Jizzz
Jizzzz
Jizz
................
Manusia adalah pengalir elektrik yang baik
Fakta atau Auta?
Fikir - fikir ~
Kerap kali hujung jari aku merasa kejutan elektrik apabila menyentuh benda logam
Ia kerap terjadi semasa aku berada di opis lama
Setelah berpindah ke opis baru, kejadian ini sudah tidak aku alami
Sehinggalah aku tersentuh bingkai logam di surau petang tadi
Jizzz
Jizzzz
Jizz
Tenaga elektrik mengalir
Terasa sedikit kebas di hujung jari
Adakah di pintu surau itu terdapat tenaga elektrik yang berlebihan
Pernah juga aku alami ketika menyentuh troli di tempat membeli belah
Biasanya ia terjadi ketika aku sendiri tidak sengaja tersentuk logam tersebut
Bila aku google, ada yang mengatakan bahawa ia terjadi kerana
elektrik yang berkumpul di benda itu mengalir keluar dan mengecas tubuh badan kita
Mungkin juga ..
Harapnya ia tiada hubung kait dengan peristiwa aku terkena
renjatan elektrik semasa kecil lah
Mana lah tahu, tersimpannya arus elektrik dalam badan aku tanpa
pengetahuan aku selama ini
Yang kemudian ianya bangkit ketika aku tidak menyedarinya
Hehehehe
Haip ! Haip !
Jangan berani rapat
Nanti aku karenkan korang ...