22 October, 2008

Happy Deepavali kepada semua warga Malaysia.



Salam sejahtera kepada kalian. Gua baru je tgk iklan perayaan Deepavali dari Petronas. Macam biase la, seperti iklan yg sebelumnya. Ia ada membawa mesej yg perlu kita fahami dan dalami. Macam dah jadi kebiasaan iklan-iklan syarikat korporat seperti TM dan Petronas memaparkan iklan yg membawa mesej mendalam untuk disebar kepada masyarakat umum.
Iklan Deepavali yg nie gua tgk ada persamaan sikit dari segi mesej dan penceritaan dia dengan iklan Petronas masa raya yg si Afdlin Shauki berlakon dgn cempedak dia tue. Di mana si Ayah sanggup berkorban dan bekerja keras untuk memastikan anaknya mencapai kejayaan atau apa yg dicita-citakan, lebih kurang macam tu la. Kita kene la sedar akan mesej yg disampaikan ni. Then, kita jgn manjakan anak dgn wang ringgit dan kemewahan dunia. Dalam iklan Deepavali tu, ayah die manjakan anak dgn ilmu iaitu dia berhasrat membeli buku untuk anak dia dgn wang gajinya. Manakala iklan raya tu, si anak menjadi seorang yg kreatif kerana terpaksa berusaha berfikir untuk mencari alernatif bagi memiliki sesuatu yg dihajati. Kan budak tu, pakai kelambu wat jala ikan. Hehehe.
Tapi perbezaan die plak, dalam iklan Deepavali nie si ayah dia sudah tiada tatkala anak dia berjaya. Yang best tue, anak dia naik beskal tua jer ngn memakai pakaian juruterbang. Otai siot !!
Tapi, apa pun gua rasa gembira tinggal kat malaysia nie. Macam-macam kaum dan bermacam-macam perayaan serta bermacam-macam makanan boleh kita jumpa dan nikmati. Ibarat seperti rojak la.
Deepavali nie, gua teringat la kat uncle yg duduk bawah umah sewa gua dulu. Gua ngn housemate pernah sekali basuh lantai umah memalam dan air dia mengalir lalu jatuh terpercik kene lantai umah dia. Habis bising die, ye la kan drg nak sambut deepavali esoknya. Sori uncle !! Kitorang x sengaja.
Apa pun, oleh kerana Deepavali hampir tiba kat sini gua ngn ikhlasnya mengucapkan:
Selamat Deepavali kepada Rakyat Malaysia, khasnya kepada kaum India..Selamat Deepavali !!

20 October, 2008

Kenapa kita menipu?


"die menipu reff !!"










Persoalan di sini, mengapa kita menipu sedangkan kita sedar perbuatan menipu itu tidak baik?. Semua org pernah menipu. Kalau die kate, die seorang yg x penah menipu. Die telah menipu korang. Orang paling jujur pun pernah menipu. Menipu ni ade byk sebab die, mmg tak boleh menipu. Tapi kalau kita menipu pada tempat dan keadaan yg sesuai adalah boleh. Tapi jgn la selalu menipu. Selalu la bersikap jujur.

Gua dapat ilham utk berkongsi ngn korang sebb, kawan gua tadi mintak tolong gua cari artikel kat internet bertajuk "why do people lie?". Gua pun xtau r die nak wat aper ngn artikel tue, maybe die nak buat kajian kot. Die x bagi tau gua. Gua rasa artikel tue cam menarik dan gua pun rasa sesuai la kalau gua berkongsi isi artikel yg sempat gua bace tue.

