31 December, 2013

alien: pintu


2013 telah sampai ke hujung,
2014 tiba dan menyambung.

Salam tahun baru kepada rakan-rakan. Selamat menjalani hari esok yang mendatang dengan perasaan baru, dengan semangat baru.



Sent from my Windows Phone

28 December, 2013

alien: tatacara memakan nasi minyak


Hah, dah betul la kata Fyn Jamal. Eh, betul ke aku eja nama dia ni. Betul la kot kan. Betul la ulas Fyn Jamal kat Facebook dia. Majlis kahwin ni tak payah nak buat yang besar-besar ala majlis meraikan raja-raja. Buat sekadar yang mampu saje. Ukur baju di badan sendiri lah. Janganlah membazir untuk majlis tu.

Eh. Majlis aku belum lagi. Ini refleksi dari majlis kahwin yang bertebaran pada hujung tahun lah.

Pada kawan-kawan yang aku tak dapat hadir majlisnya, maaf banyak-banyak: khairul faisal, botak, komeng, toki, idham, musleha, dayang (antaranya..) .. yang mana aku tak mensen nama tu terlupa, maaf banyak-banyak.

Selamat Pengantin Baru brader and sister!
Happily Ever After-lah orang putih cakap.

Aku punya?
Aku nak buat style Fyn Jamal lah.
P Ramlee kata "ekonomi"
Hahaha.




Sent from my Windows Phone

24 December, 2013

alien: Felixia Yeap


Felixia Yeap.
Dia seorang gadis normal.
Dia sedang berusaha mengenal dirinya.
Dia sedang berusaha mencari Tuhan.

Felixia Yeap.
Itulah nama yang bermain-main di Internet kebelakangan ini. Yap, kisah yang lepas haruslah dilupakan.

Cari saja namanya di enjin carian. Baca kisahnya dan lihat siapa gadis itu.

Aku tak boleh letak gambar dia, nanti Siti Nur Hayy aku cemburu. Heh.



Sent from my Windows Phone

22 December, 2013

alien: capati atau roti canai.

Kita memang berhak untuk memilih. Itu yang mereka selalu katakan pada aku, mungkin juga pada kamu juga. Tapi, kadang kala pilihan itu tiada. Kita perlu menerima apa saja yang mendatang. Contohnya macam, kau teringin makan Capati pada tengah hari. Kau pusing sana sini tak jumpa kedai yang menjual capati, tanpa ada pilihan kau terima roti canai yang tuan kedai sediakan.

Nampak contoh tu. Ada masa kita perlu menerima dan bersedia berubah mengikut kesesuaian masa dan situasi kita berada. Fleksibel. Itu kata yang sesuai. Memang pada asasnya kita sukar untuk berubah dan menerima. Yelah, manakan sama rasa sekeping capati itu andai dibandingkan dengan sekeping roti canai. Memang asas bahannya adalah gandum, akan tetapi, proses membuat dan memasak telah menjadikan rasa kedua makanan itu berbeza.

Keterbukaan dan kesediaan untuk menerima sesuatu yang berbeza akan menjadikan kita cekal dan tidak mudah pecah. Seperti air, ia terus bergerak mengalir mengikut aliran ia. Andai ada lorong berbeza, air yang tidak sehaluan mengikut lorong yang satu lagi. Andai ada halangan, air bekerjasama merempuh halangan yang menanti dihadapan.

Dengan itu, andai kita punya pilihan bersyukurlah. Andai tiada pilihan, cekalkan diri dan bersyukurlah. Anda tetap bertuah, Tuhan menguji anda. Anda juga sedang diberi pelajaran oleh hidup anda yang mana pelajaran itu amat berguna di masa hadapan; pengalaman. Pengalaman itulah yang bakal menjadikan anda bukan sekeras batu, akan tetapi menjadi seperti air yang sifatnya mudah untuk menyesuaikan diri mengikut sekeliling walau pada masa sukar.



Sent from my Windows Phone

21 December, 2013

alien : kau tumbuklah muka ini

Bila ia tiba, itu yang membuat aku tidak merasa selesa. Seperti adanya serangga halus merayap ke seluruh tubuh. Ingin dibuang tapi tidak kelihatan satu ekor pun yang dikatakan serangga itu. Tapi kau tetap merasa pergerakan serangga itu. Kau dapat bayangkan perasaan ketidakselesaan itu kan.

Ingin aku bisikkan kuat, katakanlah terus kepada aku. Atau pun kau genggamlah tangan itu, lalu, kau tujukanlah satu tumbukan keras yang bertalu - talu ke muka aku.

Biarlah pecah muka ini. Biarlah darah itu terpercik dengan paksa. Biarlah. Biarkan aku pengsan seketika sebolehnya atau koma untuk jangka masa lama.

Dengan itu, rasa tidak selesa itu bolehlah menjajah seluruh tubuh tanpa aku sedar.

20 December, 2013

alien: bila saya kecil

Membaca itu jambatan ilmu.
Bacalah walau apa juga jenis bahan untuk mengisi masa lapang. Menenangkan jiwa dan juga perasaan. Ia dipanggil terapi jiwa oleh sesetengah manusia.

