Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

01 May, 2012

alien: buah tangan

Ia dapat menceriakan mereka.

Tiap kali kita lihat, mereka yang melawat keluarga-kawan-saudara di hospital akan membawa bersama buah tangan yang mungkin berupa makanan atau benda fizikal untuk diberi kepada keluarga atau saudara-kawan yang kita lawat.

Yang mana kadangkala keluarga-kawan-saudara yang dilawat itu tidak berdaya untuk menjamah buah tangan yang kita bawa bersama.

Secara zahirnya ia kelihatan seperti adat atau kebiasaan masyarakat kebanyakan; melawat orang sakit perlu membawa buah tangan bersama.

Akan tetapi secara rohaninya kehadiran kita bersama buah tangan sedikit sebanyak mendatangkan keceriaan pada mereka dari segi emosi. Emosi yang gembira dapat membantu mereka melalui musibah yang menimpa dan melupakan seketika kesakitan yang dialami.

Buah tangan.
Ia dapat menceriakan mereka; membantu mereka.

Mudahkan?


Ini adalah buah Durian.




18 April, 2012

alien: Halaqah Sentuhan Kalbu

Aku ada tonton rancangan Halaqah Sentuhan Kalbu.
Tapi sayangnya ketika aku tune ke rancangan tersebut ianya hampir berakhir.
Maka tidak banyak yang aku dapat dari rancangan itu. 

Akan tetapi,
aku tertarik dengan lagu penamat rancangan itu.
Lagu dari Opick - Cahaya Hati.

Lagu yang menyentap rasa.
Lagu yang terus meresap ke dalam jiwa.
Terasa damai mendengar alunan muziknya.




Lirik:

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu


Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala


Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi


Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala


Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu


Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah



17 April, 2012

alien: Al-Baqarah, 286

Ini cerita hari ini. 
Aku ingin berkongsi dengan kawan-kawan.
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".




 

09 February, 2012

alien: pesanan untuk diri

Bermula semula dari zero.
Tidak begitu teruk bukan?

Urghh !!

Perlu tabah.
Hidup tiada cabaran tiada warna, itu yang selalu orang cakapkan.



02 December, 2011

alien: friday thought IX

Untuk renungan bersama:

Ketika aku memohon kekuatan,
Allah memberiku kesulitan hingga aku kuat.

Ketika aku memohon kebijaksanaan,
Allah memberiku masalah untuk dipecahkan.

Ketika aku memohon kesejahteraan,
Allah memberiku akal untuk berfikir.

Ketika aku memohon keberanian,
Allah memberiku ujian untuk diatasi.

Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta,
Tapi aku menerima apa yang aku perlukan.
Allah mengetahui tiap sesuatu.


: dipetik dari papan kenyataan surau di Kelana Jaya.


01 December, 2011

alien: Disember sudah menjengah

Dalam program motivasi yang aku pergi suatu masa dulu,
penceramah itu pernah berkata: 
Tepuk bahu sendiri dan katakan, "Semuanya akan ok.."
Ulanginya sebanyak tiga kali dan kamu akan rasa lega.

Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk semua hamba.
Salam Disember untuk rakan-rakan semua.



27 September, 2011

alien: mengejar impian

Pantas kau pergi; masa
meninggalkan aku di sini, lelah
aku tahu,
perlunya aku berlari kini
bukanlah berjalan lagi



: 27 Sept 2011, 6.01pm


21 September, 2011

alien: hidup itu luas makna dia

Kawan,
katamu aku memilih?

Ahha~
Sedarkah kau,
Ternyata kita ini memang bebas memilih, tak kira lelaki atau perempuan.
So, what to argue ..

Pilihan di tangan kamu.
Kriteria pun kamu yang tentukan.
Terpulang pada kamu.
Zaman moden katanya.
Bear with it. Is it?

Kamu pun ada pilihan kamu kan, kawan.
Tiada isu aku seorang saja yang memilih. 

