19 October, 2008

Hingga ke titisan darah terakhir


Berjuang hingga titisan darah terakhir. Ungkapan itu biasa kita dengar dari dulu sampai sekarang. Kata-kata semangat dan motivasi yg digunapakai oleh org2 lama dan ianya masih relevan dan bertepatan dgn masakini.

Gua x berapa nak layan F1 sgt la sejak mika hakkinen bersara, pastu zaman micheal schumacher bermaharajalela..gua terus xde smgt nak layan. Boleh r die kerek, sbb pencabar utama takdak time tue. Tapi walaubagaimanapun gua still masih tau r sekt2 update die apa terjadi dan sebagainya. Sepanjang gua layan F1 nie, wa tau r ramai yg minat ferrari itu team dari itali. Wa plak die hard fan mclarren mercedez. Gua tengok perati teliti la, FIA cam berat sebelah la. Pilih kasih. Drg lebih sayang ferrari dari team2 lain lebih2 lagi mclarren. Pas insiden crew mclarren ade maklumat pasal ferrari, lagi2 menjadi sayang die kat ferrari.

Yg kene denda team mclarren, padahal maklumat tue ade kat laptop alonso. Alonso lepas dari denda pulak. Apa kes?

Pas insiden tue, gua tambah menyirap ngn FIA nie. Then, kat litar Belgium, mclarren menang. Tapi kene plak denda 25 saat si lewis pasal momotong secara berbahaya dan sebabkan kimi eksiden. Padahal saksi ramai mengatakan lewis x salah. Dan lagenda ferrari pun ade katakan lewis x salah. Gua yg tgk dgn kamera tv yg slow motion, xde silap pe pun si lewis. Tapi kuasa besar kat FIA. Huh !!

Tapi takper, si lewis ni x mudah putus asa. Season lepas terlepas juara dunia pada saat akhir dan bertanding tiga penjuru bersama alonso dan kimi. Alonso bajet die power nak mclarren utamakan die time tue maksud nye die pemandu pertama dan lewis si rookie pemandu kedua. Tapi die silap, kat mclarren istilah pemandu utama seakan tidak wujud. Sapa yg berusaha dan tunjuk die la bagus, die la yg akan diberi keutamaan xkira la sapa anda..juara dunia? juara sekolah? hahaha...So, alonso bengang la kat lewis dan tuduh memacam.

Tapi season nie, lewis akan berentap ngn massa pula di litar Sao Paulo, Brazil tempat asal massa. Dengan berbekalkan kelebihan 7 mata dari massa, gua yakin lewis mampu menunjukkan kehebatan die dan mengukir nama sebaris jagoh mclarren seperti mika hakkinen, aryton senna dan lain2 lagi.

Jalan lewis tidak mudah kerana dia akan dicabar oleh kimi rakan sepasukan massa dan juga alonso yg telah bertekad akan menghalang lewis memiliki gelaran juara dunia dgn apa cara sekalipun.

Walaubagaimanpun, gua yakin team mclarren akan memastikan jentera lewis dan kovalainan berada dalam keadaan super untuk menentang dan bersaing dgn team ferrari pada penutup F1 iaitu 2 minggu lagi. Sedang lewis resah menghitung dan mempersiapka diri untuk hari bergelar juara dunia. Massa pula resah untuk memikirkan strategi yg sesuai untuk memintas kelebihan 7 mata yg dimiliki oleh lewis.


Semangat juang massa gua hormati dan gua kagumi. Pada keadaan camnie massa perlu berada dalam keadaan psikal dan mental yg kuat. Manakala lewis tidak boleh leka dgn kelebihan yg dimiliki, bagi gua..die kene r membina mental yg mantap dan memandu dgn konsisten. Tidak perlu terburu2 dan tergesa2. Memandu seperti biase jer...hehe..

Alangkah bagus kalo pemandu dari malaysia terlibat dalam persaingan kejuaraan nie, gua antara yg paling gembira. Gua tunggu kemunculan Jazeman Firhan Jaafar pemandu muda kita tue. Buktikan kat dunia kita mampu bersaing ngn pemandu terkemuka dunia.

Kepada mat kereta2 kat luar tue, asah r bakat anda dilitar lumba tidak dijalan raya. Kat jalan yg nampak bakat anda, kawan2 anda jer. Kalo kat litar, ade informer2 yg korang xtau sedang cari bakat baru. Mana la tau, skill anda power giler. Bertuah badan ~




1 comment:

Anonymous said...

cayalah...kamon lewis!!