29 August, 2011

alien: selamat berjiwa raya

Yo.
Malam ini hujan lebat.
Begitu lebat kawan.
Orang cakap, langit bersedih hampir berlalunya malam terakhir Ramadhan.
Sekalian alam menerima tempias kesedihannya. Apakah kita bersedih sama?

Hujan.
Ia adalah satu rahmat kurniaan Tuhan untuk sekalian hambaNya.
Marilah sama - sama kita berdoa bermohon akan rahmatnya.
Insya`Allah akan dimakbulkan.
Amin.




27 August, 2011

alien: capek deh

Aku dah penat.
Memikirkannya.
Berfikir dan berfikir semula.

Betul penat.

Biarlah aku bermula. Sendirian.
Pasrah dan tawakal kepadaNya.




26 August, 2011

alien: ingat kepadaNya selalu yah!

Secara kasarnya,
kita boleh berusaha mengelak berlaku kecelakaan walau di mana kita berada.

Tapi realitinya,
andai itu telah ditakdirkan; walau bukan kecuaian kita.
Terimalah dengan redha.

Moralnya,
ingatlah Tuhan setiap masa.

Kita hanya merancang saja kawan..


25 August, 2011

alien: jerung itu

Secara tiba-tiba terlintas dalam fikiran aku,
apakah akan terjadi dengan seekor ikan jerung yang aggresif di laut lepas andai secara tiba-tiba ditangkap dan dilepaskan di sebuah kolam yang kecil. Dan bermulalah kitaran hidupnya di ruang yang sempit itu sejak itu. Mengadap dinding kolam yang menghalang kebebasannya bergerak. Berlegar-legar di ruang sempit itu.

Apa yang jadi dengan psikologi ikan jerung itu.
Apa akan jadi dengan sikapnya yang dulu aggresif.

Kini terkongkong oleh keluasan kolam; kecil. Terkekang tenaganya yang dulu ghairah mengejar dan membaham mangsanya.Terikat kebebasannya.

Pasti sukar untuk jerung itu.





24 August, 2011

alien: satu malam yang panjang

Kok kok kok~
Kok kok kok~

Dua kali ayam jantan berkokok.
Kipas di syiling berputar perlahan.
Lampu mentol berwarna kuning memancar suram.
Jarum jam berdetik kedengaran jelas; malam kian sunyi.
Cengkerik riang berbunyi berbalas-balas.
Kapal terbang melintasi ruang angkasa di atas rumah, memadam sebentar nyanyian riang cengkerik. Sebut tentang cengkerik. Pesan orang tua dulu, sekiranya cengkerik riang berbunyi pada waktu malam. Tandanya pagi esok akan cerah. Tidak  hujan, kalau ada pun mungkin langit hanya mendung.

Tangan kanan menggaru pangkal betis; gatal digigit si nyamuk yang rakus mencari darah. Cuba mencari kelibat nyamuk, tapi tidak berhasil. Kebelakangan ini, fizikal nyamuk - nyamuk agak luar biasa. Saiznya lebih besar dari biasa. Entah kenapa. Agaknya anak -  anak nyamuk makan vitamin atau makanan supplement untuk tumbesaran yang sihat macam iklan yang selalu di tV tu kan. Appeton, Weight Gain dan lain - lain yang sekumpulan dengannya.

Kelepap!!
Tamparan ke lengan kanan. Cis. Nyamuk sempat mengelak.

Cicak berbunyi di balik almari. Pasti dia gembira berjaya menangkap serangga untuk santapannya malam ini. Serangga itukah nyamuk. Tak pasti. Boleh jadi belalang, kupu - kupu atau kumbang. Apa juga pun, pemburuan dia berhasil malam ini. Serangga untuknya melangsungkan hidup pada hari esok andai dia tidak mati disembur racun serangga.

Baring menelentang. Pandangan mata ke atas langit - langit bilik.
Jam berdetik dengan jelas seperti tadi. Cengkerik masih lagi riang berbunyi.
Si cicak berbunyi lagi. Murah rezeki dia malam ini.

