30 January, 2010

ALIEN hilang tempat berpijak

Ini cerita benar. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Mungkin ada tambahan dalam penceritaan untuk menyedapkan ayat. Tapi, pokok cerita ini adalah benar, waktu kejadian juga benar. Hanya bebrapa perkataan atau ayat terpaksa di ubah. Heh

Urgh . . .
Pagi - pagi mood dah tergugat. Dah tak excited. Thaipusam kan cuti, ramai yg excited. Tapi, ini tiada kena mengena dengan kisah cuti di hari Thaipusam walau Isnin aku tak cuti kerana aku tak kerja di kawasan Wilayah. 

Pagi itu, bersiap awal. Tidak terlalu awal. Anggaran dalam pukul 7.45pm. Details gile, duh..
Aku mengenakan pakaian merah beserta seluar track. Sambil mendengar lagu "Pretty Ugly - Itu Bukan Aku", sambil cek tikus di MouseHunt, game FB. Perlu ke aku sms kawan aku atau gerak seorang. Berkali-kali aku fikirkan, dan aku bercadang untuk berlari-lari anak berseorangan.

Sambil minum teh o suam dan menyuap sesudu mee. Sambil borak-borak ngn mak dan abah.
Abah mencadangkan aku berlari di padang Istana, Klang. Err, kat mana r? Hehehe. Menurutnya di situ ramai orang berbanding Di Taman Rakyat yg seperti tempat jin bertendang. Kehkehkehkeh. 

Selepas bersalam-salaman, aku pun mencapai kunci dan helmet serta baju jaket. Aku menuju ke tembok tempat ku meletakkan kasut. Kasut yg baru sekali digunapakai menggantikan kasut lamaku yang  kebanyakannya sudah agak lusuh dan koyak.

Dan.. dan.. dan..
"Oh man...!!!" keluhku dalam hati.
Bukan sakit perut, atau bukan ex aku muncul depan rumah. Bukan...


"Mak, ada nampak kasut kat tembok tak?" aku masuk dan bertanya mak.
"Tak tau, letak mana semalam?" mak aku tanye balik.

Setelah berdialog ... 
Urgh.. kasut aku dah dirembat. Cis.. hilang tempat aku berpijak atas tanah. Kene cari pengganti.
Bapak aku pusing keliling rumah sambil melihat-lihat di rak kasut.

Setelah beberapa ketika. 
"Seliper itam pun di colongi.." rungut bapak aku. 

Selipar hitam itu baru dibeli dan bapak aku belum berkesempatan untuk menggunakannya.
Kesian. 
Panjang sungguh tangan mereka. 
Ni yg nak bela harimau je ni, biar die gigit dan carik-carik daging sesiapa yang panjang tangan tu. Wargh..wargh... gigit tangan die.

Oh,
Kalau hidup semudah 1,2,3 . . . Sesenang ABC . .  aku yakin perkara ini tidak akan berlaku..

Petang ini berkira-kira untuk ke kedai kasut. Bukak ke kedai kasut?
Kopak laaaa, payment x masuk lagi untuk bulan ni.
Adeh..




7 comments:

sharamli said...

uish...ter0k bet0l la kan 0rg cmtu...

alien said...

tu r, seb baik da sambar kasut baru..
sorok kasut dalam rumah selamat

isuzu_aizu said...

halamak, baru teringat sketches aku kat luar rumah. err tp kaler pink. saiz 11 lak. dan kasut2 aku yg lain kat luar rumah tu, aku rasa org nak curik pon cam tatau nak buat ape. nak pakai besar sgt. nak jual pon dah buruk. hahaha

Iliana said...

bayangkanlah~~~~

pakaian bersaiz S anda dicuri..tiba2 anda ternampak seorang yg memakai pakaian itu adalah bersaiz L bersama pakwe die..dan die seorang penyambut perayaan itu..chaishhh~ mse tu gak den melompat..hayakkkkkk~ kan da kne buang kolej..curi lg..

agak2 klu nk curi pn, bia la yg same saiz~ ni da mcm nangka bergerak da kot~ ngehehe

Tukang Karut said...

keji giler... nasib aku nya kasut tak penah ada org rembat. sbb takde brand kot? aku pun tatau. haha.

faezah said...

pencurik tu bengang tibe2 umah ade pagar.. tu dia copet kasut.. ampeh ampeh ampeh..
di tmbah ampeh bile fesbuk kene block.. adoii dengki2 xdpt men gemmmmmm

alien said...

iliana: perg, kantoi buta2 ke...

is: haha, kasut aku pun bukan brand pun.. maybe sbb baru pakai sekali nampak elok lagi..

faezah: nanti org kasi santau..hehe