Showing posts with label football. Show all posts
Showing posts with label football. Show all posts

26 November, 2012

alien: duduk depan tv jangan komen

Rentetan kekalahan Malaysia kepada Singapura dengan 3 gol tanpa balas.















Print screen tu aku ambik dari fb kawan aku. Marah betul saudara itu ya~
Pada aku, bukan semua orang berkesempatan ke stadium menonton bola.
Macam aku sendiri tidak berkesempatan, aku hanya sempat menonton permainan untuk separuh masa pertama sahaja. Ada urusan keluarga.

Komen aku untuk separuh masa pertama.
(Tak boleh panjang sangat sebab aku tengok kat tv je)
Untuk permulaan permainan, Malaysia bermain baik.
Tapi semakin lama semakin kurang kreativiti dan permainan mudah dibaca oleh Singapura.
Dan Singapura pula bijak mengambil perluang yang terhidang.
Syabas!!

Berbalik kepada print screen itu,
Aku tak nak cakap apa-apalah sebab aku tak pergi stadium.
Tapi. Kalau perlu ke stadium baru boleh bersuara, aku rasa ramai yang tak layak bersuara. Contohnya macam kau layan EPL, Serie A, Bundesliga .. tiap-tiap minggu. Patutnya pasukan yang kau sokong menang atau kalah kau perlu diam.

Jangan bersuara.




01 October, 2012

alien: Piala Sultan Selangor ke 11

Merah kuning itu Selangor !!

Dari kiri: Bukan Safiq Rahim, bukan Bosko Balaban, bukan Rozaimi dan bukan Aleksander Duric .















Pilihan Selangor 3 - 1 Pilihan Singapura

Gol dijaringkan oleh,
Aleksander Duric (Singapura)
Safiq Rahim (Pilihan Selangor)
Bosko Balaban (Pilihan Selangor)
Mohd Rozaimi (Pilihan Selangor)

Walaubagaimanapun, Veteran Selangor gagal mempertahankan kemenangan ke atas Veteran Singapura pada 2011. Mereka tewas dengan 1 - 2.


------------------------------------

Perginya seorang lagenda bola sepak negara kita,

Tan Sri Abdul Ghani Minhat.
(23 Dis 1935 - 28 Sept 2012)

Al-Fatihah.
Bersamalah kita mendoakan kesejahteraan arwah di sana.





14 August, 2011

alien: cakap - cakap EPL VII

"Tarik baju kau!!" 
Barton dengki melihat baju baru Gervinho yang merah menyala.



















Apada ref, orang yang ditarik baju dibuang padang. Memang pelakon terbaik la Joey Barton ni. Komentator cakap "bad boy Barton". Marah aku dengan dia ni, menyampah. Buat muka tak bersalah.






29 July, 2011

alien: cakap - cakap Bola Malaysia VI

Stadium penuh sesak dengan penyokong Malaysia.
Bergema sorakan, bunyi-bunyian.
Bersama jeritan si peniaga air, burger, keropok, baju dan lain-lain. Bercampur-campur. Meriah. Itulah suasana di Stadium Bukit Jalil tadi; Malaysia vs Singapura yang berkesudahan seri dengan satu jaringan. Berdasarkan agregat Malaysia tewas 4 - 6 kepada Singapura.

Gol!!!!
Jaringan penyuntik semangat oleh Safee Sali menghidupkan semangat para penyokong dan pemain Malaysia. Bergema sorakan. Bergema bunyian. Penyokong bersorak gembira. Tapi kemudiannya, Singapura telah mencuri satu gol dan membuat penyokong Malaysia kelu; satu stadium terdiam, kecewa.

Yang menjadi persoalan kini,
adakah FAM memang sengaja menjual tiket berlebihan dari jumlah kapasiti stadium? apakah keadaan yang berlaku sebenarnya?
Ini kerana apa yang dapat aku lihat ramai antara penyokong termasuk aku terpaksa berdiri sesak dan berasak-asak di terowong masuk ke tempat duduk mahupun mengintai-intai ruang kosong di sekitar stadium semata-mata untuk melihat perlawanan itu; ramai yang bersidai di tepi tembok kerana tak tahan panas berhimpit-himpit.

Ye.
Aku lebih kecewa dengan keadaan itu.



24 July, 2011

alien: cakap - cakap Bola Malaysia IV


Singa baham harimau, 5-3
Takpelah, di Bukit Jalil harimau akan membaham singa pula.

Em, kerana aku berada di Concorde sejak jam 8.00 malam dan baru tiba di rumah sebentar tadi. Tiada ulasan tentang corak permainan kedua-dua pasukan. Berdasarkan jumlah jaringan yang terhasil, pasti ianya perlawanan yang menarik dan sengit.

Menurut status FB rakan-rakan, ada yang cakap defend kita tak mantap, keeper tidur, permainan kita masih teragak-agak. Dapat aku simpulkan bahawa pemain kita masih gugup bermain di tempat lawan. Apapun, harimau masih ada peluang.

Ayuh, buktikan!!!


All hail Malaysia !!!
Auuuuummmm!!


22 July, 2011

alien: cakap - cakap Bola Malaysia III

Tahniah barisan pemain pilihan Malaysia kendalian Ong Kim Swee berjaya mengekang asakan pasukan Chelsea. Keputusan penuh Malaysia 0 - 1 Chelsea. Hasil jaringan Didier Drogba pada minit ke 80.

Gol kemenangan yang kontroversi sedikit menceriakan pemain dan peminat Chelsea. Namun tidak pada pengurus baru mereka, Andrea Villas-Boas. Dia masih mencari taktik yang berkesan dan merangka formula mengatur pemain-pemainnya.

Untuk skuad Olimpik yang bertemu Chelsea pula. Ketajaman untuk penyudahan perlu diasah dengan lebih keras. Barisan pertahanan agak mantap. Barisan tengah juga perlu ditingkatkan. Keseluruhan, kita ada potensi. Semangat !!!



"Wekkk~ ref cakap gol la..." Drogba menjelir lidah kepada pemain-pemain Malaysia yang membantah gol tunggal kemenangan Chelsea malam tadi.

Apapun, pelawat memang seharusnya diberi 'sagu hati' agar mereka pulang dengan kenangan manis; mahu kembali ke Malaysia dan tidak pulang dengan hampa dan kecewa.




All hail Malaysia!!!

*bukan Hail Amir ye pakcik Gedek.

14 July, 2011

alien: cakap - cakap EPL VI

Come on !!
Come on !!

Janganlah berfikiran negatif.
Jangan pula jadi sinis.
Jangan..
Enjoy the game. Itu yang penting.

Tewas. Jatuh. Kecewa.
Itu sebahagian dari proses pembelajaran.
Proses menjadi matang.
Proses menambah ilmu dan pengalaman.
Jadi..
Jadi tak salah kalau Malaysia tewas dengan perlawanan persahabatan dengan Arsenal. Tak salah. Itu peluang mereka memperbaiki corak permainan masing-masing. Lapangan mereka menambah ilmu dan pengalaman untuk masa depan bola sepak Malaysia. Untuk menjadi pemenang jangan takut untuk kalah.

Apa pun.
All the best untuk Malaysia.
Harap pengalaman ini berharga dan berguna untuk mereka mempersiapkan diri masing-masing untuk bertemu Singapura.


All hail Malaysia !!!






*Untuk rekod: Malaysia 0 - 4 Arsenal (Ramsey, Walcott, Vela, Rosicky)




06 January, 2011

alien: cakap - cakap EPL V

Gambar ihsan yang dikirim secara MMS oleh Sir Alex.













"Eh, eh.. alamak .." Cech termelatah memandang bola yang tiba - tiba berada di belakangnya

"Golll weh... goool !!!!" teriak Fletcher yang menyedari kejadian tersebut
"Ha'ah lah... goooolll !!!" sahut rakannya sambil melonjak riang
"Tapi, camne boleh masuk dalam tu .. ?" sambung rakannya
"Pedulik lah ..." balas Fletcher


GOLLL !!!!!
Stadium bergema oleh teriakan penonton


Jaringan sendiri oleh Bosingwa telah menambah kerut di dahi Ancelotti
McCharthy pula terasa 'hero' malam itu



30 December, 2010

alien: cakap - cakap Bola Malaysia II

"Mau minum apa bos .."
"Makan?"


Di sebalik wajah - wajah girang dan senyuman yang terukir di muka para pemain malaysia dan juga para penduduk Malaysia berikutan kemenangan ke atas Indonesia pada kejohanan Piala AFF, ia masih belum mampu menandingi senyum lebar pemilik restoran mamak di serata Malaysia. Serius !!

"Layan bola kat mana malam ni?"
"Mamak la bro, baru havoc .."

Kan. Kan.
Biasa dengar dialog tu kan.






Fakta:
Sukan bola sepak secara tidak langsung meningkatkan rating restoran mamak berhampiran.


29 December, 2010

alien: dia menang, kita pun menang .. mudah kan

Sudah tercatat kisahnya malam ini.
Nama jaguh kampung memang sinonim dengan mereka.
Dia menang di kampung sendiri, kita pun menang di kampung sendiri.
Ternyata kita lebih 'Jaguh'. Mungkin kewujudan motosikal Jaguh sedikit sebanyak meningkatkan level jaguh dalam semangat perjuangan pemain - pemain kita barangkali.

Malaysia 3 - Indonesia 0 : Tempat Malaysia
Indonesia 2 - Malaysia 1 : Tempat Indonesia

Kesudahannya, Malaysia mengatasi Indonesia dengan aggregate 4-2.
Safee berjaya menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol.
Manakala Firman berjaya menjadi pemain terbaik kejohanan.
Nampak di situ, kedua - dua pasukan mempunyai pemain terbaik masing - masing yang handal.
Kelebihan taktikal dan pandai mengambil ruang menjadi penentu dalam perlawanan akhir ini.
Banyak peluang yang di sia - sia kan oleh pasukan indonesia. 

Pada hemat aku, ada 5 peluang yang boleh menghasilkan jaringan tidak berjaya disempurnakan mereka.
Seperti kata kebanyakan orang, bola itu bulat. Dan seperti kata Dato' Hasbullah Awang, macam - macam boleh jadi dalam bola sepak. Jadi, itulah keputusan yang tercatat dan muktamad. Malaysia berjaya melakar nama menjadi antara pasukan juara dalam kejohanan Piala AFF.

Sudah menjadi adat. Adanya permulaan adanya pengakhiran.
Sama juga seperti dalam pertandingan, ada menang dan ada juga kalah.
Akhir kata, 


Syabas Malaysia.





28 December, 2010

alien: cakap - cakap EPL IV

Awal pagi waktu Malaysia, 
Letupan merian 3 das kedengaran di Stadium Emirates
Diikuti sorakan kuat oleh penonton menjerit girang


"Bro, tahniah .." sapa Sir Alex sejurus tamat perlawanan
"Terima kasihlah .. Esok datang lah rumah, ada makan-makan sikit .." balas Wenger
"Jangan lupa ajak budak - budak ko  .. kang kecik hati diorang .." sambungnya lagi

"Brader hujung tu tak nak ajak sekali ke?"  tanya Sir Alex sambil senyum tersipu - sipu
"Erk .. boleh ke bro, tak terasa ke kang dia?" jawab Wenger sambil tersengih


Di sudut sana kelihatan Drogba sedang menguis - nguis kasut yang dipakainya
Di tepinya pula ada Ancelotti yang sedang pandang langit dan geng biru yang lain sedang tersenyum kelat




27 December, 2010

alien: cakap - cakap Bola Malaysia

TAHNIAH untuk pasukan Malaysia dengan kemenangan tiga gol berbalas kosong ketika bertemu dengan pasukan Indonesia di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Mungkin petanda awal kebangkitan era kegemilangan bola sepak kita sudah bermula.
Ayuh !!