Masih memandang ke langit - langit.
Mata semakin berat dan telah tertutup sepenuhnya.
Kini suasana gelap dengan tertutupnya mata.
Tapi indera lain masih bebas; telinga masih mendengar bunyi cengkerik, jam dan cicak. Hidung masih cergas menjadi laluan masuk keluar udara. Reseptor rasa kadang - kadang mengesan hinggapan nyamuk yang masih bekerja mencari darah. Sesekali tangan mengibas - ngibas menghalau nyamuk. Perasaan mengantuk langsung mematikan perasaan untuk membunuh nyamuk yang membuat onar. Mulut sedikit terbuka, menguap. Sesekali lidah membasahkan bibir yang kering.

Malam semakin larut.
Sedikit - sedikit laluan ke alam mimpi terbuka, menarik - narik fikiran dan khayalan ke sana. Menikmati indah kehidupan fantasi yang memberi ruang melakonkan watak dalam naratif cerita yang terjana dengan tidak terjangka. Boleh saja menjadi protagonis, antagonis.. ruang itu memberi tanpa ada peluang memprotes. Hanya yang ada menurut. Tahu - tahu saja sudah ada di ruang itu melakonkan watak yang diberi. Apalagi, jadi bingung seketika kerana tidak tahu pucuk pangkal bermula cerita.

Semakin hanyut dan hanyut di dalam ruang itu sama seperti malam yang makin larut.

Ah. Tersentak. Ditarik keluar secara paksa dari set lakonan alam itu.
Persetan! bisik hati sedikit marah.
Si nyamuk cuba mengintai belas kasih di pinggir telinga.
Bicaranya pelik, berbeza dengan manusia; sudah pastilah!

Mengibas - ngibaskan tangan, menghalau nyamuk pergi.
Tiada nafsu mahu membunuh nyamuk. Rasa mengantuk dan kemabukan kepada mimpi mematikan rasa itu.

Teruskan tidur lagi. Berharap akan diberi set yang tadi.
Set yang kena di hati.
Heroin yang seperti Anjelina Jolie, Cindy Crawford, Jennifer Aniston ..
Tiada hero, jangan ditanya kenapa.
Dan adanya robot yang awesome .. ROBOTJOX !! robot dengan teknologi manusia biasa. Old skool yang Futuristik. Ingin berada dalam scene robot lawan robot ini. Menggantikan tempat Achilles.

Gadis - gadis?
Ah. biarkan saja heroin yang seperti Anjelina Jolie, Cindy Crawford, Jennifer Aniston itu tadi bersantai - santai di sana. Kalau kamu mahu mereka di mimpi kamu, silakan cepat. Bukan apa, takut mereka mati terhempap robot yang sedang berlawan .. tapi jangan ambil robotjox itu. Biarkan di situ. Jangan disentuh.

Malam semakin malam, semakin pagi.
Dalam fikiran.
Tertanya -  tanya. Bila agaknya Hollywood mahu me'remake' filem ini.
Lupakan sejenak robot - alien yang mahu kuasai bumi.
Michael Bay?
Anyone?

Kok kok kok~
Kok kok kok~
Kok kok kok~

Ayam berkokok lagi.
Berrrrrrkkkkooookkoook laaaa....giiii.
ZzzzZZZzzzZZz..


21 August, 2011

alien: satu hari di bulan Ramadhan

Cuaca hari ini panas.
Untuk menyejukkan badan, marilah kita petik kelapa tepi rumah.
Oh, hantar tebu yang dah siap dipotong untuk dimesin pun ok.
Korang nak ke?
Marilah datang ke rumah.
Kita minum - minum sampai kembung.



20 August, 2011

alien: aku dan mimpi mu

Semalam aku bertemu kamu;
di dalam mimpi
Walaupun kita bisu;
aku dan kamu tiada bicara

Aku tetap senang di situ
berada dekat dengan kamu















14.08.11, 6.15am


19 August, 2011

alien: what does not kill you makes you stronger

Em.
Hari ini aku tewas lagi. Salah aku sendiri. Silap aku sendiri.
Dan kini, peluang itu menjadi tipis.
Persaingan sengit menolak aku dari situ. Itu yang aku rasakan.

