatkan yang hanya muncul bila tirai senja dilabuhkan. Bukan juga kisah makhluk yang dahagakan darah atau bersekongkol dengan manusia untuk buat kerja jahat. Ia adalah kisah konflik di alam bunian. Afdlin cakap filem ni ala Lord of The Rings.



Kisah berkisarkan tentang dua beradik, Indra dan Ilya yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar. Manakala Ilya pula adalah anak angkat. Berlaku konflik dan Indra menjauhkan diri dari bapanya dan Ilya.

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra pulang dan ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya.

Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah sebenarnya yang terdapat di jalan lama tersebut. Itulah dia misteri yang disajikan kepada penonton yang akan dikupas sedikit demi sedikit sehingga penamat.

Em, entah kenapa tiap kali ketua penjahat bercakap suaranya tidak jelas.
Walaubagaimanapun jalan ceritanya menghiburkan walau bermula dengan agak perlahan.
Ah ya, filem ini ada adunan CGI.
Dan lakonan Hans Isaac memang cun!!
Dan aku terfikir apa akan jadi andai Afdlin dapat peruntukan yang besar untuk filem-filemnya. Pasti  'Woooow!!' akan lebih terserlah.
Oh, aku senyum sinis melihat Que pakai baju perisai tu.

Aku kasi filem ni 3 bintang.
Just nice.

Pandangan aku untuk filem ini,
Tonton sekali; senyum.
Tonton dua kali; masih senyum.



23 November, 2011

alien: the hungry rabbit jumps

Seeking Justice
Ada Nicolas Cage.
Sebab utama aku tengok filem tersebut.




















: Will Gerard yang secara tidak sengaja bersetuju dengan satu organisasi rahsia bagi membalas dendam atas serangan oleh seorang perogol kepada isterinya. Dengan syarat dia perlu membantu organisasi itu melaksanakan tugasan yang akan diberi pada masa depan.

The hungry rabbit jumps....
Ayat yang perlu diucap setelah tugasan selesai melalui telefon kepada organisasi rahsia tersebut. Apakah Will akan patuh dengan arahan organisasi itu?
Ahha. Sila google review lain untuk mengetahui lebih lanjut ye.

Walaupun tiada aksi tinju - tinju dengan tangan kosong yang mampu membangkitkan adrenalin. Jalan ceritanya menghiburkan.
Aku kasi filem ni 3.5 bintang.
Just nice.

Pandangan aku untuk filem ini,
Tonton sekali; senyum.
Tonton dua kali; masih senyum.




Khamis 24 Nov, Misteri Jalan Lama la pulak weh!!




19 October, 2011

alien: nasi lemak 2.0

Makan nasi lemak sampai dua bungkus.
Sebungkus singgit doposen je.
Dua bungkus baru dua ringgir pat posen.
So, cheap.. so, cheap..
Kenyang sampai ke tengah hari. Boleh membawa ke petang.

Memang susah untuk mencari nasi lemak yang.. Ummmpphh!
Macam slogan untuk BOH! pulak dah.
Mencari paduan nasi lemak yang betul-betul menepati selera kita memang sukar. Bukan hanya nasinya yang menjadi fokus utama, akan tetapi sambal juga memainkan peranan penting. Selain itu, gabungan telur, kacang goreng, ikan bilis goreng dan timun menjadi pelengkap yang mesti ada bagi menyempurnakan keenakan nasi lemak itu sendiri. Tanpa bahan-bahan tersebut hilanglah seri nasi lemak itu. Kuranglah selera untuk kita menjamah nasi lemak itu walaupun aroma dari daun pisang mampu menggoyah nafsu makan. 

Begitulah kisahnya dengan filem yang menjadi kontroversi, Nasi Lemak 2.0
Apa signifikan '2.0' dihujungnya?
Aku sendiri pun tidak pasti tujuan '2.0' itu di sana.

Setelah menontonnya di rumah sendiri, bertemankan secawan air kosong dan emping malinjo yang rangup. Apa yang dapat diulas adalah, filem itu adalah seperti gerai nasi lemak yang tidak dicari oleh ramai orang pada ketika mereka bangun dari tidurnya. Walau paduan untuk menghasilkan nasi lemak berlaku secara harmoni, akan tetapi oleh kerana sikap yang pengotor dan tidak menjaga persekitaran gerai jualannya telah menyebabkan kemerosotan jualan nasi lemaknya.

Tambahan pula, beberapa penduduk telah diserang sakit-sakit berpunca dari persekitaran gerai yang tidak bersih itu. Lantaran itu, penduduk setempat menjadi berang dan tidak berpuas hati dengan wujudnya gerai tersebut di situ.

Akan tetapi, untuk mereka yang berperut kebal, anda masih boleh menikmati nasi lemak itu tanpa perlu ragu dan was-was. Sekadar untuk merasai pengalaman dan mengetahui apa yang tersirat semasa menikmati nasi lemak itu.

Untuk yang berperut sensitif, anda dinasihatkan tidak memandang ke arah gerai. Bimbang anda akan termuntah dan tidak lalu untuk makan seminggu.

Kepada pemilik gerai, walau anda hias gerai. Walau anda menghasilkan nasi lemak itu dengan teknologi moden. Itu tidak penting. Yang menjadi isu adalah, kebersihan. Jadi, sila bersihkan persekitaran anda dahulu. Ini kerana penduduk setempat peduli tentang kebersihan ini.


Walau apa pun, unsur hantu masih belum berjaya ditarik keluar dari merasuki industri filem kita buat masa ini termasuklah dalam filem ini.

Pandangan aku untuk filem ini,
Tonton sekali; senyum.
Tonton dua kali; tak tahu bila.

Sekian.



14 October, 2011

alien: bini-biniku gangster

"Gangster apa citer?" 
Dialog biasa aku sapa seorang rakan perempuan aku, sampai sekarang. Sekali pandang tak nampak gaya gangster. Dua kali pandang pun sama juga. Muka dia tak ganas pun. Ayu je. Perangai pun ok. Tapi, entah macamana panggilan 'gangster' tu melekat sebagai panggilan kami; ya, dia pun panggil aku gangster gak. Spontaneous.. aku patut kata begitu.

Dah lambat rasanya untuk aku review filem Bini-Biniku Gangster.

Terima kasih kepada penguload filem tersebut. Tanpa adanya kalian, tak dapat aku tonton filem tersebut. Jujur aku katakan, aku tonton filem itu kerana ingin melihat aksi lakonan Shaheizy Sam. Yeah, terbaik darinya. Walau tak banyak scene untuknya.

Mengenai filem itu. Jalan ceritanya ringan, mudah difahami. Dialog dan scene komedi boleh diterima dengan terbuka. Tiada aksi yang ganas sangat. Jadi, ia menjadi mesra kepada penonton pelbagai lapisan masyarakat. Em, dari segi keseluruhannya.. level dia atas sikit dari Hantu Bonceng. Klik (sini) untuk review Hantu Bonceng.

Yang tidak menariknya, sedang aku menonton filem tersebut. Sesekali scene filem Basic mengganggu fokus aku. Muncul Samuel L.Jackson dan John Travolta di skrin laptop aku.
"Ah, kome ni mengganggu sajeee..."

 Em, pandangan aku untuk filem ini.
Tonton sekali; senyum.
Tonton kali kedua; tak tahu bila.


Sekian.




24 September, 2011

alien: scene dalam pertandingan realiti TV

Ahoi.

Tengah hari tadi sempat aku menonton pencarian untuk peserta rancangan realiti TV yang bakal ke udara tidak lama lagi. Aku ni jenis suka menonton scene pencarian atau ujibakat daripada scene pertandingan.

Scene pertandingan biasanya agak bosan. Manakala Scene ujibakat untuk realiti TV ni biasanya lebih menarik dan mencuit hati. Lebih menghiburkan. Kan...

Yang lebih menarik lagi, pasti ada scene sedih. Dah macam scene drama pulak.
Ke ada clause dalam borang yang menyuruh peserta sedih andai gagal ujibakat. Tak paham aku.



