27 May, 2011

alien: bercakap dengan sete-ren-jer

Okeh
Ianya memang pelik

Apabila seseorang yang tidak dikenali tiba - tiba risaukan keadaan aku
Em, pelik

Dua hari lepas aku dapat sms dari nombor yang sesat
Jadi aku reply apa yang patut: Salah nombor
Kemudian dia ajak berborak pakai sms
Em, ok ..
Sebab banyak kredit aku pun layankan sambil tunggu masa nak tidor
Tanya nama
Buat apa
Borak kosong pakai sms lah kiranya

Then semalam aku tertinggal HP kat atas meja opis
Pagi ni aku check ada beberapa miskol dari nombor tu
Dan sms dari nombor tu mengatakan dia risau, mungkin sebab aku tak angkat panggilan atau membalas sms
Aish..
Pelik dah aku ni..

Dan telefon aku bergegar ketika aku meeting tadi.. panggilan dari dia

Apesal lah aku balas sms tu dua hari lepas
Adoyai~
Masalah remaja betul lah ..




23 May, 2011

alien: aku, kopi dan . . . . .

Aku minum kopi lagi pada pagi itu. Kopi kosong tanpa susu dengan sedikit gula sudah cukup untuk pagi itu. Tiada roti bakar, telur separuh masak atau mee goreng seperti selalu. Hanya secawan kopi kosong dengan  sedikit gula berada di atas meja di hadapan aku.

Aku melihat jalan. Memerhati mereka yang berada di atasnya dari meja tempat aku duduk. Masing-masing bergegas tergesa-gesa mengejar masa. Wajah mereka serius. Pagi selalunya sibuk. Trafik yang sibuk amat dibenci mereka. Realitinya, mereka tidak dapat lari dari kebencian itu pada setiap pagi. Benci itu terpaksa mereka telan menjadi santapan pagi.

Aku menghirup kopi kosong dengan perlahan. Menikmati aroma yang naik memjadikan aku segar bugar. Tenang untuk sementara.

Aku nampak kau di sana. Tapi kau tidak lihat aku di sini. Aku cuba melambai tangan untuk menarik perhatian kau di sana dengan harapan kau dapat lihat aku melambai ketika pandangan kau terarah kepadaku. Beberapa aku cuba melambai. Tapi kau tidak endah atau kau tidak lihat. Aku tidak tahu. Aku akur bahawa kau tidak dapat melihat aku yang berada di sini.

Aku kemudian terus menghirup kopi kosong di depan aku sambil mengharap hilang gundah di hati. Tiba, tiba aku lihat kau berhenti berjalan. Aku nampak kau mencari sesuatu di tas tangan yang kau sandang. Mungkin kau mahu mengambil tisu atau mengambil telefon bimbit. Aku tidak tahu. Aku hanya memandang dari tempat duduk aku.

Aku cuba memaksa bola mataku lari ke arah lain. Tiap kali aku cuba, perasaan aku turun naik dan jiwa aku meronta-ronta. Aku tenang semula bila bola mataku terarah semula menjejak kau yang berdiri di situ.

Tiba-tiba kau melangkah laju, degupan jantung aku turut lagu menurut rentak langkah kakimu. Dup dap. Dup dap. Dup dap. Aku jadi gelisah.

Skreet !!
Dammm !!
Aku tergamam. Terpaku.
Darah pekat merah mengalir dan membasahi baju putih hitam yang kau pakai pagi itu. Kau terbaring kaku di situ. Tidak bergerak. Nyaris degupan jantung aku terhenti saat itu melihat kau di situ.

Aku jadi panik melihatmu. Aku jadi marah melihat mereka yang lalu di situ tidak mempedulikanmu. Seperti tiada apa berlaku, tidak kisah kau yang tergeletak tidak bergerak di situ. Ah, manusia. Aku rajuk hati dengan sikap dan tingkah laku meraka. Aku bingkas bangun untuk mendapatkanmu.

Encik ?
Aku berpaling.
Ada apa boleh saya bantu?
Aku menggeleng dan duduk semula.

Ah, aku berhalusinasi lagi.
Em, mungkin aku perlu kurangkan minum kopi kosong pada setiap pagi.
Maaf.


20 May, 2011

alien: sesi soal jawab

Okeh,
Selalu aku bercerita dalam blog ini
Tapi, kali ini aku ingin bertanya
Sudi-sudi lah jawab ye

Mula-mula cek berita The Star ni:
1. Cops close in on acid splasher
2. Man resembling photofit of coorsive liquid spalsher walks into police station

Kemudian beri pandangan anda..

Lelaki dalam gambar di bawah bersalah atau tidak? 

Apa kata anda ..