Kenapa org menipu terutamanya kepada org yg mereka sayang?
Kenapa drg tidak berlaku jujur dan mengaku penipuan mereka?
Ada beberapa sebab yg boleh dikaitkan dgn penipuan mereka itu. Antaranya adalah:
1. Elak dari kene hukuman atau kemarahan dari pihak yang lain. Kira cam "play safe" la. Karang kalo bagitau dan sebabkan pergaduhan susah pulak kan. Risiko gak kalau selalu jujur nie kan. Hehehe.. Semua org ade sisi gelap memasing kan.
2. Untuk mendapat kepercayaan pihak lain. Org biase menipu utk dapatkan kepercayaan dan menunjukkan imej yg hebat dan baik kepada seseorang. Tengok la cam gores dan menang tue, skim cepat kaya la,apa la. Berapa ramai yg tertipu kan. Pandai drg menipu utk meraih kepercayaan org ramai. Kalau dalam perhubungan, org menipu utk menjaga perhubungn agar tidak tergugat.
3. Menipu atas alasan peribadi. Setengah org menipu sbb x nak org kacau kehidupan die. Contoh, kawan yg kita x sebulu ajak lepak bersama hujung minggu. Dah x sebulu mesti la x syok melepak sama. Jadi korang pun cipta la alasan menipu die untuk elak lepak bersama. Kira cam nak jaga hati la lebih kurang. Kalo sound direct cakap "xnak pegi" tatkala die bertanya. Terasa hati plak die kan.
4. Utk elak dari berlaku konflik dan pergaduhan.
Sebenarnya, byk lagi sebab kita menipu selain dari kat atas nie. Yg gua bagi nie, kira sebab utama la. Ramai gak tertantya camner nak tahu seseorang tue berlaku jujur atau menipu tatkala berkata ngn. Bab nie, korang kene r jadi seorang yg teliti. Gua teringat kat sorang member gua dulu nie, kalau bab menipu fail abes. Gua leh tau ngn selamba jer, cume kekadang gua terkene gak la kalo die berpakat ngn bbrapa member gua yg len. Die ni, kalo menipu muka die jadi serius campur nak ketawa. Mmg ekpressi muka die time menipu camtue, gua ngn member gua yg lain senang je r tau. Kelakar member gua ni. Die nie baik, muke innocent. Hahahaha...
Jadi macam mana nak tahu seseorang itu menipu?
Kat artikel yg gua bace ade la highlight sikit. Antara die adalah:
1. Org menipu tue akan sedaya upaya mengelak dari bertentangan mata ngn kita. Sbb biase kalo kita bercakap atau berbual kita akan membuat "eye contact" ngn org yg kita cakap.
2. Perubahan gaya pecakapan die. Cam nada die berubah2 ker, atau die tersekat2 ker, atau byk "uhm".."aaa"..
3. "Body Language" org tue. Tgk dan perati tingkah laku die. Biase drg akan memegang sesuatu tatkala menipu atau mungkin tergaru2 kepala atau hidung. Kira tabiat yg luar biase la.
Kalau nak tahu lebih, rajin2 la cari artikel yg berkaitan. Hehehehe.
Nie link kalau korang nak tahu sikit2 info la..http://www.beautyandlace.com.au/whylie.htm, http://www.msnbc.msn.com/id/4072816/ .
Tak semua perkara perlu di beritahu. Simpan sikit sebagai rahsia kita. Gua bukan galakkan korang menipu. Tapi, pikir la sendiri. Itu untuk kebaikan korang dan juga org di sekitar korang la kan. Igt, menipu ikut keadaan jer. Bukan menipu untuk ambik kesempatan terhadap org lain atau untuk menjatuhkan orang lain. Tak elok kalau kita menipu dan membuat org merana.
Jgn jadikan menipu itu satu tabiat !!

19 October, 2008

Hingga ke titisan darah terakhir


Berjuang hingga titisan darah terakhir. Ungkapan itu biasa kita dengar dari dulu sampai sekarang. Kata-kata semangat dan motivasi yg digunapakai oleh org2 lama dan ianya masih relevan dan bertepatan dgn masakini.

