14 October, 2011

alien: bini-biniku gangster

"Gangster apa citer?" 
Dialog biasa aku sapa seorang rakan perempuan aku, sampai sekarang. Sekali pandang tak nampak gaya gangster. Dua kali pandang pun sama juga. Muka dia tak ganas pun. Ayu je. Perangai pun ok. Tapi, entah macamana panggilan 'gangster' tu melekat sebagai panggilan kami; ya, dia pun panggil aku gangster gak. Spontaneous.. aku patut kata begitu.

Dah lambat rasanya untuk aku review filem Bini-Biniku Gangster.

Terima kasih kepada penguload filem tersebut. Tanpa adanya kalian, tak dapat aku tonton filem tersebut. Jujur aku katakan, aku tonton filem itu kerana ingin melihat aksi lakonan Shaheizy Sam. Yeah, terbaik darinya. Walau tak banyak scene untuknya.

Mengenai filem itu. Jalan ceritanya ringan, mudah difahami. Dialog dan scene komedi boleh diterima dengan terbuka. Tiada aksi yang ganas sangat. Jadi, ia menjadi mesra kepada penonton pelbagai lapisan masyarakat. Em, dari segi keseluruhannya.. level dia atas sikit dari Hantu Bonceng. Klik (sini) untuk review Hantu Bonceng.

Yang tidak menariknya, sedang aku menonton filem tersebut. Sesekali scene filem Basic mengganggu fokus aku. Muncul Samuel L.Jackson dan John Travolta di skrin laptop aku.
"Ah, kome ni mengganggu sajeee..."

 Em, pandangan aku untuk filem ini.
Tonton sekali; senyum.
Tonton kali kedua; tak tahu bila.


Sekian.




26 comments:

Anonymous said...

belum tgk lg la...tp hantu bonceng tu xbest mana pon

alien said...

sedut je mana2
hehehe

makwe joni said...

tapi dress kak yong tu smart jugek..keh keh keh

alien said...

kak sesuai amik dress Reanna la kak..
keh3
kaler pul

makwe joni said...

tu badut sarkas dhek...keh keh keh
bg can lah nak jadik smart mcm kak yong

alien said...

kak yong tak sepak pintu tau kak..
sila ambil perhatian

makwe joni said...

tapi dia main potong tangan orang kan?

alien said...

pakai tgn dia potong, bukan pakai kaki
lalala~

Shukri Mohd Ali said...

fuh. seronoknya ada masa untuk muvie =__="

Liliyuli said...

aku baru tengok sekerat.

alien said...

shukri:
ala, tgk sblum tido..
keh3

liliyuli:
dah2, jgn tgk ujung dia..
ko dah boleh agak ending dia

h4ni3 said...

Tonton sekali; senyum.
Tonton kali kedua; tak tahu bila.

Tapi kalau namanya nak tonton kat cinema; thanks but no thanks... gitu? ;)

alien said...

sila sapot indstri kita..
tgk kat wayang, jgn contohi aku
hehehe

fa-in said...

2 minggu lepas org tgk oh, best la jugak kot. keh2

alien said...

paejah kate ta best

gadisBunga™ said...

er. aku takmo tgk. kecewa dgn filem melayu.

aku tunggu filem mamat khalid. dan rindu filem yasmin ahmad.

kueh bakar said...

lien.
basic best ker? lama tak layan john trvolta..baru ni tgk smuel dalam 'arena'.cam hampeh.

real steel kompem best

kueh bakar said...

lien.
basic best ker? lama tak layan john trvolta..baru ni tgk smuel dalam 'arena'.cam hampeh.

real steel kompem best

fndrocka said...

aku nak tengok real steel

emarieys said...

best ceritanya...gengster2 pun bini sampai 3...

Faaein Talip Roy said...

best eh?

tak pernah tengok lagi citer ni..

hantu bonceng lagilah tak pernah..

YouSOF said...

Haha aku sekali pun belum sempat tonton filem ni..

Anak Wak Mail said...

aku pon rasa filem ni best untuk ditonton sekali..:)

alien said...

Anak Wak Mail:
em, filem P Ramlee byk kali2 pun aku bole ketawa

YOUsuf:
tunggu musim perayaan, pasti keluar kat TV
hehehe

Faaein Talip Roy:
ok sikit dari hantu bonceng..
maksdnya latar cerita dia..
tunggu musim perayaan utk tonton dua2 filem tu ye
haha

MamaEma:
em yah..
cerita yg santai

fndrocka:
g la tengok
kui3
aku da sedut, belum tgk lg

kueh bakar:
basic tu cerita lama..
ttg kisah askar, drug dealer, undercover, komplot..

GB:
betul2
aku tunggu filem mamat khalid gak

Rain said...

tengah syok layan tup2 dah ending.. kejap sangat. citer yang best rasa kjap je habis. haih

alien said...

keh3
pusing2 camtu gak
camne na panjangkan