30 April, 2010

ALIEN : Berkelana

Hidup ini sebuah pengembaraan. Mungkin kita mengembara seorang, berdua, bertiga mahupun berkumpulan. Sambil mengembara kita singgah di suatu tempat. Kita nampak dan lihat pelbagai kerenah ragam manusia. Lain tempat lain ragam  nya. Seperti pepatah rakyat kita "Lain Padang, Lain Belalang". 

Mungkin, semasa mengembara kita singgah di suatu tempat dan berjumpa dengan beberapa orang yang agak mesra dengan kita yang dipanggil kawan. Dengan kawan ni banyak kisah boleh dicerita. Tapi cerita kosong la. Lepas tu masing-masing bertolak ke destinasi lain, destinasi yang berbeza. Berjalan la kita berseorangan. Kemungkinan akan bertembung di lokasi lain jika arah tujuan pada masa itu sama. Kadanag - kadang kita jumpa kawan yang rapat semasa melepak di satu lokasi, dah makan sama-sama. Tiba-tiba gaya fikiran sama. Bincang punya bincang, berkelana sama-sama menuju destinasi yang sama.

Onak ranjau sepanjang perjalanan di tempuhi bersama. Tapi bila sampai satu lokasi ni, kawan rapat tiba-tiba berubah fikiran. Dia ingin mengubah arah perjalanan. Berlaku perpisahan dengan kawan rapat. Tapi masih berhubung cuma mungkin tidak mesra seperti dulu.

Kemudian kita pun berjalan la kembali seorang, masuk hutan keluar hutan. Kita berhenti seketika di satu tempat. Jumpa seorang kawan, alkisahnya sama macam kawan rapat tadi. Nak dikisahkan mengembara pun bersama. Bermulalah kisah pengembaraan baru. 

Pada satu tempat persinggahan ni, kawan rapat baru tu berjumpa seorang lain. Boleh jadi lelaki atau wanita barangkali. Mereka pun menjadi rapat. Tapi dia juga masih mesra dengan kita. Kemudian dia pun bertanya pendapat kita untuk membawa kawan yang dia baru jumpa tu untuk mengembara bersama. Bertambahlah kumpulan pengembaraan kita, sama-sama menghadapi cabaran dan segala macam dugaan bersama. Kalau dilanda badai dan terpisah semangat masih kental dan yakin akan berjumpa semula. 

Semasa dalam pengembaraan ini, dalam tidak kita sedar mungkin akan ada yang cuba mengambil kesempatan atas kita. Atas kebaikan kita barangkali. Macam mencari sebutir permata dalam longgokan kaca la. Susah nak di bezakan. Kita tengok sama je semua, tiada perbezaan dari segi zahirnya. Tapi berbeza dari segi batinnya. 

Kita pun bercadang mengambil sebentuk kaca yang disangka permata di berada tidak jauh dari jangkauan kita. Sudah ditakdirkan, kaca itu mempunyai sisi yang agak tajam. Kita mengambilnya. Sisi yang tajam terkena jari kita dan mengakibatkan luka. Agak pedih terasa akibat terluka yang disebabkan kaca yang kita sangkakan permata itu. Kadangkala luka itu cepat sembuh sekiranya kaca itu tidak terbenam jauh ke dalam jari kita. Parut luka mungkin akan hilang, cuma pengalamannya sukar hendak pudar. Pelik kan.. Pengalaman yg dialami itu lebih pahit dari terjadinya kejadian itu. Pengalaman akan bersama kita, sedangkan kejadian akan berlalu di telan masa.

Hidup ini indah juga. Kadangkala kita penat. Kadangkala kita bosan. Kadangkala kita rasa macam kecewa. Tapi itu semua tidak akan terjadi kiranya kita tahu tujuan kita hidup. Kiranya kita tahu menilai diri kita. Kiranya kita tahu erti sebuah perjalanan hidup itu sendiri. 

Semua rencah itu yang menjadikan hidup ini indah. Cuba bayangkan kalau dalam hidup kita cuma merasa gembira sepanjang masa, atau merasa bosan je sepanjang masa. Gile takde life !!!