Sekarang ini pun, membaca sudah menjadi satu trend atau pun gaya hidup masakini. Generasi muda banyak membaca buku keluaran FIXI, Selut Press, DuBooks, Lejen dan banyak lagi yang lain yang mana mereka mengeluarkan buku yang menepati selera generasi kini.

Ada juga aktiviti berkait dengan pembacaan ini seperti puisi satu petang (PSP). Haaa, nampak. Penting membaca ni.

Bangsa yang berilmu ini adalah bangsa yang membaca.

Hoho

Sent from my Windows Phone

18 December, 2013

alien: comel ja

Nampak comel je kan die.
Siapa kenal dia angkat tangan.
Hahaha.

:Try test post dr phone

Sent from my Windows Phone

15 December, 2013

alien: cubaan membaca

Harusnya aku bertanya
apa mahunya
sejak awal lagi.

Tidaklah aku
terbiar saja begini.

- 15 Dec, 2013



11 December, 2013

alien: apa nak buat da

Selesai satu, diambilnya satu lagi.
Kemudian diambilnya lagi satu. Selang lima minit.

Memang serabut bila apa yang dirancangkan tergendala seketika. Termenung sana, termenung sini. Berfikir sana berfikir sini.

Nak menjerit, suara tersekat di tengkuk.
Nak tumbuk dinding, hantuk kepala. Nanti sakit pula.

Berkepul-kepul asap berlegar di ruang udara.
Berlegar-legar perkara di ruang kepala.

Kusut.



09 December, 2013

alien: ianya kosong

Malam panjang
di pinggir bulan mengambang
di balik awan yang kelabu
aku melihatnya seorang
berjalan di tengah ramai

Di samar malam
di limpahi suluhan rembulan
wajah itu kelihatan tenang dan senang
jauh dalam jiwanya
dia keseorangan

9 Disember 13

07 December, 2013

alien: impian

Baru sebentar tadi habis menonton siri GTO.

"Apa sebab kalian yang menjadi cikgu, jadi cikgu?"

Aku pernah terfikir dahulu, iaitu, sebelum ini untuk berubah angin ke profession cikgu. Melibatkan diri ke bidang pendidikan. Tapi, tidak menjadi. Tiada jiwa pendidik dalam diri aku.

Do what you love, Love what you do.

Jadi diri sendiri itu lebih baik. Tanya diri sendiri nak menuju arah mana. Teruskan berjalan mengejar apa yang kita mahukan. Itu lebih baik.

Ah! Banyak yang aku mahukan sebenarnya yang belum tergapai. Haha.

01 December, 2013

alien: keciciran

Hari Sabtu aku berjalan, berjalan ke tempat yang biasa aku kunjungi. Saja tenangkan jiwa, sambil berfikir, sambil bersantai. Mana tahu dapat sesuatu yang boleh membantu.

Sambil berjalan tu sambil aku mencari, mencari sesuatu yang dah lama aku tak ketemu. Tapi hampa. Tiada jejak atau kesan yang dapat membantu.

Entahlah, tercicir ke mana agaknya.

alien: asap rokok punya cerita

Overdose asap rokok buat aku pening. Bila-bila boleh terlelap tak sedarkan diri ni. Tapi aku tahan. Waktu beginilah baru boleh berbicara tentang ilham, selain bersosial di alam maya sambil cek email dan beberapa hal yang tertunda.

Tiap malam makcik itu ada. Membersihkan sisa makanan orang Malaysia yang makan yang selalunya bersepah. Die juga menyapu, die juga mengemop. Demi sesuap nasi.

Malam ini, tempat ini riuh. Beberapa kanak-kanak ribena berlari ke sana sini. Waktu yang begini sepatutnya mereka sudah lelap. Agaknya kanak-kanak ribena alaf ini sudah tidak sama seperti kanak-kanak ribena sebelumnya.

Overdose asap rokok buat aku pening. Bertambah pening perihal seorang insan yang entahlah.. Insan yang katanya dirinya lebih elok dari yang lain, walhal, sebaliknya. Ikut keras hati aku, aku malas nak berurusan dengan orang yang sebegini. Sebabnya, aku rasa banyak keburukan dari kebaikan yang akan datang.

Setelah bertimbang kira, aku dan kawan aku berkeputusan untuk lihat dan bermain bersama di dalam permainan insan itu. Berat.

Sikit saja lagi aku hampir memarahi kanak-kanak ribena itu tadi. Kalau pun nak menjerit, jangan lah sebelah telinga aku.

Asap rokok dan insan itu pun dah bikin aku pening oii..

Ya, Cardiff tewas malam ini. Minggu lepas Cardiff seri. Heh.





30 November, 2013

alien: entah kenapa

Kepala aku dah kosong. Mungkin tak kosong tapi tepu sebenarnya. Tepu, sesak, padat agaknya yang lebih afdhal untuk menterjemahkan. Atau.. aku ingin bersendiri seketika, istilah lainnya.

Sendiri. Seketika. Sementara.
Diam.




10 November, 2013

alien: ah!

Bila tiba waktu perut minta diisi, kepala aku ligat mencari menu yang tersimpan di memori kepala. Search punya search.. tak tahu nak makan apa. Dah tak tahu makan mana, akhirnya pergi ke tempat biasa. Kalau dah tempat biasa, macam biasa juga, nasi kuah kari dengan sayur dengan ayam goreng. Akhirnya menu yang sama juga. Heh. Jemu lama - lama.

