Oh, 31 October iaitu hari Ahad.
Katanya itu hari Halloween. Aku ingat 1 November.
Patut la aku terbaca pasal sambutan Halloween masa jalan - jalan kat Piramid ahad lepas.
Ceh.
Kalau di kira public holiday kan best, ngeh ngeh ngeh.
Semalam aku terasa macam berlakon dalam filem
Hollywood
Filem tentang Vampire tuh
Filem yang mana?
Tah lah, aku tak berapa gemar nak layan cerita Vampire Hollywood ni
Yang aku tahu "Blade" je
Malam yg suram dan gelap
Ada rasa ngeri - ngeri sikit
Angin tiup - tiup rasa sejuk, tapi tak terasa hingga ke tulang lah
Aku jalan masuk ke satu bangunan ni, bukan sorang
Bersama dua tiga rakan, melangkah masuk ke sebuah bangunan usang
Aku tahu usang sebab bangunan tu bangunan tinggal, siap ada sarang labah - labah
Ada debu, habuk tak payah ceritalah.. tebal giler
Kitorang masuk ke dalam, jalan hingga ke ruang tamu
Ruang dalam di terangi samar - samar cahaya rembulan
Boleh lah jalan tanpa tersadung
Tengok sana, tengok sini
Belek sana, belek sini
Kat tingkat bawah je
Tak bawak torch light, sebab tu tak naik ke tingkat atas
Jadi, keluar balik dari bangunan tu
Ramai pulak orang kat halaman bangunan usang tu
Diorang berkumpul, sebab apa?
Aku pun tak tahu
Aku dan rakan aku masih berdiri di muka pintu bangunan itu
Rakan aku melangkah ke kolam air pancut
Tidak jauh dari tempat orang ramai berkumpul
Airnya jernih, terdapat biasan cahaya bulan purnama
Sebelah kolam ada paip air
Aku membasuh muka
Airnya sejuk, amat sejuk
Aku memejam mata seketika
Menikmati kesegaran di tambah dengan angin yang bertiup
Segar ke seluruh tubuh
Tiba - tiba, riuh rendah
Lantas aku membuka mata
Kelihatan orang ramai melarikan diri, dari apa?
Rakan aku pun dah melangkah pergi mengikut orang ramai yang berlari menuju ke dalam bangunan usang itu
Seperti berlindung dari sesuatu, tapi apa?
Fikiran aku masih berteka - teki
Pandangan aku mencari - cari
Nun di sana kelihatan kelibat seorang manusia
Memakai jaket denim, tidak berlari tapi berjalan
Kelihatan normal
Aku cuba menafsir apakah faktor yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari
Tapi tidak berjaya dan aku terfikir perlukah aku ikut mereka lari ke dalam bangunan usang itu tanpa sebab yang munasabah
"Lari !!!"
Jerit satu suatu di belakang aku, kedengaran cemas
Aku berpaling
Dan, lelaki berjaket denim itu sudah berada di belakang aku
Begitu pantas dia bergerak
Macamana dia lakukan? aku terfikir
Tadi dia nun di sana, sekarang dia berada di belakang aku
Dan aku sedar dia memang berbahaya
Ada 'sesuatu' tentangnya yang aku pun tak tahu
Suasana tiba - tiba sunyi, seperti masa terhenti
Tiada rasa angin bertiup
Tiada lagi riuh rendah
Lelaki berjaket denim itu tersenyum
Tersengih
Mukanya sedikir pucat
Aku merasa ada hembusan di batang leher aku
'Urghhhh ~'
Terasa pedih seperti di tusuk
Aku tak mampu melawan, badanku kaku
Dan aku rebah
Dalam samar - samar kelihatan seorang gadis berdiri di sebelah lelaki berjaket denim itu
Ada sedikit kesan darah di hujung bibirnya
Badanku terasa sejuk
Seketika kemudian
Aku pengsan dan
'terjaga'
Kan..
Ada iras - iras kisah Hollywood kan
Agak 18SG la kot
Nak kata pengaruh filem Vampire, dah lama aku tak tengok filem berkaitan Vampire ni
Last movie aku tengok
"Takers", kisah pencuri, manusia ... bukan geng Vampire ni, geng yang ada cuma geng Russia
Hohohoh
Mimpi sempena Halloween
Signifikan kan ..
Mengarutlah ..