26 August, 2010

alien: Liga - Liga

Setelah mengharungi dua perlawanan Liga "Kepala Sapa Paling Kuat". Pasukan Red Army berjaya menempatkan diri di tangga ke 7 liga dengan mengumpul mata penuh bagi kedua - dua perlawanan. Hanya perbezaan jaringan yg menjarakkannya dengan pendahulu liga.

Dan pada minggu ini, Red Army akan bertandang ke stadium milik Harimau Tempang. Walaupun menduduki tangga bawah liga, pasukan Harimau Tempang ini mempunyai barisan pemain yang handal dan mantap. Hanya nasib tidak menyebelahi mereka kerana bertemu lawan yang hebat pada dua perlawanan awal.

Bolehkah Red Army kekal di kelompok atas liga dan melebarkan rekod tanpa kalah kepada tiga perlawanan liga atau Harimau Tempang berjaya mencuri mata penuh yang diidam-idamkan dan merasa kemenangan liga yang pertama.

Jawapannya pada akhir minggu ini.

3 comments:

Rozita said...

tak tau ler nak komen..

farwalis said...

aku ingat liga perdana inggeris

alien said...

Rozita:
Hohohoho

frwls:
kehkehkeh
ini liga fantasy tu je