Aku rindu masakan emak.
Bila entah nak balik ni.

Haha.



30 October, 2013

alien: sepetang yang seorang

Oktober pun dah sampai hujung, November pun tiba.
Kemudian December pun hadir, terasa sekejap masa berjalan.
Sudah hampir penghujung 2013.

Sebuah laptop, telefon bimbit dan secawan minuman ringan.
Menanti hujan reda. Sungguh tidak sihat menu petang ini.
Tapi, apa aku kisah. 

Langkah menuju apa yang ingin dicapai, alhamdulillah, sedikit ringan.
Namun, hari hari yang berlalu terasa berat beban.
Berat dengan tanggungjawab, juga hal yang mungkin merintangi.

Ya Tuhan.
Bantulah hamba ini yang lemah.



05 October, 2013

alien: itu kah dia

Letih berjaga, tidur.
Kurang tidur, letih.
Haaaa. Haaaaaa.

Aku ini ke sana sini, nak dikatakan sibuk; macam tidak. Nak dikatakan tidak sibuk; sibuk juga sebenarnya. Mungkin duduk di antara rasanya sesuai.

Tak nak fikir, tapi perlu fikir.
Bila fikir, tak jumpa jalan.
Buntu akhirnya.
Haaaa. Haaaaaa.

Hasil.
Aku seru kau! Datanglah padaku!
Berdampinglah!
Kerna..
Aku ini merancang mahu berkahwin.

Haha.
Kerja pun entah ke mana, sibuk hal kahwin.

Oh, siapa la calon orang rumah yang sesuai ya?

28 September, 2013

alien: kopi semalam

.. aku ini peminum kopi; pencintanya. Tapi, malam ini aku meminggirkan kopi dan memilih air suam sebagai pengganti.

Biarpun aku dengan sengaja menukar selera malam ini, namun, perasaan menikmati kopi kekal melekat tidak akan luntur.

Tahu kah kau?



25 September, 2013

alien: when it come to a dead end

... when it come to a dead end, confusing.
Do not know which way to go, do not know what to believe.

I'm stuck in between.

... when it come to dead end.
... when it come to dead end.

It's miserable.
Seriously.


23 September, 2013

alien: Aku dan kertas

Tadi aku ke situ lagi.
Kalau dulu aku berulang kali ke situ untuk mencari sesuatu, kini tidak lagi.

Aku berjalan dari rak ke rak yang lain sambil melihat rawak buku-buku yang dipamerkan.

Dan mata aku berhenti pada sebuah buku itu.
Aku mengambilnya.

Tanpa aku sedar, aku sedang menghulur dua keping wang berwarna merah ke cashier. Dia tersenyum dan bertanya beberapa soalan kepadaku tentang kad pelajar atau kad diskaun. Aku hanya menggeleng.

"Tak payah plastik.."
Aku memberitahu dia yang sedang membongkok untuk mengambil plastik.

Dia menghulur.
Aku menyambut.
Aku berjalan keluar.

Em, mengapa aku beli buku itu?

Soalan yang sejak tadi aku sendiri tidak mampu jawab.


20 September, 2013

alien: tercarik

Malam gelap semakin gelap.
Siang pula tak tentu lagi cerahnya.

Tiada patah kata yang boleh aku luahkan. Tiada reaksi yang dapat aku tunjukkan. Aku diam kaku membisu. Aku redha dan pasrah.


15 September, 2013

alien: pasti meninggalkan kesan

Pasu yang pecah.
Gelas yang pecah.
Cermin yang pecah.

Ia diibaratkan seperti suatu yang apabila pecah, tidak mungkin sama walau telah dicantum semula. Masih tetap nampak kelihatan garisan cela cantumannya.

Itulah dia 'Trust'
Kepercayaan.

Once the trust is broken. Sure we will fall in deep trouble in the future. It is very difficult to earn yet easily to be broken.

Pada tika ini, aku sedang cuba mencantumkan semula pecahan-pecahan yang berderai tadi. Dan pada masa yang sama, ada lagi yang berada di hujung-hujung hampir jatuh. Harapnya ia tetap kekal berada di situ.

Jangan menyusahkan aku untuk mencantumnya. Ia bukanlah kerja mudah. Kerja itu tidak boleh tidak akan meninggalkan parut yang kekal dan dalam.




09 September, 2013

alien: jemputan dariNya

Sebak.
Sayu.

Tika bersalaman dan berdakapan dengannya di hening pagi. Tiada kata yang terluah. Hanya senyuman mengiringi keberangkatannya.

Selamat mengerjakan ibadah haji pakcik dan makcik aku. Semoga beroleh haji yang mabrur.

..dan semoga selepas ini giliran Ayah dan Emak aku pula. Amin.


07 September, 2013

alien: tentang tidak normalnya aku

Aku ada keinginan yang tak normal. Membuak perasaan untuk melihat-lihat kelibat sang buaya di sungai. Taip kali memandu melintasi jambatan sungai yang lebar, tiap kali itu berniat untuk melihat sang buaya. Tapi, kebiasaanya niat itu tidak tertunai.

Ingin juga melawat rakan mereka yang terkurung di sangkar zoo atau di taman spesisnya. Tapi, masa belum mengizinkan.

Secara tiba-tiba perasaan tak normal ini datang. Ia semakin menjadi-jadi bila aku terbaca perihal si Buaya Putih, buaya keramat. Antaranya ia pernah dilihat melibas tiang jambatan Muar hingga bergegar. Betapa besarnya buaya itu.

Mengikut apa yang aku baca, ia mempunyai sejarah berkaitan dengan Hang Tuah. Tuah sendiri pernah membela buaya itu.

Untung yang menyaksikan buaya itu dengan mata sendiri.

Buaya ini haiwan purba. Ia boleh jadi jinak dan boleh juga mengganas. Sebagaimana samar-samarnya sejarah purba, begitu jualah si buaya. Tiada yang tahu sikapnya yang sebenar. Oleh sebab itu adanya pepatah 'air yang tenang, jangan disangka tiada buaya'.

Ok, disebalik tidak normalnya aku dengan buaya itu. Aku tetap masih gerun dengan reptilia itu.

Sekali dia ngap.. tinggal sejarah.
Hohoho.


05 September, 2013

alien: lepas 56, itulah 57

Sesak.
Hahaha.
Sesak.

Zaman material ini terlalu menuntut, hinggakan aku terhimpit.

Ah.
Aku terlewat sedikit, minyak Ron97 dah naik 15sen lagi. Aku terpaksa membayar lebih. Siapalah yang mahu tahu kesusahan aku kan.

(Cerita Hindustan bersiaran di Astro)
Hantu hindustan sedang leka menghadam kisah masyarakat yang dihidangkan.

Ah,
pejamkan mata dan terus lelap ada baiknya.





31 August, 2013

alien: 56 itu angka

Aku tidak minat Sejarah.

Ya, walau tidak berminat. Aku masih mengambil tahu perihal Sejarah. Perkara yang aku tidak berminat tentang Sejarah ialah untuk mengingat tarikh dan nama tokoh/individu yang terlibat dengan peristiwa Sejarah itu. Jadi, kebiasaanya aku membaca dengan sambil lalu dan tidak membaca secara mendalam.

Mengingat tarikh dan nama-nama kebiasaanya mendatangkan kantuk pada aku. Andai adanya buku berkait sejarah pada aku, pasti mengambil masa yang lama untuk aku hadam dan masa yang singkat untuk aku lelap.

Orang putih pernah pesan yang sejarah itu ditulis oleh pihak yang menang.

Ini juga salah satu faktor kenapa kurangnya minat aku untuk membaca bahan sejarah. Sejarah ditulis oleh pihak yang menang. Sudah tentulah berlaku manipulasi faktar secara terang-terangan. Itu sebab juga Sejarah negara kita ini pernah dipersoalkan pada masa lepas. Sejarah yang kabur.

Pada pendapat aku itu juga sebab kenapa kisah Tuah samar-samar dan juga sebab Henry Gurney diagungkan.

Ada sesetengah fakta itu dimanipulasi untuk mendatangkan amarah dan kebencian pada khalayak. Sedangkan hal yang terjadi sebaliknya.

Banyak yang boleh dipersoalkan. Tapi..

Ah, siapalah aku untuk mempersoalkan. Sedangkan aku sendiri tidak menyaksikan. Boleh jadi ia betul, boleh jadi ia ditokok tambah, boleh jadi ia diseleweng.

Banyak yang aku tak tahu. Iyelah, aku membaca sambil lalu tidak secara mendalamkan. Heh.

Salam Merdeka ke 56!

Moga kes jenayah, kes menembak, Bom mengebom, Bunuh membunuh berkurang dan berkurang.

Amin.



14 August, 2013

alien: suatu malam raya

Sekali - sekala terbatuk - batuk.
Gatal tekak ini rasanya. Bila terbatuk badan bergoncang, tak selesa berbaring dengan keadaan begini. Ditambah pula hidung yang tersumbat. Menyesakkan.

Badan pun terasa sengal, menusuk di sendi. Bila tiba malam. Pergh!! Sejuk ya amat.

Bila begini, terasa nak berehat saja. Tapi, belum masanyalah.

Rambut aku pula dah semakin panjang ni. Manja pula. Syampu jenis apa entah yang rasi dengan rambut aku ni, rambut asyik kering je. Bila dah kering mula la menggelabah pakai minyak rambut yang ada Aloe Vera tu. Perlahan - layan dia jadi lembut kembali.

Huh. Lega.

Beberapa hari lagi akan kembali, kembali mencari masalah dan menyelesaikan masalah.

That's what I do for living now.
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kepada yang masih mood raya, teruskanlah. Semoga hari raya ini menjadi hari raya yang indah buat kamu.

"Selamat Hari Raya, Maaf Segala Khilaf"






03 August, 2013

alien : Ogos ! Ogos! Ogos!

Sudah masuk Ogos!

Aku masih begini. Masih lagi tiada apa - apa. Tiada itu dan tiada ini. Masih lagi seadanya. Masih lagi berjalan tersangkut - sangkut.

Pohon yang ditanam masih belum lagi berbuah. Walau bunganya harum kelihatan, masih belum ditakdir menjadi buah.

Tidak serik - serik perosak menyerang. Lagi dan lagi. Setiap hari. Aku sendiri letih menahan ancaman mereka itu. Hampir saja aku mengangkat tangan menyerah.

Parang aku benamkan ke bumi.
Kaki ku pasak teguh lagi.

Berbekalkan keringat yang tumpah setiap hari. Aku mesti kuat. Mesti berjuang sebelum tumbang ke bumi.

26 July, 2013

alien : skrip hidup

Aku ini bukanlah seorang pakar jiwa. Aku juga bukan seorang yang pandai menyusun ayat memulakan kata. Aku juga bukanlah seorang yang ahli dalam menyampai nasihat.

Aku ini orang biasa-biasa, yang masih belajar makna hidup. Yang masih belajar untuk jadi manusia. Yang masih serba serbi lompong.

Mereka meminta.

Pada aku, adalah sedikit berat untuk aku melaksana. Bukanlah bermaksud untuk mengelak, melepas tanggungjawab. Bimbang tersilap kata, tersilap pandu jauh menyimpang dari arah asalnya.

Adik beradiknya ada.
Orang yang teristimewanya juga ada.
Jadi, aku berkeputusan untuk menjadi pemerhati dahulu. Mengunyah dan menghadam situasi dahulu. Andai diperlu, InsyaAllah aku sedia membantu yang termampu.

Untuk kini, biarlah mereka hadap dulu.

Semoga segalanya kembali baik-baik semula.

25 July, 2013

alien : senyum lebar

Sehari ini, aku tiada semangat. Berbuka pun sekadar yang ada, itulah yang aku hadap. Mungkin penat menghadap masalah yang kerap mengetuk pintu aku.

Namun, macam orang selalu cakap. Selepas mendung pasti akan cerah. Yelah, kalau pun cerahnya sekejap, aku tetap gembira.

Gembira yang sedikit itu seperti dadah yang merangsang semangat yang sedikit luntur.

Ya,
Terima kasih kepada penyebab gembira kecil itu. Sesungguhnya ia memberi makna besar buat aku.



24 July, 2013

alien : bulan nan seorang

Melihatkan bulan yang seorang di langit cerah, mengingatkan aku kembali pada satu judul buku yang pernah aku baca lama dulu. Mungkin 10 tahun dahulu, isinya aku memang sudah lupa. Hanya tajuknya yang masih segar dalam fikiran aku, Bulan Bugil Bulat. Itu judulnya. Sebuah karya dari Indonesia. Sebuah buku koleksi cerpen.

Jarang sekali aku melihat bulan yang besar pada malam yang sebelumnya seperti malam yang ini. Memang besar. Indah. Bulat. Membuat sesiapa yang melihatnya terpana. Subhanallah. Maha suci Allah, Tuhan pencipta alam.

Memandangkan bulan sudah mengambang penuh; purnama. Ia juga mengingatkan pada kita yang bulan Ramadhan sudah sampai di pertengahan. Tidak lama lagi ia akan sampai ke penghujung. Tidak lama lagi.

Dulu, aku pernah berharap agar Ramadhan berpanjangan, akan tetapi Syawal juga bulan yang mulia. Syawal tetap akan kunjung tiba. Syawal juga ada keistimewaannya.

Salam Ramadhan semua.
Aku ingin terus menemani bulan yang seorang pada malam ini dan malam-malam seterusnya hingga ke hujung Ramadhan




22 July, 2013

alien: dugaanNya

Ya Tuhan,
Ramadhan yang kali ini betul-betul menduga jiwa. Berkali-kali sabar. Hanya kepada Mu aku bergantung harap. Hanya kepada Mu aku mengadu. Hanya kepada Mu aku bercerita tentang diri yang lemah ini. Hanya kepada Mu aku memohon pertolongan.

Ya Tuhan.
Aku memohon dan berserah kepada Mu.

21 July, 2013

alien: aku ini letih

Rimas. Bila ada yang mengganggu waktu rehat. Ingin dimarah, tidak sampai hati. Maka bersabarlah. Jadi, badan kurang rehat. Fikiran pun penat.

Haish.

Letih tahu. Letih.

alien: menanti sinaran pagi

Mendung.

Mendung yang dari pagi sudah meleret hingga ke malam. Kalau dah malam, mana matahari akan muncul? Kalau pun bulan hadir mengganti matahari, manakan cahayanya cerah seperti siang.

Dah macam tu, tunggu esoklah.

Esok aku harap matahari sudi menjenguk aku di sini. Entah-entah mendung yang masih setia menemani. Siapa yang tahu kan. Baik mendung, baik cerah, ada hikmah. Tuhan saja maha tahu. Aku redha.

Baru sekejap tadi gugur peluh aku ke bumi.
Eh.


20 July, 2013

alien: orang tingkat pertengahan

Bila malam tiba, sunyi. Aku pun teringin berpuisi. Puisikan tentang jiwa. Ingin aku hadam '3 keping hujan', tapi, '3 keping hujan' ada di dalam kereta. Oleh kerana malam yang sunyi, aku jadi malas untuk mengambilnya. Biarlah '3 keping hujan' menemani kereta aku malam ini.

Aku tertarik padanya kerana penampilan kulitnya yang ringkas. Bersih dan tersusun. Ok. Tinggal seketika hal buku itu. Sambung semula perihal jiwa yang ingin berpuisi ini.

Aku ini orang biasa
perihal aku biasa saja
tiada yang mahu tahu
tiada yang ingin tonton
tiada ..

Kamu pula sebaliknya
semua tentang kamu itu
luar biasa ..

Ayu nya kamu
manakan padan dengan aku
yang biasa - biasa sahaja

Sopannya kamu
indah di mata mereka
lagi indah pada aku

Tutur kamu
mampu memenangi ribut
menjinak laut yang liar

Apakah tara kamu dan aku?

Aku orang biasa
hanya bermimpi
sama dengan lainnya
sejak awalnya
sejak tahun tahun sebelumnya
untuk selalu ada dengan kamu

Kamu membara semangat
orang biasa seperti aku.

: kosong satu kosong dua minit pagi, Sabtu, dua kosong Julai dua kosong satu tiga.

19 July, 2013

alien : aku yang sekarang

Beberapa tika ini, terasa ada yang kurang. Kurangnya pembaca blog ini aku tak kisahkan. Itu terpulang hak individu. Aku tulis pun bukanlah untuk paksa atau pujuk khalayak membaca. Macam aku cakap, terpulanglah.

Ya, sejujurnya.

Aku rasa sendiri. Bukanlah bererti sendiri itu 'sendiri'. Aku masih punya keluarga, saudara, sahabat, kawan.. Tapi aku masih sendiri. Sendiri ke sana ke mari. Sendiri berbuat itu ini. Sendiri.

Pernah aku cuba untuk tidak bersendiri, namun, akhirnya aku sendiri jua. Haha. Aku seluk poket, ada beberapa keping syiling dalam simpanan. Cukup-cukup untuk makan aku sendiri. Aku harus berusaha lebih keras lagi.

Heh.

Sewaktu bersendiri itu, ada juga aku mempelawa teman menghirup bersama kopi. Tapi, tidak menjadi. Kopi aku pahit. Teman itu tidak suka kopi. Apa sukanya aku tidak sempat pun tahu. Jadi, tinggal aku menikmati kopi setiap hari sendiri.

Biarpun,
Kosong cawan ini, rasanya masih terasa kuat dihujung kerongkong aku ini.

Aku memesan secawan kopi lagi dengan harapan ada yang mahu berkongsi rasa pahitnya kopi aku ini.

Begitulah aku setiap hari.


16 July, 2013

alien - dia

Ombak terusan menghempas batuan bisu, aku hanya mendengarkan. Pandangan aku terus ke langit gelap, dihiasi bintang dengan bulan yg berselindung dibalik awan. Sepertinya mendung, mungkin esok hujan.

Tikus berbunyi nakal, mengganggu pasangan muda yg sedang bersenda.

Bunyian ombak kadangkala sedikit menggila, kadangkala sedikit perlahan. Menenangkan.

Aku baring beralas batu keras, terasa nyaman. Longgar seketika urat kepala yang hari2 kian tegang. Menghilang seketika jiwa yang meronta.

Alangkah indahnya bunyian alam.

30 June, 2013

alien : hai julai

Ohoi Julai, cepatnya kau datang.
Jun pula cepat je pergi.
Banyak lagi hal nak kena buat ni, sedar tak sedar dah habis setengah tahun 2013.



29 May, 2013

alien: telan atau luahkan

Ditelan mati emak,
diluah mati bapak.

Bikin sendiri jadi bingung, serba tak kena, serba tak menjadi.

Apa nak dibuat?

27 May, 2013

alien: gila yang berulang

Hari itu aku bikin gila lagi.
Entah yang kali keberapa.
Aku sendiri lupa.

Bila kembali waras,
lega gila itu berjalan dgn jaya.

02 May, 2013

alien: aku menguap lagi lah mei mei


Jadi Mei telah tiba.
Sudah hampir setengah tahun berjalan; 2013

Pada tika ini, ngantuk sedang menggila. Dah masuk dua kali dua aku menguap. Entah daya apa yang menahan aku dari memejamkan mata seketika malam ini; empat lima jam.

Coke light perlahan aku sedut sambil melayan lagu Anna Raffali yang aku sendiri tak tahu tajuknya yang berkumandang ke segenap ruang kedai.

Aku menguap lagi.

Sejak hari itu bermacam banyak perkara jadi.
Ada yang terancang, ada juga yang datang menggila.
Sampai ada yang terasa ketika kemuncak kebengangan aku tiba.
Maaflah.

Em, bercadang mahu menonton Barcelona vs Bayern Munchen.
Tapi... ada baiknya aku capai kunci dan menuju lena.
Banyak urusan yang nak kena hadap esok ni.

Oh ya.
Poskad itu. Datang secara spontan sebenarnya.
Terasa lainnya menghantar ucapan melalui cara itu berbanding cara kini.
Tak percaya? Cubelah try..
Heh.

Oklah.
Aku menguap lagi.
Aku menguap lagi.

Oklah.




:Pesanan utk kueh bakar, menarik idea tu. Bila bole diskas-diskas?


08 April, 2013

alien: nonsense

Untuk kamu yang di sana
yelah, untuk kamu
memang untuk kamu
siapa lagi-lah selain kamu

Tahukah kamu
aku di sini
teringin bertemu

Kamu..



04 April, 2013

alien: the unpublish

Ah,
Sebenarnya aku ada cuba bermain dengan sesuatu yang tersirat.
Cuma, soalnya, entah bila ia akan terzahir di depan mata.

Tunggu aje-lah.




19 March, 2013

alien: mana silapnya?

Dah banyak kali iklan itu ke udara.
Tiap kali ke udara, tiap kali itu aku tertanya.
Adakah perkataan itu sensitif untuk disebut ke khalayak.
Perkataan itu hanyalah nombor.
Ianya hanyalah nombor di dalam bahasa selain bahasa melayu.

Iklan itu adalah iklan berkonsepkan satu malaysia, di mana budak sekolah membilang dengan menggunakan bahasa selain bahasa ibunda; Jawa, Cina dan India, dari 1 hingga ke 10. Untuk bahasa Cina dan India, kiraan 1 hingga 10 adalah lengkap tanpa ada satu nombor yang tercicir. Baguslah.

Akan tetapi, untuk bahasa Jawa. Ada yang telah tercicir.


Nombor 9 atau Songo telah tercicir.
Aku tidak tahu samada penyunting sengaja buang atau penulis skrip iklan tertinggal nombor 9 itu.
Mengapa terjadi seperti itu?

Aku sendiri pun tiada jawapannya.






08 March, 2013

alien: take for granted

Ramai manusia.. dalam ramai - ramai itu,
pasti ada yang tidak mengerti atau mengetahui atau
buat tidak endah akan harga sebuah peluang itu.

Take for granted.

Dan,
aku letih berjumpa melayan manusia itu.





05 March, 2013

alien: aku dia dan haluan kami


... dan dia dengan haluannya,
aku pula dengan haluan aku sendiri.

bilamana masa itu tiba,
semoga masa dan detik itu,
menyamakan haluan perjalanan ini,
walaupun untuk seketika cuma.
 
:050313, 0544AM


04 March, 2013

alien: tanyakan aku tentang itu

Sebenarnya tika ini aku tertanya - tanya
tertanya - tanya tentang sesuatu itu
sesuatu yang aku sendiri tak pasti
tak pasti ianya khayalan atau hal sebenar
situasi yang menyesakkan ruang kepala
kepala menjadi terus -  menerus serabut.
Ya, serabut.. bukannya SABUT.






13 February, 2013

alien: aku si jebat

Si Jebat sempat berkata,
"Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah!!"

Riwayat seorang penegak keadilan.
Tamat.


Itulah dia lumrah duniawi.

Ha ha ha ha..
Janganlah pernah kita susuri,
tempat yang kita terjatuh tadi.
Bukan apa, bekas luka lama pasti berdenyut kembali.

Hiduplah dia megah tiada sesal meletakkan noktah pada jalan kawannya sendiri,
bahana mata yang buta dan telinga yang tuli.
(Tiada kaitan dengan kisah Jebat vs Tuah)


03 February, 2013

alien: kedai hitam putih

Kembara ke Kota Bharu ditamatkan pada hari terakhir dengan melawat ke kedai Hitam Putih.
Kedai ni menjual buku-buku alternatif dari Malaysia dan Indonesia.
Nak tahu lanjut boleh la like fb dia: Kedai Hitam Putih
Atau lawat blog diorang: thekedaihitamputih.blogspot.com 

The Papan Tanda Kedai


Rudeen dan Amal la jadi kepala membawa aku ke kedai ini.
Memang dan jadi tujuan mereka bila turun ke KB ini agaknya; beli buku di situ.
Ada la dalam sejam setengah kitorang melepak borak dengan brader Zaidi ni.
Sebelum balik brader Zaidi bagi kitorang pilih buku dari koleksi lamanya sebagai hadiah, tanpa membuang masa aku pun sambar buku "Kisah Pembuat Lilin Melawan Matahari dan Lain-Lain Jenaka Ekonomi Politik". Sebuah kisah satira politik.

Thank you-lah brader.

Sesi berborak dengan tuan kedai, Brader Zaidi

















Tapi, sesi melepak borak tidak tamat di dalam kedai je.
Sesi telah meleret ke kedai minum air kosong, ABC, limau ais... sampai adik si Rudeen sempat tertidur di meja. Kesian. Penat berjalan hari-hari sebelumnya lah tu.




31 January, 2013

alien: bunohan versi bukan filem

Ya, itu dia.
Penangan filem 'Bunohan'
Akhirnya sampai juga aku ke Kg. Bunohan pada hari Isnin lepas, 29 Jan 2013.
Tercapai juga hajat nak singgah bergambar di sign board tu.
Orang sini panggil "Bunohe" , sebutan tu ikut loghat tempatan; Kelantan.
Kampung ini terletak di Daerah Tumpat, bersebelahan Jong Bakar atau Jubakar.
Tak jauh pun dari Kota Bharu.

Tak cari apa pun kat sini, memang saja cari sign board ni je.
Haha.

Siapa nak kena dulu? Ilham? Adi? Daeng? Bakar? 

























24 January, 2013

alien: the last stand

Hui,
Lama tak buat review filem kan.
Last aku review filem melayu, S.A.M. (click sini)

Kala org sibuk menonton "The Impossible", aku pula memilih filem aksi.

Kali ni filem arahan mamat Korea, Jee-woon Kim yang bertajuk "The Last Stand"
Star dia Arnold Schwarzenegger, Forest Whitaker dengan Johnny Knoxville.
Kalau si Arnold dengan si Forest ni familiar-lah.
Si Johnny ni xpasti aku pernah tengok dia berlakon ke tidak.

Kisah dia simple, tak berbelit. Mudah sangat difahami.
1. Penjenayah terlepas dari FBI
2. Angkara org dalam.
3. Tokan masuk ke Sommerton Junction untuk lari ke Mexico, di mana Arnie Sheriff di sana.
4. FBI dan SWAT tak boleh diharap.
5. Aksi bermula.
6. Penjahat tewas, hero menang.
7. Tamat.

Walaupun cerita dia simple.
Aksi tembak menembak dan selingan adegan komedi tu yang buat seronok ditonton. Haha.

Keseluruhan aku kasi 3 bintang untuk filem ini.






















Rating untuk filem ini,
Tonton sekali; mengujakan.
Tonton dua kali; terserah anda .. kalau aku tengok lagi. Syok kot tengok Arnie ni berlakon. Haha




23 January, 2013

alien: merajuk ke mereka itu?

Hahaha.

Macam tau-tau je aku nak cakap 'Selamat Tinggal'.
Masing-masing buat perangai.

Hari isnin, komputer buat hal. Sampai hari ni belum setel.
Hari selasa, seluar pula buat hal. Dah setelkan hal seluar tu.
Hari rabu, pen pula buat hal. Ah! campak je dalam tong.

Esok khamis, bercuti.

Jumaat, lepak kat negeri orang lain kejap sebelum kembara yg baru.





21 January, 2013

alien: siapa punya idea-lah ni

Ahduyaiii...
Ni siapa punya idea la ulas EPL live kat radio guna Bahasa Melayu.
Seingat aku, baru bulan Disember lepas aku dengar ulasan tu dalam bahasa original dia; Bahasa Inggeris. Malam ni dia alih bahasa pula dah. Bukan tak boleh. Kalaulah bahasa dan cara ulasan dia cantik, sebutan dia jelas dan tersusun, sedap lah juga didengar.

Ini, bahasa dia terabur sana sini.
Ulasan pun kelam kabut. Hilang terus feel.
Cuba bayangkan si pengulas mengulas dengan  menyebut perkataan satu patah satu patah dengan nada suara yang hampir kehabisan nafas (seperti semput) ketika situasi perlawanan genting.

Juga tak lupa menjerit tak tentu hala.
Oh! sungguh menjengkelkan.

Berpeluh aku dengar pengulas tu habiskan ayat dia.
Tak senang aku drive kereta. Ke kanan, ke kiri.
Sekejap laju sekejap perlahan pemanduan aku.

Tenang! Tenang! Tenang!
Selamba aku jerit kepada pengulas tu tiap kali pengulas itu semput.
Tapi jerit dalam hati je lah.

Ntah apa-apelah.
Menyirap aku.



16 January, 2013

alien: art of listen

Yaloo...

Listen.
Listen.
Listen.
Listen.
Listen.
Listen.
Listen.
Listen.
Listen.
Listen.
Listen.

Let me write.
Let me write.
Let me write.
Let me write.
Let me write.

Seni mendengar,
Mendengar apa yang diperkatakan oleh pihak yang bercakap sepenuhnya.
Bahasa pasar dia, dengar kasi habis.
Kalau dalam test, baca soalan sampai habis dan fahamkan.

Haa.. barulah jawapan tak lemas dalam lautan.
Heh.

Dengar kasi habis, baru jawab; beretika dan beradab.
Barulah ada 'Respect'
Dengar tak sampai habis, terus jawab dengan angkuh; tiada etika dan tidak beradab.
Jangan harap ada 'Respect'.
Keduanya adalah boleh diaplikasikan kepada semua golongan tak kira bangsa dan umur.
Kita bercakap tentang komunikasi dua hala antara komuniti manusia yang mempunyai akal bukan komunikasi satu hala dengan haiwan atau tumbuhan.
Ibarat "Itik bercakap dengan ayam". Fahamkan?


Oklah,
Sekian kelas moral kita pada hari ini. 
Semoga anda semua berjaya di hari mendatang.


P/S:
Jawapan untuk Daun Kering dalam plastik, ia adalah daun sejenis tumbuhan yang dipanggil pokok gula atau nama lain dia Stevia. Tahniah kepada Kazaztan Team & gadisBunga yang pandai meneka. Tak lupa kepada jeBateja yang pandai meniru. Hehehe.



08 January, 2013

alien: daun kering dalam beg plastik

Ini adalah daun sejenis tanaman yang telah dikeringkan dan dimasukkan ke dalam
beg plastik yang ada zip. Heh.

























Persoalannya di sini, siapa tahu daun apakah ini?
Yang pasti ini bukan daun ketum yang sebabkan ketagihan.
Bukan juga taun teh, jauh sekali daun tembakau.
Apatah lagi daun kesum yang dalam laksa tu.
Kakakaka.
 

Pembayang: Daun ini ada rasa manis dan terasa sedikit pahit


04 January, 2013

alien: harapan


















Kau yang ingin ku capai,
bimbang tak kan tergapai.

: 04 Jan 2013, Jumaat. 5:49pm