Seronok tengok keletah kanak-kanak waktu cuti raya ni.
Bermain.
Melompat.
Berlari.
Menjerit.
Ketawa.
Tersenyum.
Aku tertawan.
Em ha,
Sempat aku tengok S.A.M
Rabu baru ini.
"It's nice movie"
Lakonan mantap dari Shaheizy Sam dan Lisa Surihani.
Kudos untuk Syafiq Yusof.
Sebuah naskah yg perlu ditonton pada mereka yang mencari kelainan dalam industri filem kita. Filem yang melarikan diri dari konsep tahyul yang sedang berleluasa menjajah minda masyarakat kita. Ia sebuah filem psiko yang mungkin ada kaitan dengan kita, kawan kita, jiran kita atau sanak saudara kita. Satu genre bawaan anak tempatan yang jarang-jarang muncul di layar perak negara kita.
Em.
Jalan cerita yang mudah dan tidak terlalu berat untuk masyarakat kita yang jarang nak berfikir apabila berada di kerusi empuk bersama bertih jagung dan segelas coke. Heh..
Mungkin atas sebab itulah, jarang sekali pengarah - pengarah di sini mahu membawakan kisah yang mengajak masyarakat berfikir sama; jarang nak berfikir. Dan, aku masih menunggu sesiapa yang boleh membawa filem seperti
"Alangkah Lucunya Negeri Ini" di sini.
Di sebalik perjalanan cerita yang mudah, ada bahagian yang tidak berapa strong yang pada aku boleh mengganggu mutu filem ini. Seperti kemunculan Zura yang pada aku tidak digarap dengan baik atau langsung tiada kepentingan kewujudannya. Juga bahagian ayah yang ditikam dan emak yang sakit jantung kedengaran agak klise.. sedangkan pada permulaan cerita, si pengarah seperti cuba melarikan ceritanya dari hal itu. Dan bahagian penamat yang selalu sangat kita lihat di mana-mana. Selalu sangat.
Dan di akhir cerita, aku terasa lompong itu, tidak seperti perasaan aku menonton Songlap.
Ibarat apa yang kita rasa saat kembali dari bercuti. Perasaan gembira perlahan-lahan bertukar menjadi rasa normal. Itu apa yang aku rasa ketika tirai layar perak diturunkan.
Walau bagaimanapun, ia masih naskah yang enak untuk dijamah.
Dua point lima untuk pengarah muda kita dan filem nya: SAM
Saya.
Amat.
Mencintaimu.