Gua x berapa nak layan F1 sgt la sejak mika hakkinen bersara, pastu zaman micheal schumacher bermaharajalela..gua terus xde smgt nak layan. Boleh r die kerek, sbb pencabar utama takdak time tue. Tapi walaubagaimanapun gua still masih tau r sekt2 update die apa terjadi dan sebagainya. Sepanjang gua layan F1 nie, wa tau r ramai yg minat ferrari itu team dari itali. Wa plak die hard fan mclarren mercedez. Gua tengok perati teliti la, FIA cam berat sebelah la. Pilih kasih. Drg lebih sayang ferrari dari team2 lain lebih2 lagi mclarren. Pas insiden crew mclarren ade maklumat pasal ferrari, lagi2 menjadi sayang die kat ferrari.

Yg kene denda team mclarren, padahal maklumat tue ade kat laptop alonso. Alonso lepas dari denda pulak. Apa kes?

Pas insiden tue, gua tambah menyirap ngn FIA nie. Then, kat litar Belgium, mclarren menang. Tapi kene plak denda 25 saat si lewis pasal momotong secara berbahaya dan sebabkan kimi eksiden. Padahal saksi ramai mengatakan lewis x salah. Dan lagenda ferrari pun ade katakan lewis x salah. Gua yg tgk dgn kamera tv yg slow motion, xde silap pe pun si lewis. Tapi kuasa besar kat FIA. Huh !!

Tapi takper, si lewis ni x mudah putus asa. Season lepas terlepas juara dunia pada saat akhir dan bertanding tiga penjuru bersama alonso dan kimi. Alonso bajet die power nak mclarren utamakan die time tue maksud nye die pemandu pertama dan lewis si rookie pemandu kedua. Tapi die silap, kat mclarren istilah pemandu utama seakan tidak wujud. Sapa yg berusaha dan tunjuk die la bagus, die la yg akan diberi keutamaan xkira la sapa anda..juara dunia? juara sekolah? hahaha...So, alonso bengang la kat lewis dan tuduh memacam.

Tapi season nie, lewis akan berentap ngn massa pula di litar Sao Paulo, Brazil tempat asal massa. Dengan berbekalkan kelebihan 7 mata dari massa, gua yakin lewis mampu menunjukkan kehebatan die dan mengukir nama sebaris jagoh mclarren seperti mika hakkinen, aryton senna dan lain2 lagi.

Jalan lewis tidak mudah kerana dia akan dicabar oleh kimi rakan sepasukan massa dan juga alonso yg telah bertekad akan menghalang lewis memiliki gelaran juara dunia dgn apa cara sekalipun.

Walaubagaimanpun, gua yakin team mclarren akan memastikan jentera lewis dan kovalainan berada dalam keadaan super untuk menentang dan bersaing dgn team ferrari pada penutup F1 iaitu 2 minggu lagi. Sedang lewis resah menghitung dan mempersiapka diri untuk hari bergelar juara dunia. Massa pula resah untuk memikirkan strategi yg sesuai untuk memintas kelebihan 7 mata yg dimiliki oleh lewis.


Semangat juang massa gua hormati dan gua kagumi. Pada keadaan camnie massa perlu berada dalam keadaan psikal dan mental yg kuat. Manakala lewis tidak boleh leka dgn kelebihan yg dimiliki, bagi gua..die kene r membina mental yg mantap dan memandu dgn konsisten. Tidak perlu terburu2 dan tergesa2. Memandu seperti biase jer...hehe..

Alangkah bagus kalo pemandu dari malaysia terlibat dalam persaingan kejuaraan nie, gua antara yg paling gembira. Gua tunggu kemunculan Jazeman Firhan Jaafar pemandu muda kita tue. Buktikan kat dunia kita mampu bersaing ngn pemandu terkemuka dunia.

Kepada mat kereta2 kat luar tue, asah r bakat anda dilitar lumba tidak dijalan raya. Kat jalan yg nampak bakat anda, kawan2 anda jer. Kalo kat litar, ade informer2 yg korang xtau sedang cari bakat baru. Mana la tau, skill anda power giler. Bertuah badan ~