Perancangan jangka pendek pula telah membebani aku.
Semakin rapat mengekori di belakang.
Aku sesak kawan. Betul, sesak. Dan aku tak suka perasaan itu.
Tapi dia sering saja datang dan berkata "hello!" padaku tiap hari.
Tiap hari tanpa rasa jemu. Apalah dayaku.



16 August, 2011

alien: teruskan mendaki gunung itu tanpa lelah

"Insan yang mempunyai pencapaian yang hebat pasti menempuh lebih banyak kegagalan berbanding insan yang biasa-biasa sahaja pencapaiannya. Jadi janganlah sesekali berputus asa jika kita mengalami kegagalan. Teruskan berusaha dan mencoba sehingga berjaya.."

pesan Khairul Fadhli di dinding muka bukunya.




15 August, 2011

alien: sang pengkelana rindu

Aku melompati tebing itu sedaya adanya
hujung jari mencuba tuk gapai hujung sana
entah kenapa secara tiba-tiba;
ikutkan rasa hati !!

Tidak sampai separuh pun lompatan
aku menjunam jatuh;
telah aku tahu itu
Dengan tenang aku senyum;
pasrah

Ah,
Logiknya aku sendiri menjadi hairan
pelik dan merasa sungguh ajaib
jatuhan kebawah menjadi perlahan dan perlahan;
tetap menuju ke bawah

Semakin lama dan semakin jauh
semakin dalam dan juga gelap
jatuh dan terus jatuh tiada henti
Jatuhan yang tiada dasar;
di angkasa rayakah aku ini?


10.08.11, 12.07am



alien: bilamana bulan terang mengambang

Bulan yang mengambang separuh, tadi telah menjadi bulan purnama yang terang menyinar megah di dada langit dunia; menjadikan perasaan aku yang rapuh kini kembali gah. Diam aku berharap bulan itu akan terus menyinar memancar menerangi jalan yang aku tempuhi.

Kekal bersinar dan terus menyinar; semangat!!



Penjejak Neraka 


























14 August, 2011

alien: cakap - cakap EPL VII

"Tarik baju kau!!" 
Barton dengki melihat baju baru Gervinho yang merah menyala.



















Apada ref, orang yang ditarik baju dibuang padang. Memang pelakon terbaik la Joey Barton ni. Komentator cakap "bad boy Barton". Marah aku dengan dia ni, menyampah. Buat muka tak bersalah.






12 August, 2011

alien: mitos untuk gigi cantik

Tooth Fairy. Pari - pari gigi.
Orang barat cakap pari - pari itu adalah sejenis makhluk bersayap. Kadangkala ia digambarkan sebagai spesis yang baik dan kadangkala ia digambarkan sebagai spesis yang jahat. Pari - pari gigi ini tergolong dalam kumpulan makhluk mitos seperti Goblin, Gnome dan spesis lain dengannya. Tugas pari - pari gigi adalah mengambil gigi kanak - kanak yang patah. Ahha. Macam mengumpul setem. Mitos orang barat. Mitos tentang gigi versi barat.

Aku pun ada mitos pasal gigi versi zaman kanak - kanak aku. Bila ingat balik, aku senyum lebar. Bukan mentos, zaman awal 90an dulu belum ada mentos tu.

Versi aku tiada kaitan dengan pari - pari gigi, dewa gigi, syaitan gigi, hantu gigi atau band Gigi tu. Tetapi tentang kepercayaan karut zaman kanak - kanak pada masa itu. Aku rasa kanak - kanak zaman ini tak tahu rasanya. Sebab diorang sibuk bermain psp, x-box.. tonton tom tom bak, tiada masa nak tahu hal - hal karut orang dahulu. Jadi, mitos zaman kanak - kanak orang dahulu yang boleh menjadi pengalaman manis dan membuat tersenyum lebar tidak diwarisi; kepercayaan karut itu akan tertimbus oleh zaman. Ahha. Rugi betul.

Kanak - kanak pada masa itu; zaman aku. Mereka percaya, andai gigi bahagian atas yang patah hendaklah di campak ke bawah manakala andai gigi bahagian bawah yang patah hendaklah di campak ke atas. Bukan main buang ke dalam tong sampah atau longkang.

