27 September, 2010

alien: sebut lah Alhamdulillah ...

Guruh di langit berdentum

Ghrummmm....

Langit belum bertukar gelap.
Dia berjalan pantas menuju ke tempat meletak kenderaan.
Tergesa - gesa die memasukkan kunci di tangannya di tempat yang betul.

Dua tiga kali tersasar, menggelabah gile.


Tin .. Tin ..

"Woi Sadik !!, naik moto ker?" Sadik memandang ke arah suara itu
"Mandi la ko kejap lagi..."
"Hahahahaha !!!!"

Zoom~
Mazda 3, meluncur laju meninggalkan Sadik terpinga - pinga.

Sadik hanya mencebik, cuba bersabar
Syaitan di tepinya cuba meniupkan semangat jahat kedalam hatinya
Fuh ~ fuh ~ tiup.. tiup..

Vroommmm...

Vroommm....
Enjin Kawasaki ZX10R berbunyi kasar.
Kuasa terpendam dalam enjin sudah tidak sabar - sabar untuk meletus.

Vroomm... 
Vrooommmmm...
Sadik hanya tersenyum ... kelat, memerhatikan seorang gadis di atas motor itu.
Memakai riding gear serba lengkap bewarna hijau yang dipadankan dengan warna hijau jenteranya bersedia untuk menyarung helmetnya.
Dia sempat tersenyum apabila matanya bertentang dengan Sadik.
Terserlah lesung pipit di pipinya.


"Comeel..." detik hati kecil Sadik.

Ekor matanya mengikut pergerakan jentera gadis itu hingga kelibatnya hilang di hujung sana.
Dia terkaku untuk empat puluh tiga saat lamanya.

Ghrummmmm....

Bunyi guruh telah menyedarkan dia.
Tergesa - gesa dia menghidupkan motor 125z nya

Prengggg...
Prenggggg...
Dia memulas pendikit minyak dan memanaskan enjin

Selang lapan minit dia sudah berada di jalan utama.
Mencelah ke kiri, mencelah ke kanan.
Kiri lagi.. kanan lagi..
Kanan pulak.. kiri pulak..
Begitu asyik dia mencelah di antara kereta - kereta yang berderet di jalan itu.
Dia ketawa dengan riang di dalam hatinya.
Ketawa dengan kuat. Sambil tersenyum jahat.

Dari jauh dia terpandang Mazda 3 milik rakannya.
Dia mendekat..

Tok tok..
Dia berhenti seketika dan mengetuk cermin di sebelah pemandu.
Cermin di turunkan perlahan.
Sadik pula mengangkat visornye ke atas.


"Eh, Sadik.. apehal?" sapa rakannya.

Sadik hanya diam.
Enam saat kemudian dia tersenyum lebar, selebar - lebarnya.
Kelihatan secara halus tandus sudah tumbuh di kepalanya.
Dia memulas pendikit minyak dengan sekuat hati.

Prennnnng~
Preeeeeennnng~
Enjin meraung, asap berkepul - kepul naik ke udara.

Pengguna jalan raya lain buat muka bengis, tensen sebab jem ditambah dengan kekacauan yang di timbulkan Sadik.

Dua puluh tiga saat kemudian die melepaskan pendikit minyak.
Keadaan kembali normal, tiada pencemaran bunyik.
Tapi jalan raya seperti tadi, kenderaan tiga serta empat roda atau lebih belum beranjak.
Masih statik.

"Ko pehal ni Sadik?" tanya rakannya tidak puas hati.

"Agak - agak Subuh ni, ko dah sampai rumah ke?" balasnya.

Tapi, belum sempat rakannya menjawab. Dia sudah gelak kuat, kuat punyeeeee~
Dengan suara paraunya...
Waahahahaha !!!!
Waahahahaha !!!!Waahahahaha !!!!
Waahahahaha !!!!

Sambil berlalu dia bergelak, gelak kuat - kuat.

Sayup kedengaran suaranya dari tempat rakannya yang tersangkut di jem.
"Dem yuuu Sadik .." perlahan rakannya mencarut.
Namun suara itu masih terngiang-ngiang dalam kotak fikirannya.

Berhantu jugak suara Sadik ni kan.

Tujuh ratus lapan puluh saat kemudian, kenderaan dah tak statik macam batu.
Bergerak jugalah macam kura-kura, laju sikit dari siput.
Takde lama manalah jem tu kan.

Pergerakan kenderaan dari kura - kura bertukar menjadi pergerakan seekor lembu yang berjalan macam model. Kemudian berubah menjadi kelajuan itik pulang petang.

Rakannya yang memandu Mazda 3 memandu dengan kelajuan seperti seekor lembu yang sedang tarik kereta kayu.

Tiba - tiba dia tersenyum apabila melihat sesuatu.
Dia tergelak kecil.
Dia memperlahankan kelajuan keretannya.
Perlahan dan semakin menghampiri.

Tin.. tin...
Tin.. tin...

Hon berbunyi berulang - ulang.

Tin.. tin...
Tin.. tin...

Sadik yang sedang menolak motornya tidak menoleh.

Hon berbunyi lagi.
Pelbagai irama. Ada irama rock, irama dangdut.. paling menarik irama Jazz.
Wuhuuu.
Tergelak kecil si pemandu Mazda 3 itu.
Terhibur..

Sadik menyesal kerana tidak menge'check' aras minyak dalam motornya.
Dia memarahi dirinya kerana tidak membaiki meter minyaknya yang rosak.

Sudah sejauh tujuh ratus lapan puluh meter rakannya bermain hon di belakangnya.
Kenderaan yang melintasi mereka juga turut membunyikan hon.
Keadaan sebegitu mewujudkan suasana seperti muzik Akustik live dari jalanan. 

Dan, dua ratus dua puluh meter menghampiri stesyen minyak berlambang kerang.
Hujan turun selebat - lebatnya.
Dia tak sempat untuk mengenakan baju hujannya.

Kesian Sadik.



7 comments:

gadisBunga™ said...

nak padan muke ke tak nak padan muke? kihkihkih

farwalis said...

sian sadiq...


ermm.....tuang la minyak tu, pastu rempuh hujan

hanie said...

tu nama dia..karma! hahahah

theorangelily said...

kisah benar ke beb?hahaha

alien said...

gadisBunga:
jangan padankan.. jangan..
huhuhu

frwls:
sampai rumah tak payah mandi..
hehe

hanie:
betul tu..

theorangelily:
off koss la kisah rekaan
macam kisah benar ke?
sipi2 kot kalau ada

mirachantek said...

haah, betul gak tu sampai umah tak payah mandi. lepas tu lawat kelinik pulak

alien said...

dapat MC
bole rehat2 kat rumah
untung dia kan