Malam tadi aku tengok cerita yang dikatakan mengaut jumlah jualan tiket yang mencecah 8 juta ringgit tu dan mungkin bertambah lagi jumlah kutipannya, rasanya-lah. Tapi, aku bukanlah antara penyumbang kepada angka 8 juta tu. Melainkan aku sedut dari Youtube je. Terima kasih kepada pengupload dan pihak Astro First. Jasa kamu dikenang.
Lagipun, banyak review mengatakan filem itu biasa-biasa saja membuatkan aku malas untuk membazirkan masa sejam lebih dalam wayang. Aura Zizan yang membawa penonton ke wayang;
aku setuju!.
Tentang scene yang hangat diperkatakan oleh ramai penulis blog dan ramai orang yang menyedarinya. Aku sendiri pun sangsi dan pelik bagaimana Finas boleh lepas pandang, sedangkan tapisan mereka ketat;
orang-orang filem cakap la. Dan sebagai pengarah filem atau sesiapa yang namanya melayu yang terlibat di lokasi pengambaran atau terlibat dalam penulisan skrip, tidakah mereka tahu bahawa perkara itu tidak boleh dibuat main-main. Efeknya akan jatuh kepada masyarakat. Dan yang akan terpengaruh kebiasaannya adalah golongan kanak-kanak.
Kalau isu berkait dengan pertubuhan boleh jadi isu besar dalam filem KL Gangster, kenapa isu dalam filem Hantu Bonceng tiada tindakan dari mana-mana pihak?
Haila..
Keseluruhan cerita ini, sesuai untuk ditonton sekali saja. Tonton dua kali membuat kamu semua mengantuk. Betul, tak tipu punya~
Nasihat aku, baik lah kiranya kamu membazir masa menonton filem Zombie Kampung Pisang atau Hantu Kak Limah Balik Rumah kerana filem tersebut filem hantu yang bermesej. Yang membuat anda berfikir dan sedar tentang isu semasa. Kurang-kurang semasa korang gelak sakan tu, korang dapat mesej disebalik. Kira cantik la kan.
Selain itu, scene-scene disko tu tak payah kot. Boleh saja tukar jadi scene kedai mamak ke kedai Pak Tam ke yang lebih mesra masyarakat..
Lagi satu,
kenapa aku rasa standard filem ini hampir menyamai standard filem Prof tu.
Ke aku je yang terasa macam itu?
Sekian untuk review kali ini.
Lama tak tulis review filem, sekali tulis terus kondem.
Apa lah aku ni kan?
Ahha~
:last filem aku review adalah HKLBR
(sini)