31 October, 2010

alien: cakap - cakap EPL

Susulan kemenangan besar Newcastle United ke atas Sunderland dengan Lima gol berbalas satu.
Disebalik kegembiraan penyokong Newcastle United ni, ada dua pengurus di EPL yang tidak berpuas hati. Tension la kiranya.















"Bro, ko tengok budak - budak Hughton tu .. selambe 5 biji dia sumbat.." rungut Sir Alex kepada Wenger
"Tu lah, kena ayam geng Bruce ni.. camna budak - budak kita boleh seri pulak.. pelik .."


Untuk rekod:
Arsenal seri (1-1) pada 18hb September 2010
Manchester United seri (0-0) pada 2hb October 2010



alien: ikan oh ikan

Tet Tet ..
Ada pesanan ringkas masuk

Tekan - tekan ..
'Weh, kat mana nak cari ikan puyu@betik yang banyak?. Jom serok. Nak buat ujikaji neh...'

Kawan aku kirim sms tersebut

Aku lost
Dah lama tak main parit, cemana aku nak tau parit mana banyak ikan puyu ye tak
Kalau zaman kanak - kanak dulu tau la
Depan rumah aku je ikan sepat dengan ikan puyu meriah
Sekeluarga besar ikan geng si sepat dengan puyu

Kalau lepas hujan, parit jadi jernih
Nampak la ikan tersebut berenang riang ria
Serok je gerenti dapat la
Pastu masuk kan dalam akuarium
Ambik sekali rumpai dia buat hias dan makanan ikan
Hehehe
Nak ikan haruan, keli .. pergi ke parit seberang
Parit seberang dalam dan lebar
Parit depan umah aku cetek je

Hari minggu biasa aku tengok ramai mancing haruan kat parit besar
Harga market haruan ni mahal, sebab tu jadi buruan
Lagipun haruan ni elok sembuhkan luka - luka dalaman
Sebb tu lah, orang perempuan lepas bersalin digalakkan makan ikan haruan neh
Tapi, takde pulak aku nampak orang sebok - sebok cari ikan sepat dengan ikan puyu neh
Hohoho

Aku reply
'Parit dah tak meriah cam dulu lah. Pekata ko carik kat kedai'

Tak kan aku nak suggest kat dia carik kat bendang, sedangkan kampung aku takde bendang.
Tapi memang betul lah. Parit sekarang dah tak meriah macam zaman aku kanak - kanak dulu.



Untuk sesiapa yg tidak mengenali si ikan puyu dan si sepat ni, sila rujuk gambar di bawah. Untuk maklumat lanjut, cari je kat google atau tanya la Jabatan Perikanan. Mudah je kan.



 Ikan Puyu yang kawan aku nak dalam kuantiti yang banyak



Ikan Sepat yang memeriahkan parit cetek depan rumah aku. 
Boleh juga dijumpai di kedai berhampiran dalam bentuk ikan kering.





alien: big meh

Susulan kemenangan ke atas West Ham dengan satu gol tanpa balas.
Pihak television berjaya merekod perbualan rahsia jaringan gol Alex Song.













"Besaaaaaar punya ... !!!" jerit Alex Song sambil berlari riang
"Woi!! mencarut slow-slow la... apa yang besar beb?" tanya Bendtner.yang mengejar dari belakang




"Pintu gol ...."






Hohohohoho
Pengaruh iklan tV betul




29 October, 2010

alien: Salah?

Pagi ini hujan lebat
Budak sekolah jiwa tak kental sukar celikkan mata
Encik, Puan, Kakak, Abang pencari rezeki pula begegas bangun awal, terlewat sikit alamat sangkut di jalan jem. Dapat pula habuan kad tumbuk warna merah. Erk..

Hujan turun, semua pakat - pakat bawak kereta. Kereta bertambah, jalan raya tetap macam tu jugak. Tak pula kembang jadi luas.

Mula lah dengar suara merungut sana sini.
Hujan pagi susahlah
Tensen jalan jem sebab hujanlah
Seluar kain basah kena lecak lah

Time - time camnilah baru ingat nak rindu kat Matahari pagi
Selalu tu merungut, cakap matahari pagi keluar awal sangat. Panas ~

Pagi ni, matahari beri laluan kepada sang hujan menyapa..
Bagi sejuk sikit suasana, orang pun merungut juga
Lain kali hujan merajuk siapa yang susah?

Salahkan matahari terik jugak..

Iskh3..







27 October, 2010

alien: Celcom problem kah?

Hello ~
HEllo !!

Urgh..
Line telefon full bar..
Tapi cannot call out.. receive call also cannot
Problem la pulak Celcom ni kan

Pagi tadi around 10am aku call dari rawang ok je
Skang kat PJ plak problem
ApakeSss??

Dah try call telepon nombor sendiri pakai telephone office
Tapi result dia masih sama
Maybe around Doblas tengah hari baru jadi kot

Camni,
Tak guna telepon pakai nombor maxis
Sbb orang yg aku nak contact tu pakai Celcom
Dah terputus hubungan plak kan
Hohoho

Cepat la fix problem tu ye encik Celcom





26 October, 2010

alien: Geng Kipas Angin

Jarum saat berdetik..
Jarum penunjuk minit pun bergerak perlahan.. cukup enam puluh saat, dia berganjak perlahan..
Jarum penunjuk waktu serupa begitu.. cukup enam puluh minit, dia bergerak perlahan..
Kadangkala kita terasa lama masa bergerak, kadangkala pula kita rasa terlalu pantas..

Erm,
Jam tangan aku da hampir pukul 6.40 petang
Iskh2 dah lewat dari masa sebenar untuk pulang ni
Encik bos boleh layan lepak minum kat kopitiam

Hadoiii~

Meh tengok link ni..  kejap je..

"Geng Air Cond samun pejabat... merompak pada tengah hari iaitu ketika ramai pekerja keluar untuk rehat dan makan tengah hari..."

Tadi  sebelum waktu balik, salah seorang klik opis aku cakap ada satu opis dekat block kitorang kena masuk dengan perompak. Klik aku nih rapat dengan seorang staff dekat management office untuk block office aku, yang kebetulan management office tu terletak sebelah office aku.

Staff management tu cakap, ada office kena masuk perompak waktu lunch hour tadi.
Ayat standard, polis masih menyiasat.
Hohoho

Jadi, mungkin angkara Geng Air Cond ni kot.
Kalau di tafsir waktu kejadian, ianya significant sekali iaitu waktu lunch hour. Mungkin benar .. mungkin tidak ..
Panas doh area office aku nih.
Last case, semasa cuti Raya.
Office aku jadi mangsa.

Deepavali dah nak dekat ni, macam kena angkut 2 buah laptop office yang baru balik rumah je.
Hehehe ~



alien: Letusan meriam padu

Ehem.. ehem..

Ahad lalu menyaksikan Arsenal membenam Man City ke dasar laut.
Tiga gol tanpa balas. 
Anak buah Wenger berjaya merobek ego Man City dan menutup mulut Adebayor.
Ngeh3

Nasib baik si Kolo Toure tak banyak bunyik.
"Baik budak ni..."

 
Juga tahniah kepada Liverpool kerana berjaya mendapat tiga mata atas jaringan Torres selaku ayam tambatan mereka. Syabas !!!

"Dah kalah .. tak boleh nak cakap apa - apalah..." Adebayor mengulas
ketika ditanya tentang perlawanan selepas 2 hari berlalu.

24 October, 2010

alien: Hete Meresate

Tembam atau tidak?
Itu pilihan masing - masing kan..
Tak boleh lah nak kondem ..
Mungkin nasihat tu boleh, tapi keputusan di tangan mereka kan
Bukan kita..

Adakah kawan - kawan anda beri anda nama timangan lain..
Seperti:
Si gemuk, Si debab, Si boroi
Bintat turun, Fei Low, Hete Meresate, Fatty Bom Bom!!

Adakah pencuri sering bersembunyi di belakang anda, untuk mengelakkan dari dikesan pihak berkuasa..
Ngeh ngeh ngeh

Adakah perut anda boleh dilihat dari Karachi, Dubai atau Istanbul ..
Jika yaaaa...
Bolehlah anda risau anda heavy weight..
Hohoho




Dan aku curios kenapa almost perempuan yang risau pasal penambahan berat badan ni.
Padahal, kalau melihat secara kasar .. dia masih normal, takde obese pun.
Orang cakap just nice lah..

Dan laki pulak, buat tak kisah pun pasal ni.
Berat naik.. dia masih hensem still ok
Biasa org panggil good looking
Ngeh2

Pada aku tak kisah la. Yang penting jaga kesihatan.

Selalu org kaitkan gemuk dengan tak sihat.
Tapi org kurus pun ada jugak tak sihat.
Both ada risiko masing-masing.
Yang penting bersenam dan kekal aktif lah.. baru kuat macam Superman.

Jadi, jangan bimbang lah dengan cakap orang..
Yang penting kita happy dan bahagia ..
Hehehe
Pandai jaga diri kan


22 October, 2010

alien: Lancer vs Inspira

Semua pasti sedia maklum dengan kemunculan Proton Inspira. 
Sebuah model yang menambah bilangan keluarga dan kerabat 
Proton di Malaysia.
Inspira ini adalah model yang diwujudkan bagi menggantikan Waja.

Kelihatan memang Inspira ini saudara kembar kepada Lancer.
Cuma lain nama keluarganya dan tempat asalnya.
Lancer dari Jepun, nama keluarga Mitsubishi.
Inspira dari Malaysia, nama keluarga Proton.

Nak kata ciplak, katalah
Nak kata tiru, katalah.
........

Apedehal..
Kat dunia ni pun ada 7 orang yang sama rupa kan..
Apapun, semoga penjualan Inspira suksess ...






Bila keluarga jauh berjumpa:


P/S: 
Bukan aku yang buat dialog kat gambar tu..
Ni aku dapat dari emel yang telah di forward kat aku.. 
Hohohoh~


21 October, 2010

alien: bercakap dengan manusia baju hitam


Alien hijau bercakap dengan seorang 
manusia yang memakai baju hitam.
\

Eh, dia memang takde baju warna lain ke wahai mimizuzuhaha?
Hohoho
Pasti dia banyak koleksi pakaian warna hitamkan.. pasti..
(dalam hati cakap "misti baju dia tak basuh bulan2"..aahahaha)

Mesti pihak MIB tercari - cari siapa budak baju hitam tu.
Meh carik dia kat sini. 
Lepas ni jadi buruan la budak tu kan.
Hehehe

Tapi budak tu ada tiga batang jari je.. tangan kanan dan kiri
Tah - tah dia pun spesis alien gak.. siap rambut anti-graviti tu
Kompom !!!

Dari planet mana dia datang haa.....



20 October, 2010

alien: Tok Angkasa bercerita

Encik Matahari tersenyum dan mengucapkan selamat kepada Encik Pagi
Dengan senyuman lebar dan penuh bersemangat sekali
Datang pula Encik Siang menyapa sekali

Bila Encik Pagi mengundur diri
Encik Siang bersama Encik Matahari pula gagah mengharung menemani Encik Hari
Berbicara sementara menunggu Abang Senja datang melapor diri

Bila Cik Petang tiba
Abang Senja pun hadir sekali dan Encik Matahari bersiap berangkat pergi
Cik Bulan pula sedia datang sebagai pengganti
Encik Siang memanggil Cik Malam untuk sambung duti

Sebelum pergi
Encik Matahari cakap
Biarkan Cik Bulan mendodoi dan menyanyi riang bersama Cik Malam
Tentu kamu semua akan rasa senang hati

Cik Bulan balas
Harap-harap nyanyian Cik Bulan tidak menyentuh rasa Cik Awan
Bimbang pula Cik Awan bersedih dan menitiskan air mata nanti

Encik Matahari lantas membalas
Biarlah Cik Awan menangis menitiskan air matanya ke Saudara Bumi
Pasti nanti Adik Tumbuhan berasa senang sekali
Buat tenaga berbakti kepada Saudari Alam keesokan hari

Cik Malam pun mengambil tempat
Encik Matahari pula sentiasa ada di sana
Disebalik Cik Malam
Selalu tersenyum sentiasa melihat semua

Cik Bulan pun turut senyum melihat Encik Matahari yang bersemangat
Yehh ..
Indahnya alam kan ...





alien: perutusan untuk warga Melaka

"Assalamualaikum,
Salam sejahtera dan selamat pagi semua ...
Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan tahniah kepada negeri Melaka kerana menjadi negeri maju pada 2010. Yang mana pengistiharan itu akan di berlaku pada jam 20:10, pada tarikh 20.10, pada tahun 2010. 
Tahniah sekali lagi..."

Semalam aku berada di Melaka kejap je.
Gambar Ketua Menteri Melaka dah sedia terpampang di simpang - simpang utama jalan untuk sambutan itu.
Dengan tema pengistiharan "Melaka Maju 2010".
Para kontraktor pula bertungkus lumus mengindahkan jalan-jalan utama; menanam bunga, meletak lampu - lampu .. poster, bendera dan sebagainya.
Meriah .. lah

Banyak kawasan industri dah diwujudkan kat Melaka sejak aku tamat belajar di sana yang mana industri itu serba sebanyak membantu untuk menjana ekonomi Melaka. Di samping sektor pelancongan yang banyak menarik pelancong baik dari dalam atau luar negara untuk mengunjung Melaka. Banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati hingga wujudnya frasa "Melawat Melaka bererti anda melawat Malaysia ...". hatta rombongan sekolah pun meletakkan Melaka antara tempat yang wajib dilawati. Hehehe.

Apa - apa pun tahniah lah untuk orang Melaka.



19 October, 2010

alien: kecik - kecik lombok rawit

Ahahaha
Ahahaha

Wujudnya kumpulan samseng terbaru ~
Nampak aje kurus keding
Badan takde la segagah mana
Tapi ke'samseng'an jelas wujud di dalam diri mereka

Ngeh ngeh ngeh

"You lot are a bunch of thugs"
Heading berita kat the sun.

1. Terjahan kasar Jack Wilshere kepada striker Nikola Zigic, yang menyebabkan dia dibuang padang. 
2. 'Terjunan' yang berjaya dari Marouane Chamakh dari bentesan lembut Scott Dann, dan Samri Nasri dapat menyudahkan penalti. 
3. Terjahan lutut Nasri ke belakang Liam Ridgewell, Alex McLeish berpendapat patut dilayangkan kad merah. 
4. Satu pukulan ke muka David Murphy yang memerlukan jahitan kecil. 
5. Tackle "gunting" dari Emmanuel Eboue pada Ridgewell.

Miahahahaha.... 
Marah gile Bos Birmingham dan anak - anak buahnya ..

Arsenal pun tau main kasar la weh..  



Reaksi Wenger.

"Bagus - bagus ... " sambil buat isyarat jempol ke atas.



15 October, 2010

alien: katak pulak dah

Tadi selak - selak buku ..
Muka buku ..
Kawan aku post status, pasal mimpi ular sawa bunting belit tiang kat bilik mandi rumah dia.
Eh, dah takde benda lain ke ular tu nak belit.
Iskh3..

Em,
Naruto .. pernah dengar nama tu?
Tipu lah kalau korang tak pernah dengar ..
Mungkin sipi - sipi dengar ke, korang lupe
Kawan - kawan, jiran sebelah rumah, anak sedara, adik .. mungkin pernah sebut nama tu kan
Tapi aku bukan nak cerita hikayat Naruto nih
Hikayat si Naruto biarlah si Masashi Kishimoto yang ceritakan

Dalam tu ada si Jiraiya kan
Then, ada katak kan ..
Katak?

Alkisahnya ..
Beberapa hari lepas aku ada mimpi pasal haiwan bernama katak ni
Masa tu, petanda awal demam dah hadir dah
Mimpi yang berpetanda atau tidak, aku pun tak tahu

Rajin pulak aku google tadi
Cari pasal mimpi katak nie
Ni pengaruh ular sawa kawan aku la ni.. cis

Dalam mimpi tu
Aku membuka sliding door rumah aku
Lepas tu ada seekor katak melompat menuju aku
Tuju tepat ke dada
Aku elak
Tapi, katak tu tuju gak ke tempat yang sama
Dan ... aku terjaga

Pergh, terasa macam geng - geng Naruto plak termimpi katak neh
Aura katak tu meresap dalam badan kot
Jiraiya turunkan ilmu dia kat aku la ni
Hak
Tapi fikir balik
Ngeri pun ada
Pelik

Moga dijauhkan perkara yang tidak elok..
Amin ~



Pandangan Jiraiya:



"Secara rasminya kau adalah anak murid aku ..." kata Jiraiya dengan gaya sinis ketika aku bertanya alkisah mimpi tentang si Katak.
"Erk ..."

Tipulah ...


13 October, 2010

alien: angel-lah

He feel happy for her and at the same time he cry inside..
His stomach grow uneasy..
He smile, showing big smile to her.. pretend to be happy but very pain inside..
She has found her hero
Unfortunately, he not the hero

He just guardian angel..
A good one, but now he just alone
Although hurt, he feel proud

-----------------------------------
Itu yg aku nampak-lah
Ada sisi dalam dirinya telah menjadi kosong tak terisi
Dia perlu segera bangkit-lah
Segera mencabar dunia di depannya
Cepat sembuh dan terus berlari dengan berani
Mungkin apa yg dicarinya akan ditemui di depan sana
Insya`Allah..


alien: separa sedar

Semalam Selangor vs Kelantan.
Dengarnya ada yang meninggal akibat sesak nafas atau bergaduh.
Entahlah ..
Hanya tuhan saja yang tahu, sebab aku tidak berada di tempat kejadian.
Kelihatan scene bolasepak kita semakin meng'ganas' ..
Ini adalah gejala yang tidak berapa sihat, perlu dielakkan.

Pengguna jalan raya kita juga menunjukkan sikap yang rakus.
Memandu dengan laju, tidak berhemah dan membahayakan pengguna yang lain.
Banyak kes kemalangan berlaku di sana - sini, baik pada musim perayaan .. hari cuti .. hari minggu mahupun hari biasa. Tapi, pengguna jalan raya di Malaysia semacam menutup mata dan tidak mahu mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku yang tercetak di dada akhbar.. tersiar di tV mahupun tersebar di Internet.
Bila mereka akan sedar?


Ohoi~


Terasa melayang - layang je hari ni.
Bukan sebab pengambilan dadah... erk !! ubat yg di beri doktor, sebab hari ini aku tidak menelan sebarang jenis ubat termasuklah panadol atau upharmol.
Mungkin efek virus - virus durjana yg belum tewas.

Terasa hari ini juga slow and steady seirama dengan keadaan aku yg masih dalam keadaan separa sedar.
Harapnya esok kembali menjadi normal semula.
Hohohoho






11 October, 2010

alien: dunia hanya pinjaman

"Sesulit apapun yang kalian alami dalam hidup nanti,
tumpahkanlah semua keluh dan airmata kalian itu hanya kepada Allah.
Menangislah hanya di tahajud kalian,
dan biarkanlah Allah yang mengurus kalian semua.
Tangisan fakir miskin, yatim piatu dan orang-orang yang teraniaya
akan menggetarkan tiang-tiang Arsy."


Quote ini aku pinjam drama
Para Pencari Tuhan
Saat Asrul menyampaikan amanat kepada anak - anaknya
Tersentuh habis..



alien: cuti cuti emcee

Sroot~
Soooot~
Hingus degil cuba meleleh
Tapi tak boleh
Tersekat kat dalam hidung aje
Nak bernafas payah sikit
Ohohoho.

Pergi klinik jumpa doktor.
Dia cek sana sini, then pembantu berubatan kasi ubat.
Tak lupa sehelai kertas ..

Viral fever.
Itulah perkataan yg tertulis kat kertas itu.
Sakit yg disebabkan oleh virus jahat.
Itu yg aku paham lah.
Jangan tanya lebih-lebih sebb aku bukan doktor mahupun pelajar jurusan perubatan.

Dapat cuti sehari.
Alhamdulillah.

Doktor suruh telan sup - sup aje.
Minum air banyak - banyak.
Ohohoho.

Dikesempatan ini
Nak bercuti dari alam maya kejap lah.
Nak menyelami kisah
"Bila Tuhan Berbicara" & "Landasan Maut"

Hehehe
 


09 October, 2010

alien: Jom Kahwin Ramai - Ramai II

Assalamualaikum ..
Salam sejahtera ..
Kabare ..
Hello ..

Ini adalah edisi kahwin beramai - ramai ..

Tahniah dan selamat diucapkan kepada pasangan mempelai yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini.
Semoga bahagia selamanya dan dimurahkan rezeki..
Amin~






Puteri Rabiatudawiah dan Azril Azraf
091010














- Pengantin perempuan adalah rakan sekuliah di UiTM
- Gambar di ambil dari Facebook sebab aku tak sempat nak menghadiri majlisnya
- Majlis kat Janda Baik.. memang la aku tak dapat pergi, hehe
- Tahniah ~



Zaryatul Akma dan Mohd Nor Fahmi
091010














- Ini adalah gambar waktu pernikahan, gambar majlis aku takde .. reason, tak bawak kamera.
- Pengantin perempuan adalah rakan di UiTM
- Tahniah




Muhammad Taufiq Shahrul Effendi & Shazrin Shazhana Shafee
091010


















- Yang ni pulak dua - dua kenalan di UiTM jugak
- Yang laki tu aku punya senior dan yang perempuan tu aku punya junior
- Gambar kahwin pun aku tiada, tak dapat hadir majlis mereka
- Gambar diambil dari Facebook
- Tahniah




Selamat Pengantin Baru ~ !!!




08 October, 2010

alien: nafsu si sawa

"Nyum ... nyum .. nyum ..."
"Nyum ... nyum .. nyum ..."
"Nyum ... nyum .. nyum ..."


Dia menelan santapan pagi itu dengan berselera sekali.
Tidak peduli jeritan - jeritan kecil anak si mangsa.
Merintih sayu melihat ibunya di ratah dan di telan hidup - hidup tanpa belas.

Dia menjeling tajam ke arah anak - anak mangsa dan melemparkan pandangan tajam yang memberi maksud, "Esok lusa giliran korang pulak.."

Si anak berganjak sedikit demi sedikit dan melihat dari jauh.
Sambil tak henti - henti merintih nasib yang tinggal sebatang kara.
Si anak bermundar - mandir jadi tak keruan.






"Apa bising - bising tu Sadik .. pergi sana tengok ..", bapanya menyuruh dia men"survey" keadaan bising - bising di pagi itu.



Dia berjalan menuju ke arah bunyi bising itu.

Tigapuluh saat kemudian dia sampai ke tempat bising itu.
  
Dan terlihat olehnya
Ibu ayam sedang diratah oleh seekor pemangsa buas.
Pemangsa buas yang tidak berkaki.

Hatinya berdegup kencang ..
Perlahan dia berundur. Laksana si pendekar dia melarikan diri.
Selaju angin



Dua minit empat puluh saat kemudian
Dia kembali ke tempat tadi

Kali ini dia datang bersama bapanya.
Musuh tidak kelihatan, yang tinggal hanya helaian bulu - bulu yang boleh dibuat shuttle cock.
Bapanya menguis-nguis kesan bukti di atas tanah dengan sebatang paip besi.

Dia berdiri tidak jauh dari tempat bapanya berdiri.
Matanya meliar ke kanan dan ke kiri. Berwaspada
Bimbang musuh akan menyerang kembali.
Golok di tangan kanannya di genggam erat.

"Dahlah .. rezeki dia pagi ni..", pujuk bapanya ketika melihat muka Sadik yang tegang.

Dia diam, tiada kata - kata yang terluah.
Reaksi masih seperti tadi. Tegang dan serius.


"Jomlah, mak kamu dah rebus ubi tu ... cicah dengan sambal belacan sedap nie ..", bapanya berkata sambil melangkah pergi.

Dia membuntuti langkah bapanya.
Mukanya sedikit kecewa
Dalam pandangan matanya masih terbayang seekor ular sawa batik sebesar tin planta sedang membelit dan menelan ayam peliharaannya.

"Dahlah tu, jangan kecewa sangat.. kita bela la ayam baru..itik ke.. angsa..", bapanya berkata ketika melihat wajah muram anaknya itu.









Tapi sebenarnya,
Jauh di sudut hatinya dia kecewa kerana terlepas kulit si ular sawa itu.
Heh.

Alahai Sadik ...



alien: teater muzikal lah pulak

Diam lebih baik dari bercakap
Tapi ada jugak berpendapat, diam itu boleh membuat orang lain marah. Bergantung pada situasi ..

Situasi yang bagaimana?

Di mana kata - kata kita diperlukan untuk menjadi bukti ..
Di mana percakapan kita perlu untuk menegakkan kebenaran, menjernihkan suasana ..
Juga apabila kita diperlukan untuk menegah kemungkaran ..
Antaranya ..
Banyak lagi sebab kita perlu elak dari berdiam
Tapi tidak berdiam bukan bermakna berbuat bising tau


Dan ..
Malam ini aku akan berdiam menyaksikan Teater Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya
Teater ini yang sepatutnya melabuhkan tirainya pada 3 Oktober telah dilanjutkan sehingga 9 Oktober kerana sambutan yang luar biasa dari peminat teater dan juga masyarakat di luar sana.

Full house .. tiap kali persembahan
Dapat seat belakang pun dah bersyukur
Heh


Mari menonton !!!


: Untuk rekod, ini adalah kali ke-3 aku jejak kaki ke Istana Budaya untuk menonton persembahan teater selepas Natrah dan Antara .. bolehlah kalau nak cerita pengalaman kat anak cucu esok.. Hehehe



06 October, 2010

alien: sisipan puisi

Allah
Aku tidak meragukan kekuasaanMu
Ombak di lautanMu yang tenang ini bisa seketika kau buat menjadi gelombang yang besar
Dan menenggelamkan segala apa pun yang mengapung di atasnya
Aku tidak meragukanMu

Bahkan bila kau berkehendak
Engkau juga bisa membuat matahari terbit dari Barat dan tenggelam di Timur
Tidak ada yang sulit buatMu Allah

Jadi apa susahnya engkau melumerkan kekerasan hati Haji Romli
Dan menjodohkan aku dengan Sarah

Please Allah
Please

Aku memang baru belajar agama
Tapi aku juga hambaMu kan
HambaMu yang juga berhak memohon pertolonganMu

Jadi please Allah
Aku Mohon dengan sangat
Mohon dengan sangat




:taken from Youtube

Scene yang menarik dan menyentuh dalam filem "Kiamat Sudah Dekat"
Tawakal dan berserah kepada kekuasaanNya

alien: jangan cari aku lagi

"Aman dan tenteram dah ..
Belek - belek surat khabar dah takder ..
Tengok kanan kiri depan belakang orang dah tak peduli ..
Boleh lah kami hidup kembali dengan aman .."

"Orang kat luar sana, dah lah tu jangan peduli lagi ..
Biarlah kapal kami berlegar - legar kat angkasa ..
Biarlah kami merayau - rayau di mana - mana ..
Jangan di cari kami lagi .."

Hehehe 

Memetik kata - kata dari wakil alien di muka bumi yang aku jumpa kelmarin.
Tujuan diorang datang tak lain tak bukan hanya untuk melancong.
Mereka tertarik dengan kempen - kempen macam Visit Malaysia, Visit Singapore ...
Kasi lah mereka peluang ..
Jangan di cari mereka lagi dah ..

04 October, 2010

alien: imagi yang liar

Wooohhooo !!!

Girang di dalam hatinya. Matanya terus fokus ke hadapan, memintas segala jenis kenderaan dua roda. Dari jenama Honda, Yamaha, Suzuki ... hingga ke Modenas. Ada sebuah Kawasaki Naked meluru pantas ke hadapan, dia tidak berjaya mengejarnya.

Walau apapun, dia terus laju membelah angin pagi yang dingin.
Di belakangnya ada beberapa jentera Honda dan Yamaha mengekori, tidak terlalu rapat; kapcai.
Pagi itu semua kenderaan empat roda bergerak perlahan, semua pemandu menekan pedal minyak dengan berhati - hati. Kesesakan berlalu di laluan tol dan susur keluar ke simpang yang berdekatan.

Vrooom ... ~
Vrooooooommm .. ~

Semakin yakin dan berani dia memecut di laluan motor.
Selekoh demi selekoh dia ratah selamber, walau ada beberapa ketika terasa seperti tayar belakangnya terbuang sedikit. Hampir hilang kawalan akibat jalan basah serta berpasir.
Tapi itu tidak menggentarkan naluri kelajuannya.

Dia terus memecut laju macam di rasuk roh Mick Doohan.
Hatinya melonjak melihat sebuah lagi selekoh.
Dia bersedia ...


Skrett.....
Krassshhh ~!!

Dia jatuh.
Bergesel dengan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang gadis india.
Dia hilang kawalan ke atas jenteranya.


Jalan licin dan selekoh yang agak berpasir melenyapkan egonya pada pagi itu.





Sebuah kawasaki hitam berhenti, seorang riders memakai riding jacket berhenti di tepi sambil mengawal lalu lintas. Keadaan macam suasana motoGP, masing - masing memperlahankan kenderaan ketika mendekati kawasan kejadian. Terdapat beberapa orang membantu.

Ternyata dia telah tewas di selekoh itu pada pagi itu.
Nasibnya baik, dia hanya cedera ringan. Gadis itu juga.


- kejadian benar yang diolah buat pengajaran para pembaca, berdasar pemerhatian penulis.