Sinonim dengan kejayaan itu, rata - rata ramai blogger telah mengupdate tentang jaringan, tentang kisah laser yang berjaya membuat perlawanan dihentikan seketika, tentang kisah kutuk mengutuk antara penyokong kedua - dua negara dan tidak kurang yang mengulas perlawanan secara penuh.

Tak perlu lah kiranya aku bercerita kisah yang sama kan.
Heh.

Indonesia jaguh kampung?
Itulah yang dilabel oleh sesetengah pihak tentang pasukan Indonesia. Kosmo! pun ada berita tentang itu.
Tetapi, jangan pula kita lupa bahawa pasukan Malaysia juga antara Jaguh Kampung.

Jadi, untuk mengetahui jaguh kampung mana lebih handal. Sama - samalah kita tunggu dan lihat perlawanan akhir kedua pada hari Rabu ini.

Apa pun Tahniah dan Syabas untuk pasukan Malaysia
Tetapi perjuangan mereka masih belum selesai
Ada 90 minit yang perlu ditempuh untuk menjadi juara baru Piala AFF

Malaysia BOLEH !!!



19 October, 2010

alien: kecik - kecik lombok rawit

Ahahaha
Ahahaha

Wujudnya kumpulan samseng terbaru ~
Nampak aje kurus keding
Badan takde la segagah mana
Tapi ke'samseng'an jelas wujud di dalam diri mereka

Ngeh ngeh ngeh

"You lot are a bunch of thugs"
Heading berita kat the sun.

1. Terjahan kasar Jack Wilshere kepada striker Nikola Zigic, yang menyebabkan dia dibuang padang. 
2. 'Terjunan' yang berjaya dari Marouane Chamakh dari bentesan lembut Scott Dann, dan Samri Nasri dapat menyudahkan penalti. 
3. Terjahan lutut Nasri ke belakang Liam Ridgewell, Alex McLeish berpendapat patut dilayangkan kad merah. 
4. Satu pukulan ke muka David Murphy yang memerlukan jahitan kecil. 
5. Tackle "gunting" dari Emmanuel Eboue pada Ridgewell.

Miahahahaha.... 
Marah gile Bos Birmingham dan anak - anak buahnya ..

Arsenal pun tau main kasar la weh..  



Reaksi Wenger.

"Bagus - bagus ... " sambil buat isyarat jempol ke atas.



26 August, 2010

alien: Liga - Liga

Setelah mengharungi dua perlawanan Liga "Kepala Sapa Paling Kuat". Pasukan Red Army berjaya menempatkan diri di tangga ke 7 liga dengan mengumpul mata penuh bagi kedua - dua perlawanan. Hanya perbezaan jaringan yg menjarakkannya dengan pendahulu liga.

Dan pada minggu ini, Red Army akan bertandang ke stadium milik Harimau Tempang. Walaupun menduduki tangga bawah liga, pasukan Harimau Tempang ini mempunyai barisan pemain yang handal dan mantap. Hanya nasib tidak menyebelahi mereka kerana bertemu lawan yang hebat pada dua perlawanan awal.

Bolehkah Red Army kekal di kelompok atas liga dan melebarkan rekod tanpa kalah kepada tiga perlawanan liga atau Harimau Tempang berjaya mencuri mata penuh yang diidam-idamkan dan merasa kemenangan liga yang pertama.

Jawapannya pada akhir minggu ini.

07 August, 2010

alien: the decision

He decided to stay.
Many would happy, but there also upset
Read here

So, hope all player will show their best
Deliver their quality to win trophy
They got Emirates Trophy recently
But, its not enough for the fans

Let pray the new singning would cheer up the fans
Assist to grab the trophy
Strong as a team
Strong as fans champion

Let deliver ~
ARSENAL !!!!

12 July, 2010

ALIEN : Esok

Tamat sudah Piala Dunia. Bererti tamat lah cerita tentang Paul, ye tak?
Lepas ni mungkin Paul akan di letakkan di rancangan Ripley's Believe it or Not..
Agaknye la..

Tak pun berakhir riwayatnye di restoran Seafood? Sushi?
Kena suruh dia ramal jugak mana die nak pegi bila agak-agak die nak mati kan..Kehkehkeh
Tah - tah dia kena awet dan diletak di muzium utk pameran.. pameran mistik?
Kehkehkeh

Atau lepas ni Paul kena predict macth Bundesliga ke.. Serie A ke.. EPL ke.. atau La Liga pun bulih..
Tunggu dan lihat je lah.

10 July, 2010

ALIEN : Rahsia Sotong Terbongkar

Kisah si sotong berjaya menarik perhatian peminat bola sepak seantero dunia. Seekor sotong kurita yang mampu meneka team mana yang akan berjaya di Piala Dunia. Sotong yang berasal dari England katanya tapi kini menjadi warga Jerman. "Paul" namanya, rata-rata peminat Piala Dunia tahu kisa sotong ni. Jadi tak perlu lah kiranya aku bermukaddimah panjang.

Apa yang menarik disini, malam semalam aku terdengar perbualan seorang remaja lelaki dengan seorang remaja perempuan di Subway yang berdekatan tempat kerja aku tentang si Paul ni. Dan si lelaki ni pun memberitahu rahsia si Paul kepada wanita itu, nak tahu apa rahsianya? Sila baca yg berikutnya ye..

Apa aku buat situ? Aku bukan lah seorang wartawan untuk cari berita hangat dan sensasi ye.
Lagipun kewartawanan bukan bidang aku. Jauh sekali untuk aku ke situ untuk membuang masa, masa itu emas beb. Lagipun aku berada di situ pada suatu masa yang sesuai untuk terdengar kisah mereka. Bukan niat aku untuk mendengar, tapi kalau dah suara drg satu Subway yang sederhana keluasannya boleh dengar.. camne? ye tak.. jadi terpaksa la dengar jugak. Hehehe.

Tujuan aku berada di situ adalah untuk men'dinner'kan diri sambil menunggu hujan reda untuk berangkat ke Putrajaya; rumah abang aku. Sambil-sambil aku selak buku Malaysia at Random yang menarik, buku yang ringkas yang mengandungi fakta menarik tentang Malaysia yang kadang kala kita sendiri terlepas pandang. Aku tahu pasal buku ni dari Encik Firol melalui Blognya: Konotasi.

Sedang aku enak membaca sambil melihat-lihat jam tangan.
Bermula la dialog penting mereka setelah berbasa - basi tentang world cup.
(Dialog di adjust oleh aku tapi tak lari dari tujuan asal)

07 July, 2010

ALIEN: Despatch

Hari ini aku bertindak sebagai Despatch untuk opis.. hari ni je.. mungkin esok atau lusa tatkala perlu ke bank atau pejabat pos. Hangin aku dengan bos besau, dia pegi bentikan despatch dulu aka nephew dia.. Tah pape.
Dah susah nak uruskan hal berkaitan bank dan pos. Nasib baik hal courier barang disetelkan oleh GDex.
Kalau tak masak ooo.. Cis~

Hari ini hujan tidak menentu, sebagai despatch yang tak bertauliah aku pun lepak la kat kedai..
Sambil menonton perlawanan ulangan Brazil dan Belanda yang di menangi Belanda

"Kenapa bukan ulangan Uruguay vs Belanda.." fikirku.

Aku hampir lupa, Piala Dunia masih lagi berbaki beberapa perlawanan sebelum ianya berakhir.
Ternyata Piala Dunia kali ini tidak berjaya memberi impak di dalam hidup aku. Dan pagi ini ketika aku menyelak FB, ramai gembira Belanda menang dan mereka berharap Belanda akan menjulang Piala Dunia kali ini.
Oh ya, pagi ini Jerman akan bertemu Sepanyol..

