13 September, 2010

alien: stranger

Seorang pakcik berjalan menuju ke arah aku
Dan dia duduk di hadapan kerusi kosong di depan aku
Dia memandang aku

"Pakcik na pergi sembahyang, tapi sebelum tu nak makan dulu.. tapi takde duit"
"Boleh bayarkan makanan pakcik tak?"

Aku yang baru mahu memulakan suapan nasi terhenti seketika
Aku pandang kepadanya
Berbaju melayu biru muda ala ala Raihan punya fesyen
Berkopiah putih ada motif corak - corak
Berkain pelekat
Kelihatan seperti orang kebanyakan yang lain

"Bini pakcik baru meninggal bulan lepas ..."

Dia bercerita pasal hidup dia
Dia ada kisahkan tentang duit dia juga, tapi die cakap terlalu perlahan
Aku pun malas nak ambik port
Aku nak belah atau tak layan tak boleh
Sebab nasi dengan lauk aku belum jamah
Air sirap pun baru sampai
Kang belah camtu je, membazir.. Tuhan tak suka hambanya membazir

"Pakcik order la apa pakcik nak makan.."
"Nak nasi campur ambik kat sana, nak goreng - goreng panggil la pelayan"

Aku pun offer la untuk makan tengah hari
Malas nak tanya meleret
Sebab otak aku dah terbeban dengan kes pecah office
Laptop dengan hard disc hilang camtu je
File yang da update "gone with the wind"
Hard copy plak tak update

Aku pandang pakcik tu
Otak aku dah terfikir, mana pergi duit die
Camana die boleh tercampak kat sini
Tapi, takde la aku terjah - terjah
Aku sopan ..
Kasi tanya slow - slow dulu
Kalau dia nak auta pun aku tak peduli la
Rezeki yang dia makan tu dari Allah
Esok - esok menjawab la sana kan

"Pakcik ke sini macamana?"
"Jiran pakcik hantar ..."

"Pakcik tinggal mana?"
"Shah Alam .."

"Pakcik nak kemana?"
"Rumah saudara pakcik .. tak jauh dari sini .. sebelum ni pakcik ke bandar botanic, klang, bukit raja ... ... ... pergi umah abang, saudara .."

Aku cuba mencari punca kenapa pakcik tu muncul di situ
Tiba - tiba dia buka cerita pasal orang melayu skang

"Orang melayu sekarang lain..."
"Apa yang lainnya pakcik?"

"Orang melayu dulu... orang melayu dulu.. hormat dengan orang tua, suka bantu membantu .."

Aku mengangguk sambil menyuap nasi ke mulut

"Orang melayu dulu.. bersatu. Tak kira kat mana, di kampung, di bandar .. bersatu semua. Tidak macam sekarang .."

Aku tersenyum

"Orang melayu dulu.. semua undi Barisan Nasional .."

Pakcik mula bercerita pasal politik
Aku dah mula tepuk dahi secara ilusi bukan realiti

"Orang melayu dulu.. semua suka BN.. tapi sekarang dah tak sokong BN .."
"Kenapa pakcik ..?"

"Orang melayu dulu .. suka BN .. sebb apa orang melayu skang dah tak undi BN"
"Sebab apa?"

Pakcik itu dah mula cari topik untuk mengelak aku bertanya hal dirinya
Heh, boleh baca dah
Tapi, aku layankan je la

"Orang dulu sokong BN sebab BN tu .. Barisan Nasional.."
Pakcik tersenyum.
"Orang sekarang pulak kata BN tu .. Barang Naik .. ye ramai tak sokong.. macam mana kan ... "

"Tapi pakcik.. orang sekarang undi tak tengok parti .... "
"Tahu kenapa orang dulu bersatu? "

Aku belum sempat abiskan ayat aku
Pakcik tu dah potong

"Orang dulu bersatu sebab banyak aktiviti drg buat sama - sama .."
"Petang - petang main bola sama - sama .. pergi tengok wayang pacak sama - sama.."
"Sebab tu ramai bersatu undi BN .."

"Tapi, pakcik orang skang tengok calon yang ..."