20 September, 2011

alien: aku dan filem hantu bonceng

Malam tadi aku tengok cerita yang dikatakan mengaut jumlah jualan tiket yang mencecah 8 juta ringgit tu dan mungkin bertambah lagi jumlah kutipannya, rasanya-lah. Tapi, aku bukanlah antara penyumbang kepada angka 8 juta tu. Melainkan aku sedut dari Youtube je. Terima kasih kepada pengupload dan pihak Astro First. Jasa kamu dikenang.

Lagipun, banyak review mengatakan filem itu biasa-biasa saja membuatkan aku malas untuk membazirkan masa sejam lebih dalam wayang. Aura Zizan yang membawa penonton ke wayang; aku setuju!.

Tentang scene yang hangat diperkatakan oleh ramai penulis blog dan ramai orang yang menyedarinya. Aku sendiri pun sangsi dan pelik bagaimana Finas boleh lepas pandang, sedangkan tapisan mereka ketat; orang-orang filem cakap la. Dan sebagai pengarah filem atau sesiapa yang namanya melayu yang terlibat di lokasi pengambaran atau terlibat dalam penulisan skrip, tidakah mereka tahu bahawa perkara itu tidak boleh dibuat main-main. Efeknya akan jatuh kepada masyarakat. Dan yang akan terpengaruh kebiasaannya adalah golongan kanak-kanak.

Kalau isu berkait dengan pertubuhan boleh jadi isu besar dalam filem KL Gangster, kenapa isu dalam filem Hantu Bonceng tiada tindakan dari mana-mana pihak?
Haila..

Keseluruhan cerita ini, sesuai untuk ditonton sekali saja. Tonton dua kali membuat kamu semua mengantuk. Betul, tak tipu punya~

Nasihat aku, baik lah kiranya kamu membazir masa menonton filem Zombie Kampung Pisang atau Hantu Kak Limah Balik Rumah kerana filem tersebut filem hantu yang bermesej. Yang membuat anda berfikir dan sedar tentang isu semasa. Kurang-kurang semasa korang gelak sakan tu, korang dapat mesej disebalik. Kira cantik la kan.

Selain itu, scene-scene disko tu tak payah kot. Boleh saja tukar jadi scene kedai mamak ke kedai Pak Tam ke yang lebih mesra masyarakat..

Lagi satu,
kenapa aku rasa standard filem ini hampir menyamai standard filem Prof tu.
Ke aku je yang terasa macam itu?

Sekian untuk review kali ini.
Lama tak tulis review filem, sekali tulis terus kondem.
Apa lah aku ni kan?
Ahha~

:last filem aku review adalah HKLBR (sini)




24 August, 2011

alien: satu malam yang panjang

Kok kok kok~
Kok kok kok~

Dua kali ayam jantan berkokok.
Kipas di syiling berputar perlahan.
Lampu mentol berwarna kuning memancar suram.
Jarum jam berdetik kedengaran jelas; malam kian sunyi.
Cengkerik riang berbunyi berbalas-balas.
Kapal terbang melintasi ruang angkasa di atas rumah, memadam sebentar nyanyian riang cengkerik. Sebut tentang cengkerik. Pesan orang tua dulu, sekiranya cengkerik riang berbunyi pada waktu malam. Tandanya pagi esok akan cerah. Tidak  hujan, kalau ada pun mungkin langit hanya mendung.

Tangan kanan menggaru pangkal betis; gatal digigit si nyamuk yang rakus mencari darah. Cuba mencari kelibat nyamuk, tapi tidak berhasil. Kebelakangan ini, fizikal nyamuk - nyamuk agak luar biasa. Saiznya lebih besar dari biasa. Entah kenapa. Agaknya anak -  anak nyamuk makan vitamin atau makanan supplement untuk tumbesaran yang sihat macam iklan yang selalu di tV tu kan. Appeton, Weight Gain dan lain - lain yang sekumpulan dengannya.

Kelepap!!
Tamparan ke lengan kanan. Cis. Nyamuk sempat mengelak.

Cicak berbunyi di balik almari. Pasti dia gembira berjaya menangkap serangga untuk santapannya malam ini. Serangga itukah nyamuk. Tak pasti. Boleh jadi belalang, kupu - kupu atau kumbang. Apa juga pun, pemburuan dia berhasil malam ini. Serangga untuknya melangsungkan hidup pada hari esok andai dia tidak mati disembur racun serangga.

Baring menelentang. Pandangan mata ke atas langit - langit bilik.
Jam berdetik dengan jelas seperti tadi. Cengkerik masih lagi riang berbunyi.
Si cicak berbunyi lagi. Murah rezeki dia malam ini.

Masih memandang ke langit - langit.
Mata semakin berat dan telah tertutup sepenuhnya.
Kini suasana gelap dengan tertutupnya mata.
Tapi indera lain masih bebas; telinga masih mendengar bunyi cengkerik, jam dan cicak. Hidung masih cergas menjadi laluan masuk keluar udara. Reseptor rasa kadang - kadang mengesan hinggapan nyamuk yang masih bekerja mencari darah. Sesekali tangan mengibas - ngibas menghalau nyamuk. Perasaan mengantuk langsung mematikan perasaan untuk membunuh nyamuk yang membuat onar. Mulut sedikit terbuka, menguap. Sesekali lidah membasahkan bibir yang kering.

Malam semakin larut.
Sedikit - sedikit laluan ke alam mimpi terbuka, menarik - narik fikiran dan khayalan ke sana. Menikmati indah kehidupan fantasi yang memberi ruang melakonkan watak dalam naratif cerita yang terjana dengan tidak terjangka. Boleh saja menjadi protagonis, antagonis.. ruang itu memberi tanpa ada peluang memprotes. Hanya yang ada menurut. Tahu - tahu saja sudah ada di ruang itu melakonkan watak yang diberi. Apalagi, jadi bingung seketika kerana tidak tahu pucuk pangkal bermula cerita.

Semakin hanyut dan hanyut di dalam ruang itu sama seperti malam yang makin larut.

Ah. Tersentak. Ditarik keluar secara paksa dari set lakonan alam itu.
Persetan! bisik hati sedikit marah.
Si nyamuk cuba mengintai belas kasih di pinggir telinga.
Bicaranya pelik, berbeza dengan manusia; sudah pastilah!

Mengibas - ngibaskan tangan, menghalau nyamuk pergi.
Tiada nafsu mahu membunuh nyamuk. Rasa mengantuk dan kemabukan kepada mimpi mematikan rasa itu.

Teruskan tidur lagi. Berharap akan diberi set yang tadi.
Set yang kena di hati.
Heroin yang seperti Anjelina Jolie, Cindy Crawford, Jennifer Aniston ..
Tiada hero, jangan ditanya kenapa.
Dan adanya robot yang awesome .. ROBOTJOX !! robot dengan teknologi manusia biasa. Old skool yang Futuristik. Ingin berada dalam scene robot lawan robot ini. Menggantikan tempat Achilles.

Gadis - gadis?
Ah. biarkan saja heroin yang seperti Anjelina Jolie, Cindy Crawford, Jennifer Aniston itu tadi bersantai - santai di sana. Kalau kamu mahu mereka di mimpi kamu, silakan cepat. Bukan apa, takut mereka mati terhempap robot yang sedang berlawan .. tapi jangan ambil robotjox itu. Biarkan di situ. Jangan disentuh.

Malam semakin malam, semakin pagi.
Dalam fikiran.
Tertanya -  tanya. Bila agaknya Hollywood mahu me'remake' filem ini.
Lupakan sejenak robot - alien yang mahu kuasai bumi.
Michael Bay?
Anyone?

Kok kok kok~
Kok kok kok~
Kok kok kok~

Ayam berkokok lagi.
Berrrrrrkkkkooookkoook laaaa....giiii.
ZzzzZZZzzzZZz..


