Print screen tu aku ambik dari fb kawan aku. Marah betul saudara itu ya~
Pada aku, bukan semua orang berkesempatan ke stadium menonton bola.
Macam aku sendiri tidak berkesempatan, aku hanya sempat menonton permainan untuk separuh masa pertama sahaja. Ada urusan keluarga.
Komen aku untuk separuh masa pertama.
(Tak boleh panjang sangat sebab aku tengok kat tv je)
Untuk permulaan permainan, Malaysia bermain baik.
Tapi semakin lama semakin kurang kreativiti dan permainan mudah dibaca oleh Singapura.
Dan Singapura pula bijak mengambil perluang yang terhidang.
Syabas!!
Berbalik kepada print screen itu,
Aku tak nak cakap apa-apalah sebab aku tak pergi stadium.
Tapi. Kalau perlu ke stadium baru boleh bersuara, aku rasa ramai yang tak layak bersuara. Contohnya macam kau layan EPL, Serie A, Bundesliga .. tiap-tiap minggu. Patutnya pasukan yang kau sokong menang atau kalah kau perlu diam.
Jangan bersuara.