Software AutoCAD menanti di meja kerja aku. Menanti untuk di setup ke dalam laptop.
Bersedia untuk digodek-godek. Bersedia untuk menerjah benakku yang zero tentang software ni.
Kalau Photoshop bole lagi aku handle tanpa setitik peluh mampu menitik.
Kata duduk bawah air cond, mcam mana peluh nak keluar.Hehehe. Kena sekali air cond rosak.
Pergh~
Macam duduk dalam sauna. Terbaik !!
Aku masih ragu-ragu..
Mampu ke laptop aku menanggung software tersebut setelah encik Photoshop menghuni di cakera kerasnya
hampir setahun. Mahu ke laptop aku bermesra dan berkenalan dengan encik AutoCAD ni.
Harap-harap mereka dapat bergaul mesra menjadi satu keluarga perisian yang bahagia.
Tapi aku masih ragu lagi,
Kewujudan encik pemberat sistem dalam laptop aku. En Trojan yg degil yang tak mampu dihapuskan oleh AVIRA free punya. Apa nak buat, kampeni tak bagi bajet nak beli anti virus yang ori punya. Terpaksa lah pakai yang free. Hehehe. Ni semua gara-gara encik bos aku yang mengtransfer file dari pendrive dia yang bertrojan, tak semena-mena berjangkit ke laptop aku 3 bulan yang lalu. Sapa tahu mengusir Trojan... meh bagitau aku.
06 July, 2010
05 July, 2010
ALIEN : Irama dan Lagu
Tiada cerita,
Yang ada hanya irama dan lagu.
Andai dipisah lagu dan irama,
Pincanglah lagu,
Sumbanglah irama..
Yang ada hanya irama dan lagu.
Andai dipisah lagu dan irama,
Pincanglah lagu,
Sumbanglah irama..
04 July, 2010
ALIEN : Sumpahan Sebiji Bola
Itu lah Bola Sepak yang penuh dengan gelak tawa dan air mata.
Keadaan yang kita akan terbiasa saksikan di kejohanan dunia.
Secara khususnye Piala Dunia, kejohanan yang berlangsung selang 4 tahun sekali.
Tahun ini, pasukan yang diramal ke perlawanan akhir tersungkur di tengah perjalanan.
Semalam Brazil. Malam ini giliran Argentina
Pasukan Portugal yang dijangka membuat kejutan dan memberi tentangan hebat juga tewas.
Lebih malang untuk Itali dan Perancis yang gagal untuk mara dan melepasi peringkat kumpulan.
Manakala England yang dijangka akan beraksi cemerlang pada pusingan kedua juga gagal menyinar.
Tahun ini juga dihangatkan dengan kemunculan seekor sotong kurita yang pandai meramal.
Diberi nama "Paul". Tuan punya sotong tu minat kat Paul Scholes kot..Paulita pun boleh..Paula Malai Ali.. hehehe
Pada permulaan Piala Dunia memang aku dah hidu Brazil memang tak boleh pegi jauh kali ni.
Hehehe. Tapi aku tiada kaitan dengan Paul tu yer.
Setakat ni ramalan sotong tu benar belaka. Tapi kita sebagai seorang muslim mana bole percaya menda karut tu.
Syirik.. dosa percaya kat ramalan ni.
Teringin aku tanya sotong tu.. bila agaknya dia akan jadi sambal nasi lemak.. keh keh keh
Dalam banyak-banyak game. Ghana la paling kesian oo..
Dapat penalti di penghujung extra time, tetapi Asamoah Gyn gagal menggunakan peluang yang ada.
Sudahnya pada penentuan penalti Ghana nasib tidak menyebelahi mereka.
Abis je game, semua pemain Ghana mengalirkan air mata. Sedih
Tidak dapat menerima pahitnya kekalahan setelah peluang keemasan disia-siakan.
Tapi tu la, bola sepak.
Sukan yang mempunyai ramai peminat seluruh dunia.
Di semua ceruk kampung mahupun penjuru bandar minat sukan ni.
Walau pengadil berat sebelah, walau pemain rasuah..
Walau pemain berlakon di padang.. apa jua yang terjadi..
Peminat tetap setia menanti dan menonton. Tidak berganjak
Begitu hebat kuasa benda sfera yang di sepak-sepak ni..
Mungkin, Inilah dia sumpahan sebiji bola..
Iskh2

Subscribe to:
Posts (Atom)