19 July, 2013

alien : aku yang sekarang

Beberapa tika ini, terasa ada yang kurang. Kurangnya pembaca blog ini aku tak kisahkan. Itu terpulang hak individu. Aku tulis pun bukanlah untuk paksa atau pujuk khalayak membaca. Macam aku cakap, terpulanglah.

Ya, sejujurnya.

Aku rasa sendiri. Bukanlah bererti sendiri itu 'sendiri'. Aku masih punya keluarga, saudara, sahabat, kawan.. Tapi aku masih sendiri. Sendiri ke sana ke mari. Sendiri berbuat itu ini. Sendiri.

Pernah aku cuba untuk tidak bersendiri, namun, akhirnya aku sendiri jua. Haha. Aku seluk poket, ada beberapa keping syiling dalam simpanan. Cukup-cukup untuk makan aku sendiri. Aku harus berusaha lebih keras lagi.

Heh.

Sewaktu bersendiri itu, ada juga aku mempelawa teman menghirup bersama kopi. Tapi, tidak menjadi. Kopi aku pahit. Teman itu tidak suka kopi. Apa sukanya aku tidak sempat pun tahu. Jadi, tinggal aku menikmati kopi setiap hari sendiri.

Biarpun,
Kosong cawan ini, rasanya masih terasa kuat dihujung kerongkong aku ini.

Aku memesan secawan kopi lagi dengan harapan ada yang mahu berkongsi rasa pahitnya kopi aku ini.

Begitulah aku setiap hari.


5 comments:

Anonymous said...

menulislah di sini..

boleh aku temankan kopi pahit tu sekali

kueh

AdinataGus said...

sendiri and kopi,but rasa nya kopi teman paling baik waktu duka

Lina Awie said...

same la kita. jangan sedih sebab Tuhan sentiasa ada untuk kita

Sang Harima said...

Cun sangat dah ni Anas. Ko sendiri, iNa aWiE pun sendiri juga. Elok kawen dua ni. Amacam?

alien said...

Kueh: kat mana tu bro
konspimulut: agaknye kot, hoho
ina awie: setuju!
sang harima:wahaha