Jalan hidup kita, masing-masing berbeza kawan.
Kalau nak ikutkan, banyak yang aku nak cerita kat kau.
Dari A hingga Z. Tapi, buat apa aku nak mengadu pada manusia juga.
Kau pun sedang berduka, tidak elok kiranya aku menambah lagi beban.

Kawan, selalulah mengadu pada yang Maha Mendengar. Dia lebih tahu kau, aku dan mereka. Banyak-banyak bicara dengan Dia. Dia suka kepada mereka yang selalu berbicara denganNya. Insya`Allah. Akan mudah segala urusan.



:entri ditulis secara santai setelah berbicara dengan seorang yang sedang jiwa lara.. chill dude!!!
pesan aku, "Slow-slow melangkah.. doa banyak-banyak jangan mudah putus asa.."


13 September, 2011

alien: pesanan untuk diri

Pesanan untuk diri hari ini:

Marilah bersama kita melangkah perlahan - lahan.
Selangkah demi selangkah. Jangan gopoh.
Walau payah dan sukar jangan pernah mengalah.
Jadilah kuat jangan berhenti berusaha.
Pasti akan sampai juga ke situ juga.

Terus dan terus ~ !!!



29 August, 2011

alien: selamat berjiwa raya

Yo.
Malam ini hujan lebat.
Begitu lebat kawan.
Orang cakap, langit bersedih hampir berlalunya malam terakhir Ramadhan.
Sekalian alam menerima tempias kesedihannya. Apakah kita bersedih sama?

Hujan.
Ia adalah satu rahmat kurniaan Tuhan untuk sekalian hambaNya.
Marilah sama - sama kita berdoa bermohon akan rahmatnya.
Insya`Allah akan dimakbulkan.
Amin.




16 August, 2011

alien: teruskan mendaki gunung itu tanpa lelah

"Insan yang mempunyai pencapaian yang hebat pasti menempuh lebih banyak kegagalan berbanding insan yang biasa-biasa sahaja pencapaiannya. Jadi janganlah sesekali berputus asa jika kita mengalami kegagalan. Teruskan berusaha dan mencoba sehingga berjaya.."

pesan Khairul Fadhli di dinding muka bukunya.




05 August, 2011

alien: friday thought VIII



"Perhimpunan berlesen, untuk berhibur dan bersuka ria ..
dan,
Perhimpunan tiada lesen, untuk menegakkan keadilan .. 

Dah jelas yang mana satu halal dan haram.
Tapi kenapa ramai yang memilih perkara yang haram itu..."

Ustaz menutup tazkirah pada malam tadi sebelum solat Terawikh.
Kenapa ya?
Sama-samalah kita muhasabah diri, merubah diri kepada kebaikan.

Semoga bulan Ramadhan akan menguatkan keimanan kita padaNya,
Insya`Allah.


01 August, 2011

alien: mario

"Don’t be a racist. Be like MARIO. 
He’s an Italian plumber created by Japanese people, 
who speaks English and looks like a Mexican."

- haha, found the interesting quote somewhere in the net. 


29 July, 2011

alien: bermimpilah kawan.. mari


Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

- Laskar Pelangi: Nidji

Em. Bait-bait lirik itu mempunyai tenaga yang kuat bagi menginspirasi.
Menginspirasi si pendengar. Menggerakkan jiwa mereka juga.
Seringkali kita akan terpengaruh dengan emosi yang dimainkan dalam lagu.
Tiap kali akan jadi perkara yang sama. Banyak kali.
Dan sekarang, betul aku telah tersihir oleh lagu laskar pelangi.
Terinspirasi darinya.

Ah, sudah lama rasanya aku tidak bermimpi.

Maka, sekarang adalah masanya.
Untuk aku mula bermimpi semula.



16 June, 2011

alien: wahai kamu yang sungguh menarik di sana..

Kamu selalu bermain di ruang mata aku
Kamu selalu hadir di kala waktu lapangku
Kamu juga kerap memanggilku apabila aku terpandangmu
Tiap kali memandangmu, aku senyum
Kadang kala aku buat selamba, buat tak tahu
Nampak semulajadi lah

Tapi,
Belum masanya kita bertemu sekarang
Belum lagi
Belum

Lama lagi baru aku akan bertemu kamu
Entah bila
Aku pasti akan memilikimu juga
Aku janji !!


18 March, 2011

alien: jumaat yang penuh hikmah

Dia berjalan membawa beg plastik yang berwarna putih.Langkahnya dimatikan di sebelah tempat yang terletaknya bekas tabung masjid. Dia duduk. Tidak bersila. Tetapi melipatkan kaki seperti duduk di antara dua sujud. Dia meletakkan beg plastik putih yang di bawanya di sisi tabung masjid.

Tak ! Tak ! Ting ! Ting ! Tak !

Dia duduk. Dia membuka ikatan beg plastik putih itu. Dengan perlahan dan cermat dia memasukkan duit syiling yang berada di dalam beg plastik putih di sisinya itu ke dalam bekas derma. Tekun. Dia tidak mempedulikan suasana sekeliling mahupun kelibat orang lain yang lalu disebelahnya untuk menuju ke tempat mengambil wudhu'.

Tak ! Tak ! Ting ! Ting ! Tak !

Aku berada di situ, ketika mahu menempatkan selipar berwarna merah yang aku pakai di rak kasut besi yang disediakan di masjid itu. Aku terhenti seketika dan melihatnya. "Alhamdulillah .."
Seketika kemudian, aku melintasinya pula.

Tak ! Tak ! Ting ! Ting ! Tak !

Dentingan syiling masih berbunyi. Mungkinkah sebahagian duit tabungan belanja sekolahnya di derma ke tabung masjid. "Alangkah mulia hati budinya.." Detik hati aku semasa melintas di sebelahnya tadi.

 
Malam ini,
Perilakunya masih terbayang di pandangan mataku.
Bunyi dentingan syiling berlaga di dalam tabung juga kedengaran jelas.

Dia yang dalam lingkungan umur pelajar sekolah rendah kelihatan berlainan dari anak - anak kecil yang lain yang sebaya dengannya. Moga tingkah lakunya menjadi contoh kepada sesiapa yang terlihat pada tika itu.



11 March, 2011

alien: friday thought VII

Kita selalu terlupa.
Memang selalu mudah lupa.
Sedangkan sudah berkali - kali diberi ingatan.. tapi masih terlupa.

Ingatlah 5 sebelum datang yang 5.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi). 
Diambil dari website JAIS.

Aku pun selalu terlupa.
Jadi, sementara ingat ini.. marilah bersama kita muhasabah diri dan kembali kepadaNya. Dunia ini hanya sementara sahaja. Amatlah rugi jika kita tidak merebut peluang yang diberiNya untuk kesenangan dan kebahagiaan kita di sana.

"..semoga kita semua ditempatkan dikalangan orang yang bertakwa.."
Insya`Allah ..

10 March, 2011

alien: jaga bila berbahasa



Blog aku, blog aku. Blog kau, blog kau.
FB aku bukan FB kau.
Twitter akaun aku bukan akaun kau.
"Ah, Lantak lah !! Peduli la aku nak cakap apa!!"

Mesti korang pernah alami situasi di atas.
Kalau tak alami pun, mesti pernah terlihat di mana-mana situasi berkenaan.
Bahasa itu jiwa bangsa.

Agama kita menganjurkan kita untuk bercakap yang baik - baik, kerana percakapan itu merupakan satu doa. Cakap yang buruk - buruk hanya akan mengundang dosa, tambahan pula ianya juga tidak berfaedah. Tapi, masih ramai yang selamba menaip perkataan "tuuutt" atau menuturkannya dalam bicara seharian. Walhal ia bukanlah budaya bangsa kita malahan agama pun menegahnya. 

Ayuh berubahlah !!

Berikan contoh yang baik kepada adik - adik dan rakan - rakan yang lain.
Ingatlah, kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita ucapkan atau tulis. 


- sekadar peringatan kepada diri dan juga rakan taulan, tiada unsur atau niat untuk menujukan kepada sesiapa. Jangan serius sangat.. Ye tak !!


p/s: gambar original adalah dari www.manarama.deviantart.com


01 February, 2011

alien: jalan masa depan

Aku akan terus mencari dan mencari dan mencari
Walau di mana tempatnya
Aku jelajah
Walau apa juga mendatang
Aku rempuh


Kalau sudah itu takdirnya, aku redha




Tabah !!




28 January, 2011

alien: friday thought VI

Mari membaca menambahkan Ilmu ~

Artikal ini dipinjam dari Utusan bahagian Sastera.
Sebagai renungan dan pengajaran kepada kita pada Jumaat yang mulia ini

Inysa`Allah.

Wikifiqh

KAMI akan menceritakan kepada kalian satu persatu. Kata Saidina Abu Bakar, 'Pada setiap buku terdapat rahsia, dan pada tiap-tiap rahsia itu ada dalam al-Quran dan ia terkandung pada huruf-huruf pembukaan setiap surah.'

Kami akan menceritakan. Supaya kalian dapat pengajaran. Pada suatu malam yang gelita Tuan Presiden didatangi seorang lelaki yang tampak sungguh berwibawa. Ia mengenakan jubah putih santan, dengan serban hitam yang gelap ibarat malam tanpa bintang, di tengkuknya terlilit kain hijau daun pisang. Janggut lelaki tersebut lebat tetapi rapi. Matanya bening berkaca-kaca, menambah mendung pada wajah. Di tangan kanannya memegang al-Quran. Lelaki misteri itu menjelma dalam mimpi Tuan Presiden sambil memesan, "Himpunkan ilmu-ilmu yang ada di dalam kitab suci al-Quran untuk tatapan."

Maka Tuan Presiden pun memanggil sekian ramai bijak pandai, ilmuwan, ahli falsafah, ulama, sarjana, ahli akademik dan pujangga untuk melancarkan sebuah projek yang ia namai: Wikifiqh.

Dalam sidang akhbarnya selepas penubuhan Majlis Penggubalan Wikifiqh tersebut, Tuan Presiden memberitahu, "Kita hidup tidak lama. Kita perlu mewariskan sesuatu yang mega untuk generasi hadapan."
Projek Wikifiqh itu mendapat sambutan seantero dunia. Sungguh ramai ulama dari dunia Islam datang mencebur diri. Mufti al Azhar dan alim Universiti Madinah turut serta. Seluruh sarjana empat mazhab bergotong royong menjayakannya. Dana yang tiba juga mencurah melimpah sehingga setiap ahli Majlis Penggubalan Wikifiqh tersebut kekenyangan. Wikifiqh akan menjadi jawapan buat segala soalan. Sembilan puluh sembilan hari kemudian, Wikifiqh siap. Menanti dirasmikan.

Sekali lagi lelaki yang tampak sungguh berwibawa tampil dalam tidur Tuan Presiden. Kali ini ia mengenakan jubah hitam bukat, dengan serban hitam yang gelap arang, di tengkuknya terlilit kain merah warna darah. Janggut lelaki tersebut lebat dan kerusut. Matanya memerah saga menonjolkan kedukaan pada wajahnya yang berlumur debu. Di tangan kanannya memegang al-Quran. Lelaki misteri itu bersuara, 'Masih ada yang belum lengkap. Perhatikan pada Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad di awal surah Maryam.'