"Orang melayu dulu lepak kedai kopi sama - sama.. pergi rombongan sama - sama"
"Rombongan pulak  ke KL .. dataran merdeka .. muzium .."
"Seronok... dah tak macam sekarang"

Sekali lagi dia potong daaa
Aku dah malas nak kasi pandangan aku
Tiap kali aku buka mulut je na cakap dia potong
Baik aku buka mulut suap nasi dalam mulut
Ada baik ~

Masa dia mengarut - ngarut tu
Datang pulak idea merepek dalam otak aku
: adakah pakcik ni kru Wakenabeb? atau Bang Bang Boom!!!

Sambil tu aku pandang kiri kanan, mana tau ada kamera tersembunyi
Tiba - tiba muncul tah artis mana - mana jerit sebelah telinga aku
Mahu terkejut kat situ jugak lah nanti

"Orang dulu, kerja apa - apa pun mahsyur.."
"Kerja la apa pun .. mahsyur, tak macam orang sekarang .."
"Jadi cikgu mahsyur.. jadi DJ mahsyur.. tak kira la jadi apa.."

Aku hanya mampu mendengar dan tersenyum
Sambil mengunyah nasi
Layan je~

"Orang sekarang jadi artis baru mahsyur.."

Apa jenis "Mahsyur" yang dia cuba sampaikan
Aku dah jadi pelik di situ
Aish ~

"Kamu org selangor kan"
"Ha`a .."


"Dulu negeri mahsyur dengan satu perkara ..."

Aku terus mendengar, malas nak mencelah

"Mahsyur dengan satu perkara .. "
"Negeri mahsyur dengan Ratu - Ratu ... sekarang dah tak dengar pasal Ratu kan.."

Nasi goreng dia sampai
Dia makan. Senyap
Nasi di pinggan aku tinggal sisa
Aku bangun ke sinki dan terus ke kaunter
Bayar makanan aku dan dia
Ketika membayar aku terfikir adakah dia akan meminta aku menghulurkan sedikit wang kepadanya
Mungkin kah?

Aku kembali ke meja aku
Aku sedut air sirap perlahan - lahan
 
"Semua saya dah bayar ye pakcik.."
Dia hanya mengangguk

"Kemana arah tuju lepas ni pakcik ?"
"Rumah abang pakcik, dekat - dekat sini .."

"Oh..."

Aku pandang orang lalu lalang
Aku lihat jam di tangan

"Pakcik, saya gerak dulu ye.."
"Hulur la sikit untuk pakcik.. buat tambang bas"

Pakcik itu memandang aku

Dah ku agak..
Bukan tak nak kasi, kalau kasi tak ikhlas sia - sia saje


"Err.. saya jalan dulu ye .."
Aku terus melangkah pergi meniggalkan pakcik yang sedang menghabiskan sisa makanan di pinggannya
Berjalan laju tanpa menoleh belakang
Agak kejam perlakuan aku kan
Hehehe


--------------------------------------

Kisah adalah benar terjadi
Lokasi: Kedai makan depan CIMB
Waktu: Lunch hour, lepas balik dari balai

Sampai sekarang aku terpikir, pakcik itu sihat atau tidak mindanya
Dressing lawa tapi kisah merapu
Lari dari rumah ke?
Adoiii laa
Tak paham aku

Kenapa tak terus ke rumah abang dia
Makan, sembahyang dan minta pertolongan abang dia
Kan sedarah sedaging

Still wonder who is the pakcik
(Garu - garu kepala)

4 comments:

mirachantek said...

sebenarnya kau dah kena scam. orang lain minta sedekah di kaki lima. pakcik ni di kedai makan dengan cerita mengarut.

cara ni lebih efektif sbb sekali dia dah duduk depan mata..payah nak lari. kalau hati kering ko blah je lah..

aku pun penah kena gak. sebab kesian aku kasi je ayam KFC aku tu kat dia.

farwalis said...

serba salah jadinya.

Jef Hadi said...

macam lu kata, ikhlaskan je. haha.

alien said...

mirachantek:
masa die ngarut cerita pendahuluan tu.. batin aku da jerit "nak makan tu order je la..tak yah ngarut2"

time tu malas na pikir byk, dgn kehilangan laptop n info segala kat opis tu

lgpun hanya sepinggan nasi je ye tak..

frwls:
mmg serba salah
tgn dah kotor kene kuah time tu siap nak suap dah
hahaha

sastraboy:
aku belanja dia ikhlas
lapar bukan leh buat main2 oo
pensan nnti
tapi bab die mintak duit... aku cabut.. lari laju2