Showing posts with label bunga. Show all posts
Showing posts with label bunga. Show all posts

02 February, 2011

alien: masa berkembang




(Gambar dipinjam dari sini)

".. bunga juga perlukan masa untuk berkembang menjadi bunga .."



apa ertinya?






p/s: saat ini sedang ke Tapah seketika, jadi ini entry auto publish

26 April, 2010

ALIEN say: Ujian dan Rama-rama

Tiba-tiba dapat mesej last minit dari MPM.
Adoi, napa geng-geng gomen suka bagi notis last minit. Getus hati ku mewujudkan perasaan tidak puas hati.
Hati aku berbelah bahagi, nak pergi atau tidak. Hari tu apply last minit, dapat notis pergi ujian pun last minit. Redah ajelah. Otak gile aku lantas mengutarakan pendapat.

Tiada sesiapa yang tahu aku apply post ini. Mungkin ada beberapa orang yg tahu, individu terpilih aku namakan mereka. Hehe. Anda insan bertuah kerana dapat tahu. Entahla, kebelakangan ini semacam banyak perkara tentang aku.. aku cuba rahsiakan. Makin menjadi misteri kehidupan sisi lain aku ini. 

Terpaksa slow talk dengan sahabat aku kerana aku dah berjanji utk berjumpa dengan dia. Ada sesuatu yg perlu kami selesaikan. Sembang-sembang kat kedai kopi.. sembang-sembang.. dia kasi tangguh walau agak berat hati. Aku faham perasaan dia. Terima kasih kawan kerana faham dengan perjalanan hidup aku sendiri yang cuba aku corakkan. Aku cuba mencabar diri, mengatasi keupayaan diri. Hohoho...

Nak dijadikan cerita.. jeng jeng jeng..
Dengan selambernye tak payah baca nota.. atau sumber rujukan yang ada.. aku terjah ke Sekolah di Klang iaitu tempat untuk aku duduki ujian tersebut. Bukan ujian darah mahupun ujian kesihatan. Ujian ni mudah aje. Bawak pensel 2B dengan pemadam. Hehehe

Soalan pulak, semua jawapan betul.. cume kene pilih yang mana tepat dengan diri kita la. Kira tak de la sesusah SPM ke.. STPM ke.. atau O Level... hohoho

Apa kaitan dengan rama-rama?

10 February, 2010

ALIEN say: Akhirnya.. aku memilihnya

Pernah tak korang alami.. bukan Dejavu. Bukan mimpi seram. Bukan juga kena marah mak ayah. Bukan juga pergaduhan antara balak-awek atas sebab yang kecil yang tidak munasabah. Bukan..


Mimpi ngeri pun bukan.. 
Sebab waktu tu terang, cerah, berangin sepoi-sepoi bahasa.. Ramai orang lalu-lalang kat sebelah aku..
Siap bunyi bising lagi. Mustahil la aku mimpi kan..

Tak mungkin juga aku berada di 'alam lain'.
Tak mungkin.. sbb bahasa pertuturan mereka yang lalu disebelah aku.. bahasa melayu ada.. cina ada.. india ada..
Sahih la aku kat dunia realiti kan.

27 July, 2008

Mencari erti cinta sejati...

Cinta boleh membuat seseorang itu bahagia, sengsara, sedih, tak keruan, buntu dan juga seribu macam perasaan. Kadang kala cinta itu menjadkan seseorang itu lebih berani dan lebih bermotivasi. Cinta itu membawa seribu erti dan pengertian yang berbeza mengikut individu. Tetapi apa itu cinta sejati. Cinta sejati adalah suatu perkara yang amat sukar untuk diertikan dan ditafsirkan.

Perumpamaan cinta sejati itu adalah, diibaratkan kita berjalan di sebuah taman bunga yang sedang mekar. Kita di suruh untuk berjalan kehadapan dan memilih sekuntum bunga yang berada di hadapan kita yang kita merasakan amat cantik dari yang lain. Kita tidak dibenarkan untuk menoleh atau melangkah kebelakang sewaktu mencari bunga tersebut. Hasilnya, kita akan hampa kerana merasakan bunga yang berada di belakang kita adalah lebih cantik dari yang berada di hadapan kita.

Ini menunjukkan bahawa cinta sejati itu sukar untuk di temui dan mungkin apabila kita temuinya ianya sudah terlambat dan amatlah mustahil untuk berpatah balik. Jadi, kita hendaklah sentiasa menghargai setiap perasaan cinta yang hadir di dalam hidup kita dan menjaganya agar cinta tersebut tidak layu dan sentiasa berbunga.

Jadi kepada sesiapa yang belum menikmati perasaan cinta, bersabarlah kerana cinta itu akan hadir kepada semua individu secara semulajadi. Cinta yang hakiki adalah cinta kepada Maha Pencipta.