25 February, 2010

ALIEN say: Perlumbaan Tikus

Aku dah tulis surat untuk pecat org beb. Secara rasmi, menamatkan kontrak pekerja.
Tapi bukan keputusan aku la, aku cuma makhluk picisan kat kampeni tu.
Aku hanya menurut arahan pihak pengurusan je. 

Pasni bole la aku try feeling jadi cam citer apprentice tu.. bukan jadi Donald Trump. Bukan org kanan mahupun kiri. Aku hanya watak picisan yang banyak peranan di kampeni tu... Jadi aku sesuai menjadi penjaga lif sambil menjadi Penjaga pintu tower tu. Watak sampingan je. Cool ape..

Tapi tak salah kita bermimpi untuk jadi hebat macam para ilmuan, para jutawan, para karyawan.. para wan wan semua tu.. 

"Cacing nak jadi Naga.."


Agak popular la istilah ni untuk menkondem orang. Melemahkan semangat orang. Menjatuhkan seseorang hingga orang tu rasa dirinya tidak layak berada di situ. Pergh... agak bahaya. Lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Manakala pada masa kini mata pena mampu membunuh. Sama juga papan kekunci, ianya adalah alat berbahaya. Aksara yang muncul dan membentuk perkataan boleh membunuh kita atau boleh membunuh orang. Heh.. Tapi tak elok la bunuh-bunuh ni, tak satu Malaysia la kan. 

Nak cerita sikit ni.. dulu..
Aku penah berimpian untuk menjadi pelumba moto GP.. Formula one.. walawei~ Masa tu teringin jadi macam Mika Hakkinen atau Max Biaggi.. nape bukan Mike Doohan.. ntah la..
Pernah jugak aku bermimpi untuk menjadi guru besar.. xmain la jadi guru biase wei.. hak
Kelakar gak dulu masa sekolah rendah pernah teringin nak jadi sainstis.. buat kajian gile.. tapi sambung belajar aliran sastera.. so? hehehe
Paling best aku berangan nak jadi cam sasterawan negara. Tapi.. tapi berapa kerat je buku sastera aku baca. Macamana aku nak menyamai taraf mereka. Hoh.. tak layak beb.. 

Semua yang diimpikan tak menjadi.. maka jadi lah aku seperti sekarang. Seorang yang penuh imaginasi yang tak berkesudahan, itu kata akal aku.. tapi kata hati aku tak. Heh. Kontra antara akal dan hati. Akal menafsir dan memproses, maybe keputusan akal tepat. Tapi, istilah "dengar suara hati.." lagi popular.. camne tu?
Hemmm...ntah. Depends on situation kot.

Zaman skang, ramai orang mengejar harta dunia.. mencari kekayaan. Mencari kesenangan. 
Sibuk berkejaran ke sana sini demi helaian kertas yang tertera angka yang menjadikan kertas itu bernilai.
Maka wujudlah istilah 'rat race' yang dah sinonim dalam kehidupan mereka. 
Bekerja sampai tak cukup masa untuk diri sendiri.. tertekan. Kerja bertimbun. Heh.
Yang belum bekerja atau penganggur berasa tertekan melihat ramai rakan-rakan mereka dah bekerja.
Yang dah kerja masih belum puas dengan gaji yang diterima, mencari kerja lain.Tidak dinafikan mmg kita digalakkan mencari sesuatu yang lebih baik. Tapi bila gaji besar, tanggungjawab besar.. tekanan besar. Alih-alih merungut, cakap pihak majikan menindas. Hekhekhek. Sabar ye..Jangan marah-marah. Aku kalau menyirap dengan management tempat aku, aku g chill jap.Bukan merokok.. g kedai Tujuh Sebelas.. jamu mata kat fridge sampai lebam. Ambik setin teh bunga.. Lepak luar kedai tu, lontar pandangan jauh-jauh. Pastu dengan azam yang gigih kembali ke tempat kerja. Hehehe. 

Ramai tak tau, aku penah kerja without payment beb. Heh, cabaran... cume makan minum n basic shelter je ade. Pada aku Pengalaman tu jarang dimiliki oleh sesiapa.. amat berharga tu..

Pada ketika mereka menjadi tikus yang bersifat sama. Aku cuba menjadi seekor tikus yang bersifat helang. Bukan bermakna aku suka menyambar tatkala tikus lain alpa. Pada aku, helang mempunyai daya sabar dan tumpuan tinggi. memerhati sesuatu dari sudut yang berbeza dari pandangan tikus. Tapi sayang, kerana keganjilan itu suara makhluk picisan seperti aku tidak didengar oleh ketua-ketua tikus. If I am SOMEBODY there, then they will obey me. Lumrah.. jarang la ketua dengar kata anak buah mereka. Jarang....

Tatkala tikus kejar mengejar. Memerah akal..
Akal aku pulak pada ketika itu aku sibuk mencari ketenangan.. kedamaian.. mendekatkan diri dengan alam..
Padahal jasad kat tempat kerja, otak lak ligat merayau ke tempat lain..
Dalam fikiran aku membayangkan keadaan alam yang tenang.. langit yang biru.. tertekan dengan kerja?  Tak kot...

Dah lumrah aku suka memerhati. 
Kadang aku lepak kompleks jalan-jalan aku perhati gerak geri orang. Bukan stalker. Observer ye..
Aku suka meneka dan menafsir perilaku orang. Tengok gaya mereka. Psiko kaan.. Hohoho
Kalau jadi observer kat kompleks dapat gaji bulanan. Selambe aku apply even kene kerja pada hari cuti. Kerjaya pilihan ni.. 

Em,
Harta benda itu pengukur kejayaan ker? Macamana kalau die kaya dengan menipu?
Pangkat itu menunjukkan kita telah berjaya ke? Macamana kalau die tikam sana sini untuk mendapat pangkat tu?
Bagaimana jika seseorang tu humble, die dressing cam pekerja biase dan hanya boleh dibezakan melalui hormat yang diberi oleh orang bawahannya, sehingga kita tidak tahu die mempunyai harta yang banyak?

Perlu ke kita bangga dengan harta yang kita miliki? 
Perlu ke kita membangga diri dengan hanya harta yang kita miliki melebihi seseorang?

Asalkan nama dia manusia, semo sama aje. Kembali ke tanah jugak. Tanah tempat kita pijak. Tanah yang dibasahi air ketika hujan, dan diterik matahari sewaktu panas. Tiada bumbung untuk meneduh dan berlindung dari perubahan cuaca. 

Heh.
Hehehe.

Pesanan khidmat masyarakat di bawakan dari seorang pemerhati picisan.

Aku rindu pada keadaan di mana aku menjadi seorang yang agak agresif. Pasif + Agresif = Suam-suam agresif. Minda yang ligat. Perlu segera memaksa diri. Ganbatte !!!

Kepada partner aku, jangan risau pasal aku weh. 
I used to be alone n I know how to deal with it. 
Good News, aku dah keluar dari gua tempat pertapaan. Maybe I`ll back there to gain something again.. one day...

But, now let get buzy partner !!!



Let kick some DIRT !!!!
YeeeeHawww !!!!

No comments: