24 October, 2008

Bravo to all bloggers..

Bravo kepada semua bloggers di Malaysia mahupun di luar negara. Samada menggunakan laman blog spot, word press atau hosting yg berbayar. Sambil anda berblog atau melayari internet anda menjana pendapatan menggunakan iklan dari nuffnang seperti di blog gua ni, atau korang boleh menggunakan google adsense. Pengiklanan menggunakan adsense nie, gua masih dalam prosess pembelajaran lagi. Kira gua nie status masih rookie. Heh.
Gua salute kat korang semua yg berblog di alam maya ini. Bagi gua, ia ibarat wartawan di dalam internet. Melapor segala macam perkara dari ilmu, berita sensasi, pengalaman, menghebah jualan dan bermacam-macam lagi. Kira berblog nie xde la boleh di kategori sebagai aktiviti x berfaedah. Sebenarnya ia adalah suatu aktiviti yg berfaedah dan bagus. Disamping melatih kita belajar ia ia membiasakan diri kita untuk menaip dan berfikir dgn pantas kita boleh guna saluran yg ada untuk menjana pendapatan sampingan. Tapi ramai org yg bagi gua still buta kot, drg memandang rendah dan memperkecilkan sesiapa yg berblog nie. Drg x sedar ramai yg dah berjaya menjana pendapatan dari aktiviti ini. Kunci dia "usaha tangga kejayaan". Yelah kan, manada kejayaan datang bergolek. Kalau korang nak tahhu lebih pasal rahsia mendapat pendapatan melalui aktiviti berblog nie, rajin2 la g jengok blog saudara Irfan Khairi dan saudara Noorizam Shah. Banyak lagi la, kalau korang korang rajin mencari.
Peluang ada dimana-mana. Cuma usaha yg menentukan kejayaan kita tue. Zaman sekarang ramai org melayari internet untuk mencari maklumat, membeli barang, membayar bil serta urusan-urusan lain. Inilah peluang anda, gunakan blog anda sebagai salah satu sumber anda menjana pendapatan. Bagaimana caranya? Anda boleh menarik perhatian pengunjung atau traffic dgn menjual barang, perkhidmatan dan pelbagai lagi la. Ikut kreativiti anda. Biarlah org yg tidak tahu memperkecilkan anda, asalkan poket anda berisi. Apabila mereka tahu, mereka akan merasa kecil di mata anda. Cam "Sweet Revenge". Heh..Jgn berdendam atau berniat membalas ye kawan-kawan sekalian. Tak elok. Okeh, pape pun gua nak ucap :
Salute To All You Bloggers !!
~kerana menjadi diri anda~

23 October, 2008

Celcom ? Digi ? Maxis? U mobile ?

Celcom ? Digi ? Maxis? U mobile ? . Sekarang anda pilih antara rangkaian mudah alih nie. Mana pilihan anda. Telah dilancarkan secara rasminya satu cara yg di panggil MNP atau Mobile Number Portability yg mana pengguna rangkaian mudah alih di Malaysia boleh menukar rangkaian sedia ada kepada rangkaian pilihan yg lain.
Iklan mengenai perkara ini telah pun di lancarkan di television. Gua tengok celcom menampilkan Harith Iskandar sebagai model iklan mereka. Mana kala Digi menggunakan kartun org memancing. Cuma Maxis gua x tengok lagi. Untuk maklumat lanjut korang boleh la layari http://www.maxis.com.my/mnp/about.asp, http://www.celcom.com.my/cep/xresources/CelcomCORP/mobile-number-portability/index.html, http://www.digi.com.my/switch/index.html.
Anda tidak perlu risau, MNP ini tidak memberi kesan kepada sesiapa yg tidak ingin menukar ke nombor lain. Pada dasarnya MNP ini adalah program di mana pengguna boleh menukar kepada rangkaian lain seperti Maxis, Digi, Celcom dan lain-lain dengan mengekalkan nombor sedia ada. Maksudnya, anda tidak perlu la tukar nombor lain. Cara ini memudahkan kerana, sekiranya menukar nombor lain kita perlu beritahu nombor baru kita kepada saudara mara atau kawan kawan. Kira bagus gak la MNP kepada sesiapa yg mahu tukar rangkaian la.
Kepada anda yg mahu menukar rangkaian, apa anda perlu buat adalah pergi kemana-mana pusat rangkaian utama atau yg rasmi dan hanya bawa MyKad atau ID yg berkaitan. Mudah saja. Atau cara lain anda boleh menukar secara online. Apa anda perlu buat adalah melayari rangakain yg anda mahu tukar, kemudian ikut langkah yg di beri.
Menurut apa yg gua baca, skang tengah promosi dan mereka menawarkan khidmad percuma sekiranya anda mahu menukar. Pada masa akan datang cas perkhidmatan sebanyak rm25 mungkin akan dikenakan. Nasihat gua kat sini, jgn la terburu-buru tukar ke rangkaian lain. Teliti dan nilaikan apa yg anda mahu samada bertepatan dgn plan yg di sediakan oleh rangkaian yg anda guna sekarang.
Perlu di ingat. Berfikir sebelum bertindak adalah amalan pengguna bijak. Heehee

Lemang Warisan a.k.a Traditional Food

"Lemang is a traditional food, originating with the Minangkabau people of Indonesia and Malaysia, which is cooked in a hollowed bamboo stick lined with banana leaf to prevent the rice from sticking to the bamboo. Usually prepared for festivities such as Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji, lemang is made of glutinous rice and coconut milk, with salt added for taste. Some lemang recipes add corn. Lemang is usually eaten with rendang. Lemang is also popularly eaten with durian; unsurprisingly the demand for lemang increases dramatically in West Sumatra after durian are harvested. Lemang has been the official food identity of the state of Negeri Sembilan". Taken from wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Lemang).
Gua memang x menafikan lemang nie memang popular kat Negeri Sembilan. Walaupun begitu, kehadiran lemang ni pada masa sekarang dapat kita perhatikan di kebanyakan tempat di luar dari negeri sembilan. Pengaruh lemang ni semakin menular dan kesedapan rasanya berjaya menambat cita rasa rakyat malaysia ni. Kalau macam tempat gua ni, kawasan biasa org jual lemang kat area Telok Panglima Garang, Jenjarom dan Olak Lempit. Kawasan lain tue gua x berapa nak igt ade ke tidak. Kalau dah makan lemang kene la pulak dengan rendang die. Pergh ~!! Giler layan la org cakap. Tapi lemang ni x elok makan byk. Sebab die di buat dgn beras pulut serta santan. Tak berapa elok untuk kesihatan. Member gua ade cakap, sapa ade kencing manis xelok makan lemang. Gua x tau r pulak.
Tapi banyak-banyak lemang yg gua jumpe atau korang jumper kemungkinan ade yg x asli. Maksud asli kat sini bukan la tukang bakar tu atau lemang tu asli dari Negeri Sembilan. Tapi x asli sebab ada antara penjual lemang tu yg merebus lemang tu dulu kat umah kemudian buat-buat bakar lemang tu kat kedai drg. Heh. Macam-macam teknik yg drg gunakan untuk Yela, drg cakap bakar lemang lama. Nak jimat masa drg pun rebus. Walau zahir die nampak lemang, tapi rasa dia lain dari lemang yg dibakar. Kalau nak tahu rasa dia ape yg lain, korg try la beli lemang yg betul-betul dibakar ngn yg direbus. Atau pun korang tye la penggemar lemang.
Kita boleh agak lemang rebus tu segi luaran buluh tu. Kalo buluh tu lawa je x berapa rentung, rebus la tue. Hehe. Tapi, peniaga nie pandai memacam trick drg buat nak bagi kita x tau. Gua lemang x brape nak layan, gua layan ketupat daun palas jer.
Tapi kalau korang nak gak try lemang asli. Gua ade sorang kawan nie, bapak die boleh dikatakan pembakar lemang yg handal. Gua kata handal sebab die bakar lemang 2 jam jer. Gile cepat seh. Gua sempat interbiu sket la kan, menurut bapak die ni. Dia bakar lemang sebagai hobi di masa lapang. Then, die gemar bakar lemang guna api besar. Sebab tue cepat masak. Ramai org bakar lemang guna api kecil atau bara sebb drg takut rentung. Bapak member gua nie, pandai jaga lemang tu supaya x rentung. Pasal tu cepat jer lemang dia masak. Lemang die nie terkenal kat area Rawang. Tue member gua la cakap. Gua xtau la kan, sebb gua tinggal Banting jauh dari Rawang. Heh.
Rasa lemang die nie ade manis sikit ngn wangi sikit. Puas hati la org cakap. Ramai gak mengoder lemang dari bapak die nie. Gua makan lemang die nie, time gua g raya rumah dia hari tu. Berbaloi la jalan jauh dari Banting g Rawang. Heh!. Jadi kepada sesiapa kat kawasan Rawang atau sekitar die nak order lemang rasa asli, silalah contact member gua nie. Ni no die > Sars ; 013-3098766 (opis hour only).
p/s : sars, gua publish ko nyer nombor telepon. ko nak marah dah lambat sebab dah publish. adiosh !!