29 January, 2010

ALIEN say: Secebis Kek Keju



"Piece of cake" 
"No Sweat"

- Use to express that the work that we do is not as tough as other think. 
*meaning taken from my mind.. please google for accurate meaning. :D

Dalam bahasa melayu pulak, sekiranya kita menterjemah secara terus akan mengelirukan mereka yang pertama kali mendengar..
"Sepotong kek" - bukan la org yg bercakap tu nak minta balasan sepotong kek atas bantuannya. Heh
"Tak berpeluh" - bukan la org tu sentiasa sejuk walau berada di bawah panas matahari. Oh..

Pelik makna dia. Lari jauh gile kalau diterjemah secara langsung. Kehkehkeh                
Sungguh artistik maksud die. Boleh mengelirukan semua pihak. Menterjemah secara terus tanpa olahan yg baik boleh merosakkan bahasa. 


Boleh jadi juga perkataan "arak".


Berarak. Arak.


"Nak arak-arak ke?" seseorang tanye.
Kemudian dijawab "Arak je.."
 *yang betul "diarak" kot.. aku bukan cikgu Bahasa.  
Antara contoh penggunaan bahasa pasar dalam perbualan seharian kita yang mana makna die mampu mengelirukan sesiapa yg tidak mendengar secara penuh perbualan tersebut.


Bahasa, ia nampak mudah. Tapi tidak secara zahirnya. 
Perlu belajar tatabahasa, grammar, nahu dan keunikan bahasa itu.


Begitu juga dengan kehidupan kita. Kehidupan sekeliling kita.
Kadangkala kita lihat mereka hidup mudah. Seperti kehidupan mereka semudah 1,2,3...sesenang seorang budak tadika menyanyi lagu A,B,C.. amat mudah dah senang.


Kita bandingkan mereka dgn diri kita. Perasaan cemburu membuak-buak muncul. Kemudian kita merasakan hidup kita macam sains ekstream.. tertekan, ibarat menyelesaikan soalan killer matematik tambahan tanpa bantuan kalkulator. Urghh !!! kejam.. tak boleh aku bayangkan. Sengsara yg maha dahsyat.. 


Kemudian kita cakap, mereka bertuah. Sbb dilahirkan senang.
Ohh, mereka masih tidak sedar kerana mereka juga bertuah. Dilahirkan sempurna fizikal, mempunyai akal fikiran yang waras. Mampu bercakap dengan lancar. Melihat alam. 


Thats great man !!! 
Its good to feel depress, tension. Only we are the one should manage it wisely. Turn and fight it into positive result.


The great outcome, mental strong. Strong spiritual. Strong will to live.
Otherwise, we need guidance from counselor, friends or else. 

Kalau hidup semudah 1,2,3 dan ABC..
Mesti kat dunia ni tak ade org yg kebulur, tak ade org yg duduk bawah jambatan.. sambil cucuk jarum, tak ade org yg tidak sihat mentalnya. Pendek kata kita tidak akan jumpa org yg susah. Semua senang. Nak itu senang nak ini senang.


Pergh!!! Aku nak sebiji kawasaki la camtu, bukan.. tiga empat biji pun ok. Best2...


Itu la cabaran hidup. Yang mengalah dah tentu kalah. Yang menang bukan selalu menang. Yang maintain tu berusaha lebih la, tak kan nak duduk takuk tu lama-lama.. 
Hidup ini indah, setiap kita menharungi kehidupan yg berbeza dan unik.
Jadi, sementara kita hidup. Nikmati la hidup dgn bahagia. Lupakan segala derita.
Belajar tentang diri. Kenali diri. Pasti tiada sesalan.


Ah... Persetankan mereka !!!!

No comments: