07 February, 2010

ALIEN : Cik limah ke mahkamah

I see you in Court !!
Jumpa kat mahkamah...
Aku akan bawak kes ni ke mahkamah..
Kita selesaikan di mahkamah..

Salah sikit.. mahkamah
Silap sikit.. mahkamah
Kurang sikit.. mahkamah
Pantang ada peluang.. saman.. mahkamah

Sekarang ni kalau boleh semua kes nak dibawak ke mahkamah. Dari kes pijak semut sampai kes lapah ikan paus. Dari kisah dalaman ke luaran semua dah terdedah la kalau ke mahkamah ni. Fakta yang salah ditokok tambah menjadi cerita benar. Kisah yang benar seboleh-bolehnya di sangkal menjadi kisah yang salah.  

Sanggup menunggu kes dibicara asalkan diri puas hati. Sanggup lihat yang tertuduh sengsara menanggung beban atas kesilapan kecil yang dilakukan atau tidak pernah dilakukan. Kerana dendam.. Dikuasai perasaan negatif, akal fikiran diletak tepi hanya menurut kata hati. Akal yang waras tidak mampu membendung perasaan yang membuak-buak dan meluap.. perasaan marah dan dendam. 

Mana hilangnya budi bahasa dalam diri jiwa rakyat kita. Penat cikgu sekolah mengajar. 
Sia-sia iklan "Budi Bahasa... Budaya Kita" kiranya rakyat sendiri tidak mempunyai budi bahasa dalam diri mereka. Iklan tu dah macam perbuatan mencurah air ke daun keladi. Tidak meninggalkan kesan, tidak berjaya mendidik. Rugi la beb..


Jangan la kita terpengaruh dengan agenda dan perangai dari negara barat yang negatif. Yelah, saman menyaman. Untuk populariti, mendapat duit cara yang singkat, mengambil kesempatan atas kelemahan.. dan lain-lain. 

Lain la kes bunuh ke, rompak ke.. kes berat memang la kene pergi mahkamah.
Kes kecik-kecik..
Apa salahnya sekiranya kita belajar untuk memberi maaf. 
Belajar dan mengerti erti "Maaf".. apa itu maaf..
Manusia bukan la sempurna. Ibarat ciptaan agong seorang pereka cipta. Ianya kelihatan sempurna. Tapi sekiranya di teliti ada kecacatannya. Seperti sistem security bank, seorang hacker yang bijak mampu menceroboh dan memberi ancaman kepada sistem tersebut.

Bagi aku mahkamah tu kira last choice la. At first, cube selesaikan melalui perbincangan secara bersemuka. Letak tepi perasaan egois, pokok utama adalah untuk menyelesaikan masalah. Perasaan ego la menyebabkan banyak kes terpaksa di bawa ke mahkamah. Masing-masing tak nak selesai secara baik, keras kepala. Konon mahkamah boleh selesaikan. Kes dah berlarutan, tensen.. tensen.. hohoho

Kena ikut prosedur. Ditambah dengan masa yang lama untuk menyelesaikan kes. Kes kena tangguh sbb satu pihak tidak hadir. Macam-macam lagi.. leceh beb. Pening kepala. Nak bayar peguam lagi. Hehehe. Banyak belanja la gak. Kalau setel luar aku rasa kos beberapa cawan teh je...

Aku tak penah la pulak nak menyaman sapa-sapa
Tapi kes ni penah terjadi, walau aku tak terlibat.. aku tau flow dia 
Bagi aku pada mulanya kes tersebut boleh selesaikan di luar. Jumpa la di mana-mana. Selesai cara baik. Takde la terganggu aktiviti harian. 

Sorang degil, sorang keras kepala. Dah canteek la, degil bertemu keras kepala. Masing-masing nak tunjuk sapa hero. Dah degil, keras kepala.. nasihat comfirm la tak masuk. Pendapat orang lain tak nak dengar. Suruh selesai secara diplomasi.. diorang buat endah tak endah..dan in the end orang yang berada di sekitar menjadi mangsa marah. Sebab tension. Kes tak setel dah menjadi kisah yang agak panjang. 

Surat dari pegawai mahkamah dah tiba. Si keras kepala akur dalam keadaan terpaksa setelah cuba berdalih pada panggilan pertama. Urusan harian tertangguh.. Nasib baik ni bukan tergolong dalam mahkamah sivil atau jenayah. Hanya mahkamah pekerja. Maka senarai menunggu untuk bicara tidak lama. Jika dikira, setelah 6 bulan baru selesai.. Err, lama jugak beb. Hahaha

Pokoknya, mahkamah dengan orang zaman kini dah tidak boleh dipisahkan. Ibarat isi dan kuku. Erat gila. Kalau zaman mak ayah kita, zaman 60an.. 70an.. 80an.. mungkin 90an.. susah kita nak jumpa dalam akhbar mengenai kes-kes kecil di mahkamah. Agak sukar la kita nak jumpa. Zaman skang ni je.. mudah. 

Heh

Dunia oh Dunia...





4 comments:

myjaehee said...

yup agree..
silap sket mhkamah.
x larat nk dgr dh.. myampah kkdg tuh.sendiri buka pekung d dada.

kisahsensasi said...

statement SEE YOU IN COURT memang femes....

The Spiral Eyes said...

aku tak mampu berperang di mahkamah.jadi aku perang mulut lepas tu aku mintak maaf....Mahkamah di dunia ini tidak adil

alien said...

myjaehee;
penat dgr perkataan mahkamah tu

kisahsensai;
mmg famous, pengaruh barat ni semoo
hahaha

the spiral eyes;
mahkamah dunia dipengaruhi pelbagai aspek, unsur.. susah..