Tunggu berita esok pagi je lah.. takde la mengantuk esok pagi kan.
Kan, takde dah demam bola.. gila bola.. takde dah..
Ternyata aku terlepas dari sumpahan bola.

Keh keh keh

04 July, 2010

ALIEN : Sumpahan Sebiji Bola

Itu lah Bola Sepak yang penuh dengan gelak tawa dan air mata.
Keadaan yang kita akan terbiasa saksikan di kejohanan dunia.
Secara khususnye Piala Dunia, kejohanan yang berlangsung selang 4 tahun sekali.

Tahun ini, pasukan yang diramal ke perlawanan akhir tersungkur di tengah perjalanan.
Semalam Brazil. Malam ini giliran Argentina

Pasukan Portugal yang dijangka membuat kejutan dan memberi tentangan hebat juga tewas.
Lebih malang untuk Itali dan Perancis yang gagal untuk mara dan melepasi peringkat kumpulan.
Manakala England yang dijangka akan beraksi cemerlang pada pusingan kedua juga gagal menyinar.

Tahun ini juga dihangatkan dengan kemunculan seekor sotong kurita yang pandai meramal.
Diberi nama "Paul". Tuan punya sotong tu minat kat Paul Scholes kot..Paulita pun boleh..Paula Malai Ali.. hehehe
Pada permulaan Piala Dunia memang aku dah hidu Brazil memang tak boleh pegi jauh kali ni.
Hehehe. Tapi aku tiada kaitan dengan Paul tu yer.
Setakat ni ramalan sotong tu benar belaka. Tapi kita sebagai seorang muslim mana bole percaya menda karut tu.
Syirik.. dosa percaya kat ramalan ni.
Teringin aku tanya sotong tu.. bila agaknya dia akan jadi sambal nasi lemak.. keh keh keh

Dalam banyak-banyak game. Ghana la paling kesian oo..
Dapat penalti di penghujung extra time, tetapi Asamoah Gyn gagal menggunakan peluang yang ada.
Sudahnya pada penentuan penalti Ghana nasib tidak menyebelahi mereka.
Abis je game, semua pemain Ghana mengalirkan air mata. Sedih
Tidak dapat menerima pahitnya kekalahan setelah peluang keemasan disia-siakan.

Tapi tu la, bola sepak.
Sukan yang mempunyai ramai peminat seluruh dunia.
Di semua ceruk kampung mahupun penjuru bandar minat sukan ni.

Walau pengadil berat sebelah, walau pemain rasuah..
Walau pemain berlakon di padang.. apa jua yang terjadi..
Peminat tetap setia menanti dan menonton. Tidak berganjak

Begitu hebat kuasa benda sfera yang di sepak-sepak ni..
Mungkin, Inilah dia sumpahan sebiji bola..
Iskh2

01 July, 2010

ALIEN say: Mata Tiga

Iskh2..
Memula aku nak cakap terima kasih kat topo la.
Lepas aku baca entry dia yang ini, terus aku gelak tak hengat. Tapi cover2 la sbb masih dalam opis lagi.
Hahaha..
Funny gile..

Kat bawah ni aku kongsi untuk korang.



Semalam aku rasa tak brapa sihat. Sakit perut dan rasa macam nak demam.
Kat office pulak bos dengan supplier buat perangai.
Kerja aku pulak ter'pending-pending' disebabkan oleh faktor kat atas tu.
Nak dijadikan cerita, semalam hari yang paling tak produktif untuk aku di tempat kerja.

Lepas bos dengan supplier buat hal, mood nak buat kerja jadi slow.
Jadi aku pun layan la surfing, blog-blog.. nak kasi up kan mood.
Then aku singgah topo punya blog. Geli hati aku tengok video tu.
Si Eboe angguk-angguk macam faham apa yang coach Korea tu cakap. Kah kah kah

Banyak lagi video kelakar pemain bola sepak kat youtube.
Korang search "third eye" @ "3rd eye" .. jumpe punye.

Hehehe.. sekali sekala pemain bola ni boleh jadi pak lawak kan..