08 August, 2011

alien: surrogates

Ahha~

Semalam layan Surrogates, part yang kelakar bila semua surrogates shut down secara serentak. Masing - masing jatuh secara mendadak.
Kelepap!! 
Yang jalan, yang memandu, yang berlari.. dalam bas, dalam train.. semua off secara mendadak dan hilang upaya. Kereta berlanggar satu sama lain. Basikal berjatuhan. Train mati. Tapi ...

Mana kapal terbang ye. Helikopter ke.
Kalau ada jatuhan bebas ke bawah.
Kebabom!!!
Baru la dramatik sikit.. ye dak?





13 December, 2010

alien: hantu kak limah balik rumah


Sebuah filem Mamat Khalid


"Enjit - enjit semut, siapa sakit naik atas ..."

Adanya unsur lawak yang membuat kita fikir
Bukan hanya lawak kosong
Best ler ..
Cepat pergi tengok !!





:Poster dari google



07 December, 2010

alien: ......

 ......












"HIDUP INI TAK ADA MAKNA"


Serius,
Memang serius ..
Tak main - main

Bukan kecewa,
Tapi ini memang serius
Hidup tak ada makna
Betul - betul serius - lah

quote tu aku pinjam dari blog Roy
(Filem: Aku Tak Bodoh)
Serius kan..


Hehehe

Roy yang ini
Bukan Roy Hodgson
~



28 November, 2010

alien: Natrah Musim ke-2 lah

Hohoho
Tak payah banyak cerita-lah
Jom jamu mata dengan gambar panas kat bawah ni
Panas sebab baru di upload fresh dari kamera-lah

Oh, tak lupa
Malam itu (26 Nov 2010)  persembahan diserikan dengan kehadiran 
Raja Permaisuri Agong Sultanah Nur Zahirah


Natrah 2: Cinta, Perjuangan dan Air Mata

Tajuk teater pada malam itu
"Natrah"

 Pengarah teater Natrah 2
Erma Fatimah
Berikan beliau tepukan gemuruh !!

 Antara barisan pelakon, dapat dilihat disitu
Sofia Jane, Maya Karin, Aaron Aziz, Remy Ishak
Umie Aida dan Ziela Jalil

 Juga Fizz Fairuz, Sharifah Ariana, Liyana Jasmay
Dua orang laki tu pun antara watak penting
Pempuan baju putih tu Natrah umur 50an rasanya

Apa nak buat, pelakon sibuk meng'autograph' poster dan booklet
Ceh !!!


Pss: Klik je kat gambar kalau rasa-rasa nak tengok gambar tu besar-besar

Natrah ni cerita pasal apa?
Google je pun boleh


27 November, 2010

alien: mari berbaik - baik

Keh keh keh








"Kau ambiklah Rs.200,000 ini. Suruh dia mulakan hidup baru di tempat lain.."
sambil membuka briefcase berisi wang tersebut dan menunjukkan kepada ayah gadis.

"Tawaran yang menarik ... ", berfikir sebentar. "Tunggu sekejap ...", ayah si gadis berjalan masuk.

Si penjahat berasa gembira kerana taktiknya memberi wang kepada ayah si gadis untuk menarik balik perbicaraan mahkamah hampir berjaya.
Tak lama kemudian, ayah si gadis keluar.
Berjalan perlahan menghampiri si penjahat tadi.

"Sayangnya, jumlah yang kau tawarkan adalah lebih rendah dari yang ditawarkan oleh anak kau !!"
"Dia beri aku Rs400,000 untuk mendedahkan kejahatan kau !!"
Herdik ayah si gadis sambil mencampakkan Rs.400,000 itu ke muka si penjahat.


Keh keh keh
Kelakar beb !!
Dia nak kasi wang sogokan tutup mulut, rupanya jumlahnye sedikit.
Malu gile ..

Kisah hindustan kan, penuh dramatiknya
Gaduh - gaduh camna pun akhirnya bahagia
Itu contoh yang baik kan, saling maaf-memaafkan
Tak elok pun gaduh lama-lama, buat tambah dosa je

Eh, eh.. aku layan hindustan ke ni?
Hohoho