14 August, 2010

alien: aku setuju wooo~

Manusia zaman skang ni, pantang ada masa terluang mesti jenguk Facebook diorang kan. Tak kira tempat dan ketika. Ada saja aktiviti atau perkara yang terlintas di fikiran yang mahu saja dikongsi bersama rakan-rakan. Mungkin mereka berpegang kepada phrase "Sharing is caring" kot..
Hehehe

Belek - belek punya belek

Ada post status teguran camni:
" kan elok kalau bulan ramadhan ni pakai pakaian elok2 sikit "
Alhamdulillah, saling ingat mengingatkan sesama kita.

Realitinya, yang beragama Islam pemakaianya masih kurang sedap di pandangan mata. Baik lelaki mahupun wanita. Hak pemakaian memang la kebebasan individu, tapi mereka juga harus pertimbangkan pandangan masyarakat dan juga etika pemakaian dalam Islam.

Kalau pakaian yang dipakai boleh mendatangkan amarah atau celaan atau umpatan mereka yang lain.. kan tidak baik. Boleh kurang pahala puasa mereka dan pahala kita juga.

Apa salahnya bulan puasa ini kita memakai pakaian yang elok - elok sikit. Redup saja mata memandang, malah kata pujian mungkin akan kedengaran. Tapi bukanlah tujuan kita untuk dipuji, jauh terpesong niat tu nanti. Dah jatuh jadi bangga diri, riak pulak kan.

Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, moga diberi cahaya kepada hati mereka untuk menjadi lebih baik dari sekarang. Bukan sahaja dari segi pemakaian, malahan dari segi perbuatan, perkataan dan segala aktiviti di sepanjang hari. Moga berkekalan tidak hanya terhad kepada bulan yang berkat ini. Insya`Allah . . .

Duduk rumah belek - belek Facebook pun bole kurang puasa dengan terlihat gambar yang tidak sepatutnya di perlihatkan. Iskh2.. Kalau keluar rumah lagi la banyak kan. Aduh~

Baik layan "The Long Way Home".
Kulit buku dah lawa. Penggunaan bahasa cam sempoi je.
Mari baca . . .

5 comments:

zhrhtoodem said...

setuju!

farwalis said...

kesian tengok dorang dedah sana dedah sini.

aku pelik betul a.

asal nak tunjuk sangat buah dada tu dengan pinggul tah? adoiiiiiii..simpan la sayang...

alien said...

zaradgreat: yeh~

frwls: entah la bro, drg tunjuk2 kita pulak yg terkena tempias.. aish~ susah camni oo

Shukri Mohd Ali said...

rezeki...tak tengok dah ada depan mata. hehe =D

alien said...

hehehe
hohoho