Tuan Presiden tidak berani melancarkan projek ilmu Wikifiqh tersebut. Selagi ia tidak menemukan rahsia sebenar Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad. Akan tetapi Pengarah Pilihan Raya Parti percaya Tuan Presiden mesti membuka laman tersebut kepada khalayak, kepada rakyat, kepada seluruh dunia. Menurut Pengarah Pilihan Raya, "Sudah tiba masanya dunia mengetahui kebenaran Islam. Bukankah Tuan Presiden mahu membantu barat menghapuskan Islamofobia?"

Tuan Presiden enggan. Akan tetapi Pengarah Pilihan Raya berjaya meyakinkan Tuan Presiden bahawa di tengah-tengah kancah inflasi, kenaikan harga barang, tiada lagi pemberian subsidi, dan kemelut siasah; hanya Wikifiqh sahaja yang akan menjamin Tuan Presiden menang pilihan raya dan terus memerintah. Projek Wikifiqh adalah mercu tanda pemerintahan Tuan Presiden.

Ensiklopedia

Maka demikianlah Wikifiqh dilancarkan. Pada ensiklopedia tersebut rahsia Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad dijelaskan sebagai "huruf-huruf Muqaththa'ah". Adalah huruf muqaththa'ah tidak diucap sebagai bunyi huruf yang disyakali. Huruf muqaththa'ah dibaca dengan huruf yang merangkai. Ini kerana ia datang dalam bentuk huruf hijaiyah seperti alif, lam, mîm, shad, ra', kaf, ha', ya', ain, tha', sin, ha', qaf dan nûn dan jumlahnya empat belas yang bererti separuh dari seluruh huruf hijaiyah. Pada bahagian Wikifiqh di awal surah Maryam itu dihuraikan; bahawa huruf muqaththa'ah adalah potongan ayat yang termasuk dalam ayat mutasyabih yakni tidak ada seorang pun mengetahui ertinya. Huruf muqaththa'ah hadir dalam beberapa bentuk dan di banyak tempat pada al-Quran.

Mengapa lelaki misteri itu mesti menekankan lima huruf yang terdapat pada surah Maryam itu? Mengapa misalnya tidak disebutkan pada surah Shad, Qaf, dan al-Qalam. Kenapa tidak dipersoalkan huruf-huruf pembukaan pada surah-surah hawamim iaitu surah-surah yang dimulai dengan huruf ha' dan man iaitu pada surah Ghafir, Fushshilat, Al-Syura, Al-Zukhraf, Al-Dukhan, Al-Jatsiyah, dan Al-Ahqaf? Atau mungkin sahaja huruf Muqaththa'ah pada Al-Baqarah, Ali Imran, Al-'Ankabut, Al-Rum, Luqman, dan Al-Sajadah. Atau pada awal surah Al-A'raf dan surah Al-Ra'd.

Tuan Presiden mendapati lima huruf pada surah Maryam itu muncul pada surah yang menyinggung persoalan penganut agama Kristian. Adakah Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad dapat menjadi formula penyelesaian pertembungan peradaban barat iaitu Kristian dan dunia Islam? Tuan Presiden pun mengambil masa satu malam menekuni perenggan Wikifiqh pada surah Maryam tersebut. Ia mendapati semua ahli tafsir menyerah kalah pada rahsia huruf-huruf muqaththa'ah itu. Misalnya kata Ibnu Qutaibah, tidak ada seorang juapun yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Ibnu Katsir mencuba-cuba menafsir, dengan mengatakan huruf-huruf tersebut merupakan nama-nama Allah. Misalnya alif lâm mîm itu bererti ana Allah a'lam (Aku Allah lebih Maha Mengetahui); alif lâm mîm râ yang bererti ana Allah a'lam wa ara (Aku Allah lebih Maha Mengetahui dan Melihat). Akhirnya, setelah sekian himpunan ahli tafsir itu dibaca, Tuan Presiden Wikifiqh merumuskan: Tiada siapa yang memahami Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad. Allah yang lebih tahu apa erti huruf-huruf itu.

Suatu malam, lelaki berwibawa kembali tika tidurnya. Ia masih mengenakan jubah hitam, serban hitam seraya melilit kain merah di leher. Lelaki itu bersuara, "Mahukah kau aku dedahkan rahsia di sebalik Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad di awal surah Maryam."

Tuan Presiden yang kelu lidahnya cuma berupaya mengangguk.
Lelaki berjambang lebat hebat itu bertanya lagi, "Sebagai muslim apakah sumber rujukanmu?"
Tuan Presiden menjawab yakin, "Al-Quran dan sunah Rasulullah SAW."
Lelaki tersebut masih mengasak, "Setelah ketiadaan Rasulullah SAW siapakah yang dapat menafsirkan al-Quran?"

Tuan Presiden terdiam. Kemudian ia menjawab ragu-ragu, "Para ulama. Mereka pewaris Nabi."
Lelaki tersebut menggeleng. "Sedangkan Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad pun mereka gagal menafsirkannya. Pernahkah engkau membaca hadis sahih tentang Saidina Ali, selaku pintu ilmu? Dari Ibnu Abbas yang berkata Rasulullah SAW bersabda 'Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya dan siapa yang hendak memasuki kota itu hendaklah melalui pintunya.' Nah tahukah engkau apa kata Saidina Ali tentang mereka yang mencuba-cuba menafsir al-Quran?"
 
Tuan Presiden tidak menyahut.
"Kata Saidina Ali, al Mushaf bayna daftay al-kitab la yanthiq, wa innama yantihiqu bihi al-rijal. Iaitu al-Quran itu bisu, ia diberi suara oleh penafsir."
"Jika begitu, jawapanku tadi benar?" Tuan Presiden memberanikan diri berhujah.

"Jawapanmu salah. Kerana itulah al-Quran ditafsir sesuka hati di zamanmu. Kerana itulah kerajaan pimpinanmu tidak dapat mengunggul. Kata engkau tadi, sumber ilmu umat Islam ialah al-Quran dan hadis. Saat aku bertanyakan siapakah yang dapat menafsir al-Quran sesudah ketiadaan Rasulullah SAW engkau tiada dapat menjawab. Ketahuilah al-Quran itu melekat bersama ahlul bait. Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa Nabi saw telah bersabda pada Haji Wida': "Wahai manusia aku seakan dipanggil (oleh Allah) dan saatnya telah semakin hampir untukku menjawab panggilan, aku tinggalkan kepada kalian dua perkara berat (tsaqalain): Kitab Allah dan itrahku, Ahlul Bait. Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui telah memberitahu kepadaku bahawa kedua-duanya tidak akan berpisah sehinggalah menemuiku di telaga. Maka perhatikan apa yang kalian lakukan kepada mereka selepas peninggalanku.' Adakah engkau membuka pintu hatimu?"

Tukang sapu

Tuan Presiden tidak berkelip.
"Yang berhak menafsir al-Quran ialah ahlul bait sesudah ketiadaan Rasulullah SAW. Bukan yang lain. Merekalah yang mengetahui tiap rahsia al-Quran. Mereka pintu ilmu Jika engkau ingin mengetahui rahsia Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad, esok siang engkau tanyakan kepada tukang sapu sampah di pejabatmu. Ia lelaki yang putih matanya kerana banyak menangis. Namanya Yaakub." Ujar lelaki berwibawa sebelum berlalu dari mimpi Tuan Presiden.

Keesokan hari, Tuan Presiden membatalkan semua acara yang diatur pembantunya. Ia masuk ke dalam kamar kerja dan memesankan, "Carikan kita seorang tukang sapu bernama Yaakub."

Tidak berapa lama kemudian, tukang sapu buta itu dihadirkan ke pejabat. Tuan Presiden menggeletar. Inilah lelaki yang muncul dalam mimpinya sekian lama. Cuma, cuma ia cacat penglihatan. Cuma, cuma pakaiannya compang-camping dengan tangan kanannya memegang penyapu.

