27 July, 2008

Mencari erti cinta sejati...

Cinta boleh membuat seseorang itu bahagia, sengsara, sedih, tak keruan, buntu dan juga seribu macam perasaan. Kadang kala cinta itu menjadkan seseorang itu lebih berani dan lebih bermotivasi. Cinta itu membawa seribu erti dan pengertian yang berbeza mengikut individu. Tetapi apa itu cinta sejati. Cinta sejati adalah suatu perkara yang amat sukar untuk diertikan dan ditafsirkan.

Perumpamaan cinta sejati itu adalah, diibaratkan kita berjalan di sebuah taman bunga yang sedang mekar. Kita di suruh untuk berjalan kehadapan dan memilih sekuntum bunga yang berada di hadapan kita yang kita merasakan amat cantik dari yang lain. Kita tidak dibenarkan untuk menoleh atau melangkah kebelakang sewaktu mencari bunga tersebut. Hasilnya, kita akan hampa kerana merasakan bunga yang berada di belakang kita adalah lebih cantik dari yang berada di hadapan kita.

Ini menunjukkan bahawa cinta sejati itu sukar untuk di temui dan mungkin apabila kita temuinya ianya sudah terlambat dan amatlah mustahil untuk berpatah balik. Jadi, kita hendaklah sentiasa menghargai setiap perasaan cinta yang hadir di dalam hidup kita dan menjaganya agar cinta tersebut tidak layu dan sentiasa berbunga.

Jadi kepada sesiapa yang belum menikmati perasaan cinta, bersabarlah kerana cinta itu akan hadir kepada semua individu secara semulajadi. Cinta yang hakiki adalah cinta kepada Maha Pencipta.