03 October, 2010

alien: open house .. its good

Hohoho ..
Masuk bulan syawal, ramai yang buat open house. Ajak rakan taulan sedara mara datang rumah. It's Good ~ 
Dan menjadi kewajipan kepada kita memenuhi jemputan selagi termampu kan. It ethics ..
Kalau dah makan, kena bakar baru sihat tubuh badan.
Heh.

Pagi sabtu yang redup dan permai sesuai untuk aktiviti berlari - lari anak sambil - sambil tu sprint la..
Lama dah stop exercise ni, sejak mula puasa hari tu.
Tambahan pula, sejak dah kerja aktiviti beriadah pun dah kurang.
Stamina dah foul abis. Alignment pun dah lari.
Tapi dapat gak la 3 1/2 round padang bola. Cukup la untuk warming up.
Macam enjin kenderaan gak, kalau lama tak jalan .. perlu panas kan dulu.
Kasi bawak slow-slow, dah sebati baru boleh lenjan.
Hahaha

Anda bagaimana?









Lagu yang aku layan masa karok bersama rakan sebaya siang tadi.
Jerit abis ~
Puas ....
Hahaha ..
Pasni boleh form group Alien & Computer .. 


:Video dari youtube




01 October, 2010

alien: kata dan tulis

"Aku tak betah.."
Ya ..
Kau tahu apa itu betah?
Kalau tahu baguslah, kalau tak tahu buat - buat tahu.
Later - later baru carik ye.
Heh.

Manusia itu secara kasarnya,

Ada yang petah berbicara bila berkata - kata. Sebutan yang keluar dari mulutnya lancar dan laju macam air terjun, sungai yang mengalir.. penuh smooth ~ tiada sekatan dan halangan. Terpesona seketika dikala mendengar hujah - hujah yang laju terjun dari mulutnya. Lidahnya menari - nari lembut gemalai .. indah. Mulut Manis, Ringan Mulut ... antara istilah untuk golongan ini. Ada yang kata seorang yang petah berbicara itu tergolong dalam genius, kata - katanya synchronize dengan pemikiran otaknya.  Tapi ada juga yang pendiam tapi genius kan ..

Ada pula pihak yang lancar berbicara melalui penulisan, lebih senang mengekspressi melalui tulisannya. Mencurah - curah idea datang dari segenap arah: atas, bawah, depan, belakang .. tak henti - henti sungguh petah. Membawa jari - jemari berdansa di atas papan kekunci untuk menghasilkan satu ayat yang indah. Menggoyang - goyangkan pena dan menghasilkan kata - kata yang tidak terucap di bibir tapi indah untuk ditafsir minda .. puitis dan bermakna. Boleh di hayati dan diwarisi zaman berzaman ..

Ada yang terletak antara keduanya; balance..
Ada pula yang dikurniakan keduanya. Its a gift.
Alhamdulillah~






Mungkin aku terletak antara keduanya: balance.
Mungkin ...

Jika anda di sana membaca
Andai terkurang, maafkan lah
Aku yang lemah


alien: 1 Ooooktoberrrr

Hari ini 1 Okt 2010, Jumaat - Kerja
Esok pula 2 Okt 2010, Sabtu - Beronggeng
Heh

Kalau dikira dari semalam ia akan mengambil masa Sepuluh hari untuk sampai ke Sepuluh, Sepuluh, Sepuluh.
Dan Sepuluh, Sepuluh, Sepuluh pula jatuh pada hari Ahad iaitu hari cuti hujung minggu di kebanyakan negeri di Malaysia.

Pada tarikh itu juga sudah teramat pasti ramai org di luar sana akan mengikat tali pertunangan, melafaz kata - kata cinta untuk pasangan, melangsungkan majlis perkahwinan, majlis hari jadi .... dan sekian sekian sekian. Lately, ramai yang memilih tarikh yang cantik - cantik macam tarikh Sepuluh, Sepuluh, Sepuluh untuk melaksanakan sesuatu.

Harapnya segala perancangan anda pada Sepuluh, Sepuluh, Sepuluh berjalan dengan lancar dan penuh bermakna.


SatuSatuSatuSatuSatuSatu - No area kawasan - Nombor hujung ganjil utk lelaki & Nombor hujung genap untuk perempuan

Anak siapa lah yang bertuah untuk pakai I/C nombor camnikan... hehehe