"Apakah rahsia Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad?" Soal Tuan Presiden menggigil kepala lutut.

"Ia adalah satu rahsia untuk satu kebenaran. Begini, saat Allah berfirman kepada nabinya Zakaria dari keturunan Yaakub. Bahawa Nabi Zakaria a.s. memohon Allah mengajarkan nama-nama yang dapat memadam kesedihannya ekoran ia tidak punya zuriat. Hadirlah Jibrail mengajarkan nama-nama; Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husin. Setiap kali Zakaria menyebut-nyebut nama Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan ia akan sentiasa berasa aman; akan tetapi saat ia menyebut nama Husin, hatinya kembali gundah gulana. Maka Zakaria pun bertanya kepada Tuhannya, 'Apakah sebabnya hatiku ini akan berasa sebak duka dan bertangisan-tangisan tatkala nama Husin disebutkan?' Maka Allah pun menyebutkan huruf-huruf muqaththa'ah Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad. Adalah Kaf itu Karbala, Ha itu adalah Halakal 'ithrah iaitu terbantainya keluarga suci Nabi SAW, ia itu Yazid, adapun Ain itu adalah 'Athsyal Husin atau dahaganya al-Husin di Karbala sementara Shad bermaksud Shabruhu iaitu kesabarannya al-Husin. Sebaik mendengar kisah penuh yang menimpa Saidina Husin di Karbala, Nabi Zakaria a.s pun menangis dan meratap'.

'Nabi Zakaria berdoa mengenang musibah yang dihadapi keturunannya Nabi Muhammad SAW, "Ya Allah, apakah makhluk termulia-Mu dan kekasih-Mu, puteranya akan mengalami musibah seperti itu? Apakah musibah seperti ini yang bakal menimpa mereka? Apakah Ali dan Fatimah berduka cita seperti aku ini? Ya Allah, pohonku, kurniakan kepadaku seorang putera yang membahagiakan hatiku di masa tuaku, serta jadikan dia sebagai pewaris dan penggantiku. Setelah Engkau kurniakan anak itu kepadaku, timpakan kepadaku musibah sebagaimana yang dialami oleh kekasih-Mu Muhammad sehubungan dengan puteranya Husin. Maka Allah pun menganugerahinya anak, Nabi Yahya a.s. Duhai, duhai kita pun tahu musibah Yahya disembelih Hirodus. Bahawa kepala suci Yahya diarak dan dilempar-lempar untuk memuaskan hati Herodia. Duhai, duhai petaka menimpa. Demikianlah Zakaria menanggung derita kehilangan anaknya. Demikian ia merasai pedih Nabi Muhammad SAW menanggung pembunuhan Husin di Karbala.

Bercucuranlah, teresak-esak menangis Tuan Presiden mendengar kisah tukang sapu tersebut. Barulah ia mengerti hubungan Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad dengan inti surah Maryam tersebut. Barulah serasi huruf-huruf terpenggal, huruf-huruf muqaththa'ah Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad tersebut dengan ayat kedua surah Maryam:
'(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.' Dan ayat-ayat seterusnya: (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan. Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepada-Mu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisi-Mu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredai serta disukai. (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya): 'Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya".

Ketika itu fahamilah juga Tuan Presiden tali-temali Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad tersebut dengan ayat 75 dan 76 surah Maryam juga, iaitu 'Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka, - sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya. Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya'.
 
Tahulah Tuan Presiden sekarang kebenaran berada dalam rahsia yang tersembunyi. Kebenaran mesti dicari dan dibongkar dengan hati terbuka. Dan kesesatan mungkin sahaja berpanjangan untuk satu tempoh yang entah berapa lama. Sehingga ada hidayah dan petunjuk datang daripada-Nya.

Begitulah, kami sudah menceritakan kepada kalian satu persatu. Tidakkah kalian perhatikan?