Showing posts with label frustrated. Show all posts
Showing posts with label frustrated. Show all posts

21 December, 2013

alien : kau tumbuklah muka ini

Bila ia tiba, itu yang membuat aku tidak merasa selesa. Seperti adanya serangga halus merayap ke seluruh tubuh. Ingin dibuang tapi tidak kelihatan satu ekor pun yang dikatakan serangga itu. Tapi kau tetap merasa pergerakan serangga itu. Kau dapat bayangkan perasaan ketidakselesaan itu kan.

Ingin aku bisikkan kuat, katakanlah terus kepada aku. Atau pun kau genggamlah tangan itu, lalu, kau tujukanlah satu tumbukan keras yang bertalu - talu ke muka aku.

Biarlah pecah muka ini. Biarlah darah itu terpercik dengan paksa. Biarlah. Biarkan aku pengsan seketika sebolehnya atau koma untuk jangka masa lama.

Dengan itu, rasa tidak selesa itu bolehlah menjajah seluruh tubuh tanpa aku sedar.

21 January, 2013

alien: siapa punya idea-lah ni

Ahduyaiii...
Ni siapa punya idea la ulas EPL live kat radio guna Bahasa Melayu.
Seingat aku, baru bulan Disember lepas aku dengar ulasan tu dalam bahasa original dia; Bahasa Inggeris. Malam ni dia alih bahasa pula dah. Bukan tak boleh. Kalaulah bahasa dan cara ulasan dia cantik, sebutan dia jelas dan tersusun, sedap lah juga didengar.

Ini, bahasa dia terabur sana sini.
Ulasan pun kelam kabut. Hilang terus feel.
Cuba bayangkan si pengulas mengulas dengan  menyebut perkataan satu patah satu patah dengan nada suara yang hampir kehabisan nafas (seperti semput) ketika situasi perlawanan genting.

Juga tak lupa menjerit tak tentu hala.
Oh! sungguh menjengkelkan.

Berpeluh aku dengar pengulas tu habiskan ayat dia.
Tak senang aku drive kereta. Ke kanan, ke kiri.
Sekejap laju sekejap perlahan pemanduan aku.

Tenang! Tenang! Tenang!
Selamba aku jerit kepada pengulas tu tiap kali pengulas itu semput.
Tapi jerit dalam hati je lah.

Ntah apa-apelah.
Menyirap aku.



05 December, 2012

alien: kenapa percaya lagi?

Selalu sangat dah diingatkan.
Selalu..

Dalam filem - filem hantu kita yang karut marut pun ditunjuk dah,
masih tak nampak lagi ker?
Dalam akhbar metro pun selalu boleh jumpa berita yang macam ni.

"Percayelah ama gua..."














Jangan percaya kepada bomoh - bomoh ni,
khurafat..

Dah tu, kenapa masih ramai yang pergi kepada mereka ya.
Percaya kepada cakap - cakap orang yang bomoh itu handal, bomoh itu power
bomoh itu bole bantu mereka.

Bila dah tertipu, harta tergadai, maruah tercalar.
Baru sedar.
Buat repot polis, bomoh temberang, bomoh rogol, bomoh pukau, bomoh cabul.
Keluar cerita dalam surat khabar. 
Tapi, dah terlambat.
The damage is done

Sokongan padu anda sebelum inilah penyebab kepada pengukuhan industri tahyul ni,
yang mana terus membantu legasi mereka kekal hingga hari ini.

Bagi melumpuhkan industri itu, boikot mereka.
Pastikan keluarga anda, saudara anda, jiran anda, kawan anda bebas dari pengaruh dan anasir buruk kesan dari industri tahyul ini,

pada masyarakat di luar sana, jauhkan diri anda dari terlibat dalam industri ini
dan katakan TAK NAK pada bomoh





11 October, 2012

alien: come on brother/sister, Ianya teruk-lah














How a parent could bring her daughter outside without
wearing any underwear or pants under her long dress.

and..

More worse,
her daughter poop at public.
Inside a restaurant.
and..the poop scattered on the floor.
Could you imagine.
Blurghhh!!
Oh, so gross !!

Luckily,
I'm not eating inside.
Fuh~

Okeh, ini kisah benar.
Betul-betul jadi depan mata.





20 September, 2012

alien: masalah harian orang biasa

Hari-hari biasa orang biasa macam aku lalu jalan itu, dia ada di situ.
Dari pagi semalam membawa ke pagi esoknya dan keesokannya masih ada di situ.
Setia di situ. Menjadi penunggu di situ.
Ramai yang merungut, tapi apa dia kisah.

Bila tiba hari tak biasa dan orang yang bukan biasa macam aku lalu di situ.
Secara tiba-tiba dia dah tiada.
Ganjil.
Mana dia pergi kan..

Tapi, entah bila hari tak biasa dan orang yang bukan biasa macam aku nak lalu ikut laluan aku hari-hari akan tiba ye.

"Wahai lubang, bosan jugak hari-hari nak mengelak dari kau.."



13 September, 2012

alien: sekolahku hebat!

Jika benarlah apa yang ditulis dalam aktikel ini; Pelajar Tidak Dibenar Ambil UPSR

Makna wujudnya 'sekolah' perlulah dikaji semula...
Sama ada sekolah itu wujud atas kepentingan sekolah itu untuk menjadi sekolah yang terkenal. Atau sekolah itu sekadar satu tempat untuk mewujudkan warga yang dipanggil pelajar. Atau sekolah itu untuk membentuk generasi masa depan yang lebih berilmu. Atau .. (kalian tambah sendiri)

Kasihan mereka.
Kasihan.

Mereka masih mentah, masih ada ruang dan peluang untuk dilentur.
Apa salahnya beri mereka jalan dan tunjuk ajar ke jalan kebenaran.
Tak salah bukan?
Itu lah sebab orang tua mereka hantar ke sekolah kan?
Menjadi orang berguna kepada masyarakat sekeliling ..

Harap kejadian ini tidak berulang pada masa depan.



11 September, 2012

alien: hari konspirasi sedunia

Hari ulang tahun konspirasi terbesar umat manusia yang pernah berlaku di Amaaaareeekaaa~
yang berlaku pada 11 September 2001.

Sumber banyak di internet.

Ia telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah..
Rentetan dari peristiwa itu, umat islam telah dilabel sebagai pengganas.
Macam haram...

Setahu aku pengganas sebenar adalah Israel yang rakus mengambil hak orang
Palestin. Dalam pada masa sama, negara lain hanya mampu mengecam, bersidang
dan tiada tindakan tegas yang dikenakan pada mereka.

Kebal!



05 January, 2012

alien: empty

emp·ty
adj. emp·ti·er, emp·ti·est
  
Menjelang hari akhir; esok.
Mood dah lari jauh.

Emosi bercampur.
Sedih.
Suka.
Susah.
Senang.
Sempit.
Lapang.
Macam-macam.

Erm..

Itulah, bahasa Inggerisnya:
emp·ty






29 December, 2011

alien: tibanya masa memancing

Fuuu
Fuuuu
Cool bro... chill ~
Bertenang

Deal secara lisan memang camni.
Pada awalnya dia yg bagi cadangan begitu.
Setelah berbincang dan dengan budi bicara aku ikut cadangan itu.
Tapi, apabila hampir ke penghujung dia mahu ubah.
Mana boleh begitu.

Keputusan adalah muktamad.
Masa untuk berbincang telah tamat.


Sudah tiba masanya aku turun dari kapal.
Dan memancing di tempat lain.
Maaf..



01 November, 2011

alien: jangan sebut namaku

"Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu ..


Hari ini.
Entah berapa kali bait-bait lagu di atas bermain-main di ruang kepala aku.
Dah macam kotak musik gaya dia. Berulang-ulang. Tidak terkira.
Suara Jamal Abdillah berulang-ulang. Bergema menyanyi tidak henti.

Tiap kali berulang lagu itu, tiap kali itu ternampak kisah itu.

Mana butang stop.
Aku cari-cari tidak jumpa.
Come on la bro, aku dah malas nak cakap !!


cont.
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku ..."



09 September, 2011

alien: kamu lebih arif makna perbincangan berbanding kami yang picisan

Apalah ertinya perlantikan andai yang dilantik tidak didengar suaranya. Ibarat mengayuh basikal tanpa rantai, entah bila tayar akan bergolek. Kasihan kawan itu, terasa tidak dihargai. Sabarlah kawan, aku rasa yang berkata itu merasakan diri mereka mengawal, berkuasa. Come on. Sila menjadi matang sebelum kamu menyuruh orang lain menjadi matang.

Atau, mungkin kamu belum faham makna matang itu sendiri.

Bila kita melantik seseorang menjadi wakil, perlulah hormat kepadanya walau kita sebaya dan taraf hidup masing-masing berbeza. Keadaan hidup atau umur tidak boleh dijadikan isu kerana kamu sendiri yang setuju dengan perlantikan itu; jadi mana sikap hormat kamu. Beri ruang kepada ketua kamu itu untuk mengulas atau membincangkan isu yang dirasakan relevan. Beri ruang kepada mereka yang lain juga. Bukan bertindak dengan cara mengawal perbincangan mengikut rentak kamu sendiri. Jadi, apa guna mereka yang lain berada di situ.

Di sini, bukan aku atau yang lain tidak mahu menegur kamu pada tika itu. Bukan. Kami beranggapan, bila kamu mempunyai pelajaran.. ada kedudukan yang stabil. Kamu akan lebih melihat; memandang dari segenap sudut, banding mereka yang kurang sedikit dari kamu. Tapi, ternyata kami terkejut dengan sikap kamu itu. Sesuatu yang tidak patut terjadi.

Kamu patut lebih arif tentang ini berbanding kami.

Kita semua dilahirkan sebagai pemimpin. Pemimpin kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain; keluarga atau organisasi.

(Menjadi pemimpin yang baik seseorang perlulah:

Sanggup bersusah payah dengan anak buah.  Dia juga perlu sedia mendengar masalah, sedia berkongsi buah fikiran dan tidak memandang keluh kesah anak buah sebagai remeh atau alasan semata-mata.  NABI MUHAMMAD, pemimpin agong yang kita sanjungi, tak pernah culas dari turun pandang untuk bersama-sama bergotong royong dengan anak buahnya dan menyelesaikan masalah yang timbul.

Bila menguruskan sesuatu organisasi atau kumpulan, sedikit sebanyak mesti ada terjadinya masalah.  Contohnya, pengurusan majlis. Untuk memuaskan hati semua orang memang sukar. Maka harus bijak menguruskan anak buah. Menyelesaikan masalah secara baik, tidak mudah melatah atau meradang. Sekiranya terdapat masalah, adakan perbincangan dan sentiasa menggalakkan anak buah berkongsi pandangan mereka, dan cari jalan penyelesaian bersama.)



"Lebih baik hilang seorang dari hilang seribu orang.."
kawan aku berkata begitu kepada aku setelah tamat diskusi malam tadi. Ternyata dia berasa kecewa.

Memang masing - masing mempunyai pemikiran yang berbeza. Tapi, jurang perbezaan itu dapat dirapatkan andai kita berfikiran terbuka.

Jadilah matang sebelum menyuruh orang lain menjadi matang.


p/s: Kak Cho cakap, di Matang, Taiping.. Mee udang dia sedap. Fresh!!


18 July, 2011

alien: blues si kasut

Hampir setahun kasut tu terbiar di situ. Berhabuk. Bersawang. Nampak masih elok. Kali terakhir ia berkhidmat, ia lakukan dengan cemerlang walau dia basah kuyup dibasahi hujan.

Tapak tepinya sedikit terkopak telah digam. Ya, badan kasut dan tapak disatukan dengan gam dan bukan jahitan oleh pembuat kasut; kilang kasut.

Setelah digam, sejak itulah ia terbiar sendiri di sudut itu. Berhabuk. Bersawang.

Beberapa hari lepas khidmatnya diperlukan. Harap khidmat cemerlangnya berterusan. Tapi seperti orang yang bercinta kecewa biasa akan cakap, "Ku sangka panas ke petang, rupanya hujan di tengah hari.."

Kasut itu telah gagal.
Mungkin perasaan rajuk dipinggir hampir setahun menjadikannya lemah dan tak berdaya; tapaknya mereput dan tanggal, ketika sedang berkhidmat.

Rest in peace.





30 March, 2011

alien: jangan pandang kiri

Paling sakit.
Tak terlalu sakit. Cuma sakit. Bukan lenguh. Tapi sakit.
Rasa otot sekitar bahu menengang dan menarik-narik.
Hampir merasa malas untuk paling ke kiri.

Mungkin salah bantal. Ramai yang cakap begitu.
Otot bahu yang menegang dan menarik-narik membuat badan terasa lemas.
Rasa tak selesa. Bahu tak selesa. Leher tak selesa.
Rasa malas pun datang.

Terasa malas untuk paling ke kiri.
Apa ada di kiri ye?
Iskh...

"Hantu jahat, nyah kau dari sini !!!"
sambil paling muka ke kiri.




21 March, 2011

alien: "manners" perlu ada di mana - mana

Aku memandu perlahan di jalan dua hala yang sempit itu di belakang sebuah kereta berwarna putih.

