25 February, 2010

ALIEN say: Jom Belanja Aku Barang Sebaju

Cecah je angka 26hb tiap bulan. Ramai orang yang dah kerja tersenyum riang. Dalam kepala otak masing-masing dah fikir macam-macam. Ada yang fikir berapa ringgit nak simpan bulan ni. Berapa ringgit nak labur. Bagus la tu kan..

Ada jugak yang fikir, nak shopping mana. Nak beli kasut apa, baju apa. Padahal baru seminggu lepas bershopping. Eh, bagus la tu. Shopping ni pun antara terapi untuk meredakan tekanan kerja kan. Heh. Kepada yang poket tebal boleh la amalkan selalu kan. Aku pun selalu shopping ape. Shopping air tin kat kedai Tujuh Sebelas. Cool ~

Ada jugak yang berkira-kira nak belanja kawan. Open table, makan besar bersama keluarga. Bagus-bagus, merapatkan pertalian saudara. Semakin erat, semakin sayang.

Tapi tu semua orang lain. Bagi aku hujung bulan tak menjanjikan apa-apa. 
Bukan la aku tidak memerlukan duit. Duit perlu untuk beli minyak yang mahal. Terbakar jadi asap, macam rokok. Heh, tah pape metaphore aku kan. Perlu la duit tu. Tapi aku hanya mampu tersenyum riang tatkala melihat orang ramai berpusu-pusu beratur di mesin ATM. Takde la pulak drg berebut-rebut macam naik LRT atau Bas tatkala waktu puncak kan. Hehe
Hujung bulan memang jarang aku pergi menggangu mesin di Bank. 
Amat jarang la kecuali kerana terdesak. Err, kejap lagi nak mencucuk. Nak membayar duit service bearing kat engin motor. Makan ratus gak la ni. Adoyaii~

Bukan la aku kedekut.
Bukan juga aku pencetak duit sebb akhir bulan tak payah cucuk duit.
Bukan jugak aku kerja dalam bank so tak payah beratur di ATM.
Bukan.. 

Tapi kerana, musim riang aku hanya akan muncul pada minggu pertama setiap bulan.
Seksa kan?
Hehehe..
Nak membayar bil, membeli barang dapur, membeli susu anak-anak, membeli pakaian baru untuk isteri, memberi duit belanja sekolah anak-anak, membayar sewa rumah... ok aku tipu. Aku belum sampai tahap untuk menyara anak orang yer. Yeh yeh.

Jadi, hari ini 25hb Februari 2010.
Esok cuti.
Minggu depan 1 Mac.. akan dapat cek. 
Float dalam bank 2 hari. 

Kalau on the dot, 1 Mac aku dapat cek. Kalau pada 3 atau 4 haribulan..
Aiyooo~

Tapi lambat, duit lambat habis. 
Ah yee... abis kat bil telefon, bil internet pandai lak die letak due date. Hek
Apala....

Jadi, sumbang-sumbangkan la barang sekeping dua helai kertas kaler merah ke hijau ke kat aku.
Kesian kat aku.
Kesian~


No comments: