Sekali - sekala terbatuk - batuk.
Gatal tekak ini rasanya. Bila terbatuk badan bergoncang, tak selesa berbaring dengan keadaan begini. Ditambah pula hidung yang tersumbat. Menyesakkan.
Badan pun terasa sengal, menusuk di sendi. Bila tiba malam. Pergh!! Sejuk ya amat.
Bila begini, terasa nak berehat saja. Tapi, belum masanyalah.
Rambut aku pula dah semakin panjang ni. Manja pula. Syampu jenis apa entah yang rasi dengan rambut aku ni, rambut asyik kering je. Bila dah kering mula la menggelabah pakai minyak rambut yang ada Aloe Vera tu. Perlahan - layan dia jadi lembut kembali.
Huh. Lega.
Beberapa hari lagi akan kembali, kembali mencari masalah dan menyelesaikan masalah.
That's what I do for living now.
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Kepada yang masih mood raya, teruskanlah. Semoga hari raya ini menjadi hari raya yang indah buat kamu.
"Selamat Hari Raya, Maaf Segala Khilaf"
4 comments:
tak tahulah mana lebih baik - mencari masalah atau dicari masalah...
namun semoga kau sentiasa dapat menyelesaikan masalah
kueh
Teringat seorang sahabat dengan phrase kais pagi makan pagi tu.. Katanya.. Kais pagi makan pagi.. Tak kais makan taik la... Hahaha..
Anyway kesempatan yg ada ni nk ucap selamat hari raya aidilfitri juga... Okey la.. Take care...
sila sapu minyak baby kat rambut. berkesan! hehehe~
Aku tengah alami hal ini..
Batuk.. tekak perit..
Tapi mata masih tak mengantuk..
Jadi buat lawatan ke sini..
Belum terlambatnya..
Masih syawal.. jadi selamat hari raya
Post a Comment