Sesekali berselisih satu atau dua kereta dari arah bertentangan.
Tiada kenderaan mengekori aku di belakang.
Kami bergerak dengan kelajuan perlahan atau sederhana.
Sampai di satu tempat, kereta putih di hadapan berhenti. Di sebelah kiri menunjukkan jalan masuk ke parking kenderaan. Pemandu kereta putih itu memberhentikan kereta putihnya betul - betul sebelum jalan masuk ke parking itu.

Beberapa saat kemudian, pintu di sebelah pemandu kereta putih di hadapan aku di buka. Tanpa memberi signal mahupun melambai tangan isyarat berhenti seketika kepada kami yang berada di dalam kereta di belakangnya, lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap berwarna hijau cair tanpa mengenakan sampin keluar dari keretanya dan berjalan ke sebelah bahu jalan dan menemui seorang. Keretanya menghalang jalan dan akan menyukarkan kenderaan lain yang datang dari belakang.

Aku memerhati, menduga perilakunya seterusnya. Aku melihat mereka bersalaman dan memulakan perbualan. Telahanku dia seperti ingin bertanya arah. Tapi tidak, seperti perbualan mereka akan berlanjutan. Seperti seorang kawan yang berjumpa seorang kawan yang lain.

Tindakannya yang berhenti di jalan yang sempit itu tanpa memberikan sebarang isyarat membuatkan kami sedikit tidak puas hati. Perbuatannya hanya menyusahkan pengguna jalan yang lain dan sikap itu hanya mementingkan diri sendiri sahaja.

Aku boleh tahan. Sabar. Cool.
Aku memandang ke kanan, tiada kenderaan dari hadapan.
Aku sedia untuk memintas kereta putih di hadapan aku itu.

Zeeeeeennnttt. Butang motor cermin di sisi pintu ditekan dan cermin pun turun dengan perlahan-lahan.
"Bang, parking kereta kat dalam lah .. baru berborak !!" teriak kawan aku sambil mengangkat tangan kirinya kepada lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap berwarna hijau cair tanpa mengenakan sampin.

Aku memberi signal ke kanan dan memintas kereta putih yang berada di depan aku. Kawan aku yang berada di tempat duduk sebelah pemandu - aku - dan seorang lagi yang duduk di belakang merungut dan menyumpah kereta putih tadi dan tingkah laku lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap berwarna hijau cair tanpa mengenakan sampin tadi. Aku hanya diam dan menumpukan kepada pemanduan. Tidak mahu mencurah minyak ke dalam api. Begitulah niat aku.

"Bodoh brader tadi, selambe je keluar kereta.. dah la tak angkat tangan ke, bagi signal ke.. terus berborak dengan kawan dia kat tepi jalan..." kawan aku yang duduk di sebelah aku meluahkan rasa tidak puas hati dengan kejadian tadi.

"Tu la, kurang - kurang angkat lah tangan.." aku respond kepada luahannya. 

"Masalahnya jalan tadi tu dah la sempit, dua hala pulak.. memang tak boleh blahh !!" sambung kawan aku yang duduk di belakang. "Menyusahkan orang lain !!"

"Kalau bapak aku ada tadi.. lagi teruk kena sound brader tu" tambah kawan aku yang di belakang.

Suasana petang yang indah itu bertukar sedikit panas akibat perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap berwarna hijau cair tanpa mengenakan sampin itu.

Apapun, aksi Lat malam itu menceriakan suasana kembali.
Yeh !!!






16 March, 2011

alien: bagaimana jatuhnya aku

Scene 1: Jalan Gasing
Masa: Tengah hari
Harian Metro tersisip kemas di bawah lengan.
Aku berdiri sambil membelek-belek handphone. Menunggu panggilan dari Mr. Bos.
Bersebelah aku, satu kedai Toto. Kalau orang tersalah pandang mereka ingat aku ingin membeli nombor. Aku tak kisah apa mereka nak kata.

Lalu dua orang lelaki tua, melayu.
Berborak tentang perkara yang aku tidak faham. Mungkin aku masih terlalu mentah untuk mengerti butiran percakapan mereka. Tapi, yang pasti salah seorang memegang sehelai tiket yang tidak asing bagiku. Tiket yang mungkin memberi tuah kepada mereka yang bernasib baik.

Seorang pergi ke sana. Dan seorang lagi melintasi aku sambil menyimpan tiket itu kedalam pouch bagnya. Dia memandang aku. "Ah, peduliklah..." hatiku berdetik.
Datang seorang memakai helmet. Masuk ke kedai dan beberapa ketika kemudian berlalu pergi.
Seorang lelaki yang sedikit boroi juga keluar serentak bersama lelaki berhelmet itu.

Apa yang aku sedih, semuanya melayu.
Persepsi masyarakat, melayu itu semuanya Islam. Aku tak mahu mereka memandang serong kepada agama Islam yang suci.

Scene 2: masih di Jalan Gasing
Masa: Tengah hari
Aku menerima panggilan dari Mr. Bos. Tanda lunch meeting dia sudah selesai dan kami akan bergegas ke lokasi lain untuk berjumpa client.

Mr. Bos berdiri depan kedai Magnum.

"Meet my guy.." Mr. Bos kenalkan aku dengan rakannya Kumar.
"Nice to meet you.." tutur Kumar.
"Yeah, nice to meet you too.." aku membalas.

Mr.Bos, Kumar dan Mr. Seken Bos berbual-bual. Aku hanya jadi pemerhati dan kadang kala mengangguk.
Mereka berbincang tentang lanjutan isi perbincangan tadi.
Mereke bercakap-cakap di ruang depan kedai Magnum.

Mr. Seken Bos dan Kumar menghisap rokok.

Mata aku meliar. Ku pandang kanan dan kiri.
Situasi tidak jauh beza dari suasana di kedai Toto.

Ada seorang peminta derma di tengah pintu masuk kedai Magnum.
Kelihatan semua yang masuk ke kedai itu tidak memperdulikan si peminta derma.
Menyapa pun tidak mahu. Apatah lagi berhenti dan bertanya.
Mereka semua lebih suka dan rela memberi duit mereka kepada penjaga kaunter untuk pulangan yang menjanjikan kebahagian yang tidak pasti.

Ah, dunia.
Ramai yang lebih suka memandang fantasi dan selalu melupakan yang realiti.

Seorang lelaki masuk dan keluar.
Datang lagi seorang lelaki masuk dan keluar.
Datang lagi..

Sambil tersenyum dan mengganguk kepada perbualan Mr.Bos, Kumar dan Mr. Seken Bos.
Aku memerhati.
Kalaulah beginilah sikap si dewasa, janganlah menyalahkan si remaja jika derhaka.

Malu aku dengan Mr.Bos, Kumar dan Mr. Seken Bos yang berbangsa India. Seperti yang aku katakan tadi, tercalar maruah sebagai seorang yang beragama Islam. Walau aku tahu, Mr.Bos, Kumar dan Mr. Seken Bos pun faham. Tak semua penganut agama adalah penganut yang setia dan akur kepada perintah agama mereka.

"Orait.. we got another meeting.." Mr. Bos berkata kepada Kumar.
Perbualan mereka terhenti di situ.
Aku tersedar. Kami bersalam dan meninggalkan Kumar dan Mr. Seken Bos berbual dan menghabiskan rokok mereka.

Mr. Bos melangkah.
Aku turut melangkah pergi bersama sesal di hati melihat tingkahlaku bangsaku.



04 March, 2011

alien: tragedi pagi subuh yang hening

Semalam.
Pukul 2.30 pagi masih belum tidur. Masih terjaga.
Pejam celik pejam celik pun tak mahu tidur.
Di luar hujan renyai - renyai.
Angin tidak terlalu kuat.

Aku bangun mengadap laptop yang berhadapan dengan tingkap rumah.

Melayari blog rakan - rakan.

Tiba-tiba, aku terpandang samar - samar cahaya di luar tingkap.
Tak sempat cahaya itu menghilang, kedengaran satu bunyi yang amat kuat.
"Gedeghummmm !!!"



ZzzZZzzZZzt ~ !!

Aku tersentak.
Aliran elektrik terasa di jari telunjuk kanan yang memegang mouse.
Aku berundur dari laptop seketika.

"Subhan'Allah ..."

Seketika kemudian hujan lebat menggila di luar.
Di ikuti angin kuat.

.........................................

Dan pagi semalam, talian internet masih terputus sehingga kini.




27 January, 2011

alien: kejar - kejar, alih - alih aku yang kena kejar

Itu bukanlah aku
Mintak maaf ye

Sejak dua minggu yang lalu hingga kini, gelaran along datang dekat sebelah aku. Puas aku cuba kuis-kuis dia damping jugak, nasib baik malam dia tak datang.

Bukan niat aku nak menjadi along. Aku paham, sbb aku pun ada hutang gak. Hutang PTPTN, hutang kereta, hutang duit adik beradik. Hohoho.

Tapi, dalam konteks kerja. Bila kerja dah siap, pelanggan perlu lah bayar. Kalau tak bayar macamana nak pusing modal buat bayar pembekal. Ye dak? Jadi kena buat follow up yang kerap dengan pelanggan atas arahan bos. Kalau boleh dia suruh aku telefon pelanggan tu hari - hari. Tapi, aku follow up dengan pelanggan tu tiap 3 hari sekali je.

Adoi~ si pelanggan tu pulak dah kenal suara aku.
Laju je cakap "belum ada apa-apa berita dari pihak atasan.."
Terus aku cakap "Oh, terima kasih lah .."

Kadang pakai e-mail.
Tapi tak jalan, takde reply langsung.

Ada tu pelanggan yang dah 'meeting' beberapa kali tentang kisah pembayaran ni. Tapi bayarnya tidak. Mulut manis je masa berjumpa. Kurang - kurang hulur la sekeping cek, takde la bos aku membebel pasal duit je.

Kalau boleh tiap hari dia remind aku suruh chase payment client sekian - sekian. Aku chase - chase hasilnya tiada, bos aku hari - hari chase aku adalah. Haish~




17 January, 2011

alien: bahagia mari kepadaku

Haish ~
Akhir-akhir ni aku rasa demotivated
Macam terjerumus dalam paya jerlus
Tenggelam makin dalam dan dalam tiada dasar
Lemas dan akhirnya senyap

Selalu aku cakap dengan kawan aku di YM
Roh aku di luar memanggil jasad aku yang kaku di dalam
Jasad aku terkunci rapi
Urgh ~

Terus terang ku katakan aku tak happy dengan persekitaran opis aku sekarang
Sampaikan ianya mengganggu prestasi kerja aku
Akibatnya, aku kena marah ..  


Padan muka !!



Dan dan itu juga segala idea yang datang mencurah tak dapat berkembang biak dan matang dengan sempurna
Semuanya tersangkut di tenggorok dan di celahan saraf otak
Membeku dan membeku hingga tidak dapat dijejak
Laksana robot usang yang perlu di ejas dan di ketuk acapkali  terstuck ketika beroperasi
Sadis kan

Sebelum menjadi lebih teruk
Baik aku pejamkan mata dahulu, mencari tenang sebelum aku memulakan langkah untuk mencari bahagia pada hari esok


Doakan kejayaan ku rakan - rakan !!!




10 January, 2011

alien: empunya diri lagi terasa

Dalam kehangatan para blogger mengupdate kisah AJL
Meluahkan rasa ketidakpuashatian mereka tentang keputusan 'tahpape', itu kata merekalah bukan kata aku
Sebab masing-masing punya pendapat berbeza, mungkin AJL akan datang mengguna sistem undi sms .. siapa tahu kan.

Aku nak open kisah 'Raja Lawak'
Walau aku bukan big fan rancangan realiti tu
Tapi, aku ambik tahu jugak .. tengok sikit -sikitlah
Musim terbaru ni menampilkan juri baru iaitu David dan Sathia
Bob Lokman dah meninggalkan raja lawak

Sebenarnya aku agak terkejutlah
Pada mulanya aku ingat ianya gimik si Bob pada musim terbaru ini
Tapi, sangkaan aku jauh meleset .. ianya betul - betul terjadi

 Aku tengok muka bro Afdlin kat TV tu dah lain macam

"Simple macam tu aje dia pergi"
Kurang-kurang pun kasi la penghormatan bak kata bro Afdlin 

Sedangkan rakan juri pun terasa, inikan empunya diri
Lagilah terasa

Aku harap Raja Lawak perlu ambik serius tentang hal ni lah
Jadi lebih sensitif
Walaupun kontrak juri dah habis ke tamat ke apa ke
Dan nak tunjuk kepada penonton, juri tu pergi .. buatlah dengan cara yang terhormat
Walau pun Raja Lawak adalah pertandingan mencari pelawak
Dan juri mereka sporting kepala gila
Tapi manusia tetap manusia
Mereka ada perasaan




03 January, 2011

alien: tunggu khabar berita

Tunggu dan tunggu
Menjadikan aku letih
Penat mental menyerap kepada fizikal
Belek - belek kelendar dah masuk tahun baru

Tapi aku masih menunggu
Ah ~
Letih ...