Rasionalnya adalah, untuk membantu pertumbuhan gigi. Itu sahaja. Jika gigi bawah kita campak ke bawah dan gigi atas campak ke atas, pertumbuhan gigi akan lambat atau tidak tumbuh atau berterabur; pemikiran kanak - kanak, percaya saja apa yang orang cakap .. innocent kan. Iyelah, nanti mulut tak hensem. Siap kena ejek dengan kawan - kawan. Malu lah.

Bila dah menginjak dewasa sikit. Masuk darjah satu.
Baru tahu ianya adalah mitos. Ceh.
Tapi, disebabkan aku mengikut mitos itu .. sekarang gigi aku hensem.
Yang ini betul. Betul. Ini serious ~



alien: Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Karim. “Ramadaan has come to you - a blessed month.

Ini adalah bulan Ramadhan.
Bulan yang mulia.

Oh, aku ingatkan aku sorang saja yang perasan.
Masing-masing kan dah besar boleh berfikir.
Ada tu yang bersekolah menengah, ada tu yang sudah kerja.
Bila ditegur, melenting tak puas hati.
Bila ditegur, tak dengar kata.. azan pun boleh buat tak tahu.
Nak di macamanakan?

Em,
moga pintu hati mereka akan terbuka satu hari nanti.
Amin~ 




10 August, 2011

alien: lengkaplah satu kisah

Bintang Kejora !!!!

Maka telah lengkaplah tetralogi Laskar Pelangi aku.
Lasykar Pelangi dan juga Sang Pemimpi telah tiba untuk melengkapkan gandingan Edensor dan Maryamah Karpov.

Dwilogi Padang Bulan & Cinta di Dalam Gelas menjadikan kesemuanya enam karya Andrea Hirata berada dengan aku.
Enam boi !!!

Gembira nih.





alien: WUY dan BGJ

Sadik cakap kat aku semalam:

WUY 5715
itu indah

Walau beberapa detik saat sahaja adanya, kesannya dapat menerbitkan keceriaan seiring terbitnya matahari pagi. Menyapa hari yang kosong. Menawar rasa pahit hidup yang bakal dilalui hari itu.

Serius !


BGJ 7837
itu [sila isi perkataan yang sesuai]

"Alah, kau risaukan motor kau kotor berbanding brader belakang kau yang tersimbah lecak kau langgar; motornya kotor dan bajunya basah.. apa kes? Kau tak peduli pun. Kau sibuk belek-belek motor kau sambil menunggang laju.."

Hailaaah !!
Sabar banyak-banyak je la kawan.


09 August, 2011

alien: mati hidup semula

Seken chan..
[sebut sebagai Second Chance bukan Sekinchan]

Seken chan atau peluang kedua. Adakah releven di fikiran kalian?
Mengambil istilah 'tidak semua manusia sempurna'. Tiap orang pasti pernah membuat kesilapan. Sama ada kesilapan kecil atau kesilapan besar; ia tetap dipanggil kesilapan. Tua, muda.. lelaki, perempuan.. tak terkecuali, semua termasuk dalam definisi 'tidak semua manusia sempurna'.

Dengan anugerah akal fikiran yang diciptakan khas untuk manusia. Sepatutnya kita dapat memperbaiki kelemahan yang menyebabkan kesilapan itu secara berperingkat - peringkat. Tingkah laku dan perbuatan hanya dapat diubah dengan perlahan - lahan atau melalui kebiasaan yang sedikit - sedikit. Seringkali perubahan mendadak tidak memberi impak yang dalam menusuk ke jiwa; tidak memberi pelajaran untuk diri pada masa mendatang.

Seken chan

Manusia yang bijak, sepatutnya memandang kesilapan orang lain itu sebagai satu pelajaran untuk dirinya dan pengajaran untuk orang yang melakukan kesilapan itu. Tidak semua mereka yang membuat kesilapan itu tergolong dari mereka yang tidak baik. Jangan kerana hanya satu kesilapan yang mereka buat telah menutup semua kebaikan yang selama ini mereka curahkan; walau itulah hakikat kehidupan, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Berilah mereka ruang untuk memperbaiki keadaan kerana mereka tidak sempurna. Bantu mereka, fahami mereka. Andai mereka bersikap menolak tandanya mereka tidak pernah belajar dari kesilapan diri mereka; maka jauhilah mereka. Jangan menyusahkan diri kalian menarik mereka dari tepi jurang itu, takut kalian terjerumus masuk sama.

Ya, memberi maaf itu mudah semudah kita bercakap  A - B - C. Tapi, proses untuk melupakan itu paling sukar. Selalunya mereka akan kata 'time will heal our wounds'. Masa. Soalnya berapa lama yang diambil untuk itu. Tiada tempoh masa yang tertentu. Mungkin ada yang secepat sehari dua, ada yang berminggu atau bulan, atau ada yang mengambil masa bertahun.. masa yang akan menentukan dan kalian sendiri yang menentukan cepat atau lambatnya proses itu. Konsepnya, perlahan - lahan.

Roda selalu berputar. Jadi, selalu perlu beringat. Mungkin pada masa mendatang kita berada di tempat mereka. Mungkin saja dan tidak mustahil itu berlaku.

Berilah maaf kerana maaf akan membuat kita gembira. Juga menjadikan kita rasa senang. Hidup hanya sekali, jadi jangan bebankan diri dengan silap mereka yang lain pada diri kita. Beri ruang untuk mereka berubah dan menjadi lebih baik dari hari ini secara perlahan - lahan.

Jadi pendapat kalian?

A. Beri mereka ruang
B. Tiada istilah Peluang Kedua
C. Lain-lain (Sila komen)



- sekadar pendapat saja, tiada merujuk kepada individu atau kumpulan atau yang masih ada dan yang telah pergi.





08 August, 2011

alien: surrogates

Ahha~

Semalam layan Surrogates, part yang kelakar bila semua surrogates shut down secara serentak. Masing - masing jatuh secara mendadak.
Kelepap!! 
Yang jalan, yang memandu, yang berlari.. dalam bas, dalam train.. semua off secara mendadak dan hilang upaya. Kereta berlanggar satu sama lain. Basikal berjatuhan. Train mati. Tapi ...

Mana kapal terbang ye. Helikopter ke.
Kalau ada jatuhan bebas ke bawah.
Kebabom!!!
Baru la dramatik sikit.. ye dak?





alien: muchas gracias

When we stuck in between... there always a hope!!
remember that.. boi!!
al - way - s ~


.. ahaaaa, what a relief.
Now, step forward.



07 August, 2011

alien: tatkala bulan separuh


Melihatkan bulan mengambang separuh semalam, bikin perasaan aku pun tinggal separuh; sebelah terang dan sebelah gelap, atau sebelahnya telah dimakan rakus oleh raksasa mitos. Digigit hancur jadi serpihan halus dalam mulut raksasa itu.

Roarrr!!
Roarrrrr!!

Raksasa itu masih lapar. Terlalu lapar.

-Gambar hiasan "Kraken"-















alien: tercampak jatuh dari roller coaster

..dan kini aku sampai di hujung simpang,
mahu ke kanan atau ke kiri. Kedua pilihan akan ada akibat.
Pasti ada yang terasa.

"Made your choice now Idiot!!"













"Di kiri berduri, di kanan pun berduri,
arah mana harus aku tujui"

Kalau sebelum ini, tahun - tahun yang lalu aku tidak menyangka ia akan berlaku dan ia telah berlaku kini. Adakah aku telah bersedia untuknya? roda telah berputar. Antara dua jalan tu; mana satu yang aku tempuh akan merubahkan sesuatu. Merubah pecahan -  pecahan yang menyokong laluan hidup aku selama ini. Pecahan yang menjadi sebahagian kisah dan sejarah dunia aku. Pecahan yang kian longgar, menanti derai.

".. atau, perlukah aku menunggu di situ.
menanti sesuatu merempuh; mati"

Boleh saja aku menggerakkan kaki terus; meredah hutan belukar di depan, bukan menuju kiri atau kanan. Rebah, luka, jatuh sendiri. Sejuk, panas, berlapar dahaga. Biarlah aku sendiri; aku dan diri aku sendiri mencari dan mengumpul pecahan baru dari dunia yang pada suatu masa dulu yang pernah bersama aku; selamat datang kawan lama. "Aku datang kembali padamu.. seperti masa lalu". Tapi, aku sendiri ragu akan diri. Masih kuatkah aku untuk mengembara dalam dunia itu seperti dulu. Aku sendiri telah penat sejak kembaraan dulu; mencari-cari pecahan yang menanti derai kini.

"Kawan, memang silap aku,
memang semuanya datang dari aku,
aku yang khilaf..."






Dengan rendah hati, maafkanlah aku.


06 August, 2011

alien: jangan bergurau stail maut camtu lagi woo...

Sabar..
Dugaan semua tu..

Aku cakap pada diri sambil pejam mata.
Sirap selasih menjadi teman iftar petang itu.
Aku sedut perlahan-lahan. Rasa sejuk melalui kerongkong.
Laju merebak mendinginkan salur nafas. Pehhh!!
Sejuk dia bukan main, terus menusuk ke jantung membawa ke otak.
Mengangkat diri aku ke alam khayal dan terlupa sejenak peristiwa tadi.
Power!!



Serius aku cakap..
Cara Meps bergurau dengan aku petang tadi membuat aku kecil hati.
Terasa tau~




05 August, 2011

alien: friday thought VIII



"Perhimpunan berlesen, untuk berhibur dan bersuka ria ..
dan,
Perhimpunan tiada lesen, untuk menegakkan keadilan .. 

Dah jelas yang mana satu halal dan haram.
Tapi kenapa ramai yang memilih perkara yang haram itu..."

Ustaz menutup tazkirah pada malam tadi sebelum solat Terawikh.
Kenapa ya?
Sama-samalah kita muhasabah diri, merubah diri kepada kebaikan.

Semoga bulan Ramadhan akan menguatkan keimanan kita padaNya,
Insya`Allah.


04 August, 2011

alien: hi - ber - nate

hi·ber·nate 

intr.v. hi·ber·nat·ed, hi·ber·nat·ing, hi·ber·nates
 
1. To pass the winter in a dormant or torpid state.
2. To be in an inactive or dormant state or period.

Seharian dalam keadaan statik; tidak merayau ke mana-mana.
Digunakan untuk mengecas kembali tenaga yang telah lemah. Bersatu dengan suara alam; kicauan burung, deruan angin, bunyi hujan. Juga bertoleransi dengan suara-suara buatan di jalananan.

Its help. Really help.
Patut lah haiwan ada masa-masanya berhibernasi.
Ahha~




03 August, 2011

alien: cincin besi tahan karat

Kisahnya, terdapat 3 bentuk cincin stainless steel yang berada dalam simpanan aku. Cincin yang pertama ada perkataan Scorpio terukir di atasnya. Cincin yang kedua ada corak XO. Cincin yang ketiga ada corak Tulang Ikan.

Baru - baru ini muncul pula cincin keempat, secara tiba - tiba. Cincin itu kosong; tiada corak atau ukiran di atasnya. Milik siapakah? masih menjadi misteri sehingga kisah ini ditulis.

Oh, lain kali akan aku kongsikan kesemua kisah cincin stainless steel tersebut. Yang pasti cincin stainless steel itu tiada kuasa mistik. Atau unsur yang boleh memberi tenaga ekstra atau meningkatkan kecerdasan dan menghilangkan rasa mengantuk.
Ahha~

Eh, mengantuk itu indah tahu..



02 August, 2011

alien: pes - ti - cide

pes·ti·cide
n.
A chemical used to kill pests, especially insects.
 
Oh.
Need some to kill a creeping insects all over my brain.
Haha. How easy life if could simply do that. The fact; couldn't.
Em, now should tolerate and force to accept the insects as part of the brain;
for good.

Yeah.
Pathetic.



01 August, 2011

alien: mario

"Don’t be a racist. Be like MARIO. 
He’s an Italian plumber created by Japanese people, 
who speaks English and looks like a Mexican."

- haha, found the interesting quote somewhere in the net.