20 September, 2011

alien: aku dan filem hantu bonceng

Malam tadi aku tengok cerita yang dikatakan mengaut jumlah jualan tiket yang mencecah 8 juta ringgit tu dan mungkin bertambah lagi jumlah kutipannya, rasanya-lah. Tapi, aku bukanlah antara penyumbang kepada angka 8 juta tu. Melainkan aku sedut dari Youtube je. Terima kasih kepada pengupload dan pihak Astro First. Jasa kamu dikenang.

Lagipun, banyak review mengatakan filem itu biasa-biasa saja membuatkan aku malas untuk membazirkan masa sejam lebih dalam wayang. Aura Zizan yang membawa penonton ke wayang; aku setuju!.

Tentang scene yang hangat diperkatakan oleh ramai penulis blog dan ramai orang yang menyedarinya. Aku sendiri pun sangsi dan pelik bagaimana Finas boleh lepas pandang, sedangkan tapisan mereka ketat; orang-orang filem cakap la. Dan sebagai pengarah filem atau sesiapa yang namanya melayu yang terlibat di lokasi pengambaran atau terlibat dalam penulisan skrip, tidakah mereka tahu bahawa perkara itu tidak boleh dibuat main-main. Efeknya akan jatuh kepada masyarakat. Dan yang akan terpengaruh kebiasaannya adalah golongan kanak-kanak.

Kalau isu berkait dengan pertubuhan boleh jadi isu besar dalam filem KL Gangster, kenapa isu dalam filem Hantu Bonceng tiada tindakan dari mana-mana pihak?
Haila..

Keseluruhan cerita ini, sesuai untuk ditonton sekali saja. Tonton dua kali membuat kamu semua mengantuk. Betul, tak tipu punya~

Nasihat aku, baik lah kiranya kamu membazir masa menonton filem Zombie Kampung Pisang atau Hantu Kak Limah Balik Rumah kerana filem tersebut filem hantu yang bermesej. Yang membuat anda berfikir dan sedar tentang isu semasa. Kurang-kurang semasa korang gelak sakan tu, korang dapat mesej disebalik. Kira cantik la kan.

Selain itu, scene-scene disko tu tak payah kot. Boleh saja tukar jadi scene kedai mamak ke kedai Pak Tam ke yang lebih mesra masyarakat..

Lagi satu,
kenapa aku rasa standard filem ini hampir menyamai standard filem Prof tu.
Ke aku je yang terasa macam itu?

Sekian untuk review kali ini.
Lama tak tulis review filem, sekali tulis terus kondem.
Apa lah aku ni kan?
Ahha~

:last filem aku review adalah HKLBR (sini)




16 comments:

Faaein Talip Roy said...

layan zombie kg pisang ngan hantu kak limah jugak yang best... tak tengok lagi citer tu.. =]

Mimie.Candy Cane said...

filem2 mamat khalid terbaik and disenarai paling atas utk kategori filem melayu aku..filem Rock jgn dilupa.lawak xleh blah..hehe

alien said...

Faaein Talip Roy:
dalam youtube ada..
g cek, full movie lagi

Mimie:
setuju!
tunggu rock2 ni je ngn jin pakai toncit.. haha

Dr K said...

aku memang tak suka filem Melayu. Tak pernah tgk kat panggung. apa scene yg tak patut dalam movie hantu bonceng tu yg Finas terlepas pandang?sudi berkongsi?

alien said...

bole je,
ada si JIJI YU kisahkan kat sini
http://nesloo.blogspot.com/2011/09/hentikan-tayangan-filem-hantu-bonceng.html

atikah ramly said...

mungkin Finas perlu review & kaji balik rules& regulations tapisan filem

Anak Wak Mail said...

setuju 200%..cerita ni,,awal2 ada la best sikit..tapi lama-lama bosann..

cite ahmad idham semua memang camtu..jadi,,tak terpengaruh dengan kutipan juta2 tu..hehe

alien said...

La Kuchi:
ye, sepatutnya begitu

Anak Wak Mail:
kan.
macam cerita yg sebelum2 ni. Promo kaw2. citer lebe kuang je.

Fnd Rocka said...

Yelah, sangat pelik cmana boleh lepas penapisan filem..pelik sangat.

Filem2 ahmad idham memg kebanyakkannya ditekankan pada aspek pasaran, dari segi isi dan kepuasa kpd penggemar seni tak begitu dikisahkan sgt.

alien said...

bersetuju dgn anda!

fa-in said...

mls la nak tgk camtu. ui,esok2 donlod kan cite baru yg mr.bean belakon tu. keh2~

Noor Fatin said...

xla berapa best mana pn. hee

Sky0ne said...

kalau tak best, tak jadi la aku menontonnya...hihi

alien said...

fa-in:
donlod senirik
hahaha

Noor Fatin:
betul tu

SkyOne:
hehehe, nak tgk gak bole
u tube je

Anak Wak Mail said...

paling aku tak puas hati,,filem ngangkung,,sebab ramai orang kata best..tapi bila aku yang tengok,,best sekejap je,,pastu aku skip2..je..hihi..

alien said...

sama la..
dia just guna Sam, cam cerita Kongsi gak.. epekebenda la jalan citer ngarut kan..