Ahoi !!
Ini adalah filem fantasi.
Bukan kisah makhluk halus yang menyesatkan yang hanya muncul bila tirai senja dilabuhkan. Bukan juga kisah makhluk yang dahagakan darah atau bersekongkol dengan manusia untuk buat kerja jahat. Ia adalah kisah konflik di alam bunian. Afdlin cakap filem ni ala Lord of The Rings.
Kisah berkisarkan tentang dua beradik, Indra dan Ilya yang dalam perjalanan
pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka,
Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar. Manakala Ilya pula adalah anak
angkat. Berlaku konflik dan Indra menjauhkan diri dari bapanya dan Ilya.
Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun,
Indra pulang dan ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan
untuknya.
Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia
lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia
tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada
sesuatu yang mengasyikkan. Apakah sebenarnya yang terdapat di jalan
lama tersebut. Itulah dia misteri yang disajikan kepada penonton yang akan dikupas sedikit demi sedikit sehingga penamat.
Em, entah kenapa tiap kali ketua penjahat bercakap suaranya tidak jelas.
Walaubagaimanapun jalan ceritanya menghiburkan walau bermula dengan agak perlahan.
Ah ya, filem ini ada adunan CGI.
Dan lakonan Hans Isaac memang cun!!
Dan aku terfikir apa akan jadi andai Afdlin dapat peruntukan yang besar untuk filem-filemnya. Pasti 'Woooow!!' akan lebih terserlah.
Oh, aku senyum sinis melihat Que pakai baju perisai tu.
Aku kasi filem ni 3 bintang.
Just nice.
Pandangan aku untuk filem ini,
Tonton sekali; senyum.
Tonton dua kali; masih senyum.
11 comments:
3 bintang?? not bad!!
nak tonton sekali jelah.. SENYUM.
takut nak tgk cerita seram ni
GC:
yap. not bad
Aien Not Alien:
ahha~
senyum..
MamaEma:
tak de seram ne ah
ni cerita fantasi+aksi sebenanya
teringin jugak nak tengok cerita ni.huhu
udah tonton ya? :)
Rozuan Ismail:
Sila2.. style oo hans dalam citer tu
blog tips kurus:
sudah tonton..
susah untuk tengok kau buat review tonton dua kali. kira cerita ni boleh dipertimbangkan untuk ditonton jugak
hihihi
bole je na tonton 2 kali, tapi elemen seperais dalam citer ni nnti da tabess..
ok ok, tggu bile2 aku jumpe filem yg menarik utk tonton 2 kali atau lebeh ek
tak tonton lagi,,jadi tak boleh nak senyum..;p
ahhahai~
Post a Comment