Tatkala kita rasa mengalami tekanan, rasa macam tiada org yang menyokong kita. Kita anggap la, waktu itu kita singgah di zaman gelap. Kita perlu cari jalan untuk membangkitkan kembali  rasa kita agar menjadi lebih bersemangat. Kadangkala kita alami zaman gelap ini pada satu masa yang lama. Kita perlu tabah. Macam peribahasa "Hidup ini ibarat roda, Kadang kita di atas, Kadang kita di bawah". Jadi solusinya bersemangat la kayuh, agar kita beralih dari bawah. Macam mendaki gunung la juga. Kita akan lebih rasa puas bila berada di puncak.

Tapi jangan alpa. Bila kita berada di atas, akan muncul titik-titik kelemahan yang boleh menjatuhkan kita ke bawah. Jadi perlu selalu beringat, persiapkan diri sebelum mencabar diri untuk mendaki ke kemuncak.

Jadi dengan itu, kita perlu persiapkan diri untuk mencabar halangan yang mendatang sepanjang kisah perjalanan kita. Perlu sediakan alternatif untuk setiap halangan yang dicabar. Tidak mudah kalah atau tunduk dengan cabaran mendatang pasti hidup kita akan lebih bermakna. 

CERIA !!!!

29 April, 2010

ALIEN in P.Ramlee Mode

Ajis: Din, yang kau pergi siram pokok besar tu buat ape?
Sudin: Bapak aku dulu, pokok kat hutan pun dia siram..
Ajis: Ko dengan bapak ko sama, dua-dua bodoh..

Begitulah lebih kurang petikan dialog kisah P.Ramlee. 
Filem Pendekar Bujang Lapok.

Scene yang agak kelakar tapi ada maksud tersirat di situ. Aku gemar tengok filem P. Ramlee sebb kebanyakan dialog dalam filem beliau bermesej. Selain latar tempat berkisar kehidupan masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk itu menggambarkan satu malaysia kan..

Kembali ke dialog tersebut, penafsiran aku adalah seperti berikut. 

26 April, 2010

ALIEN say: Ujian dan Rama-rama

Tiba-tiba dapat mesej last minit dari MPM.
Adoi, napa geng-geng gomen suka bagi notis last minit. Getus hati ku mewujudkan perasaan tidak puas hati.
Hati aku berbelah bahagi, nak pergi atau tidak. Hari tu apply last minit, dapat notis pergi ujian pun last minit. Redah ajelah. Otak gile aku lantas mengutarakan pendapat.

Tiada sesiapa yang tahu aku apply post ini. Mungkin ada beberapa orang yg tahu, individu terpilih aku namakan mereka. Hehe. Anda insan bertuah kerana dapat tahu. Entahla, kebelakangan ini semacam banyak perkara tentang aku.. aku cuba rahsiakan. Makin menjadi misteri kehidupan sisi lain aku ini. 

Terpaksa slow talk dengan sahabat aku kerana aku dah berjanji utk berjumpa dengan dia. Ada sesuatu yg perlu kami selesaikan. Sembang-sembang kat kedai kopi.. sembang-sembang.. dia kasi tangguh walau agak berat hati. Aku faham perasaan dia. Terima kasih kawan kerana faham dengan perjalanan hidup aku sendiri yang cuba aku corakkan. Aku cuba mencabar diri, mengatasi keupayaan diri. Hohoho...

Nak dijadikan cerita.. jeng jeng jeng..
Dengan selambernye tak payah baca nota.. atau sumber rujukan yang ada.. aku terjah ke Sekolah di Klang iaitu tempat untuk aku duduki ujian tersebut. Bukan ujian darah mahupun ujian kesihatan. Ujian ni mudah aje. Bawak pensel 2B dengan pemadam. Hehehe

Soalan pulak, semua jawapan betul.. cume kene pilih yang mana tepat dengan diri kita la. Kira tak de la sesusah SPM ke.. STPM ke.. atau O Level... hohoho

Apa kaitan dengan rama-rama?