Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

08 January, 2013

alien: daun kering dalam beg plastik

Ini adalah daun sejenis tanaman yang telah dikeringkan dan dimasukkan ke dalam
beg plastik yang ada zip. Heh.

























Persoalannya di sini, siapa tahu daun apakah ini?
Yang pasti ini bukan daun ketum yang sebabkan ketagihan.
Bukan juga taun teh, jauh sekali daun tembakau.
Apatah lagi daun kesum yang dalam laksa tu.
Kakakaka.
 

Pembayang: Daun ini ada rasa manis dan terasa sedikit pahit


06 December, 2012

alien: durian parfait

Tak berapa nak menjadi, first time buat.
Tapi apedehal..
sendiri makan.

Hahaha.

Durian Parfait bersama Ais Krim Vanila

 Resepi dari sini: Durian Parfait



05 November, 2012

alien: Carrot Cake

Gambar Hiasan
















Yes!!
Berjaya juga aku membakar sebiji 'Carrot Cake' pada petang sabtu lepas untuk
dibawa ke perjumpaan malamnya.

Walau tiada 'topping' ia masih sedap dan wow!!
Haha.

Terima kasih kepada adik aku selaku pembantu dapur.




02 October, 2012

alien: burger yang sihat ?

Apabila sebiji roti burger yang dibelah dua dipanggang garing
dan apabila beberapa helai daun salad segar disematkan bersama
dan juga bilamana sos barbeque, sos cili dan mayonis bergabung ...

dan ...

patty yg dibentuk dari adunan oat dan telur duduk bersama di bawah satu roti.
Maka terhasillah Burger Evolusi Gaya Baru  seperti yang dilihat dibawah.

Sedap!!

Tiada dijual di mana-mana setakat ini.
Nak rasa, masaklah sendiri.
















p/s:
Maaf gambar itu gelap dan menjejaskan gambar fizikal burger itu.
Maklumlah, hasil dari kamera handphone lama. Jadi, paham-paham je la.






20 February, 2012

alien: limau kasturi pengubat jiwa

Hari ini aku nak ajar cara-cara menyediakan minuman kesihatan.
Ia dipanggil "Limau Kasturi Pengubat Jiwa"
Ahha ~

Bahan - bahan:
3 biji limau kasturi
Air suam
Gula

Cara penyediaan:
1. Gelek-gelek limau di atas meja bagi menggalakkan pengeluaran jusnya.
2. Isikan air suam ke dalam cawan.
3. Belah dan perah limau kasturi ke dalam cawan yang berisi air panas.
4. Tambah gula secukup rasa. Siap!!

Hasilnya,
Nikmat secawan limau suam lengkap bervitamin C untuk dinikmati.
Jangan lupa membaca doa sebelum minum untuk menambah berkat.

Boleh dinikmati bila-bila masa,
Amat sesuai untuk dinikmati ketika mencari ilham atau tika jiwa kacau.
Heh.